Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label seafood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seafood. Papar semua catatan

Khamis, April 18, 2013

ketam masam manis

 
KETAM MASAM MANIS
 
bahan :
ketam ( sy ni 4 ekor je )
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih diketuk
1 tin nenas kiub bersama airnya ( 240 gm )
1 biji cili merah
setengah batang timun jepun
buah tomato ( jika ada & suka )
saderi ( jika ada & suka )
4-5 sudu besar sos cili
sedikit air
garam
 
cara :
- tumis bawang besar & bawang putih hingga kekuningan
- masukkan ketam & goreng sebentar
-tambahkan sos cili & air nenas dalam tin, gaul sebati
-tambahkan semua sayuran & sedikit air
-tambahkan perasa, gaul sebati & biarkan mendidih
-siap untuk dihidang

Jumaat, April 12, 2013

kerang taucu

 
KERANG TAUCU
 
bahan :
250 gm kerang yg sudah direbus + dibuang kulit
2 sudu besar taucu manis
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
setengah biji timun jepun
sedikit sos soya & gula
 
cara :
- tumis bawang besar, bwg putih & cili merah
- bila bawang dah kekuningan, masukkan timun yg dipotong memanjang
- kemudian tambahkan taucu, kerang, sos soya & sedikit air.
- perasakan dengan secubit gula
- biar mendidih sebentar & siap

Khamis, Mac 07, 2013

seafood kuning

 
SEAFOOD KUNING
 
bahan :
sotong & udang ( salah satu pun takpe )
sebiji bawang besar
sebiji cili merah besar
2 batang serai yg diketuk
sedikit asam jawa
sedikit air
sedikit garam & gula
 
cara :
- gaulkan udang & sotong dengan serbuk kunyit & asam jawa
- panaskan minyak & tumis bawang, cili dan serai
- masukkan sotong & udang, gaul sebati
- tambahkan sedikit air untuk kuah
- perasakan dengan garam & gula
- biarkan menggelegak sampai masak
- sedia dihidang

Selasa, Februari 26, 2013

Spageti kasih sayang

26 feb 2013 :: selasa :: dapur 3 alif
 
hari ni MAMA tukar menu selain NASI cz rasa macam asyik makan nasi je kan. karang JEMU pulak. seb baik semalam mama beli spageti so hri ni TIMBULlah idea nak masak spageti pulak. kita main campak2 je apa yg ada ye.
 
 
SPAGETI KASIH SAYANG
 
bahan - bahan :
250 gm / setengah peket spageti yg telah direbus hingga masak
3 ulas bawang putih
5 biji cili kering
10 ekor udang yg dibuang kepala + kulit
2 ekor sotong yg dipotong2
sayur yg disukai
1 kiub pati ayam @ ikan bilis
1/2 - 1 cawan susu full cream
sedikit minyak zaitun
garam ( jika perlu )
 
cara - cara :
- panaskan sedikit minyak zaitun & tumis bawang bersama potongan cili kering
- bila kekuningan, masukkan sotong + udang + sayur-sayuran
- bila separa masak, tambahkan kiub ayam @ ikan bilis & susu
- perasakan dengan garam jika perlu
- masukkan spageti + susu dan gaul sebati
- sedia dihidang

Selasa, November 01, 2011

Ikan Asam Rebus

30.10.2011 :: Ahad

hari ni takde plan nak g memana so mama kena MASAK2 le. takde berapa nak ada IDEA so masak ikut bahan2 yg ada dalam PETI AIS je lah. lagipun minggu ni kalau boleh nak CLEARkan stok yg bersesuaian cz nak balik kg sampai 5 hari gtu.

asam rebus ni ada macam2 jenis @ macam2 boleh letak kat dalamnya.
kali ni MAMA masak yg paling mudah sekali kut.



:: Ikan Asam Rebus + Kerabu Mihun ::

IKAN ASAM REBUS

bahan hiris :
bawang merah
bawang putih
cili merah

bahan ketuk :
cili api
serai

bahan lain :
ikan apa2 je yg sesuai ( now guna ikan pelaling je )
cili kisar / giling
air asam jawa
belacan yg dah dibakar
serbuk kunyit
garam
gula
air

cara :
- gaul ikan dgn garam & serbuk kunyit & goreng
- ketepikan ikan
- tumis bahan hiris & bahan ketuk hga wangi
- masukkan cili kisar & kacau sebati
- tambahkan belacan, air asam jawa, garam, gula & air secukupnya
- bila mendidih, masukkan ikan & reneh sebentar
- sedia dihidang

Sambal Taun @ Tahun

22.10.2011 :: Sabtu

dah LAMA gak mama teringin nak makan masakan ni tapi x jumpa pulak kat mana2 kenduri kawin. nak buat sendiri TAK pandai @ tak pernah cuba. masakan ni sangat sesuai untuk KULIT LEMBU @ KERANG. mama tingin nak mkn yg kulit lembu tapi mama xde stok so buat KERANG je lah. RESEPI ni mama dapatkan dari kawan sekampung ( JIYAH ).

kenapa panggil sambal taun @ tahun ?
SEBAB ia boleh tahan lama cz konsepnya selalu dipanaskan. lagi byk kali panaskan, lagi POWER rasanya.
nak lagi BEST, tambahkan santan masa dipanaskan semula & kerang @ kulit lembu tu lah.




SAMBAL TAUN @ TAHUN

bahan tumbuk :
bawang merah
bawang putih
ikan bilis
cili api

bahan lain :
kerang @ kulit lembu
lengkuas yg dihiris agak halus
cili api
santan pekat
garam
gula

cara :
- tumis bahan tumbuk
- tambahkan bahan2 lain
- masak hingga mendidih & sebati

Sabtu, Oktober 01, 2011

Seafood Paprik

30.09.2011 :: Jumaat

hari ni dalam x berapa ada IDEA nak masak + sedikit malas so terbuat Seafood Paprik je cz nasi masih ada lagi & malas nak makan nasi goreng.



SEAFOOD PAPRIK

bahan :
sotong
udang
jus limau
sos tomato
sos cili
sos tiram
kicap manis
serai
bawang besar
bawang putih
sayur ( kacang botol, kacang buncis, kobis, bunga kobis )

cara :
- panaskan minyak & tumis bwg besar, bwg putih, serai
- masukkan udang & sotong
- tambahkan semua sos & kicap
- masukkan sayur2 & jus limau
- rasa kut2 kena tambah gula & garam
- siap utk dihidang & makan

Khamis, Jun 23, 2011

Udang Lipan

ni lah UDANG LIPAN yg memang pn. ie SUKA SANGAT cz sedap. walaupun rupanya x cantik tapi ISInya terbaik. pn. ie belajar makan udang ni sejak kecik2 lagi cz mak abah selalu beli terutamanya kalau balik kg nenek.

rupa yg kat atas tu rupa setelah dibersihkan. maybe susah sikit nak makan cz agak tajam juga keadaannya. so klu nk mudah makan, pn. ie gunting dulu sebelah je bahagian sisinya tu. baru senang nak kopek.

baru2 ni terjumpa kat pasar malam paya jaras. beli sikit je. sekali bila makan rasa x cukuplak.

untuk kali ni pn. ie buat 2 jenis masakan je cz nak kuah punya pasal. tapi pn. ie sangat suka yg GORENG je cz senang nak makan cz dagingnya tak berapa melekat di kulit. resepi goreng ni mcm biasa2 je. pn. ie gaulkan udang dgn asam jawa, garam & kunyit je pehtu goreng mcm goreng udang tu je.

SUP / REBUS UDANG LIPAN

bahan :
udang lipan
bawang merah
serai diketuk
sedikit asam jawa
garam
gula
daun sup * bru kali ni masukkan,klu xde pn xpe


cara :
1 : masukkan semua bahan & rebus hingga udang masak
2 : sedia dimakan


Ahad, Mei 08, 2011

Ikan Masak Lemak Cili Api Berlengkuas

07.01.2011 :: Sabtu :: Dapur Rumah Hijau

hari ni baru le pn. ie bersemangat sikit nak masak NASI & lauk pauk.
walaupun SIBUK dengan order apam tapi mood masak ada je dtg so settlekan masak dulu.

hari ni pn. ie saje je cuba buat masak lemak cili api ni. tapi macam biasalah ye, pn. ie masak confirm TAK PEDAS & xde sukatan tertentu. semuanya AGAK2 je.




IKAN MASAK LEMAK CILI API BERLENGKUAS

bahan kisar :
bawang merah
cili api
lengkuas
kunyit hidup

bahan :
ikan kembung
santan
garam
gula
belimbing buluh
serai - diketuk je

cara :
1 : panaskan minyak & tumiskan bahan kisar bersama serai
2 : bila bahan kisar dh pecah minyak @ agak garing, masukkan santan & sedikit air.
3 : bila dah agak mendidih, masukkan ikan & belimbing buluh
4 : rajin2 kacau supaya santan x pecah2 & biar sampai semunya masak
5 : sedia dihidang

Selasa, Februari 22, 2011

Ikan Asam Rebus


22.02.2011 : Selasa
hari ni kita makan yg REBUS-REBUS lagi ye. jimat MINYAK sikit. hik....
seperti yg DIRANCANG, hari ni Pn. Ie masak IKAN ASAM REBUS + NASI PUTIH.
malam karang maybe nak tambah ACAR TIMUN sikit. tadi LUNCH dgn anak-anak je so SIMPLE-SIMPLE sudah.
ni PERTAMA KALI gak cuba resepi ni, ALHAMDULILLAH sesuai dengan tekak Pn. Ie ni so ada makan LEBIH sikit daripada biasa. ha3 pasni bulehlah masak lagi kalau bahan-bahannya cukup lengkap.
Kali ni Pn. Ie guna IKAN SELAR & BUAH NANAS
IKAN ASAM REBUS
bahan kisar :
cili kering
bawang merah
sedikit belacan
sedikit buah nanas
serbuk kunyit
bahan lain :
garam
gula
daun kesum
ikan selar kuning
buah nanas
air secukupnya
cara :
1 : rebus bahan kisar hingga menggelegak
2 : masukkan bahan lain
3 : rebus hingga masak

Rabu, Januari 26, 2011

Seafood Day - Yummy

25.01.2011 : Selasa : Dapur Rumah Hijau

hari ni hari makanan laut cz ada udang galah + lala utk lunch & dinner sekali.


udang galah ni goreng biasa je. gaul dgn garam + kunyit pehtu goreng. ada SEEKOR je cz En. Han beli disebabkan BOS nya kirim so Pn. Ie ambik seekor je. saje nak merasa.

yg ni udang galah dari SUNGAI so rasanya sedap sikit. ayah En. Han g tempah dengan org kampung baru dapat. bukan selalu boleh dapat. tu pun dapat 1 kg je. 1 kg = RM 30.00 ( kalau campur2 saiz ). kalau beli ikut gred, harga lain-lain.





yg ni pulak LALA masak tomato je. beli kat kedai runcit @ pasar mini dekat2 dengan rumah. tetiba teringin nak ubah rasa. asyik makan ikan & ayam je kan. kena lah tukar sikit.

LALA MASAK TOMATO
bahan :
lala
serai
cili merah
sos cili
sos tomato
bawang merah
bwang putih
kacang panjang
gula
garam

cara :
1 : tumiskan bawang merah, bawang putih & serai
2 : masukkan sos cili, sos tomato, gula, garam
3 : pehtu masukkan lala, kacang panjang & cili merah
4 : rasa ok ke tak, sedia dimakan

Selasa, Januari 18, 2011

Nasi Berlauk


17.1.2011 : Isnin : Dapur Rumah Hijau

hari ni Pn. Ie saje je nak cuba masak NASI BERLAUK. memang nampak mudah tapi kalau x kena resepinya TAK MENJADI juga kan. so dah puas menggoogle, Pn. Ie pun dapat idea nak masak NASI BERLAUK ni. padahal google menda lain. hik....

NASI BERLAUK
bahan kisar : lengkuas, kunyit, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup
bahan - bahan : santan, ikan rebus, cili merah, asam keping, garam, gula, timun, kacang panjang
cara - cara :
1 / kisar bahan yg patut dikisar
2/ didihkan santan & bahan kisar
3/ masukkan sayur-sayuran, garam, gula, asam keping & cili merah
4/ bila dah menggelegak, masukkan ikan
5/ biarkan sebentar & dah siap

* resepi asal di http://www.trymasak.my/ & telah diubahsuai mengikut kesukaan Pn. Ie. he3

Isnin, Januari 17, 2011

weekend - makan aje

he2 kali ni Pn. Ie saje nak kongsi sikit bab makan2, kut2 lah boleh bg idea utk korun masak kan.



14.01.2011 : Jumaat : Dinner

hari ni makan MIHUN SINGAPORE aje cz kenalah pelbagaikan menu. takkan makan nasi berlauk je kan. padahal Pn. Ie xde idea nak masak lauk apa. hik...

MIHUN SINGAPORE
bahan kisar : bawang merah, bawang putih, udang kering
bahan : udang, kubis, bihun, lada hitam, garam, telur ayam
cara :
1 ) tumis bahan kisar sampai agak garing
2 ) masukkan udang & sayur
3 ) masukkan bihun, lada hitam & sedikit garam
4 ) kalau mihun agak keras, tambahkan sedikit air
5 ) pecahkan telur, masakkan sampai ia sebati & kering.


15.01.2011 : Sabtu : Sarapan Pagi


Pn Ie jarang buat sarapan yg berat-berat so hari ni kitorg makan roti aje.
untuk Pn. Ie + En. Han = sandwich sardin & teh o
untuk ALif + Nu'man = roti mentega bergula & teh o
simple2 cukuplah kan....



15.01.2011 : Sabtu : Makan tengah hari

untuk tengah hari pulak Pn. Ie sungguh semangat nak makan ikan keli so menunya
nasi putih + ikan keli panggang + kuah asam @ kicap + labu air masak lemak + air ribena

:: ikan keli bakar + cicahannya ::
:: 4 ekor cukuplah ::

:: labu air masak lemak cz nak makan berkuah ::




15.01.2011 : Sabtu : Minum Petang
rasa macam x berapa kenyang pulak makan nasi tadi cz makan x banyak mana pun. so pikir punya pikir, petang tu buat KENTANG TEMPURA pulak. ada 1 biji je so sorang sikit je lah. Alif x puas makan cz sikit sangat. hik... pasni buleh buat lagi cz sedap pulak.
konon-konon nak buat spring potato tapi xde mesinnya so buat yg ni je lah. potong nipis-nipis ala2 spring potato tu. sedap juga.

:: Kentang Tempura bersama Sos Istimewa ::

16.01.2011 : Ahad : macam2
sarapan pagi : milo panas + mee goreng
Lunch : nasi putih + ikan kerisi stim @ rebus + kangkung tumis + air ribena
minum petang : teh o + apam siam
Dinner : nasi putih + ikan cencaru sumbat + kangkung tumis + air teh o
( banyak x ambik gambar cz biasa je kan)
:: Ikan cencaru sumbat ::
IKAN CENCARU SUMBAT
bahan : ikan cencaru, garam, kunyit
bahan kisar : cili merah, cili kering, serai, bawang merah, bawang putih, garam, gula
cara :
1 ) bersihkan ikan & belah tengah ( dua2 bahagian )
2 ) perap sekejap dgn garam & kunyit
3 ) masukkan bahan kisar ke dalam belahan tadi & goreng dgn minyak
4 ) sedia dimakan

Selasa, November 02, 2010

Dinner Apa?

2.11.2010 : Selasa : Rumah Hijau

hari ni tak keluar g mana2 so masak apa yg ada je kt dlm peti ais @ di dapur ye. haritu papa komplen cz makan petai gtu aje, dia tak suka so dia kata masaklah pedas ke hape ke so hr ni mama buat sambal udang berpetai lah tp x pedas sangat cz kitorang memang tak suka pedas.

pehtu intai2 nak masak sayur apa ye. hr tu ada beli nanas kat giant tp konon2 nak buat gulai ikan masin + nenas tp bila dah kupas tadi nenasnya x brp elok so masak tumis je lah. memang dah lama tak masak camtu.

:: Sambal Udang Campur Petai ::

:: Nenas Tumis Special ::
* x cerianya warna nenas tu. tak menyelerakan langsung tp rasanya memang SEDAP. ha3 ada ke puji diri sendiri.......

Sabtu, Oktober 16, 2010

kerapu 3 rasa


hari ni mama masak nasi putih + ikan kerapu 3 rasa + ulam bendi + teh o suam je. resepi ni mama dapat dari internet, majalah, blog & kawan-kawan so mama modified le ikut bahan2 yg ada dlm peti ais tu.

IKAN KERAPU 3 RASA

Bahan - bahan :

bawang merah

bawang putih

cili merah

buah tomato

serai

buah nenas

sos cili

sos tomato

sos tiram

ikan kerapu

Khamis, Oktober 14, 2010

pajeri nanas + udang goreng

13.10.2010 : rabu : rumah hijau

hari ni papa balik dari outstation (kuantan) so konon2 mama masak special sikitlah cz hr tu papa ada request pajeri nanas. mama memang biasa masak 2 jenis lauk je so hr ni kita layan

nasi putih + udang goreng + pajeri nanas + popodom besar + kopi o panas

PAJERI NANAS

bahan - bahan :
bawang merah
bawang putih
kulit kayu manis
bunga lawang
buah nanas
serbuk kari ayam / daging
asam jawa
santan
kerisik
gula
garam



UDANG GORENG

Bahan - bahan :
udang
garam
kunyit
asam jawa
tepung jagung


:: berseni tak ????? ::

Rabu, Oktober 06, 2010

asam pedas & peria bertelur

05.10.2010 : selasa

hari ni mama masak asam pedas ikan kembung & peria tumis bertelur untuk hidangan makan malam. ia dimakan bersama nasi putih gtu.


IKAN KEMBUNG ASAM PEDAS
resepi ni mama dapat dari ibu mertuaku, Pn. Lasmi Bt Kasno
ia resepi yg sangat simple tapi terasa lah macam asam pedasnya. insyaallah sedap. papa suka sangat.......

bahan-bahan :
ikan kembung
air asam jawa

cili kering
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
daun kesum
bunga kantan
garam
gula




PERIA TUMIS BERTELUR
ni untuk sayur nya pulak. walaupun ia agak pahit tapi kitorang tetap sukakannya. masak yg lain2 mama tak berapa minat so masak camni baru syok....

bahan - bahan :
peria
telur
bawang merah
cili merah
garam
gula

Isnin, September 27, 2010

udang mentega????


hari ni teringin sangat nak cuba masak udang mentega macam pernah makan kat hotel tu. malas nak selak buku resepi so search je lah kat http://www.trymasak.com/ & dapatlah 2-3 resepi. cek punya cek, ada bahan2 yg takde so modified je lah apa yg patut. tu yg jadi udang mentega bertauhu.

sebenarnya macam tak berapa jadi mengikut kehendak mama lah. rasanya bolehlah tahan kiranya 4 bintang gtu. lagipun mama kan puasa so main masak je lah.

resepi yg dah diubah :
udang, telur, cili padi, bawang merah, bawang putih, stok ayam, mentega, lada sulah, garam & gula.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...