Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Sabtu, Januari 21, 2012

apam tepung beras


MAMA dah cuba resepi ni & dah DUA kali masak masa dalam pantang ni. boleh makan kuih ni so masak sendiri je lah. dapat banyak sikit & tak payah susah2 g beli.


APAM TEPUNG BERAS

BAHAN :
1 cawan nasi putih
1 1/4 cawan air
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 sudu teh mauripan / yis
sepeket ENO

CARA :
1/ blender nasi & air sampai halus
2 / tuang dalam bekas dan campurkan semua bahan kecuali ENO. gaul sebati & simpan dalam bekas bertutup rapat selama 3-4 jam
3/ slepas diperap, campurkan eno & gaul sebati
4/ kukus selama 45 minit ( klu guna loyang besar ), 15 minit kalau guna acuan lompang yg warna merah tu

** Resepi dapat dari incik google

koleksi gambar hero ke 3

hari ke 17 :: Selamat Tahun Baru Cina

hari ke 11 :: berat saya dah 3 kg

hari ke 6 :: tali pusat saya dah tanggal

hari ke 4 :: Nama saya ALIF NA'IM

hari ke 3 :: nak balik rumah dah

hari ke 2 :: 2.15 pm


3rd Hero


tarikh : 03.01.2012
hari : SELASA
masa : 10.27 am
berat : 2.77 kg
jantina : LELAKI
tempat : HOSPITAL SUNGAI BULOH

pengalaman bersalin


03.01.2011 :: Selasa :: Hospital Sungai Buloh

MAMA g masuk wad hari Isnin (2/1). g check in pun lambat2 je. sempatle makan2 yg teringin nak makan. g register dalam kul 11.45 am pehtu siap g beli majalah utk dibaca cz dah tau akan takde apa2 nak dibuat sementara tunggu hari ESOK.

check in kat katil dalam kul 12.15pm so PAPA terus temankan sampai habis waktu melawat ( 2 pm ) then tinggallah MAMA bersama teman katil sebelah. dapat bilik yg ada 2 katil je & katil MAMA ada ruang yg luas gtu so SELESA gak le.

bermulalah episod kena CUCUK sana sini + makan macam2 ubat + kena lawat dgn ramai nurse & doktor + tak dapat tengok ANAK2 selama 4 hari. petang tu dah tau yg MAMA kena turn no 2 utk di"czer" pd hari esok. tup2 tgh malam dapat tau yg MAMA jadi org PERTAMA cz org yg sepatutnya tu dah czer tetiba.

kul 5++ am MAMA dah dikejutkan utk bersedia ke BILIK BEDAH. dalam kul 7.30am semua dah ready utk TOLAK katil mama ke bilik bedah. jauh gak perjalanannya. dalam kul 8.05 am mama dah BERADA dalam bilik bedah & semua dah ready utk memulakan tugas pada bila2 masa je. wayar2 pun semua dah dipasang tapi dalam kul 8.30 am masih blm CZER cz doktor yg sepatutnya tu BELUM SAMPAI2 lagi.

tup2 ada EMERGENCY kes so nak tak nak MAMA kena keluar dulu utk bagi peluang kpd yg sepatutnya. so mama jadi org yg keDUA di"czer" pd hari tersebut. mama kena tunggu lebih sejam gak kat ruang MENUNGGU dalam OT tu. dah le mama kena pindah2 katil sendiri cz TAK SAKIT. sabor je lah kan.

ms TURN mama tu, mama kena cucuk BIUS banyak kali cz asyik tak betul je doktor tu buat. sakit tu boleh tahan le tapi TAHAN je lah. bius separuh badan je. ALHAMDULILLAH semuanya berjalan LANCAR + SELAMAT.

2/1/12 :: masuk WAD
3/1/12 :: CZER @ bersalin
4/1/12 :: cabut semua yg cucuk2 kat badan
5/1/12 :: cabut plaster & balik rumah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...