Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan

Selasa, April 30, 2013

roti jala

Akhirnya berjaya gak buat roti jala menggunakan acuan 2 lubang yg dibeli. rasanya 2 bln lepas dah BUAT roti jala tapi mama TERLEBIH potong lubangnya so hancus rupa roti jala nya. ntah rupa apa ntah. pehtu bebaru dapatlah g kedai FEVERET mama tu so terus beli lagi sebotol acuannya. semangat giler nak try cz dah dapat rentak camne nak membuatnya kan.
 
 
 
ROTI JALA
 
bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air biasa
1 biji telur ayam
1 sudu kecil garam halus
sedikit pewarna yg disukai
 
cara :
- campurkan semua bahan kering
- tuangkan air sedikit demi sedikit & gaul hingga sebati
- masukkan sedikit pewarna & gaul sebati
- tapis supaya dapat adunan yg halus je
-masukkan dalam acuan khas & sedia utk dimasak
 
 

Sabtu, November 12, 2011

Cheese Cake


RESEPI CHEESE CAKE

bahan A :
200 gm biskut marie @ biskut digestive ( dikisar halus )
* mama guna biskut cream cracker je
100 gm mentega ( dicairkan )

bahan B :
250 gm cream cheese
200 gm whipping cream
100 gm gula kastor *120 gm
15 gm gelatin * 20 gm
100 ml air suam * 112 ml
jem strawberi & blueberi
buah anggur & strawberi

cara :
= campurkan bahan A hingga sebati & boleh dikepal2
= kemudian masukkan ke dalam loyang & tekan hingga padat
= sejukkan selama 30 minit hga sejam
= sementara tunggu, putarkan cream cheese bersama gula kastor hingga kembang
= selepas itu, masukkan whipping cream & kacau lg hingga adunan lembut & sebati. ketepikan
= bancuh gelatin bersama air suam & campur ke dlm adunan tadi. gaul sebati
= tuang adunan ke dlm loyang berisi biskut tadi & masukkan dalam peti sejuk
= biar hingga keras baru boleh dihias & dimakan
* 3 jam ke atas dah OK dah
# resepi asal dapat dari majalah Pa & Ma #


10.11.2011 :: Khamis

hari ni MAMA semangat nak cuba buat CHEESECAKE special utk besday PAPA.
alhamdulillah berjaya gak dengan jayanya & yg penting PAPA suka. he3
kali ni MAMA buat 2 jenis topping : blueberi & strawberi


:: blueberi topping ::
:: letak anggur je lah cz blueberi mahal sangat ::


:: strawberi topping :: :: seb baik ada buah strawberi ::

Selasa, November 01, 2011

Spagheti Lala

31.10.2011 :: Isnin

mama sekarang ni duk pikir menu yg berselang seli dengan NASI. kiranya tak mau makan NASI hari2 cz papa kata dia dah GEMUK so cian dia. jadi mama kenalah pelbagaikan menu terutama yg simple2 je cz senang nak masak tapi SEDAP dimakan.

masakan ni sangat sesuai dipadankan dengan UDANG & SOTONG tapi mama ada stok lala je so hentam saje lah ye. he3




SPAGETI LALALA

bahan :
spageti yg dah siap direbus @ masak
lala yg dah direbus setengah masak
bawang putih
bawang besar
cili kering
lobak merah
kiub @ serbuk pati ikan bilis
susu cair

cara :
- panaskan minyak, tumis cili kering + bawang putih + bawang besar
- masukkan lobak merah
- kacau sebati & masukkan serbuk pati ikan bilis + susu cair
- kacau lagi & tambahkan sedikit air
- perasakan dengan garam + gula
- masukkan spageti + lala
- gaul sebati & sedia dihidang

Ikan Asam Rebus

30.10.2011 :: Ahad

hari ni takde plan nak g memana so mama kena MASAK2 le. takde berapa nak ada IDEA so masak ikut bahan2 yg ada dalam PETI AIS je lah. lagipun minggu ni kalau boleh nak CLEARkan stok yg bersesuaian cz nak balik kg sampai 5 hari gtu.

asam rebus ni ada macam2 jenis @ macam2 boleh letak kat dalamnya.
kali ni MAMA masak yg paling mudah sekali kut.



:: Ikan Asam Rebus + Kerabu Mihun ::

IKAN ASAM REBUS

bahan hiris :
bawang merah
bawang putih
cili merah

bahan ketuk :
cili api
serai

bahan lain :
ikan apa2 je yg sesuai ( now guna ikan pelaling je )
cili kisar / giling
air asam jawa
belacan yg dah dibakar
serbuk kunyit
garam
gula
air

cara :
- gaul ikan dgn garam & serbuk kunyit & goreng
- ketepikan ikan
- tumis bahan hiris & bahan ketuk hga wangi
- masukkan cili kisar & kacau sebati
- tambahkan belacan, air asam jawa, garam, gula & air secukupnya
- bila mendidih, masukkan ikan & reneh sebentar
- sedia dihidang

Ayam Lemon

24.10.2011 :: Isnin

hari ni MAMA semangat try resepi baru pulak. saje je nak cuba2 kan so nampak le macam PANDAI masak. hik...... padahal, tengok2 je buku resepi yg ada.



AYAM LEMON

ayam :
400 gm isi ayam yg dipotong dadu
5 biji putih telur yg dipukul sedikit
50 gm tepung jagung

cara :
- celup ayam ke dalam putih telur
- golekkan dengan tepung jagung
- goreng hingga masak
- ketepikan




sos :
4 ulas bawang putih dicincang
2 cawan jus lemos
sedikit air
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu besar minyak bijan
3 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar bancuhan tepung jagung

cara :
- tumis bawang putih
- masukkan jus lemon & sedikit air
- kemudian masukkan serbuk pati ayam, myk bijan, gula & garam
- apabila mendidih, tambahkan bancuhan tepung gandum utk pekatkan sos
- hidang dengan ayam goreng tadi

** RESEPI dari ketuk2 ramadan 2011

Sambal Taun @ Tahun

22.10.2011 :: Sabtu

dah LAMA gak mama teringin nak makan masakan ni tapi x jumpa pulak kat mana2 kenduri kawin. nak buat sendiri TAK pandai @ tak pernah cuba. masakan ni sangat sesuai untuk KULIT LEMBU @ KERANG. mama tingin nak mkn yg kulit lembu tapi mama xde stok so buat KERANG je lah. RESEPI ni mama dapatkan dari kawan sekampung ( JIYAH ).

kenapa panggil sambal taun @ tahun ?
SEBAB ia boleh tahan lama cz konsepnya selalu dipanaskan. lagi byk kali panaskan, lagi POWER rasanya.
nak lagi BEST, tambahkan santan masa dipanaskan semula & kerang @ kulit lembu tu lah.




SAMBAL TAUN @ TAHUN

bahan tumbuk :
bawang merah
bawang putih
ikan bilis
cili api

bahan lain :
kerang @ kulit lembu
lengkuas yg dihiris agak halus
cili api
santan pekat
garam
gula

cara :
- tumis bahan tumbuk
- tambahkan bahan2 lain
- masak hingga mendidih & sebati

Rabu, Oktober 19, 2011

Resepi Daging Burger

19.10.2011 :: Rabu

rasa macam dah bosan makan nasi berlauk so hari ni mama nak masak BURGER tapi daging burgernya mama buat sendiri. roti burger pun gn roti biasa2 je cz sebenarnya xde PLAN pun nak buat burger so ubahsuai ikut apa yg ada dalam RUMAH je lah.



DAGING BURGER

bahan :
400 gm daging kisar
1 biji telur
1 sudu besar serbuk lada sulah
2 sudu besar tepung gandum
sedikit garam

cara :
> campurkan semua bahan & gaul sebati
> bentukkan ikut bentuk yg anda inginkan
> sedia untuk digoreng @ dimasak

Jumaat, Oktober 14, 2011

ayam bakar madu

13.10.2011 :: Khamis

hari ni MAMA terlebih rajin kut + rasa nak makan KEPAK bakar so buat sendiri lah ye. bukan x nak beli yg dah SIAP tapi tak menepati citarasa TEKAK mama nih.
lagipun bahan2 semua ADA then tempat pembakar pun BEST so x susah pun nak buat.


AYAM BAKAR MADU

bahan :
5 ketul kepak ayam
2 sudu madu
1 sudu sos tiram
2 inci halia *
3 ulas bawang putih *
1 sudu makan lada hitam *
sedikit minyak masak
* bahan kena tumbuk halus

cara :
1 : perap ayam dengan SEMUA bahan. plg sekejap 1 jam
2 : bakar hingga masak
3 : sedia dihidang bersama sos yg anda suka

SOS : bawang putih, air sup ayam, sos cili, cili merah, sedikit asam jawa, garam, gula ( kisar semua & masak hga mendidih )



:: untuk kali ni ayam bakar dimakan bersama2 sos simple, sup kosong & tumis bga kobis + kobis ::
:: dah macam ala2 set nasi ayam pulak ::

Khamis, Oktober 06, 2011

waffle @ lempeng

5.10.2011 :: Rabu :: Dapur Rumah Hijau

hari ni mama rasa malas nak g TAPAU sarapan so plan nak masak WAFFLE & test power frying pan yg mama beli haritu. hik....

sebelum masak mama sempat BEKERJA dulu ( sapu tempat parking, tanam benih terung, adjust pasu2, siram pokok ). masa tu dah terasa PENAT dah. ha3

berbalik pada waffle tadi.... mama beli TEPUNG yang dah siap adunan khas untuk waffle, tinggal tambah AIR & TELUR je so sangatlah mudah kan. tu yg semangat nak try tu. disebabkan mama xde Waffle Maker so masak dalam frying pan je lah & jadilah LEMPENG. ha3

then waffle ni dimakan bersama2 jem strawberi @ madu @ kaya. pilihlah yg mana kitorang SUKA. yeeeehaaaaaaaaaaaa.............


Telur Tomato

4.10.2011 :: Selasa

mama dah agak BOSAN dengan lauk ayam & masih mencari2 nak makan @ masak apa. LAST2 rasa nak makan lauk ni lah so masak untuk DINNER malam tu. sangat2 berselera cz dah LAMA x jumpa. ha3

layan lauk ni dengan nasi putih panas + tumis kacang botol + ikan bilis + kicap
sangat2 lah SEDAP. kui2



TELUR MATA MASAK TOMATO

bahan :
4 biji telur goreng
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
sebatang kayu manis
sedikit bunga lawang
sos cili
sedikit air
garam & gula ( jika perlu )

cara :
- tumis bawang, bunga lawang & kayu manis
- masukkan sos cili & air
- masukkan telur mata
- perasakan apa yg patut & biar menggelegak
- siap dah....

Sabtu, Oktober 01, 2011

Yang special di hujung September

30.09.2011 :: Jumaat :: Giant Kota Damansara

pe lah yg SPECIAL sangat tu ye ?????????????

sebenarnya TAKDE apa pun. saje je ngada. masa shopping tu tetiba mama TERBELI set NESTEA cz botol kali ni agak menarik perhatian mama so beli je lah yg berharga RM10.xx Sebelum ni memang dah ada 1 bekas tapi dah kemik sikit cz mama terbubuh air over panas.

pehtu mama beli Frying Pan yg paling comel sekali. dah lama nak beli menda ni cz ada menda nak dimasak dalam tu tapi asyik tangguh2 je nak beli so AKHIRNYA beli gaks dgn harga RM 16.90
sebenarnya mama nak masak PANCAKE @ WAFFLE special nanti. he2




pehtu tetiba mama BELI otak2 kat bawah ni cz mama dapat KUPON yg jimat RM 2.00 so tu yg nak cuba lagipun JIMAT banyak dari beli yg dah siap masak tu. yg ni pun tinggal PANASKAN je so sangatlah mudah.

yg lagi BEST bebudak suka makan pulak so seronok le & macam x cukup pulak 16 pcs tu. he2

* dah lupa harga sebenarnya tp rasanya x sampai 40 sen satu ( kalau xde kupon )
** rasanya memang sama je macam yg org jual kt pasar malam tu & klu kt skudai dulu glemer dgn nama otak2 kempas

Chezzy Cheese

30.09.2011 :: Jumaat

hari ni tak tau ngapa mama asyik rasa LAPAR je.... maybe sebab hari ni jadual makan x berapa nak betul. so dah siap mengapam + mandi mama masak kentang goreng untuk dicicah dengan chezzy cheese + mayonis. perghhhh..... sungguh nikmat rasanya. he3

dah hampir 2 minggu beli chezzy cheese tu tapi blm berkesempatan nak cuba so bru mlm td dapat makan. BEST cz memang rasanya sama dengan chezzy wedges kat KFC tu so pasni boleh bancuh sendiri je......


Seafood Paprik

30.09.2011 :: Jumaat

hari ni dalam x berapa ada IDEA nak masak + sedikit malas so terbuat Seafood Paprik je cz nasi masih ada lagi & malas nak makan nasi goreng.



SEAFOOD PAPRIK

bahan :
sotong
udang
jus limau
sos tomato
sos cili
sos tiram
kicap manis
serai
bawang besar
bawang putih
sayur ( kacang botol, kacang buncis, kobis, bunga kobis )

cara :
- panaskan minyak & tumis bwg besar, bwg putih, serai
- masukkan udang & sotong
- tambahkan semua sos & kicap
- masukkan sayur2 & jus limau
- rasa kut2 kena tambah gula & garam
- siap utk dihidang & makan

Rabu, September 28, 2011

DONUT

28.09.2011 :: Rabu

hari ni mama xde perasaan sangat nk masak makanan yg BERAT2 cz kesengalan tangan pas inject smlm masih terasa lagi. memg spoil MOOD je cz manjang x selesa.

kali ni mana BERJAYA gak buat donut utk cubaan yang KEDUA. ni gara2 mama jmp tepung DONUT yg dh siap. tinggal tambah telur, yis, butter, air & shortening je. adun sendiri then siap le.

kali ni siap dapat buat untuk FROZEN punya cz adunannya agak banyak pehtu kitorang bkn mkn banyak2 pun so simpan buat STOK. mama kan selalu LAPAR akhir2 ni.



:: saje je buat bentuk BUNGA ni cz dah lama beli acuan tp x pernah guna ::


:: ni bentuk BIASA je ::
:: tergelap sikit cz anak2 buat hal masa menggoreng ::


:: ni STOK utk frozen punya ::

Selasa, September 27, 2011

Waffle Segera


27.09.2011 :: Selasa

hari ni 1st time MAMA cuba makan waffle segera nih. try yg perasa VANILA dulu. 2 keping ni RM 1.40

rasanya macam kek cikit & tak sama langsung rasa WAFFLE yg kitorang beli selalu tu. tapi sedap gak lah cuma sejuk le. he3

mama ni ada beli adunan WAFFLE nih tapi blm cuba masak pun cz kt rumah ni memang xde acuan waffle pehtu frying pan pun xde gaks. ha3

bebudaks memang suka dengan waffle ni. selalu beli kalau g GIANT. ni dikira alas perut gakle tp kat situ derang selalu letak INTI yg melampau so tersangatlah MANIS.

Burung Puyuh

25.09.2011 :: Ahad :: Sabak Bernam

mama dah lama TERINGIN nak merasa @ makan PUYUH ni tapi x terbeli2. memang ada orang jual dekat gak dgn rumah ni tapi TAKUT nak masuk area rumah dia tu cz macam xde orang MASUK pun.

sebenarnya ada org JUAL kat pasar malam yg dah siap MASAK tapi kitorang macam dah LAMA x g psr malam tu sejak2 bulan posa haritu.

tup2 masa balik rumah atuk baru2 ni, ATUK sembelih puyuh belaannya so dapatlah mama bawa balik. yg penting FREE. hik.... makcik yg bungkuskan so daptle 2 EKOR. sampai2 kat rumah, mama terus GORENG je & ratah le.


Jumaat, Ogos 19, 2011

Mini Murtabak Pisang

18 ogos 2011 :: Khamis

haritu mama ada beli pisang & nampaknya mcm x brp laku pulak so drpd membazir baik mama buat murtabak pisang je. lagipun kulit popia masih banyak lagi. memg nk simpn sikit utk buat kuih raya tp bleh beli lain lah.

nanti nak buat murtabak telur lah pulak. he2

nak buat murtabak ni senang sangat2. kdg2 memang ada yg jual tp kebanyakannya derg just letak hirisan pisang. mama x suka style tu so baik buat sendiri kan kalau ada bahan2 nya.



MINI MURTABAK PISANG

bahan :
6 keping kulit popia bersaiz besar
minyak untuk menggoreng

bahan lenyek mcm nak buat cekodok :
3-4 biji pisang berangan
sedikit gula
secubit garam

cara :
1 : masukkan bahan lenyek ke atas 2 keping kulit popia & balut dengan kemas
2 : masak atas api sederhana hingga kekuningan
3 : sedia dimakan

tips
** jangan isi inti terlalu banyak cz ia mudah kembung & meletup ketika dimasak
** nak lagi best, masak dengan mentega @ marjerin

Selasa, Ogos 16, 2011

Mini Murtabak Sardin


16 ogos 2011 :: Selasa

dah lama rasanya tak masukkan citer bab makan2. bukan pe... memang rajin masak tapi dah kurang rajin ambik gambar cz selalu kepenatan + xde mood sangat nak online.

hari ni dah tak tau nak masak pe so pepagi tadi dapat idea ni. haritu rasa nak buat sardin roll tapi disebabkan rotinya makin cikit dimakan bebudaks so kena cari altenatif lain & kuarlah idea ni.

simple je..... cukuplah buat tambahan masa berbuka nanti di samping nasi putih + ikan masak asam + timun rakah bergula + air bandung cincau ( mama punya ) @ soya panas ( papa punya ).


MINI MURTABAK SARDIN

bahan - bahan :
10 keping kulit popia saiz besar
1 tin kecil sardin ( mama guna jenama giant je )
2 biji limau kasturi ( ambil jusnya )
3 ulas bawang merah
2 biji telur ayam
sedikit garam

cara :
1 : gaulkan semua bahan hingga sebati
2 : bungkus dengan 2 kulit popia bagi sekeping murtabak
3 : masak dengan api sederhana
4 : siap & sedia dihidang + dimakan

Selasa, Julai 26, 2011

Puding Kastad Berkuah

26 julai 2011 :: Selasa

hari ni tetiba mama terasa nak makan puding ni masa lepas hantar alif g sekolah tadi. then cepat2 cek fail resepi cz nk masukkan sekali senarai apa yg takde. memang hari ni plan nak g ECONSAVE utk beli apa yg patut lps alif balik sekolah. seb baik 2 bahan je xde so memang CONFIRM le akan dibuat pd hr ni juga.

dlm kul 12.50pm mama mulakan operasi masak jeli pehtu puding kastad then baru kuahnya. kejap je siap cuma semuanya nak DISEJUKKAN dulu baru sedap untuk dimakan. kesudahannya kul 4.30 pm baru mama bersedia & teringat nak makannya.




PUDING KASTAD BERKUAH

puding kastad :
1 cawan tepung kastad
6 cawan air
* klu nk keras, kurgkan air ye

cara :
1 : masukkan tepung & secawan air ke dalam periuk @ kuali
2 : gaul sebati dulu supaya ia x berketul
3 : tambahkan air secukupnya
4 : masak hingga pekat dengan menggunakan api yg perlahan
5 : kena kacau selalu supaya tidak terlampau berketul
6 : bila dah menggelegak @ keluar buih meletup2, dah boleh tutup api & sejukkan
* klu nak cantik, masukkan dalam acuan bersesuaian. kali ni mama malas so cedok2 je dengan sudu.


jeli :
sekotak jeli segera

cara :
ikut je arahan di belakang kotak
* x masukkan jeli ni pun xpe.....


kuah :
1 tin susu cair
2 cawan air
1 cawan air dari koktel dalam tin
1 cawan gula
1 tin buah2an koktel
1 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila

cara :
1 : panaskan air & gula sampai gula larut
2 : tambahkan susu, esen vanila & buah2 an
3 : bila dah menggelegak, masukkan telur yg dipukul sedikit dengan garfu
4 : sedia dihidang dengan bahan2 lain
* kalau x suka manis, sila kurangkan gula @ boleh lebihkan air


** boleh juga dicampur dengan buah2an segar, kismis dll yg anda suka


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...