Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label mama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mama. Papar semua catatan

Khamis, Mei 23, 2013

hari ibu


hik hik ni adalah kali PERTAMA mama diraikan sempena hari IBU.
tu pun tanpa SENGAJA. siap dapat special GIFT lagi. he3
rupa-rupanya hari IBU ni disambut pada hari AHAD minggu keDUA dalam bulan MEI.

Selasa, April 30, 2013

kehilangan LAGI

28 april 2013 :: Ahad
 
YA ALLAH handphone mama hilang lagi. tak tau hilang di mana. tau2 dah takde dlm sling bag. Sangat2 SEDIH cz mama simpan di dalam sling bag yg berzip & di zip dengan sempurna. 95% kedudukannya dipakai di hadapan. bertambah sedih cz baru guna 4 BULAN & HADIAH hari lahir mama. lepas tu mama baru je SEHARI tukar casing baru. huwaaaa......
 
lebih kurang 4 jam tidak kisah dengan handphone tu cz sibuk berjalan2 + membeli barang2 + takde perasaan nak tengok2 pun handphone tu. last sekali menatapnya masa ambil gambar Prof Dr Muhaya di pesta buku PWTC. keluar dari pwtc kul 5++ then dalam kul 7pm ( selesai shopping barang2 dapur ) baru terpikir nak tengok handphone setelah ternampak cahaya biru dari dalam beg.
 
MENGGELABAH sesangat cz memang TAKDE dalam beg. yg sangat2 kecewa cz dah CUBA berhati2 dengan baik tapi ia HILANG juga. nasib baik HANYA handphone NOTE II tu shj yg hlg. yg lain2 semua masih wujud. masa bila lah ia DICURI cz tak terasa langsung beg ditarik dll. memang ada pergi tandas, surau & masjid tapi takde pulak DENGAR @ nampak ia terjatuh @ terkeluar dari SLING BAG
 
inilah namanya TAKDE rezeki kan. sampai sekarang belum dapat terima HAKIKAT lagi.
 

Jumaat, April 12, 2013

skirt kembang ??????

12 april 2013 :: jumaat
 
hari ni macam takde apa nak dibuat sangat so tetiba MOOD menjahit dah datang. walaupun si NA'IM mengacau tp teruskan juga my aktiviti. ni gara2 ESOK terasa nak pakai yg warna BIRU tu.
 
3 helai skirt kembang tu dah berjaya mama TUKARKAN menjadi seluar. ni gara2 papa asyik ketawakan mama bila pakai skirt yg warna biru tu. lagipun terasa macam TAK SELESA masa pakai cz mama dah biasa berseluar so tukarkan ia. yeayyyyyy
 
yg warna COKLAT tu skirt zaman u rasanya. memang dah lama tak pakai so bila dah TUKARkan ia cconfirm akan dipakai. biar longgar @ besar janji SELUAR. hik2
 
yg BUNGA2 tu asalnya DRESS labuh pehtu mama potong cz macam tak best je bl pki dress tu so potong jadikan SKIRT je. pehtu still tak terpakai gak so hari ni mama jadikan ia SELUAR.
 
 

Khamis, Mac 07, 2013

tudung purple

 
ALHAMDULILLAH akhirnya siap gak mengUBAHSUAI tudung plain warna purple ni. ada lagi satu tudung plain yg menunggu masa untuk ditambah sesuatu. sebenarnya nak letak BUTANG yg cantik2 tapi tak terpergi2 kat kedai yg sepatutnya. masa pergi hari tu kedai tu belum buka lagi. nak pergi selalu memang tidak le cz jauh gak dalam 22km gtu.
 
yg ni pun dapat idea masa MAK SU (adik mama) datang nak jahit dress dia. ternampak bunga dia ada banyak lebih. ambik 3 aje & letak le kat kiri kanan dan tepi tudung tu. SIAP. kir lain le dari yang lain kan. ha3


Isnin, Februari 13, 2012

mama = 31 years

13 februari 2012 :: Isnin

ALHAMDULILLAH.... bersyukur sangat2 cz mama masih bernafas & ALLAH masih memberi peluang untuk MAMA menjalani kehidupan bersama2 orang2 tersayang. hari ni genaplah umur mama 31 tahun. xde apa pun pada angka tu rasanya. mama tetap macam BIASA gaks cuma mama dah ada 3 ANAK sekarang ni. he2

tahun ni family kecik buat sambutan AWAL cz tak nak ganggu hari PAPA bekerja. lagipun cepat sehari je so x rasa apa2 pun. dalam kul 6++ petang kitorang menuju ke Care4 Kota Damansara untuk BELI hadiah mama. PAPA memang x pernah beli hadiah siap2 @ tiada kejutan @ akan bagi apa yg mama nak.

tahun ni mama bagi 6-7 pilihan untuk papa pikir nak bagi hadiah apa so kesudahannya semalam tak pasal2 mama dapat DUA hadiah. ambik masa berjam2 gak nak pilih. apa hadiahnya???????? biarlah RAHSIA. ha3

lepas beli HADIAH terus ke sesi MAKAN2 pulak cz semua macam kelaparan je. g makan western food kat kedai feveret kitorang tu je. lagipun macam dah lama sangat x g ctu. tup2 kul 10.30 pm baru sampai rumah.


posing2 sementara tunggu makanan sampai

tetiba ALIF NAUFAL nak makan burger pulak hari ni
ALIF NA'IM tidur sepanjang mama beli hadiah + makan2
( baby yang baik kan. he3 )


3 hero besar

kek besday yg bersaiz kecik dari cupcake
kek blackforest = RM 5.00
hurm... x brp kenan sangat kat tekak

Rabu, Disember 28, 2011

hasil pertama kain FELT

27.12.2011 :: Selasa :: Rumah Hijau

alhamdulillah akhirnya MAMA berjaya gak menyiapkan projek mama ni. xde sape suruh buat pun tapi saje je SUKA2. lagipun ia boleh memudahkan sesapa yg bakal membantu kerja2 yg bersesuaian masa mama berPANTANG nanti. takdelah banyak sangat tanya nanti kan.

untuk yg pertama ni MAMA siapkan tulisan nama pada tuala untuk abang ( NAUFAL ) & adik ( NU'MAN ). masing2 dapat 3 helai je cz 3 helai tuala yg selebihnya mama nak guna untuk NEW BABY pulak. nanti kalau macam tak cukup barulah mama belikan tuala yg BARU ye. hik......


bila dah SETTLE jahit2 nama2 tu, MAMA sesaje menambahkan kerja lagi..... buat KEYCHAIN utk kereta mama pulak cz keychainnya asyik hilang @ patah @ putus je.

masa dah siap keychain ni, mama sesaje upload kat dalam FB & ada pulak kawan sekampung yg nak ORDER. mama ON je lagipun bahan2 masih banyak lagi. sambil2 TUNGGU baby nak keluar, sempat lagi mama nak siapkan PROJEK baru ni.


Khamis, Disember 22, 2011

Kain Felt


20.12.2011 :: Selasa :: Bukit Rahman Putra

hari PAPA cuti so lepas cek kt hospital, kitorang sempat merayap kejap. lagipun memang kena lalu kawasan ni dulu baru boleh sampai RUMAH.

mula2 singgah beli bahan2 utk buat apam cz ada brg HABIS & still ada org order tp ambik cikit je. dah setel kat situ, MAMA terus soh g 1 kedai jual alat2 menjahit & brg2 utk pengantin. sesaje nak cari sesuatu & derg jual so BELIlah sikit utk special project ( saje2 je cari kerja lebih ).

projeknya dah bermula & dah siap separuh jalan. nanti akan diupload bl dah SIAP sepenuhnya ye.

KAIN FELT kat kedai ni derg jual dah berpotong2. takdelah byk plhn sgt tp bolehlah drpd takde kan. utk 5 helai ni dalam RM 15 - 17 gtu. lupa dah cz ada beli dgn brg lain lagi.

check up at hospital

20.12.2011 :: Selasa :: Hospital Sg Buloh

semalam check kat klinik & hari ni ada TEMUJANJI kat hospital pulak utk bertemu pakar cz dah masuk 36 minggu gtu.

sepatutnya bl dah masuk 36 MINGGU, biasanya klinik soh g cek setiap minggu kan tapi smlm klinik tu set dtg lg 2 minggu so xpelah. LEGA

kat sini memang agak MEMBOSANKAN cz kena TUNGGU dalam tempoh yg lama gtu. app kul 8.30 am tapi kitorang ( Mama, Papa, Alif & Nu'man semua ikut ) sampai kt KLINIK PAKAR tu dalam kul 8.50 am.

then kul 9.08 am dapat ambik no yg PERTAMA utk sesi pendaftaran cz FIRST TIME mama kena cek kat sini. derang nak buat rekod & bg KAD BIRU gtu. kat sesi ni je kena menunggu hampir SEJAM SUKU. dapat nombor 2149 ( masa ambik no baru 2052 ). seb baik bebudak x brp ngamuk cz MAMA dah siap2 bawa bekal utk sarapan. hik.....

then g bahagian O & G pulak. kat sini kena tunggu derg panggil lg utk bg nombor lain. bl dapat nombor, kena g CEK air kencing, berat badan & tekanan darah lagi. then TUNGGU lagi utk berjumpa pakar. LAMA gak le cz ramai sangat yg ada app kan. SEAT utk duduk2 pun sentiasa penuh je & masih ramai yg kena berdiri.

masa jmp doktor SEMUA join sekali masuk bilik dia. doktor ni macam GARANG semacam gaks. macam2 dia tanya & bebel. yg paling dia TAK PUAS HATI ialah bab makan ikan haruan. dia kata org bersalin NORMAL je yg sesuai makan. org CZER tak sesuai makan. hurmmmmmm........

dah pot pet2 tu finalnya SCAN tp kt bilik depannya lah. tu pun sebab PAPA tanya " Tak scan ke doktor ? " tapi x brp friendly sangatlah cz dia scan utk dianya result je. dah le x brp clear so dapat tgk2 gtu je lah. kali ni BABY tayang jantinanya but SUPRISE ye uols. ha3

then hari ni gak DOKTOR dah set @ bagi tarikh utk BABY keluar melihat dunia. bila ????? TUNGGU
yang penting DIA adalah hadiah paling berharga utk anniversary kitorang yg ke 7 ( sama / cepat / lambat tetap HADIAH gaks ).

KESIMPULANNYA hari ni adalah kali PERTAMA & TERAKHIR mama jumpa doktor pakar. pah ni terus BERSALIN............

check up at clinic

19.12.2011 :: Isnin :: Kuang

hari MAMA kena g check up mcm biasa. sampai x lewat mna cz biasalah klu nk uruskan anak2 utk dibawa sekali. hari ni papa x temankan.

hari ni kena cek BSP lg & result keseluruhan ok2 aje (5.7, 4.7, 5.3 & 6.7 )
yg PAGI punya warna merah cz x boleh lebih 5.5 gtu. nasib le. tu gara2 MAMA minum air masak sblm2 nk g check tu. 1st time kena nih.
sesi seterusnya lepas cz x boleh lebih 6.7 gtu.

prosedur cek mcm biasa cuma kali ni kena cek HGB darah lagi. sepatutnya sebulan sekali tp ni tetiba 2 minggu sekali. ntahlah.... layankan aje. hri ni agak sakit sikit. dah le nurse cucuk 2X gara2 x berapa nampak. klinik tu SEPARA blackout hri ni.

KESIMPULAN :-
  • berat NAIK 500 gm aje
  • HGB darah NAIK 0.1 aje & kalau ikutkan masih di tahap TIDAK memuaskan cz 9.5 aje. sepatutnya 11 dan ke ats
  • keseluruhan kenaikan BERAT BADAN utk peknan kali ni hanyalah 5.2 kg sahaja. sebelum2 ni naik 10 kg.
  • peknan kali ni TAK PASAL2 disyaki ada kencing manis walaupun setiap kali buat BSP semuanya NORMAL

Rabu, Disember 14, 2011

Lempoyang Heat Cream


:: Lempoyang Heat Cream ::
:: RM 30.00 = 100gm ::
:: Sendayu Tinggi ::
:: untuk sapu bahagian luaran sahaja ::
:: kira macam minyak panas gak nih ::


MAMA beli ni dah hampir seminggu kut & dah cuba pakai / guna sebanyak 3 kali.
sebenarnya beli ni utk persediaan masa BERPANTANG nanti.
saje cuba2 guna skrg cz mama kan selalu LENGUH2 kaki so try le.

memang terbaik lah setakat ni. sapu sikit je dah terasa kePANASannya.

baru2 ni MAMA terover sapu gamaknya walaupun rasa dah sapu SIKIT je.
masa mula2 tu memang LAMA gaks panasnya & dah mcm x senang duduk mama merasakannya. hik... padan muka mama kan.
then hilang kejap. pehtu PANAS tu akan datang semula. yg paling terkejut, mama sapu mlm ni tapi malam esoknya tu masih TERASA2 lagi kepanasan tu datang.

Khamis, Disember 01, 2011

Ready..................


01.12.2011 :: Khamis

ALHAMDULILLAH hari ni mama BERJAYA gak mem"packing" barang2 mama + new baby utk dibawa ke hospital. manalah tau tetiba terBERSALIN awal kan so lega dah cz BEG dah siap. tinggal ANGKAT je. bawa yg penting2 utk 1-2 hari sudahlah.

lain2 boleh ambik lain kali cuma kali ni HOSPITAL agak jauh gak dari rumah sewa. x macam masa duk kat TEMERLOH dulu. dalam 1km je dah sampai so memang DERANG ( papa, alif, atuk & nenek ) datang setiap kali waktu melawat. papa pulak datang sesuka hati je cz staff kat sana MAJORITI kenal papa cz papa kerja kat situ.

utk yg ke 3 ni perjalanan ke hospital ( Hospital Sungai Buloh ) ambik masa paling cepat 20 minit gtu. kalau "JEM" makin lambat le jawabnya.

Selasa, November 29, 2011

33 weeks




29.11.2011 :: Selasa

ALHAMDULILLAH dah masuk 33 minggu pun. masa 32 minggu haritu, mama baru SIBUK nak cari baju2 ALIF + NU'MAN masa derang baby2 dulu. pas kemas2 dapat le SIKIT utk new baby. cukup lah kut utk sementara waktu nih. yg terlampau BANYAK : sarung tangan + sarung kaki so kali ni mama LANGSUNG x nak beli lah. gn apa yg ADA je.

ingatkan dah SETEL tapi bl dah KEMAS almari utk new baby, rupa2 nya mama belum CUCI selimut. ha3 sabor je lah kan. seb baik semangat nak mengemas tu dah datang. baru2 ni pun mama dah BELIKAN baju baru special utk masa 1st time melihat DUNIA nanti. tak best lah klu pakai baju2 abang je kan. mesti nak ada yg BARU gaks. beli 2 psg je pun.

NOW persiapan utk new baby dah setel 100 %. tgl nak packing utk bawa g hospital je belum lagi cz ada yg belum dilipat. persiapan utk MAMA baru 70% kut cz rasa macam ada beberapa menda PENTING blm jmp lagi nih. baru ni ada gak g intai2 beberapa kedai tapi masih blm BERKENAN di hati. menda penting yg blm beli : Tungku, Set Bersalin & Pil Ikan Haruan, brg2 berkaitan penyusuan

Kesimpulan utk 33 mgu ::
  • sangat2 MALAS nak ngadap laptop utk update BLOG
  • mama makin TAK CUKUP tenaga & sering keletihan + termengah2
  • rasa macam dah SARAT sangat je + betul2 memboyot
  • hanya ada 1 JUBAH je yg muat klu nak g mana2 majlis
  • ada 2 makanan yg dimakan masih belum dapat ni
  • makin MALAS nak main masak2
  • masih ambik tempahan KUIH tp dlm jumlh yg sikit je

Jumaat, Oktober 14, 2011

KeCeWa ???!


13.10.2011 :: Khamis

pe yg KECEWA nya ???????????????
TAKDE apa sangat pun. he3

hari ni lepas hantar alif g sekolah mama + nu'man terus g KLINIK panel biasa tu cz mama SEMANGAT nak g scan baby. hik.... sesaje ngada + sangat2 excited utk tau JANTINA nya.

kenapa nak TAU sangat ?
ntahlah.... kali ni rasa nak tau tu over sikit cz takut ni PEKNAN yg terakhir.
tambah2 macam nak membeli apa yg patut cz baju abang2 dah BANYAK x bleh pakai sangat cz memang x banyak membeli pun masa derang kecik2 terutamanya NU'MAN. banyak guna yg ALIF punya je.

tapi apa yg MAMA risaukan sebelum2 ni memang BERLAKU pun...... langsung x JELAS jantina baby + dia menyorok habis2 an. puas doktor pusing2 alat tu utk cek tapi x jumpa gaks. tak tau lah PESEN apa dia nyorok then banyak tunjuk tulang belakang je. he2 yg penting BABY nampak sihat & tumbesaran sesuai dengan minggu peknan.

yg tak BEST nya ialah mama dah BAZIRkan RM 35.00 untuk scan ni cz company PAPA tak support utk keluarga yg PEKNAN. yg bertambah mengejutkan mama ialah LIMIT utk kad mama dah OVER so pasni klu sakit & g mna2 klinik panel pun mama kena BAYAR sendiri. confuse je cz mama bukannya SELALU pun g klinik. ntahlah...........

Oh, Selasa !!

11.10.2011 :: Selasa :: Kuang, Selangor

hari ni permulaan hari yg macam x berapa BEST. kitorang semua macam terLAMBAT so semua macam terKEJAR2. pagi ni PAPA g hantar alif ke sekolah. mama & nu'man pulak g klinik cz MAMA nak kena buat BSP + Check up biasa.

biasa kul 8.30 am kitorang dh smp klinik tp hari ni agak lewat dlm 8.45 am cz KERETA mama buat hal pulak. memang kereta tu dah SIKIT rosak tp mama still can handle cuma pagi ni SAJE je buat hal lebih.

seb baik hari ni TAK ramai sgt org kat klinik. then kul 9 am mama baru kena test BSP yg 1. then check up yg biasa2 pehtu kul 10.15 am cek BSP yg ke 2. memang x sempat nak makan apa2 cz konon2 nak beli ms on d way g tu tapi tak tersinggah. he3

masa kat klinik nu'man asyik nak buat hal je cz dia x berapa sihat. seb baik lah x ambik ms yg lm sangat. then balik rumah jap MAKAN2 cz mama dah terlampau lapar. pehtu cepat2 ambik ALIF balik sekolah pulak.

kul 2 pm mama cek BSP yg ke 3 pulak. hari ni rasa macam PENAT sangat so x masak beria pun. just buat roti sosej je utk alas perut. then kul 7.55 pm mama ambik LAST bsp kat klinik paya jaras pulak cz yg kat Kuang MC lg kali ni.

pas ambik last BSP tu kitorang semua terus g ke ECONSAVE cz mama nak g beli brg dapur jap. pehtu makan kat kedai baru. dah settle mamam, kitorang sempat SURVEY harga scan baby ( dalam 5 klinik ). majoriti area sini semua caj RM 45.00 gtu. klinik panel yg biasa kitorang g tu je RM 35 tp office hour only + isnin hga jumaat je.

KESIMPULAN :

= BSP normal ( 4.6, 4.8, 5.0, 4.4 )

= HB darah dah ok - 11.1

= berat TURUN cikit - 400 gm

PERISTIWA :
> kena cucuk 3 kali & 3 tempat masa nak ambik darah cz darah x nak keluar

Sabtu, Oktober 01, 2011

Temankan mama

30.09.2011 :: Jumaat :: Giant Kota Damansara

Hari ni mama g shopping dengan NU'MAN je sementara abang ALIF g sekolah.
kul 9 am kitorang dah sampai kat giant yg dah buka kul 8 am. saje g awal cz mama ada kerja lain dari petang ke malam ( mau mengapam ler ).

dapat SHOPPING dengan tenang cz masih belum ramai pelanggan, nu'man x brp nak ngamuk & x terkejar2 masa sangat so bolehle lama sikit intai2 barang.
yg paling penting nak tukar @ guna KUPON yg dapat sblm raya haritu.

yg TAK bestnya ialah ada brg offer yg dah xde stok padahal baru nk mula SALE. ape le......

dan tak pasal2 NU'MAN dapat hadiah cermin mata masa mama ambik hadiah lain kat customer service.


Selasa, September 27, 2011

24 weeks


27.09.2011 :: Selasa :: KK Kuang

hari ni MAMA g checkup lagi utk kali yg ke 7 gtu. peknan kali ni rasa macam SELALU sangat kena g klinik. layan je le.

hari ni mama hantar ALIF macam biasa, sempat g beli sarapan dulu then terus gerak g KLINIK. sampai dlm kul 8.45 am & masa tu brp ramai sangat orang so tak ambik masa yg lama sangat le.

rasa check up kali ni paling SEKEJAP je dah settle.
ambik nombor - timbang berat & cek tekanan darah - cek air kencing - cek perut - cucuk - ambik next app - SIAP dalam 45 minit je.

CEPAT sikit cz tadi mama tak yah masuk dengar ceramah dari budak PRAKTIKAL cz nu'man x nak masuk bilik tu. SELAMAT mama. tq nu'man. hik....

Kesimpulan kali ni :
- berat NAIK 600 gm je
- tekanan darah turun sikit
- tak yah cek HGB
- kena CUCUK ( sakit cz nurse tu tak terror kut, smp ptg ni masih terasa lagi. lenguh2 nurse kata sampai 3 hari. agak seksa gak cz macam x brp best nak buat kerja + drive kereta yg out stereng )

Terjebak !


Sejak dua menjak ni MAMA dah terjebak pulak dengan BROOCH style nih. pasni terasa nak g tambah koleksi cz dah jumpa PORT yg jual MURAH2 je. walaupun style ni nampak x berapa tahan lama tapi nak gaks beli.

rekabentuknya mudah PUTUS @ PATAH @ BENGKOK.

Rabu, September 14, 2011

-P-E-N-A-T-

13 september 2011 :: Selasa :: Rumah & Klinik ::

hari ni mama kena g Klinik lagi & kena puasa lagi mula 10 pm mlm tdi cz kali ni mama kena buat BSP ( Blood Sugar Profile ).

BSP = ibu peknan yg disyaki kencing manis kena buat ujian darah sebanyak 4 kali dalam sehari.

ni proses seterusnya selepas kena MINUM air gula.



hari ni BERMULA dengan aktiviti HANTAR alif g sekolah then mama terus g klinik. kali ni x lama menunggu then terus cek darah yg 1 ( 4.4 ). pehtu ingatkan boleh balik rumah tapi kena STAY rupanya cz ada mcm2 aktiviti kena buat pulak.

sementara tunggu cek darah yg ke 2 ( mama still blm sarapan cz x bawa apa2 mkanan pun ), kena timbang berat & cek tekanan darah. pehtu kena DENGAR ceramah pasal mandian baby pulak. seb baik nu'man x meragam sangat hari ni.

kul 10++ cek darah yg ke 2 ( 4.0 ) pehtu terus cek perut pulak walaupun baru cek hari KHAMIS lepas. ikut je lah kan prosedur yg mcm x logik tu. masa ni nu'man buat lawak cz tetiba dia g kat sorang akak tu yg muka lebih kurg mama & minta dia dukung sekali gara2 x jumpa mama yg tgh cek perut kat sebalik tirai. semua pakat ketawa. seb baik nu'man OK JE. he3

then bila dah cek apa yg patut & ambik APP seterusnya, dah boleh balik dah. masa tu dah kul 10.55 am so mama terus g TAPAU lunch kat kedai makan cz malas nak balik rumah ( alang2 nak kuar g ambik alif pulak ). seb baik nu'man tetiba tido so sementara tunggu alif keluar, dapatle mama BUKA PUASA. he3

PENAT belum hilang lagi dah kena g klinik lagi utk cek darah yg ke 3 ( 4.6 ) - kul 2 pm pulak. seb baik kejap je then g meronda cari pisang goreng cz tetiba tingin makan. padahal boleh je g beli pisang & masak sendiri tapi MALAS. ha3

sampai2 rumah terus masak2 utk DINNER pulak cz mama kena makan awal utk cek darah yg ke 4. nak cepat so mama masak angle hair bolognaise + bebola daging je. dapat mkn cikit cukuplah utk elakkan lapar je cz nak bagi darah tu NORMAL. hik......

malam kul 7.50 dah kuar rumah ramai2 menuju ke KK Paya Jaras cz kena ambik LAST bsp ( 3.5 ) so semua RESULT hari ni adalah NORMAL. patutnya kena buat kat klinik SAMA tp nurse kat KK Kuang tu MC hari ni.

peh cek yg last BSP tu, baru mama MAKAN2 cz LAPAR.
apa2 pun memang PENAT !!!!!

Selasa, September 13, 2011

menaik

:: from pak google ::


08 september 2011 :: Khamis :: KK Kuang, Selangor

hari ni mama kena g check up kat Klinik lagi. yang x bestnya ialah hari ni mama kena minum AIR GULA. posa dari 10 mlm. tgu turn nak kena paggil pun dah sejam lebih so kul 9++ baru cek darah & kena minum air gula. yang X BESTnya mama kena minum air gula yg derang bancuhkan lagi so MANIS sesangat. last minum tu rasa mcm dah nak termuntah sesangat.

sementara tunggu 2 jam tu mama terus buat check up untuk nu'man ( perjumpaan biasa g klinik ). kali ni cuma timbang berat & ukur tinggi je cz nu'man sihat. pehtu kena g lagi slps 3 bulan.

pehtu kul 10.50 baru cek darah yg ke 2 & x disangka2 ia NAIK mendadak dari 5.2 terus ke 8.0 padahal langsung x makan apa2 pun. SABOR je lah kan. then bukan boleh terus balik, kena cek perut pulak dll. kesudahannya mama STOP kejap cz nak g ambik Alif balik dari sekolah.

sesi check up bersambung kul 11.45 am diteruskan dengan timbang berat, cek tekanan darah, cek jantung baby, perut & last sekali jumpa doktor. hari ni prosesnya SANGAT2 LAMBAT & memang kena menunggu lama. dah le doktor yg bertugas SORANG je so dalam kul 1 lebih baru setel.

seb baik tetiba PAPA baik hati nak datang tgk apa2 yg patut. last2 mama balik dgn papa sekali cz dah TAK LARAT lagsung nak drive gara2 tak pasal2 berpuasa dari kul 10 mlm - 1++ tgh hari. g ambik keta semula ms papa nak g keja dalam kul 2.30 pm.

hari yg teramat memenatkan !

kesimpulan check up kali ni :
  • berat badan naik 900 gm
  • baby dah bergerak & boleh dengar degupan jantung
  • HB darah naik cikit dari 9.9 ke 10.7 tp still blm tahap OK
  • tetiba ada kencing manis cz dari 5.2 ke 8.0
  • dapat jadual pemakanan utk tingkatkn HB darah
  • pehtu kena buat BSP ( Blood Sugar Profile )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...