Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label roti. Papar semua catatan

Jumaat, April 12, 2013

puding roti + sos kastard

 
PUDING ROTI + SOS KASTARD
bahan puding :
2 1/2 cawan susu full cream
9 keping roti yg disiat2 @ dipotong kecil2
2 biji telur ayam
4 sudu besar gula


2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
 1 sudu besar tepung jagung
jika suka, boleh tambahkan kismis @ coklat cip
 
cara :
- letakkan roti di dalam loyang
- campurkan semua bahan & gaul sebati
- tuangkan ke dalam loyang berisi roti tadi
- tekan2 sikit supaya roti menyerap susu
- bakar = 170 darjah = 30 minit
 
bahan sos :
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu makan gula
sedikit serbuk vanila ( jika ada )
 
cara :
- gaul sebati semua bahan & masak di atas api sederhana sehingga sos agak pekat
- tuangkan sos semasa menghidang @ bila nak makan
 
** puding tu agak lembut, sesapa yg nak KERAS, just letak susu 2 cawan sahaja

Khamis, Mac 07, 2013

roti rangup

di hari cuti macam terlebih rajin nak main masak2. kali ni MENCUBA resepi dari akak senior masa kat UTMP. simple sangat & macam menarik. lagipun nak HABISkan stok roti yg hampir expired. sesuai sangat makan petang2. bau masa dibakar tu WANGI & rasa macam sangat2 menyelerakan. ha3
 
 
 
ROTI RANGUP
 
bahan :
roti putih gardenia or others
sedikit butter @ mentega
sedikit madu @ kaya @ apa2 jem
 
cara :
- potong roti ikut saiz yg anda suka. saya guna bentuk LOVE
- sapukan roti tu dengan mentega, 1 permukaan je
- bakar dalam oven selama kurang 45 minit, suhu 135 darjah, api atas bawah ( semua ni bergantung pada oven memasing ye )
- bila dah masak, bolehlah dimakan dengan madu @ kaya @ apa2 jem

Selasa, Februari 26, 2013

quick pizza




di kala malas main masak2 + ada stok roti so mama masak @ buat PIZZA je lah ye.
lagipun NAUFAL sangat2 suka makan roti cenggini. selalu letak SOSEJ je tapi kali ni mama ubah sikit isinya.

bahan - bahan :
6 keping roti putih gardenia
6 keping keju
1 tin tuna mayonis
sedikit sos cili
sedikit mentega

 
cara - caranya :
- sapukan roti dengan mentega
- letakkan tuna mayonis
- letakkan keju
- letakkan sos cili
- bakar dalam oven dalam 5 ke atas sehingga keju agak cair
- siap utk dihidang + dimakan

Jumaat, Ogos 19, 2011

Mini Murtabak Pisang

18 ogos 2011 :: Khamis

haritu mama ada beli pisang & nampaknya mcm x brp laku pulak so drpd membazir baik mama buat murtabak pisang je. lagipun kulit popia masih banyak lagi. memg nk simpn sikit utk buat kuih raya tp bleh beli lain lah.

nanti nak buat murtabak telur lah pulak. he2

nak buat murtabak ni senang sangat2. kdg2 memang ada yg jual tp kebanyakannya derg just letak hirisan pisang. mama x suka style tu so baik buat sendiri kan kalau ada bahan2 nya.



MINI MURTABAK PISANG

bahan :
6 keping kulit popia bersaiz besar
minyak untuk menggoreng

bahan lenyek mcm nak buat cekodok :
3-4 biji pisang berangan
sedikit gula
secubit garam

cara :
1 : masukkan bahan lenyek ke atas 2 keping kulit popia & balut dengan kemas
2 : masak atas api sederhana hingga kekuningan
3 : sedia dimakan

tips
** jangan isi inti terlalu banyak cz ia mudah kembung & meletup ketika dimasak
** nak lagi best, masak dengan mentega @ marjerin

Selasa, Ogos 16, 2011

Mini Murtabak Sardin


16 ogos 2011 :: Selasa

dah lama rasanya tak masukkan citer bab makan2. bukan pe... memang rajin masak tapi dah kurang rajin ambik gambar cz selalu kepenatan + xde mood sangat nak online.

hari ni dah tak tau nak masak pe so pepagi tadi dapat idea ni. haritu rasa nak buat sardin roll tapi disebabkan rotinya makin cikit dimakan bebudaks so kena cari altenatif lain & kuarlah idea ni.

simple je..... cukuplah buat tambahan masa berbuka nanti di samping nasi putih + ikan masak asam + timun rakah bergula + air bandung cincau ( mama punya ) @ soya panas ( papa punya ).


MINI MURTABAK SARDIN

bahan - bahan :
10 keping kulit popia saiz besar
1 tin kecil sardin ( mama guna jenama giant je )
2 biji limau kasturi ( ambil jusnya )
3 ulas bawang merah
2 biji telur ayam
sedikit garam

cara :
1 : gaulkan semua bahan hingga sebati
2 : bungkus dengan 2 kulit popia bagi sekeping murtabak
3 : masak dengan api sederhana
4 : siap & sedia dihidang + dimakan

Rabu, April 06, 2011

mengROTI

04.04.2011 :: Isnin :: Dapur Rumah Hijau HARI ni pn. ie mengROTI lagi cz ada tetamu yg nak datang ( mak, abah, abang ke dua, kakak ipar & 2 org anak sedara dari kuantan ). kali ni pn. ie buat roti hot dog, roti inti kacang merah & roti inti kaya. dapatle makan sorang sikit kan. yg penting buatan sendiri gtu. RESEPI ROTI -------> click here

Ahad, April 03, 2011

Sarapan Terbanyak

03.04.2011 : Ahad : Dapur Rumah Hijau HARI ni terlebih rajin so pn. ie mencuba RESEPI baru lagi iaitu ROTI GORENG. tapi macam BIASAlah kan, 1 adunan tu pn. ie buat 3 jenis terus. barulah BANYAK pilihan untuk dimakan. RESEPI ASAS ROTI GORENG bahan : 250 gm tepung roti 2 biji kuning telur 1/2 st garam 1 sb gula pasir 40gm planta 1 st yis serbuk 90 ml air 1 st bread softener * pn. ie sengaja tambah inti kacang merah 5 biji fishball sayur 2 batang sosej ayam cara : 1 : campurkan semua bahan kecuali air & gaul sebati 2 : masukkan air sedikit demi sedikit & uli hingga sebati 3 : rehatkan adunan selama 15 minit 4 : bentukkan ikut roti goreng yg anda nak buat & letak isinya 5 : rehatkan sebentar & goreng hingga masak
:: Roti Goreng Inti Fishball Sayur ::


:: Roti Goreng Inti Sosej Ayam ::


:: Roti Goreng Inti Kacang Merah ::

* dah sama rasa macam pau goreng gtu

** kuih feberet husband ( bru kalini berjaya buat setelah banyak kali dia suh belajar buat )

Selasa, Mac 29, 2011

Roti Inti Kaya

29.03.2011 : Selasa : Dapur Rumah Hijau HA..... pn. ie ambik sikit doh roti kacang merah tu & buat roti inti kaya ni cz barulah ada banyak pilihan. lg pun roti kacang merah tu dah ada 8 pcs ( banyak tu utk kitorg ) so buat bentuk yg biasa pulak. stok KAYA ada sikit lg so sesuai sangatle letak dlm roti ni. kang simpan lelama EXPIRED lak. buat 7 ketul je.


* Gantikan je inti kacang merah tu kepada KAYA pulak. pn. ie pilih bentuk biasa2 je.
:: amacam ???? nampak menyelerakan & lembut tak ? ::

:: memang best dimakan masa SUAM suam gtu ::

:: layan dengan kopi o @ teh tarik, yummmmy ::

Roti Kacang Merah

29.03.2011 : Selasa : Dapur Rumah Hijau hari ni hari yg PENUH semangat cz pn. ie memang TAK SABAR2 nak cuba buat roti sendiri. TERUJA tgk blogger mana ntah buat hr tu. so mlm tadi ambik masa lebih 2 jam utk SEARCH resepi yg mudah @ yg bahan2 nya ada dalam simpanan pn. ie. puas pilih2 AKHIRNYA pn. ie ambik resepi kat SINI pehtu mcm biasalah, pn. ie akan ubah apa yg logik. yg lagi bertambah bersemangat cz DIA tunjukkan sekali cara2 nak buat roti tu, so drpd x pandai, terus pandai le yg penting MINAT + rajin + usaha gtu.
:: pn. ie buat 8 pcs je ::



ROTI KACANG MERAH


bahan :

400 gm tepung roti

150 gm air sejuk

60 gm gula pasir

25 gm mentega

1 bungkus yis serbuk

1 biji telur ayam

1 st susu tepung

1 st bread softener

1/2 st backing powder

1/2 st bread improver

secubit garam

inti kacang merah secukupnya - pn. ie beli yg dah siap je


cara :

1 : satukan yis & telur. pukul sedikit

2 : bila rata, masukkan semua bahan lain kecuali air

3 : gaul rata guna mesin pengadun biasa je sambil tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga habis

4 : pn. ie xde mesin canggih so bila dah rata tu pn. ie uli dgn tangan ye sampai adunan betul2 sebati

5 : biarkan adunan selama 1 jam, pn. ie tutup guna plastik jernih tu je. doh akan mengembang 2 kali ganda

6 : bila dh cukup 1 jam, pn. ie tumbuk sedikit adunan tu & mula bahagi2 kan ia menjadi kecil & bentukkan roti yg nak dibuat

7 : biarkan doh yg dh dibentuk tu selama 45 minit pulak, tutup dgn plastik gaks

8 : sapukan telur yg dipukul sedikit kat atas roti tu & bakar. pn. ie guna 160 darjah C selama 15-20 minit

9 : sapukan sedikit mentega di permukaan roti selepas masak ( untuk nampak berkilat )




:: roti yg dah siap & boleh dimakan bila2 masa je ::

:: sama je mcm kat kedai tu ::

:: puas hati cz dapat buat sendiri ::

Jumaat, Mac 25, 2011

Roti Canai

24.03.2011 : Khamis : Dapur Rumah Hijau

hari ni pn. ie saje NGENGADA nak buat roti canai. pn. ie dapat resepi dari PAK GOOGLE aje. kuahnya pn. ie buat KARI DAGING je.

pn. ie terpaksa ambik gambar dari PAK GOOGLE cz pn. ie TAK PANDAI nak tebar roti canai tu so tepek2 je lah. ha3 apa2 pun RASAnya memang SEDAP cuma x pandai tebar aje.


:: gambar dapat dari PAK GOOGLE ::

ROTI CANAI

Bahan :

1 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu besar susu pekat manis

secubit garam

1/2 - 1 cawan air

1 sudu besar planta

Cara :

1 : campurkan tepung, susu & garam. gaul sebati

2 : tambahkan air sedikit demi sedikit & uli hingga tidak melekat di tgn

3 : masukkan planta & uli doh hingga jadi lembut

4 : tutup doh dgn kain lembab & biarkan selama 30 minit

5 : bahagikan doh kpd 6 bhgn & salut dgn planta. simpan beberapa jam

6 : then tebarkan & masak le. siap dimakan

RESEPI DPT KAT SINI ----> click here


Khamis, November 11, 2010

capati + kari ayam

10.11.2010 : Rabu : Rumah Hijau

hari ni xde mood nak makan nasi so just makan capati + kari ayam je. simple2 sudahlah. nak keluar g makan kat kedai memang malas so masaklah apa yang patut.

sorang sekeping pun dah mengenyangkan so jimat kan. hik..... layan pulak dengan kari buatan @ masakan sendiri, memang puas hati sangat2.


Pn. Ie dah makin terror masak kari ayam cz gara-gara haritu membuat sesuatu dengan masakan kari ni. selalu masak tak berapa sedap. ni cubaan kali ke dua & dapat pujian yg best dari En. Han " mama punya kari memang sedap lah. sedap sangat ". best sgt bila ada orang suka apa yg kita masak. hik......



capati ??? tak reti lah nak masak @ buat camne pehtu macam malas je nak buat. hari tu masa g GIANT, mama saje beli untuk cuba sama ada sedap @ tak. murah je. ingat2 lupa ni. dlam sepeket ada 5 keping & rega bawah rm4.00 je dah untung di situ. yg pasti, memang PUAS HATI dengan rasanya yg sedap & tak muak so pas ni bleh beli lagi.
*sambung makan untuk sarapan & lunch 11.11.2010 pulak cz nak ngabiskan 5 keping tu


Jumaat, Oktober 29, 2010

mini ???????


29.10.2010 : Jumaat : Rumah Hijau

hari ni mama malas masak @ makan nasi so mama buat roti hot dog ni je. hr tu tengok kat pasar malam macam best je so hr ni buat le cz semua bahan2 dah ada kan.....

tapi gambar x cun @ bentuknya x menyelerakan cz cara letak mayonis tu x menarik langung. almaklumlah, kat rumah ni xde "piper" so x cun lah. yg penting SEDAP. ha2



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...