Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Khamis, Jun 30, 2011

Kek Alunan Kasih


29 jun 2011 :: Rabu :: Dapur Rumah Hijauy

ALHAMDULILLAH petang semalam berjaya gak pn.ie masak kek ni dengan keadaan OVEN yg dah hampir uzur. berkat kesabaran & keyakinan, berjaya juga.

orang lain DAH LAMA dah cuba resepi ni, pn.ie baru je nak cuba. he2
biasalah tu kan. skrg agak malas sikit nak cuba resepi yg kena bakar2 nih.

resepi ni pn.ie dapat dari blog kak muza.


KEK ALUNAN KASIH

bahan :
5 biji telur ayam
1 1/2 cawan planta
2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus ( guna 1 3/4 je )
1/2 cawan susu cair
1 sk backing powder
1 sk esen vanila
sedikit serbuk koko ( boleh ganti dgn milo, ovaltine, vico dll ye )
pewarna yg anda suka ( pink, oren & asal )

cara :
1 : pukul planta & gula sehingga kembang / sebati
2 : masukkan telur satu persatu & sebatikan adunan sehingga kembang
3 : masukkan esen vanila & susu cair. gaul sebati
4 : tambahkan tepung sedikit demi sedikit
5 : bahagikan adunan ke beberapa bhgn ikut pewarna yg nk dibubuh
6 : masukkan adunan pertama ke dalam loyang & ratakan
7 : taburkan serbuk koko menggunakan penapis halus ke atas adunan tadi
8 : masukkan adunan seterusnya & letak lapisan koko lagi
9 : ulang hingga adunan habis. bahagian atas sekali tdk perlu diletakkan serbuk koko
10 : bakar lebih kurg 45 minit, 160 degree ye ( pn.ie bakar lama sikit cz guna degree yg slow. oven rosak )

Rabu, Jun 29, 2011

Sample Kek Lapis Sarawak

28 jun 2011 :: Selasa :: Ruang Tamu Rumah

ALHAMDULILLAH ptg smlm dah sampai dah sample kek lapis srwk yg kuorder from kak Watie Que. sejak raya tahun lepas memang beli sample & kek lapis dari dia.

tahun ni x pasti lagi beli ke tidak cz kena tgk budget dulu. he3
pada pendapat pn. ie, pn. ie memang suka kek lapis dia ni.
dah le FRESH cz dia buat sendiri. dia org sarawak tapi duk kat N.9



Angry Bird





malas nak citer bebanyak.... tengok gambar pun dah tau kan.
ni lah budak kecik yg FANATIK dengan angry bird.

Macaron


27.6.2011 :: Ahad :: Gerai dalam Giant, Kota Damansara

AKHIRNYA dapat gak merasa macaron ni. dah lama teringin nak rasa tapi malas sesangat nak beli on9. haritu ada gak tgk blog tmpt NANAZACK beli tp pikir punya pikir, biarlah dulu.

tup tup jumpa plak kat dlm giant ni. kiranya ada KIOSK baru buka le. semangat nak TRY so beli sikit je cz comel sgt ( besar sikit dari saiz 50 sen & saiznya x sama pulak tu ). beli 5 pcs je = RM 5.00

try mkn satu ( wrna hijau - xde dlm gbr ) & keputusannya ialah KU TAK SUKA. huhuhu seb baik beli cikit je. pasni memang PAYAH le nak beli lagi. hari ni dah hari RABU kan & 4 ketul macaron tu masih wujud lagi. xde perasaan pun nak makan.

kutak suka cz kuihnya TERLALU manis, keras & terlampau rapuh.
macam makan gula pulak so terbantut selera.
disebabkan tu juga, ku dah hilang minat nak COBA membuatnya sendiri. he3

Pesta Buku

hari : sabtu
tarikh : 26 jun 2011
masa : 3.45 pm - 6.30 pm
tempat : SACC, shah alam


ni lah hasil yg pn. ie BELI masa g pesta buku tu. ni FIRST time kitorg g pesta buku kat Selangor & FIRST time gak g SACC tu. seb baik agak senang gak dicari.

best gak cz macam2 buku yg org jual tapi TAKLEH tengok beria cz bebudak ni asyik nak buat hal je. TENGOK & rembat yg mna sempat je. orang pun RAMAI gaks so bersesak2 gtu.

sempat gaklah hero2 kecik jumpa UPIN & IPIN petang tu cz derg ada buat persembahan.

* beli mjlh UJANG tu semata2 nak beg FREE
* mjlh Pa & Ma tu beli utk sesi yg dah terlepas cz dh jrg g kedai buku mcm ms kerja. yg x berapa best, dpt diskaun sikit je ( 50 sen & rm1 je )
* buku motivasi tu tetiba menarik2 diriku suh mendapatkannya. he2
* ada cari satu buku tu tapi x jumpa plak

Ice Room Again

26.06.2011 :: Sabtu :: Ice Room, Kota Damansara

hari ni memang plan nak keluar & lunch di luar juga cuma x tau nak makan di mana. sepanjang perjalanan duk pikir2 nak makan apa & di mana.
dah banyak kedai makan yg kitorang terlepas. kesudahannya g lunch kat Ice Room je.
masatu dah nak kul 2.30 pm dah. perut memang lapar sesangat.


kali ni pn. ie order Assam Fish with White Rice pulak. saje je nak rasa lagipun tgh lapar sgt2 so kena makan nasi le. lauknya diletak dlm buluh special gtu.
bab rasa, biasa2 je @ bg pn.ie, x brp best sgt lah utk tekak ku ini. hik...

en. han pulak order nasi goreng kampung je. anak2 pulak join @ share je apa yg kitorang mkn pehtu derg bz main kat tamannya so x brp minat nk mkn.



air pulak pn.ie pilih jus tembikai, en.han pilih apple kasturi & anak2 mcm biasalah air milo ais je.

ni aiskrim feveret kitorang. kira yg paling mahal dalam senarai menu aiskrim RM 9.90 semangkuk. dah try aiskrim lain tp yg ni gak plg best bg kitorg.

Khamis, Jun 23, 2011

Kek Coklat Kukus

20 jun 2011 :: isnin :: dapur rumah hijau

dah lama teringin nak CUBA buat kek coklat kukus cz oven dah tak brp best utk digunakan. selalunya pn. ie masak kek coklat yg bakar je. PUAS gak cari resepi utk yg kukus punya so dah jmp byk2 tu pn. ie pilih yg dri Chef Hanieliza punya cz confirm menjadi kan.

pehtu yg jadi makin semangat nak cuba cz nak bagi kat en.han sempena HARI BAPA bersama hadiah istimewa yg tak ternilai harganya. he3



:: dah letak topping ::


:: sblm letak topping ::


:: saje2 buat hiasan tp x brp menjadi ::
:: buat word - hepi papa day ::


KEK COKLAT KUKUS

bahan A :
1 cwn susu cair
1 cwn air
1 cwn mentega cair / myk masak
2 cwn gula perang

bahan B :
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn serbuk koko
1 st backing powder
1 st soda bikarbonat

bahan C :
1 biji telur
1 st esen vanila

topping :
1 cwn susu pekat
2 sb serbuk koko
2 sb mentega

cara kek :
1 : kacau bahan A hingga rata @ sebati
2 : masukkan bahan B ( yg telah diayak bersama2 ) ke dalam adunan bahan A & kacau sebati lagi
3 : pukul bhn C dgn garfu & masukkan ke dalam adunan, gaul sebati
4 : kukus selama 1 jam dgn api yg sederhana

cara topping :
1 : kacau susu & serbuk koko di atas api yg sederhana
2 : bila sebati, tambahkan mentega
3 : gaul sebati & sejukkan sebentar
4 : tuang ke atas kek tadi

Udang Lipan

ni lah UDANG LIPAN yg memang pn. ie SUKA SANGAT cz sedap. walaupun rupanya x cantik tapi ISInya terbaik. pn. ie belajar makan udang ni sejak kecik2 lagi cz mak abah selalu beli terutamanya kalau balik kg nenek.

rupa yg kat atas tu rupa setelah dibersihkan. maybe susah sikit nak makan cz agak tajam juga keadaannya. so klu nk mudah makan, pn. ie gunting dulu sebelah je bahagian sisinya tu. baru senang nak kopek.

baru2 ni terjumpa kat pasar malam paya jaras. beli sikit je. sekali bila makan rasa x cukuplak.

untuk kali ni pn. ie buat 2 jenis masakan je cz nak kuah punya pasal. tapi pn. ie sangat suka yg GORENG je cz senang nak makan cz dagingnya tak berapa melekat di kulit. resepi goreng ni mcm biasa2 je. pn. ie gaulkan udang dgn asam jawa, garam & kunyit je pehtu goreng mcm goreng udang tu je.

SUP / REBUS UDANG LIPAN

bahan :
udang lipan
bawang merah
serai diketuk
sedikit asam jawa
garam
gula
daun sup * bru kali ni masukkan,klu xde pn xpe


cara :
1 : masukkan semua bahan & rebus hingga udang masak
2 : sedia dimakan


Pengat Ubi + Pisang


18.06.2011 :: Sabtu :: Dapur Rumah Hijau

hari ni tetiba terlebih rajin & terasa nak makan pengat sesangat so pe lagi...... sesi masak sendiri le. lagipun bahan2 semuanya ada & tak yah beli apa2 dah.

PENGAT UBI KELEDEK + PISANG

bahan :
ubi keledek
pisang ( pn. ie guna pisang tanduk cz tu je yg ada kt dapur )
biji sagu warna putih
sedikit garam
sedikit gula merah
gula pasir
santan

cara :
1 : rebus @ empukkan dulu ubi keledek
2 : bila dah empuk, masukkan semua bahan2 lain
3 : masak hingga sebati & sagu agak kembang
4 : sedia dimakan

Jom Main Belon Buih

hari : jumaat
tarikh : 10 jun 2011
masa : 5.15 pm - 5.50 pm
aktiviti : belajar bermain / membuat buih
tempat : Pantai Hiburan, Kuala Rompin, Pahang



sebenarnya masa ni ada Pesta Pantai tapi tak best pun cz tak meriah & tak ramai pun yg meniaga. langsung xde beli apa pun. just jalan2 pehtu main kejap & balik je cz BOSAN.

Pengantin Poyo


tarikh : 4 jun 2011
tempat : sungai isap 3, kuantan

dah lama rasanya x menyibuk kat mana2 pelamin. tetiba je kt sini kitorang sempat menyibuk gara2 lama sangat duk tunggu pengantin keluar.

ni kat kenduri kawin kawan opis en.han. ni kenduri yg kedua untuk hari yg sm & kawasan pun berdekatan jugaks. so kat kenduri ni relax sikit + mcm x nak makan2 sangat cz dh kenyang.

anak2 pun duk sibuk main so kitorg sempat ambik 2 keping gbr ni je.
dah le tak matching cz tetiba kali ni malas nk bertema.

Selasa, Jun 14, 2011

En.Wira Meragam

13 jun 2011 :: Isnin :: Temerloh, Pahang

kitorang sampai di Temerloh utk minggu kedua dalam kul 10.20 am
terus htr En. Han g keja kat Hospital Temerloh

yg kitorg meneruskan perjalanan meronda kejap di bandar Temerloh.
then check-in hotel.
pehtu g lunch sama2 dgn En. Han

ptg tu soh en.han bawa keta cz malas sgt nak keluar g mana2.
sekali petang tu ( masa dia balik hotel ) keta dah meragam & bising ( bunyi macam anjing menyalak gtu ).
kelakar je bunyi + cari glemerle. pehtu keta kejap2 mati.
mlm tu g dinner dekat2 je cz x nak cari glemer punya pasal

pagi tadi pepagi dah antar workshop ( kul 8.30 am ) tapi w/shop tu tak bleh buat pulak. g srpn dulu sambil berharap 1 lg w/shop buka.
seb baik dah buka so dapat tau apa yg rosak & dibaiki dengan cepat.
tapi En. Han terpaksa suh kawan dia ambik cz ada meeting @ audit bermula kul 10 am.

bulan ni je En. Wira tu asyik meragam je.
almaklumlah, asyik bekerja je kan.
utk kali ni kena RM 140.00 utk kes ganti guli bearing.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...