Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Ahad, Mei 30, 2010

shopping sakan

29.05.2010 : sabtu : 10.00 am - 2.00 pm
shopping time

kita mulakan dengan alif nu'man punya. mama + papa belikan nu'man pelampung yg comel sesangat yg tak pasti nak guna masa bila. comel tapi murah aje. hanya RM 6.00 sahaja. pehtu mama sebenarnya nak singgah butik FIFFY tapi tetiba nampak satu banner jualan barang2 branded so tetiba tukar plan & terus g situ. sakan ku memborong sesorang cz papa + anak2 tak nak ikut cz panas giler cuacanya. mama pilih punya pilih rembatlah 4 pasang baju & 2 helai t-shirt. jumlah sume sekali hanyalah RM 64.00 sahaja. mama teringin nak beli kasut kat situ pehtu pkir punya pikir x jadilah tapi dlm perjalanan balik tu rasa menyesal sangat je tak beli. hu hu hu padan muka aku.

pehtu alif punya pulak. papa belikan alif buku abc & mewarna sementara tunggu mama shopping menda lain dgn nenek + kawannya. dapatlah 2 buah buku yg berjumlah RM 6.60. then masa sebelum g ronda tempat lain singgah pulak kat kedai dua ringgit cz papa nak belikan alif warna pensil. then tak pasal2 alif dapat dua kotak warna - warna pensil & crayon yg berjumlah RM 6.80 pehtu semestinya alif akan pilih mainan. tu perkara biasa dah. dapatlah alif beli set golf berisi gula-gula & sebuah bas transparent yg berjumlah RM 4.00 aje.

ha..yang ni mama punya pulak. mama shopping sikit aje tapi mahal gaks. hik.... mula2 mama beli kain pasang yang tak tahulah bila nak dipakai. mungkin raya kut. tinggal aje kat rumah cz mak nak tolong jahitkan. mama punya colourful gitu. then yg wrna biru hijau tu untuk nenek mama + nenek papa. pakejnya beli 2 percuma 1 so cukuplah utk mama & nenek2. murah aje RM 110.40 - 3 pasang tu. then mama saje ngengada beli tudung syria lycra lagi. RM 18.90 aje. sebenarnya mama nak cari kain lycra utk wat tudung sendiri tapi kedai tu tak jual pulak so rembat ajelah yg dah siap tu.



wah wah mama + anak2 je shopping !!! papanya tak beli apa2 ke? hik.... papa ada beli gaks tapi mama tak ambik gambar cz tak tau apa ke namanya. aksesori kereta. ni shopping sampingan @ xtra. yang basic2 mcm susu, pampers dll tu tak yah masukkan lah cz yg tu memang tiap2 bulan kena beli cuma murah & mahal aje bezanya. he he he



berapa jumlah kitorang shopping???? maleh nak kira cz takut........... kalau rajin, korang kira lah sendiri. ahaks.....

makan ke bersantai?



26.05.2010 : rabu : 9.20 pm
hari ni malas masak so kitorang g makan kat luar lagi, lagipun papa dah gaji so oklah kan. kedai ni xdelah jauh sangat. lebih kurang 7-10 minit je dr rumah kitorang.
rezeki kitorng malam ni cz dapat duduk & makan di tempat yg special. dlm kedai ni ada satu je pondok ni. pondok ni syok cz kena makan bersila ala2 kat rumah gtu. derang sediakn 1 meja jepun. alif suka sangat cz bleh main thomas + berlari2 sambil bersantai. pehtu suasana malam tu tak berapa panas sangat so relaks aje.


macam biasalah gbr makanan tak sempat punyer nak ambik. mama oder milo ais + nasi paprik. papa pulak apple juice + mee bandung. kiotorang minta kurang pedas tapi bleh tahan pedasnya so tu je lah yg tak brp syok mlm tu.

nestum time - nu'man

:: muka poyo aje cz demam lagi ::


26.05.2010 : rabu : lunch time
hari ni nu'man pertama kali mencuba nestum beras merah. mama dapat sample ni masa beli majalah PA & MA hari tu so memang tepatlah pada masanya. he3

mama bancuhkan sikit aje dulu cz takut nu'man tak suka. mula2 suap sikit je then nu'man terus berselera makan walaupun masa tu tgh demam lagi. memang best lah kan nu'man.

esoknya stok sample tu dah nak habis so papa bancuhkan nestum beras biasa aje tapi nu'man tak nak so puaslah mama cari kat kedai. g 2-3 kedai baru jumpa stoknya so rembatlah setin biasa tu. rega bleh tahan dlm rm 9++ gtu. tapi the store memang agak maha sikit tapi seb baik ada program kumpul point so oklah kan.

sejak tu nu'man makan nestum beras merah ni aje. bagi awal sikit cz nu'man selalu teringin sangat tengok mama, papa & abang alif makan kan. mula buat bising bila kitorang makan.

demam campak - nu'man

21.05.2010 : jumaat
malamnya nu'man tetiba aje demam agak panas juga. memang resah gelisah sangat cz susah sesangat nak tido. mama pun tensen gaks cz takleh tidur padahal esok nak g picnic kat air terjun. disebabkan terlalu panas so papa pun cucuk @ bagi panadol ikut punggung cz cepat sikit reda.

22.05.2010 : sabtu
nu'man bangun agak lewat juga cz kepenatan takleh tidur malam tu so sempatlah mama buat preparation untuk bekalan g air terjun. mama buat roti sardin, popia sardin, goreng nugget & kentang.

kitorang janji nak jumpa2 kul 10 kat opis papa cz ni g picnin reramai sempena sambutan majlis perpisahan bebudak praktikal opis papa. perjalanan agak mencabar cz sesi tunggu menunggu punya pasal then rupa2 nya tukang tunjuk jalan tak tau jln sebenarnya. setelah bersusah payah kul 2.30 baru sampai kt situ.

pagi tu dah bagi ubat kat nu'man so dia nampak sihat je lah. kitorang pun malas nak bawa ubat dia lagipun takut cair di tengah jalan. dlm perjalanan tu nu'man muntah then berak pulak pastu nak nangis aje. yg paling tak bestnya nu'man nangis sepanjang perjalanan dari tol karak sampaile ke tempat air terjun tu yg ambik masa lebih 1 jam gaks. memang dah tak tau nak watpe dah.

dah sampai2 je kat air terjun tu nu'man kepenatan so bleh le tertidur sekejap. cian sangat cz cuaca lepas hujan so sejuk aje. tetiba nu'man demam semula - demam menggigil2 pulak tu. cian sangat. then bermulalah sesi ketidakselesaannya. mama tak jadi nak mandi air terjun. hu hu hu

malam tu nu'man pun tak tdo lena langsung. nangis aje....

*halangan lain : sesat jalan, keta papa tetiba takde aircond, keta kawan papa berasap cz ape menda tah pecah

23.05.2010 : ahad
disebabkan nu'man tertidur masa nk g pasar tu, kitorang singgah klinik dulu untuk beli ubat ulser nu'man. lps bagi ubat tu baru nu'man nak minum susu.

nu'man nampak dah ok sikit cz dah berapa kali bagi ubat. then nampak nu'man kena ulser pulak. pagi tu sempat lagi g pasar pagi ahad macam biasa. just g sarapan aje. lps sarapan mama terus lepak dalam keta dengan nu'man. papa + alif g beli lauk sikit utk masak tengah hari.

sampai2 je kat rumah nu'man memang berehat sesangat. tidur aje. bangun mnum susu, main sekejap then tidur lagi. maybe penat sangat g air terjun semalam.

petang tu sempat lagi g taman permainan cz bosan duk rumah. dah balik dari taman, masa nak mandikan nu'man baru nampak bintik2 merah menyerupai demam campak. tapi bintik2 tu dah kuar sampai kaki dah. baru tau nu'man kena demam campak rupanya. cian nu'man.....

24.05.2010 : isnin
mama cuti untuk jaga nu'man. pagi tu hantar abang alif g sekolah macam biasa. seb baik abang tak nangis pagi tu.

tgh hari tu mama + papa bawa nu'man g klinik then dapatlah ubat untuk mengurangkan gatal tu. then dalam kul 3++ siaplah g klinik tu. seb baik tak ramai orang. then terus ambik abang alif cz mama malas dah nak kuar g ambik abang.

25.05.2010 : selasa
hari ni papa pulak cuti untuk jaga nu'man. mama g kerja macam biasa. abang alif pun mama hantar g sekolah.

26.05.2010 : rabu
mama cuti sekali lagi cz papa nak meeting hari ni. alhamdulillah nu'man dah tak demam cuma skrg proses nak menghilangkan bintik2 tu aje. abang alif mama hantar g sekolah macam biasa. hari ni pun tak nangis cz kena jalan jauh sikit, ada program kat dewan atas sekolah alif tu.

27.05.2010 : khamis
hari ni papa cuti sekali lagi untuk jaga nu'man. mama g kerja macam biasa. abang alif pun g sekolah macam biasa tapi hari ni dia sedih sangat. bangun lambat & nangis2 je masa nak g sekolah cz papa angkat masuk dalam keta. dalam keta tu abang lalok2 aje cz ngantuk sesangat. malam tu 3-4 kali dia berjaga, tak tau lah ngapa. then sampai2 je kat sekolah, alif kata nak sambung tidur. hik....cian ada, kelakar pun ada.

Sabtu, Mei 15, 2010

detik terindah

video

hari ni sakan nu'man ketawa akibat diagah oleh abang alif. tak sangka tetiba dia ketawa sakan. enjoy this video ye

sabtu yg sibuk

pagi :
bangun2 je dah sakit kepala tapi wat selamba je. lepas siapkan anak2 & mandi, terus g kuar sarapan kat kedai. just roti telur + teh tarik je. then bila dah settle sarapan, kitorang g pasar pulak. beli apa yang patut utk masak lunch nanti. sampai2 je kat rumah terus basuh kain + masak.

tgh hari :
sesi makan mee hoon sup + fresh orange. then terus tidurkan nu'man. bila dia dah tidur so sesi sidai kain pun bermula. ada dua bakul tu. then sesi lipat kain yg semalam punya. rajin tui mama kan. hari2 basuh kain.

petang :
sesi orang datang rumah pulak. mula2 mama nya tetamu, upline untuk join biz baru. tapi dia tak masuk rumah pun cz ada hal. just hantar barang. papa yg ambik cz mama tgh tidurkan nu'man. then papanya tetamu pulak. datang citer pasal insuran + saving. then tk jadi nak kuar g taman permainan cz dah nak malam so just ronda2 naik motor keliling taman. 2 - 3 round then baliklah.

malam :
tak banyak sgt dh aktiviti. dinner - basuh baju anak2 pulak - sidai kain - update blog sambil tgk tv3 - tidurlah

walker - nu'man





hari ni kali kedua nu'man naik walker. tapi kiranya best lah cz nu'man macam suka je dengan walker ni. dia senyap je & layan.....
yang bestnya baru kali kedua naik nu'man dah terror ke depan, ke kiri dan kanan, ke belakang & dah jelajah seluruh ruang tamu. enjoy aje....
memang sesuai sangatlah kiranya orange colour day. matching kan pakaian + walker nu'man ni. semuanya kebetulan. he2

jom main - alif





hari ni alif dah sihat sikit. pagi dah bleh sarapan mee goreng + teh tarik. tgh hari dh bleh lunch mee hoon sup + fresh oren. kiranya cirit birit dh berkurangan 90% so lega.....
disebabkan dah makin sihat so semangatlah dia main thomas & friend nya tuh. apalah yg dia pikir masa main tu. mama + papa selalu bertanya2. apalah yg budak2 berimaginasi ye. hik...



biz baru lagi???


hemmm....bisnes lagi aku ni. semangat betul nk jadi usahawanita. hik...
dah selamat join program BOSLAND ni bermula dari 15/05/2010.
modal permulaan RM 200.00 je cz tu je yg aku ada masa tu.
program ni diperkenalkan oleh my senior semsas.

produk ni best gaks. aku try kopinya. perghhh segar je waktu malam sambil wat keja2 rumah - on9 smp 2-3 pg - bgn still awal & tak penat.

syokkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

TITAN ?

http://eihan.titan2u.com/joinme

mula join program ni : 12/05/2010
modal : rm 50.00 ( 1 unit je )

hanya RM 50.00 = 1 lot affiliate
min beli 1 lot & max 10 lot bagi setiap ahli

MODAL SEKALI UNTUNG BERKALI-KALI

3 sumber pendapatan :

1) Komisyen Introducer - RM 10.00 / lot

2) Bonus Level Automatik

Level 1 : tersusun je 5 lot di bawah, dapat RM 60.00
Level 2 : 25 lot di bwh, dpt RM 120.00
Level 3 : 125 lot di bwh, dpt RM 180.00
Level 4 : 625 lot di bwh, dpt RM 240.00
Level 5 : 3125 lot di bwh, dpt RM 300.00
so 1 lot boleh dapat RM 900.00

3) Bonus Loyalty - RM 3,100.00 / lot bila lengkap kelima-lima level di atas

Syarat-syarat kelayakan :
Jika beli 1 lot shj so kena cari orang yg nak join dengan belian 2 lot terus ( RM 100.00 ) @ cari dua orang insan yang beli 1 lot ( RM 50.00 ) setiap seorang


Automated Re-Entry :
5% dari bonus di akhir bulan dari setiap ahli diletakkan di re-entry pool fund

jadi, cukup je RM 50.00 LOT baru akan terhasil dan akan diletakkan secara auto placement.

cth :
beli - 1 lot ( RM 50.00 )
Bonus Loyalty - RM 3,100.00
Bonus Level - RM 900.00
Jumlah - RM 4,000.00
Auto re-entry - RM 4,000 - 5% = RM 200.00

Anda akan dapat 4 lot baru yg akan masuk auto placement dan seterusnya proses akan berulang2 so sistem ni takkan putuslah.

teruja @ minat nak join gaks????? JOM

1/ klik link http://eihan.titan2u.com/joinme

2/ buat pendaftaran dgn klik REGISTER NOW ( free je daftar ni)

3/ Buat pembayaran kpd akaun syarikat TITAN VENTURE & sms 019-9977684

4/ admin akan aktifkan status anda jd VIP so dh bleh promote pada org lain @ duduk diam2 aje.


Jumaat, Mei 14, 2010

kecian alif



kecian sangat kat alif. dia kena serangan demam + muntah + cirit birit.
12.05.2010 : rabu : kul 7 pm dan ke atas
alif makan roti vanila + air sirap. then tidak beberapa kemudian dia duk merengek rupa2nya nak muntah. bermula dari saat itu, pantang dia minum ( tak kisah air apa @ susu ) sure muntah. habis je minum, tak sampai seminit dia terus merengek so cepat2 angkat g toilet cz sure muntah. kekadang tak sempat. cian alif cz rasa nk minum tp bila minum.... mlm tu terpaksa tukar cadar & sarung bantal sekali. malam tu memang tak tdo lena lah cz kejap2 merengek kejap2 muntah kejap2 nangis dll
13.05.2010 : khamis
hari ni je pepagi alif kena cirit birit pulak. tapi selamba je mama hantar alif g taska. tapi masa hantar tu memang pesan macam2 lah kat teacher dia cz takut over menyusahkan. memang rasa tak sedap hati tapi hntar je lah. manalah tau kut2 dia makin ok bila kat sekolah.


then petang kul 5.55 pm mama datanglah ambik alif & nu'man. masa ambik tu alif dah merengek & memang kesianlah tengok. ingatkan makin ok tapi makin teruk ropanya. then tanpa berlengah mama terus bawa g klinik panel. biorlah susah ckit masa nk bergerak cz bawa nu'man yg blm pandai jalan + alif yg dah tak berdaya nak melangkah.

nasib baik lah sampai2 tu tak ramai org so doktor terus panggil so ambik masa dlm 10 minit setel semuanya. tak ramai pelanggan cz tgh black out. dapat je ubat, terus balik rumah.

so malam tu alif dah tak muntah cuma cirit je lah tapi tak teruk sgtlah. bagi ubat demam so dia tidurlah juga. malam pun dah kurang ngamuk. muntah sekali je masa tgh malam. dia nak minum susu punya pasal cz lapar sangat.

hari ini : 14.05.2010 : jumaat
demam dah makin surut, muntah dah takde tapi cirit menjadi2. sabor je lah. setakat sekarang (3.10 pm) dah lebih 10 keping pampers ditukar. baju pun tukar gaks cz "harum" sangat. hik....

cian bukan apa...dia tak dan nak berehat perut memulas-mulas then cirit. baru tukar pampers, baring, minum sikit, cirit so proses ni dah berulang2 kali. letih je rasa. ntah bila lah dia bleh tdo untuk berehat.

cepatlah masalah ni berakhir....

opss..lupalak. hari ni mama cuti semata2 nak jaga alif. memang takleh wat apa sangat cz cian kat dia. kiranya alif MC hr ni. hik... nu'man mama hantar ke taska cz mama bayar tu. tak terlayan dua2 kat rumah. papa pulak g meeting kat HQ.

laptop?



laptop sape ni? ni lah laptop baru papa tapi pinjam je. ni laptop syarikat bagi pinjam pada papa. sepatutnya papa dapat laptop ni 2 thn lepas tapi hold je. so hr isnin ( 10.05.2010 ) papa bawa balik laptop ni pas g meeting di HQ.


so pasni takde sape lah nak berebut2 cz memasing (mama + papa + alif ) ada laptop sendiri & pilih je yg mana suka. nak dengan tak nak guna je hik.... tapi bila semua laptop bateri nak habis sure susah nk charge cz plug yg sesuai ( mana nak landing sekali dgn laptop ) tak berapa banyak.

kayanya banyak laptop?? semuanya tidak disengajakan. laptop papa dah lama beli & dah habis bayar instalmentnya. pehtu masa g pc fair kat kuantan kebetulan pulak birthday mama so dengan tidak disengajakan papa hadiahkan satu walaupun beli secara instalment. then company papa bagi lagi satu.

kegunaan laptop :
papa - wat kerja2 pejabat + download movie dll
mama - biz on9 + bloging + fb
alif naufal - semestinya tengok Thomas & Friend

mix and match


mix & match datang lagi.....ni fesyen untuk hari ini. gabungan dua inner + outer bercorak. sangat selesa dipakai. i tak kisah lah apa orang nak kata : gemuk, tembam, tak sesuai dll janji i bahagia. ha ha ha


ok ke yg ni? rasanya sesuai dah gabungan tu. ingat nak gabungkan dgn inner warna merah kosong tapi blm buat @ beli lah so guna je lah apa yg ada.



yg ni pulak semalamnya fesyen. gabungan 1 inner 3 layer (hajaba punya brand) + outer bercorak. disebabkan tudung ni lah cikgu taska tempat anak2 mama berteduh sibuk tanya beli di mana. last2 selamba je cakap, jahit sendiri aje. jimat kos. then saje je cakap "nak tempah?" terus derang bersemangat nak g cari kain & nak tempah. hik... tak pasal2 jadi sumber rezeki kan.

makan time


malam tadi tersangatlah simplenya dinner mama + papa. just nasi goreng seafood bercendawan + kopi o suam. tu pun dah lepas maghrib baru masak. kesnya mama + papa balik lambat. mama bawa alif g klinik lepas balik kerja tu cz alif sakit. seb baik lps daftar, doktor terus panggil so tak tunggu lama. dah le black out ( kat office + klinik + bandar temerloh).

dah pandai - nu'man




ha...alif nu'man dah 5++ bulan. nu'man dah pandai pegang sendiri botol susu sejak 2 minggu lepas. so mama dah boleh tinggalkan nu'man sekejap2 cz mama kan banyak keja. dah tak risau sgt cz nu'man dh pandai. pagi td memang nu'man dah terror pegang botol sebelah tangan sambil keluarkan & masukkan semula dalam mulut. tak sempat mama nak ambik video cz semuanya berlaku cepat sangat.
pehtu nu'man baru seminggu belajar pakai puting tiruan tu. abang alif dulu pun masa 5 bulan baru nak guna puting then masa 8 bulan dia berenti sendiri so takdelah pakai sampai ke besar. harap2 nu'man pun gtu. nu'man baru belajar guna puting ni cz hari tu nu'man ngamuk je sedangkan mama banyak sangat nak wat kerja, terkejar2 cz biasalah pepagi. pehtu try bagi nu'man & suka pulak. kiranya ni lah puting 1 nu'man. puting yg mama beli sblm ni cub lagi tp tak guna pun cz for 1-3 months punya. sekarang ni guna yg "otodontik"


Rabu, Mei 12, 2010

apa pulak malam ni?


hemmm...hari ni sempat gak memasak cz dah beli stok tgh hr semalam. semangat masak cz kalau tak membazir je beli bahan mentah tu semua. rugi lah mama kan... macam biasalah mama ambik masa yg singkat je untuk memasak cz hari ni papa balik kul 7.00 pm juga.

disebabkan masa singkat je so kenalah masak yg simple2 je janji kenyang kan. so menu hari ni hanyalah

nasi putih + ikan kembung goreng + cicah kicap bawang + pajeri terung + air sirap

ikan goreng tu agak hancur pulak masa goreng. geram je rasa. maybe banyak sangat ais masa letak kat pasaraya tu so masa pilih2 tu nampak segar je tapi bila nak siang dah tak berapa best lah.

itu aje ke?

ni semalam ( selasa 11.05.2010 ) punya makan malam bagi 3 orang - mama, papa & alif naufal. ni semua beli kat pasar malam. puas ronda2 tapi tak tau nak beli apa. lepas pikir2 just beli

1) sate - 10 cucuk = RM 5.00
2) donut - 2 pcs = RM 1.00
3) kuih telinga keling - 20 pcs = RM 2.00

nampak sikit & macam tak cukup je kan tapi tu pun tak habis dimakan. puas nak mengabihkannya. ntahlah....

sebenarnya mama ada plan nak masak menda lain tapi tetiba papa call bagitau dah tunggu kat pasar malam so join je lah. papa baru balik dari KL so ngam2 sampai masa mama dah balik keja so datinglah kat situ.

thomas & friend - alif



ptg semalam (selasa 11.05.2010) kitorang g lah pasar malam. takde dlm plan pun tapi tetiba papa call bagitau dah ada kat situ so join je lah. belum separuh jalan alif dh minta beli thomas. so dpt lah beli yg kecik je RM 5.00 1 set.

alif ni boleh dikatakan agak fanatik jg dengan thomas & friend ni. tp kalau g pasar @ mana2 takleh nampak keretapi, sure nak beli punya. tapi dia pandai pulak, dia takkan pilih kalau keretapi tu dia dh penah beli. setakat ni mama ah tak terkira berapa banyak koleksinya.

Selasa, Mei 11, 2010

sempoi dinner


hemm...ni lah menu kitorang malam tadi. tersangatlah sempoinya kan.

just nasi putih + ayam goreng + masak lemak labu + sirap @ kopi o je.

almaklumlah..abang balik dah kul 7.00 pm so masa nk masak singkat je lah cz budget ngam2 utk solat maghrib so tu je lah yg sempat aku masak. sementara masak lauk, aku dh siap2 masak nasi. almaklumlah, mudah aje kan cz guna periuk nasi elektrik. 30 minit je dh settle. masak lauk pulak 15 minit dh cukup dah.

lagipun x banyak bahan dah kat rumah. tu je stok yg ada. ayam memang dh ada dalam peti. labu tu pulak mak aku bagi masa balik kampung weekend tu so jimat.

Isnin, Mei 10, 2010

mix & match



hr ni busan so upload lah gambar. Mix & match yg pertama dr hasil jahitan aku hr tu. Layan....

Jumaat, Mei 07, 2010

mari menggigit








kuih apa ni??


ha, cuba korang teka..kuih apa dlm gambar tu? tak dan nk ambil gambar sepenuhnya cz ramai dh rembat. korang pernah jumpa ke?


jwpnnya...........................Apam Balik Hijau Inti Pulut Hitam Berkelapa

kuih ni kan pertama kali aku jumpa masa tahun 2005. jmp kat pasar pagi ahad di kuala rompin, pahang. dulu2 tak kenan pun kuih tu pehtu ms ngandungkan alif baru teringin makan.

seumur hidup aku ni, aku jumpa kuih ni kat rompin je. tempat lain tk pernah lagi. kt situ ramai gaks yg jual tp aku dh jmp sape jual yg the best so cr org tu je lah. rega RM 2.50 aje utk saiz besar.

berjaya !!!!!!!!!!!!!!!!

Hari ni cuti hari HOL negeri pahang. aku duk bz kemas apa yg patut. bila semua dh clear, aku pun mulakan operasi menggunting blouse + tudung. tapi sempat jahit tdg aje.

aku buat tdg yg tgh HOT skrg ni : tdg syria. aku wat dr kain lycra. yg ni outernya style tdg biasa yg bersaiz 'M'. agak susah juga untuk digunting & dijahit tapi disebabkan semangat yang kuat, akhirnya aku berjaya siapkan 2 helai terus. jgn jeles yer kengkawan.

Yang ni mula2 jahit inner je pehtu berenti cz nu'man dh bangun. geram je rasa cz bila lah nak siap. pehtu slps lepak dlm 2 jam, nu'man + alif pn tertido so mulakan operasi. bukan buat 1 tapi terus dua sekali. ha ha ha..tamakkn. jimat kos sekejap.

yg merah tu : dapat wat 4 inner, 1 tdg outer, 1 blouse tanpa lengan
( drpd 1.5 meter je )


yg biru hijau ni dapat 3 inner, 1 outer, 1 blouse tanpa lengan
( drpd 1.5 meter je )

** tukang gunting KAMDAR tu gunting tak berapa betul so hasilnya dpt sikit je. mentang2 le kain yg ni mahal sikit. takpelah cz main point aku nk wat blouse je. tak sangka dapat buat tdg pulak. seronok......

Khamis, Mei 06, 2010

kain lycra corak



hemm...semalam secara tidak sengaja aku g meronda time lunch. tujuannya nk cari tdg syria lycra body corak tp tak byk pilihan langsung so aku pun terjah KAMDAR yg baru buka.


mula2 masuk dh terpegun mata tgk kain lycra corak tu. mula mencongak2 ni. so biorkan dulu & ronda2 lagi kut2 ada yg lebih menarik tp xde so patah balik kt tmpt tu & mula memilih2.

lps puas hati..aku pun pilih 2 helai. beli 1.5 meter je cz ingat nk wat blouse tanpa lengan. tapi bila balik rumah & ukur semula mcm leh wat mcm2 je cz bidangnya 60". maybe ckup buat seluar @ tudung @ inner syria. tengoklah nanti camna. yang pasti nk wat blouse dulu. bersemangat nak menggunting & menjahit ni.

1) hitam putih merah
- harga 1 meter = RM12.90
- diskaun 10%
- beli 1.5 meter = RM 17.42

2) biru hijau jalur
- harga 1 meter = RM 14.90
- diskaun 10%
- beli 1.5 meter = RM 20.11

**gbr len kali- bz

CANCEL ???

Selasa : 04.05.2010 : 11.30 am

Akhirnya kitorang cancel loan rumah yg telah lulus tu. tak tau lah apa perasaan cz semua bercampur baur (tak reti nk citer). agak bersusah payah juga nk dapatkannya tp akhirnya takde hasil. maybe bkn rezki kitorang kut.

catitan :
deposit - rm 1,500.00
penilaian - rm 500.00
lawyer - rm 750.00

booking rumah - oktober 2009
loan bank - CIMB (reject), Bank Islam (Tak bleh gaks), Bank Rakyat (LULUS)

rumah
- teres 2 tingkat
- 2 bilik air
- 4 bilik
- dapur dah diubahsuai
- parking bleh masuk 3 buah keta
- rega RM 173,500.00

sebab tak jadi
- nk pindah ke Kota Damansara
- kena + separuh lagi utk byr monthly
- org sewa rm 500.00 je
- sampai bila2 pun tk dapat duduk rumah tu

pantai teluk gorek - mersing





hjg minggu lepas : 2 mei 2010 : ahad : 11.30am - 3.00 pm

kitorang satu family tak pasal2 g melepak di pantai teluk gorek. g beramai2 dgn adik beradik ayang + mak sekali. abah je yg tak join. ina pulak kena g kerja.

tujuan sbnr g sn ada nk jumpa dengan seseorang tapi org tu tetiba je ada hal nk kena g KL & Kelantan so terus g berehat kt pantai tu. agak cantik juga tp tk dpat ambik gbr bebanyak cz nu'man agak meragam. waktu tidurnya terganggu.

masa nk g tu ada tersesat sikit & g kat pantai lain pulak. tapi tak jauh sangatlah so patah balik je lah & teruskan perjalanan. perjalanan dr rumah ambik masa dlm 45 minit - sejam je.

mula2 alif nk sangat mandi cz tgk sepupu2 nya mandi sakan. masa mula2 jejak kaki, nak nangis2 cz takut sgt. tk lama pehtu, syok sgt mandi. dapat pulak pinjam pelampung sepupunya so sakan mandi sampai tak nak naik & balik.

papa pulak konon2 tak nak mandi cz no preparation. apa pun tak bawa. dh lama mengelak last2 kena gak air kat seluar so alang2 tensen terus terjun juga. so agak puas hati juga kut mandi & berendam.

aku??? lepak je tepi cz nk tidurkan nu'man. seb baik dia tidur gaks akhirnya.

**gambar len kali...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...