Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label jalan2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan2. Papar semua catatan

Selasa, April 30, 2013

pesta buku 2013


28 april 2013 :: Ahad :: PWTC

seronok sangat2 cz ni FIRST time dapat g pesta buku yg kat PWTC. sebelum ni asyik tak dapat pergi je. sebelum g sini, g kenduri kawin adik kawan kat GOMBAK so takde lah jauh sangat nak g PWTC. tu yg laju je nak menyinggah. lagipun memang ada buku yg nak dibeli.

sampai dalam kul 2++. terus solat zohor dulu cz agak terlewat kan. senang juga nak cari SURAU & luas juga. walaupun ramai orang tapi still OK lagi keadaannya. then misi untuk meronda diteruskan cz LETIH juga tu nak pusing2.

hurm..... rasa macam ada yg kitorang terlepas kut tak pasti kedudukan gerai2 tu cz ada yg kat dewan, ada yg kat luar, ada yg di tingkat atas so round gitu2 je lah. motif utama mama nak g KARANGKRAF. papa pula nak g TELAGA BIRU. dalam berjalan2 tu ramai juga terjumpa selebriti. yg paling best dapat jumpa Prof Dr Muhaya

dalam kul 5++ kitorang dah malas nak ROUND2 so ambil keputusan untuk balik je.
dapat gak lah menyopping buku2 @ majalah

mama : pelindung panas utk kereta ( lupa nak panggil apa ), 4 buah buku + FREE 1 scarf
papa : sebotol pewangi kereta, sebuah buku tebal + FREE 1 cd
naufal : set mengaji al-baghdadi


Khamis, April 18, 2013

cuti mengejut

17 april 2013 :: Rabu
 
ni perjalanan yg keputusannya LAST MINUTE. papa tanya mlm td dlm kul 9.30pm, esok nak ikut g SABAK BERNAM tak ?
hurmmm tak pasal2 mama jadi keliru. adeh..... letih pikir. last2 join je lah ikut papa g AUDIT kat Hospital Sabak Bernam ( padahal hantar je papa kat situ pehtu mama g jenjalan dengan anak2 ).
 
bertolak dari rumah dalam kul 7.15 am. terus terkejar-kejar g ambik & hantar JELI. memang macam lipas kudung le cz nak cepat punya pasal. papa nak kena ada kat sana kul 9.00am. seb baik kejap je buat kerja MAMA then terus je g sabak bernam. ALHAMDULILLAH selamat sampai dalam kul 8.40 am.
 
 
then tinggalkan je PAPA kat situ. mama + anak2 terus patah balik semula ke SUNGAI BESAR cz mama semangat nak g pasar rabu. hik2 kali ni macam x besar sangat & x berapa best sgt cz byk jual tudung + baju je. nak cari sarapan pun x berapa ada gak. tak beli apa sangat pun.
 
then terus g rumah NENEK (sebelah abah) kat parit 2 timur. lepak2  jap borak2 dengan nenek. tak lama tu anjang + mak anjang pulak datang cz nak tengok rumah derang yg masih dalam pembinaan tu. dalam kul 11.45am gerak g sabak bernam semula cz NU'MAN dah merengek asyik ajak balik je.
 
 
singgah bandar SABAK BERNAM jap cari yu yu ice tp disebabkan agak awal so perasa yg MAMA nak beli tu belum masak lagi. hurmmmm.....
 
then terus balik rumah nenek (sebelah mak) kat Batu 2 Sepintas. lunch & lepak2 kat situ sampai ASAR cz tunggu papa habis kerja kan. dapat le bawa balik ubi keledek, labu air, pisang & kacang panjang.
 
on d way balik tu singgah TAPAU dinner kat mee udang kuala selangor. ALHAMDULILLAH selamat sampai rumah dalam kul 7.15pm

Isnin, April 01, 2013

giant shah alam

 
31 mac 2013 :: ahad :: shah alam
 
hari ni plan nak ke KAJANG & PUTRAJAYA so alang2 nak ke sana pagi tu g sarapan kat pasar karat dulu. ronda2 sikit then singgah kejap ke GIANT. motif utama g situ nak cari MESIN GUNTING RAMBUT je. seb baik jumpa.
 

genting strawberry leisure farm

 30 mac 2013 :: sabtu :: gohtong
 
sebenarnya tak plan pun nak g SINI cuma macam boring cz sepanjang cuti sekolah mama + anak2 tak ke mana pun. banyak masa duk DALAM rumah aje. pehtu mama rasa nak ajak papa g jalan2 yg dekat2 je + tak keluar duit yg banyak sangat tapi still seronok.
 
kitorang bertolak dari rumah dalam kul 2.30 pm cz tunggu solat zohor + makan2 + rehat2. lagipun pagi tu papa + 2 hero kecik g BEKERJA kat surau taman ni. sepatutnya kejap je dah sampai tapi ambik masa lebih 2 jam juga cz JEM. ingatkan ada kemalangan @ masalah apa ke tapi rupa2 nya ada org baiki JALAN je.
 
 
 
mula2 terus g tengok LAVENDAR farm + bunga2 sikit. yg peliknya takde bau lavender pun. hik hik hik ada gak kedai cenderemata kat situ tp takde apa pun yg mama berkenan nak beli. agak MAHAL juga lah kan. lagipun niat just nak jenjalan je.
 



 
then g kutip buah strawberi pulak. mula2 sampai tu bebudak ni semua buat hal macam tak seronok datang kat situ. tup2 masa duk kutip tu sangat2 TERUJALAH memasing sampai tak sedar dah BANYAK yg digunting. nanges nak bayar. kalau ikutkan memang nak kutip banyak2 tapi MAHAL kan. kalau kutip sendiri 100gm = RM 8.00 so kitorang kena RM 31.80 gtu. apa2 pun SERONOK.
ada juga jual strawberi yg dh siap dikutip 300gm = RM 15.00
kiranya kat sini ala-ala cameron gak lah tpi tak lah SEHEBAT kt cameron.
cuaca pun langsung tak SEJUK cz jauh lagi dari GENTING.
 

 
lepas petik2 strawberi tu terus lalu ke tempat madu lebah then macam KAFE pulak. lepak kejap kat situ sambil makan2 strawberi yg dikutip tadi. macam2 gak makanan yg derng jual. ada gak TRY teh tarik strawberi, sedap juga pada tekak kitorang tapi tak beli pun.
rega RM 26.80 = 1 kotak = 12 peket
 
then terus ronda2 KEDAI yg ada kat situ. kiranya kat situ derang buat style jalan SEHALA so akan melawat semua tempat le.
 
 

Isnin, Februari 13, 2012

mama = 31 years

13 februari 2012 :: Isnin

ALHAMDULILLAH.... bersyukur sangat2 cz mama masih bernafas & ALLAH masih memberi peluang untuk MAMA menjalani kehidupan bersama2 orang2 tersayang. hari ni genaplah umur mama 31 tahun. xde apa pun pada angka tu rasanya. mama tetap macam BIASA gaks cuma mama dah ada 3 ANAK sekarang ni. he2

tahun ni family kecik buat sambutan AWAL cz tak nak ganggu hari PAPA bekerja. lagipun cepat sehari je so x rasa apa2 pun. dalam kul 6++ petang kitorang menuju ke Care4 Kota Damansara untuk BELI hadiah mama. PAPA memang x pernah beli hadiah siap2 @ tiada kejutan @ akan bagi apa yg mama nak.

tahun ni mama bagi 6-7 pilihan untuk papa pikir nak bagi hadiah apa so kesudahannya semalam tak pasal2 mama dapat DUA hadiah. ambik masa berjam2 gak nak pilih. apa hadiahnya???????? biarlah RAHSIA. ha3

lepas beli HADIAH terus ke sesi MAKAN2 pulak cz semua macam kelaparan je. g makan western food kat kedai feveret kitorang tu je. lagipun macam dah lama sangat x g ctu. tup2 kul 10.30 pm baru sampai rumah.


posing2 sementara tunggu makanan sampai

tetiba ALIF NAUFAL nak makan burger pulak hari ni
ALIF NA'IM tidur sepanjang mama beli hadiah + makan2
( baby yang baik kan. he3 )


3 hero besar

kek besday yg bersaiz kecik dari cupcake
kek blackforest = RM 5.00
hurm... x brp kenan sangat kat tekak

Rabu, Disember 28, 2011

Melawat

25.12.2011 :: Ahad :: Shah Alam & Ijok

hari ni kitorang semangat bangun AWAL cz papa ajak g PASAR MINGGU kat shah alam lagi. dah 3 MINGGU berturut2 kitorang buat senaman kaki kat ctu. tapi minggu ni memang MAMA menyopping betul2 tapi beli lauk pauk utk STOK je cz peti ais dah hampir KOSONG gtu.

pehtu sarapan pagi. anak2 pulak beli HOT WHEELS le sorg 2 biji. penat tu memang PENAT tapi jalan je lah. dah le kali ni paling SUSAH nak dapat parking keta. pehtu kena jalan agak JAUH gak le.

MAMA semangat pusing kat bahagian makanan cz nak cari kuih TEPUNG BUNGKUS tapi xde sorg pun yg jual. nak beli buah-buahan pulak, semua HARGA tak menarik & dalam 2 org je yg jual buah.

masa dah nak balik tu MAMA terserempak dengan MAK SU ( adik bongsu ku lah ) so sembang2 le baru blah. then kitorang g MENERJAH rumah pakcik yg kat seksyen 18 ( derang jual PAU POWER & baru je masuk majalah RASA JANUARI 2012 ). tapi malangnya derang semua xde kat rumah. tak tau lah g mna. x contact awal2 cz no tponnya tertinggal kat rumah. he3


pas setel kat area SHAH ALAM tu, kitorang menuju ke KOTA PUTERI untuk sesi intai2 rumah. tujuan sebenar adalah nak ukur keluasan DAPUR + langsir. senang nak buat BUDGET.

pas setel INTAI2 & UKUR2 kitorang menuju ke kedai cendol cz HAUS. cuaca agak panas. pas mamam cendol, kitorang g kt kwsn perumahan yg ada kat depan tu utk INTAI2 grill rumah derg + ambik no tpon apa yg patut.

then TERUS BALIK RUMAH cz dah penat dah...........................




Kenny Rogers pulak

24.12.2011 :: Sabtu :: Giant Kota Damansara

hari ni kitorang memang plan nak g makan2 kat luar je so MAMA pilih kenny rogers cz nak try yg set spageti tu je sebenarnya. kitorang makan yg kat cawangan yg ada dalam Giant Kota Damansara je cz dah biasa g ctu kan cuma memang JARANG sesangatle nak masuk KR ni. almaklumlah..... MAHAL yg amat bg kitorang. ha3



:: sementara tunggu makanan sampai, makan aiskrim dulu ::


:: nu'man = " ops mama, nanti dulu "



:: papa - set spagheti tangy + ayam BBQ + buah2 an + choclate milk ::
:: mama - set cheezy spagheti + ayam BBQ + coslow + strawberi jely ::
:: total = RM 6x.xx ::


lepas makan2 kitorang g beli brg2 dapur @ last shopping utk MAMA lah kiranya. beli apa yg penting2 je mengikut SENARAI. he3 sambil2 shopping, kita TEST semua tempat yg promote brg2 makanan @ minuman derg. tu yg SUKA sangat g jenjalan kat psaraya besar setiap SABTU & AHAD.

Khamis, Disember 22, 2011

Ani Sup Utara

20.12.2011 :: Selasa :: Saujana Utama

hari ini hari MALAS masak so nak tak nak kena Jalan2 Cari Makan dari pagi sampai ke malam. ha3

sarapan & lunch = cafe hospital sg buloh
mnum petang = goreng keropok lekor je
makan malam = try Ani Sup Utara

petang sebelum g sini PAPA saje ajak jalan2 so kitorang g beli GAS cz takut habis masa nak mengapam malam nanti then kitorang g cuci2 mata & menyibuk kat kedai kabinet dapur. ha3

balik tu macam x berapa tau arah tujuan + dah nak maghrib + x tau nak makan apa so balik rumah & solat maghrib dulu. pehtu buat persediaan sikit utk mengapam & keluar lagi utk JJCM.

finalnya kitorang g makan kat ANI SUP UTARA yg ada kat area SAUJANA UTAMA tu cz alang2 mama nak singgah kat MyMydin utk beli pampers semata2.

ingatkan dah lepas makan PAPA nak terus balik, tup2 dia ajak g CENTRAL ACE pulak. saje meronda. sempat gak mama shopping apa2 yg patut & yg plg penting dapat beli susu anak2 dgn harga agak MURAH.


:: saje je ambik gbr nih ::
:: ms kitorang masuk ada 2 org customer je ::
:: bl dah order, hampir penuh gak kedai ni ::



:: kitorang semua macam kebulur so memasing ambik SET gtu ::
:: mama - set sup campur ( daging & perut ) ::
:: papa - set sup kambing ::
:: air kitorang - apple kasturi & tembikai laici ::
:: pehtu minta xtra nasi cz macam x cukup mkn punya psl ::
:: total bil = RM 27.xx gtu so bolehlah kan & puas hati cz SEDAP ::

:: yeay, air dah sampai ::
:: nu'man masa sampai kedai ni baru bgn tdo ::


:: masterchef alif naufal ::
:: ha ha ha ::

Rabu, Disember 14, 2011

tanpa perancangan - 2

12.12.2011 :: Isnin :: Bukit Aman, Kota Damansara, Mutiara Damansara

hari ni PAPA cuti lagi tapi sempena BESDAY sultan Selangor.
so dalam kul 8++ kitorang kuar rumah dah utk jalan2 cari pasal. hik....

tempat 1 :
kitorang singgah kat Balai Polis Sg Plong utk buat repot. just ikut prosedur je. ni nak setelkan kes SAMAN motor yg tak tau sape bawa sedangkan masa tu takde sape2 yg g ke MERSING, johor. yg jadi kes........ saman dah keluar & motor tu atas nama PAPA. sabor je lah kan

tempat 2 :
menuju ke Balai Polis Kota Damansara pulak utk tengok @ print sape pembawa tapi keputusan tak memuaskan hati kitorang pun cz derg kata PAPA yg bawa tapi takde BUKTI bergambar lah. hampes je kan..... motor tu sebenarnya dah bagi AYAH mertua guna tapi masatu dia masuk wad kat Hospital Serdang.

tempat 3 :
kitorang menuju ke OPIS papa pulak cz nak buat SALINAN sikit

tempat 4 :
restoran khalifah berdekatan dengan opis papa & baru nak sarapan. masatu dah kul 11++ dah. kitorang just makan roti telur, roti pisang, air milo, teh ais & teh tarik je.

tempat 5 :
perjalanan diteruskan ke Bukit Aman lagi utk sambung kes saman tu. masa ni MAMA + anak2 duk dalam keta je cz derang dah terTIDUR. punyalah LAMA tunggu papa sampai derg dah terbangun tidur gtu. papa g dalam nak dekat 2 jam gak le tapi macam biasa, kes belum setel gara2 STAFF yg terlibat mesyuarat & ada kerja lain. sabor je lah kan........



:: sementara tunggu PAPA ::




Tempat 6 :

kitorang menyinggah kat IKEA untuk cuci2 mata sikit + jalan2 cari pasal + survey harga + curi idea. he3 konon2 memang tak nak beli apa2 pun tapi PAPA belikan anak2 mainan yg selalu ada kat TASKA @ KLINIK dll. bebudak ni suka sangat le. 1 set tu RM 49.00 gtu. then papa belikan mama bakul LAUNDRY cz murah je ( RM 8.90 ). rasa nak beli banyak2 je tapi tunggu pindah rumah nanti je lah g cari lagi. harap2 masa tu harga masih SAMA @ lebih murah lagi.

lps bayar2 tu kitorang semua terasa lapar so beli 3 pcs hot dog, 1 air bikarbonat & 2 pcs ais krim vanila. kira utk alas perut je lah kan....


tempat 7 :

then kitorang singgah jap kat IPC ( Ikano Power Centre ) cz papa nak g 1 kedai yg jual TOOLS. ada menda yg nak di survey.
masa kat sini MAMA jumpa kawan sekampung yg dtg menyopping gaks.

tempat 8 :
nak menyinggah kat 1 kedai perabot tu tapi tak sangka pulak derang TUTUP

tempat 9 :
HOME SWEET HOME

:: sesi menjadi Handy Manny ::


:: dah siap dah ::
:: nu'man pernah berebut mainan ni masa kat Showroom PKNS ::


:: kita main sama2 ye ::

Jalan2 cari makan + cuci mata

11.12.2011 :: Ahad :: Shah Alam & Kuang

hari ni memang PLAN nak g 1 tempat. tu pun sebab yg BERIA ajak. kalau ikutkan keSARATAN mama ni, takut terpancit je cz sah2 tempat nak g tu TERLAMPAU besar gak nak meredahnya.

pepagi dalam kul 8++ kitorang dah keluar rumah menuju ke PASAR MINGGU yg berdekatan dengan Stadium & Giant Shah Alam tu. ambik masa hampir stgh jam perjalanan gaks baru sampai. seb baik sepanjang jalan2 tu cuaca MENDUNG je so xde lah PANAS sangat kan.

motif g sini hanyalah nak SENAMAN je. hik...... pas ronda2 1/4 pasar tu, kitorang terus cari bahagian MAKANAN cz dah lapar + hampir kepenatan cz LUAS sangat. lagipun kitorang masuk bhgn pakaian je. bkn nk beli pun kan. nak cari tempat makan pun 2-3 kali pusing gaks baru dapat DUDUK & MAKAN cz terlampau ramai org. kebanyakan gerai2 tu PENUH.

lepas SARAPAN kitorang sambung lagi tapi jln sikit2 je lah. mama tuju tempat bahan mentah je cz nak intai2 apa yg ada then kitorang terus menuju ke KERETA. tapi nak sampai ke kereta tu macam x sampai2 @ sesat je. kiranya kitorang ronda 1/2 pasar tu je kut cz TAK LARAT. ha3

hasil dari pasar hanyalah : kitorang sarapan ( soto, mihun sup, air cendol, air sirap ), papa beli set kambing panggang, mama beli kerang, halia, tapai goreng & kopok lekor ganu, anak2 beli hot wheels.

** gambar langsung TAKDE ambik. he3



pehtu perjalanan diteruskan ke GIANT, Shah Alam tu lah. saje nak intai2 cz dah dekat je kan so singgah le. ronda gtu2 je. kesudahannya kitorang BORONG macam2 jenis AIR kat dalam tu cz semua mcm kepenatan + kehausan. he3

pehtu MAMA sempat gak merembat 2 helai stokin utk pakai masa berpantang nanti. murah pulak derg jual so beli je lah. then BALIK RUMAH je lepak2.


dalam kul 5.30 pm kitorang keluar semula cz PAPA ajak g makan BBQ + STEAMBOAT kat BBQ Land yg dekat je dgn rumah kitorang. sejak2 derang masuk JJCM dah lain cikit sistemnya + HARGA pun dah naik cikit. sampai2 tu BOOKING meja dulu cz derang buka kul 6.30 pm. sementara tunggu nak ke 6.30 tu kitorang g MERONDA kat Tasik Biru je. saje tengok org main Jet Ski.

dalam 6.45 pm kitorang dah mula MAIN masak2 + mamam le. setel makan dalam kul 8++ gtu. solat maghrib kat situ je cz ada SURAU. ni kira kali ke 2 kitorang mkn kat sini. g sini cz PAPA suka steamboat, MAMA suka bbq so adil kan. kali ni derang caj RM 20.00 utk seorang dewasa. sblm JJCM tu RM 18.00 je.

:: sebahagian utk permulaan ::
:: derang sediakan 3 jenis SOS ::
:: mama makan BANYAK udang ::


tanpa perancangan - 1

09.12.2011 :: Jumaat

Hari ni mama tak sangka pulak yg papa sesaje CUTI cz dia ada hal nak setelkan.
tot tet tot tet kul 11.30 am kuar dari rumah cz MAMA sesaje ajak papa try makan nasi beriani yg masuk JJCM mgu lps cz tempat tu senang nak cari.

dalam kul 12.00 pm kitorang dah sampai dah kat GERAInya tu tapi belum pun sempat sampai berdekatan gerai tu. TOKEI dia kata " Dah HABIS dah..... ". Terkejut giler kitorang cz menurut JJCM gerai tu buka kul 11am - 2 pm sahaja tp kul 12 mknan semua dah habis. DAHSYAT tul kan............ tu lah penangan JJCM.


pehtu PAPA bawa kitorang makan kat gerai yg papa selalu mkn nasi beriani ( boleh dikatakan setiap hari jumaat gtu ). mama ambik set beriani ayam merah & papa ambik set beriani kambing. MAMA makan macam nak nangis + tak nikmat langsung cz ayamnya PEDAS sangat2. hu3 kitorang mkn dalam kereta je cz malas nak berebut2 tempat duduk cz gerai tepi jln je.

then kul 12.45 pm PAPA hantar kitorang utk meronda @ melepak kat GIANT sementara tunggu papa solat jumaat. malas nak g mana2 so mama bawa hero2 kecik g main kat TAMAN je sampailah papa datang. bukan pe, malas nak over memenatkan diri + sure kena kuar DUIT kalau dah termasuk dlm giant nya tu.


then perjalanan diteruskan ke RHB bank kejap then terus ke Bukit Aman cz ada hal kecik yg nak diselesaikan. seb baik sempat sampai sebelum derang balik kerja. TAPI mslh tu x setel lagi. biasalah tu....... klu kes yg melibatkan GOMEN sure berkali2 datang baru setel.

Selasa, November 01, 2011

@Raudhah, TV9

22.10.2011 :: Sabtu :: USJ 9

kitorang memang dah LAMA plan nak g slps tengok prog RAUDHAH yg pertama tu cuma blm PASTI dapat g @ tak. kesudahannya kitorang dapat g gaks. kuar rumah AWAL dah tapi sampai tempat tu dlm kul 11++ am gaks cz papa banyak menyinggah cari barang2 untuk kereta.

BEST gak le dapat g sini. gerai2 nya tak berapa banyak so TAKDELAH mama shopping2 kan. cuma beli rehal papan utk alif, cd nasyid untuk alif + nu'man & minyak wangi utk papa je. mama beli makanan je lah......

MASJID Al-Falah ni memang cantik sangat lagi2 deko2 kat dalam masjid ni. kitorang balik rumah dalam kul 2++ kut cz saje tunggu UPIN, IPIN & the gang.




Selasa, Oktober 11, 2011

Ke Mana ??????


8 - 10.10.2011 :: Sabtu - Isnin

:: SABTU ::
hari ni kitorang nak balik kampung PAPA tapi ikut jalan lain cz mama nak g MAKAN ikan patin + air jagung kat temerloh. kitorang bertolak dalam kul 10.45 am.

sampai2 kat Temerloh ngam2 waktu LUNCH tp macam biasalah.... kedai tu dah PENUH org. nasib baik masih dapat makan IKAN PATIN tu cuma x dapat pilih nak bahagian yg mana. kitorg selalu ambik bhgn EKOR.

yg BEST nya mama adalah insan TERAKHIR yg menghabiskan ikan patin tempoyak tu utk sesi yg PERTAMA. then pehtu kena tunggu SEJAM baru bleh dapat makan utk sesi kedua.

mama pun dapat yg LAST tu gara2 mama berdiri dengan perut memboyot so tokei kedai KESIAN le. terbaikkkkkkkk..............

masa dah settle makan & g kat parking kereta, tup2 nampak KERETA lawa nih parking kat sebelah so SNAP gbr dulu lah. :-p




:: AHAD ::
hari ni PEPAGI dah g pasar minggu kat bandar. saje je nak meronda + cari lauk utk masak lunch. masa g pasar ni terjumpa kawan 1 sekolah masa sek men tapi budak laki ( WANDI ) so dia macam malu2 je nak borak so just say hi gtu je lah.

pastu g klinik cz nak belikan ubat atuk ( ayah papa ) pehtu igt nk SCAN baby gak tp punyalah ramai pesakit so cancel le. just belikan ubat je.

petang ingat nk g meronda ke pantai tapi HUJAN lah pulak so g bandar je lah.


:: ISNIN ::
hari ni pagi bawa nenek ( mak papa ) g mna dia nk g. pehtu bla setel kitorg g klinik smlm lg sekali tp nampaknya masih RAMAI pesakit so beli ubat nu'man je lah yg DEMAM x berapa nak kebah.

pehtu balik masak2, rehat jap, makan2 & bertolak balik Kuang kul 2.

Ahad, Oktober 02, 2011

Small Gathering

hari : sabtu
tarikh : 1 oktober 2011
masa : 6.00 petang sampai siap
tempat : senandung malam seafood
( bagan lalang, sepang )
aktiviti : makan2 + gosip


ALHAMDULILLAH mama + family berjaya gak menghadiri small gathering ni. ni kawan2 MAMA masa sekolah MENENGAH dulu. kira ni bukan majlis formal pun. saje je nak jumpa2 sambil makan SEAFOOD sampai lebam.

kitorang sampai agak lewat gaks gara2 kena menunggu customer mama lebih sejam kat batu caves. sabor je lah kan. seb baik dapat gaks gi gathering ni. perjalanan ambik masa 1 stgh jam. seb baik ada GPS cz 1st time g ni.

yang tak berapa bestnya ialah mama x dapat SNAP gambar bebanyak cz tak berapa nak nyempat. hik... tapi bab MAKAN memang puas hati lah.



:: x pasal2 ada tema warna - merah & hijau ::


:: Alif yg suka sangat cz dapat beli menda tu. mahal weh... RM 13.00 ::


:: mahathir, papa + nu'man, md shah + dani, zul + mariam ::


:: nisa, mizah, lieza, laily, erry + aryan, mama + alif ::


:: tinggal sisa2 je. hik.... ::


:: dah ready utk bangun & bergosip ::

Sabtu, Oktober 01, 2011

Temankan mama

30.09.2011 :: Jumaat :: Giant Kota Damansara

Hari ni mama g shopping dengan NU'MAN je sementara abang ALIF g sekolah.
kul 9 am kitorang dah sampai kat giant yg dah buka kul 8 am. saje g awal cz mama ada kerja lain dari petang ke malam ( mau mengapam ler ).

dapat SHOPPING dengan tenang cz masih belum ramai pelanggan, nu'man x brp nak ngamuk & x terkejar2 masa sangat so bolehle lama sikit intai2 barang.
yg paling penting nak tukar @ guna KUPON yg dapat sblm raya haritu.

yg TAK bestnya ialah ada brg offer yg dah xde stok padahal baru nk mula SALE. ape le......

dan tak pasal2 NU'MAN dapat hadiah cermin mata masa mama ambik hadiah lain kat customer service.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...