Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Isnin, Januari 31, 2011

Oh, Tidak !

30.01.2011 : Ahad : Focus Point, Tesco Mutiara Damansara

akhirnya dapat gak Pn. Ie beli speck baru hasil dari titik peluh sendiri. hik.... beli yg murah2 je cukuplah cz utk pakai kat rumah & emergency aje. bukan apa, MESTI buat speck baru cz power dah bertambah then stock speck semua dah HANCUR.

kali ni Pn. Ie beli yg separa bingkai pulak cz dah cuba memacam tp akhirnya patah @ pecah gaks cz NU'MAN sangatlah SUKA dgn cermin mata. harap2 kali ni bertahan lama lah cz TAK BERMINAT nak keluarkan duit utk beli speck.

proses pembelian :
19/1 - rabu - 10.30 pm = dengan x sengaja order @ booking speck ni dgn byr deposit rm 50.00 aje
25/1 - selasa - 3.00 pm = g cek power cz hr tu pakai lens so x sesuai
31/1 - ahad - 11.00 am = dapat call bgtau speck dah siap
31/1 - ahad - 7.05 pm = g ambik le & byr baki RM 139.00 so FULL PAYMENT rm189.00

apa yg OH,TIDAK! nya?
tang power mata @ kerabunan Pn. Ie ni lah. tergezut gak tp REDHA je lah.
this 1 just utk remind diri sndiri utk beli lens @ buat speck pd ms akan datang
( kanan = 275 ; kiri = 300 )

Terperangkap

31.01.2011 : Isnin : Felda Selancar 2

TERPERANGKAP ??????
sape yg terperangkap ?????

hurm.. sebenarnya bukan kitorang yg terperangkap tapi Family Pn. Ie yg kat selancar.
tetiba je selancar banjir tp jln utama je lah. rumah2 tetap selamat cuma takde orang boleh masuk dan keluar melainkan kenderaan berat mcm lori dan pacuan 4 roda.

laporan terkini pg td :
= adik tak leh g kerja & bosnya pun terperangkap kat tmpt lain gak so CUTI
= anak sedara tak bleh g sekolah, seb baik umur 5 tahun je
= kakak ipar tak bleh g kerja gak
= abg tak boleh berniaga
= mak + abah hampir kehabisan stok makanan sampingan ( lauk, sayur dll )

* ni kes adik beradik balik kg le.....

Jumaat, Januari 28, 2011

Ujikaji Perasa & Pewarna

28.01.2011 : Jumaat : Dapur Rumah Hijau
hari ni tetiba rasa nak buat apam pulak cz mcm xde apa nak buat. mula2 nak buat apam gula hangus tp mls pulak nak buat gula hangus so buat apam biasa aje le.
lagipun kepala dah lega cz dah SETTLE menjahit langsir utk FIL. siap juga akhirnya.
:: gambar sebelum dikukus ::

APAM SIAM WARNA WARNI
Bahan :
1 cawan telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3 jenis pewarna ( pink, biru, hijau epal )
2 sudu teh perasa strawberi ( mcm kena tambah lg klu nk lebih rasanya )
Cara :
1 : pukul telur sehingga kembang
2 : tambahkan gula dan pukul hingga gula hancur
3 : tambahkan tepung & perasa strawberi
4 : bahagikan adunan kepada 3 bahagian
5 : letakkan pewarna yg anda suka
6 : masukkan ke dalam loyang & kukus dgn api besar selama 30 minit

:: pandangan dari tepi yg x cun ; pehtu guna pisau yg x brp cun gaks ::

:: yg penting rasanya SEDAP ::

:: pasni kena follow cara lama le utk letak adunan berwarna, baru cun ::

Khamis, Januari 27, 2011

Berbaloi - baloi

27.1.2011 : Khamis : Kompleks Sungai Buloh

hari ni Pn. Ie g pejabat pos so g dengan nu'man je. alif g sekolah. kepala otak dah set nak g shopping kat GUARDIAN. tetiba masa lalu kat KFC ternampak hadiah yg best utk set Chicky Meal - set2 utk pelajaran.


:: beli set chicky meal yg burger punya ::
:: ada 4 pilihan hadiah tp Pn. Ie pilih yg ni cz mcm sesuai utk alif ::
:: yg lain2 mcm susah sikit nk ajar - yg ingat sand art, kad & apa ntah ::
:: beli 1 set aje - kes malas masak lunch ::

ni pulak shopping kat guardian. memang beli brg sikit je tapi dapat macam-macam pulak. barulah BEST shopping kan.
beli : set penjagaan muka ( 1 kotak - 3 pcs ), scrub muka ( 1 pc ) & pencuci lens ( 2 btl besar, 2 botol kecik, 2 bekas lens )
percuma : 4 keping setem, buku planner 2011, tisu muka - 4 peket, 1 buku coupon @ baucer
total : RM 64.55 shj
BERBALOI-BALOI KAN......... :-)
yg seronoknya, tiap-tiap tahun dr thn 2009 Pn. Ie dapat buku @ planner tu tanpa sengaja. kiranya bukannya g shopping kat situ semata-mata nak dptkn buku tu. tapi bukunya memang BEST lah & sangat berguna utk Pn. Ie yg suka menulis memacam & ada macam-macam aktiviti ni.

Semuanya Baru


27.01.2011 : Khamis : Guardian
hurm.... dah 2-3 minggu plan nak buat sesuatu dgn produk penjagaan muka cz sedikit bengang masa balik kg haritu. tetiba je kulit muka jadi kasar dan ntah hape hape. so terus makin bersemangat nak tukar baru @ beli baru. puas gak pikir nak beli apa ye.
sebenarnya just nk beli olay je mcm yg sblm2 ni tp td masa g guardian tu, derg kuarkan isinya dari kotak so tak tau nak pilih camne. almaklumlah, bukannya selalu membeli menda2 gtu. Pn. Ie ni penjimat orgnya. kdg2 dekat bertahun br habis guna ( terutamanya krim pelembab ).
sebenarnya dah tergoda dekat produk ni masa tgk iklan kat TV. dah cuba survey tapi agak MAHAL juga sebenarnya. tup tup tadi ada SPECIAL offer so pelagi, terus rembat le. harap-harap produk ni sesuai le dgn Pn. Ie. sebelum ni memang x pernah ada mslh lg walaupun bertukar-tukar produk.
jenama : safi balqis perfect 10
pakej : set aspirasi pesona ( krim pelembab siang 45gm, penyegar 100ml , FREE pembersih muka 40gm)
harga : RM 26.70 ( after sale : RM 24.88 )
xtra produk : scrub RM 9.77
* kalau beli satu2 mahal lah sikit.
10 tindakan lengkap
  • memudarkan pigmentasi
  • menyamaratakan tona kulit
  • melindungi dari sinar UV
  • mencerahkan kulit
  • melindungi dari radikal bebas
  • meningkatkan keelastikan kulit
  • menghidratkan kulit
  • mengekalkan kelembapan
  • menghaluskan kulit
  • melembutkan kulit

Redemption - Abbott

27.01.2011 : Khamis

HARI NI Pn. Ie dah poslaju kan borang redemption + scoop susu alif. memang simpan banyak scoop tp byk yg x brp kenan nak ditebus @ tak cukup point nak tebus. he2

so kali ni tebus 1 brg je. ada lg 14 scoop yg blm ditebus + 100 point kt dlm acc @ website.
konon2 nak tebus set tuala tp berkenan sesangat dekat bakul2 kecik ni. bulehlah bebudak ni simpan mainan. barulah semangat sikit nak menyimpan kan.

sebelum2 ni dapat tebus beg kecik yg pelbagai guna & bakul bentuk harimau. memang PUAS lah guna menda2 tu. kalau nak BELI, memang takkan beli punya cz MAHAL. seb baik ada program redemption ni.


:: 29 scoop only ::

:: 3 cute boxes ::

Rabu, Januari 26, 2011

Kerana Nila Setitik........

( gambar from google.com )
26.01.2011 : Rabu : Facebook
KERANA NILA SETITIK.... ROSAK SUSU SEBELANGA
malam ini Pn. Ie sungguh sedih cz tetiba je ada SEORANG pembeli tu nak mula merosakkan PERNIAGAAN Pn. Ie yg tersangat KECIL tu.
sampai hati dia.... kalau TAK PUAS HATI sekalipun, pe salahnya PM @ Inbox, ni kemain lagi dia KOMEN. dia kata Pn. Ie TAK BERBUDI BAHASA, padahal...................... ALLAH je lah yg tahu
ni PERTAMA KALI kena hentam dgn pembeli sejak berniaga on9 hampir 4 tahun. dah tau TAK SUKA, delete je lah "kedai" Pn. Ie tu. TAK YAH lah nak NYIBUK @ tengok2 dah
situasi sblm ni :
  • Pn. Ie tak pos brg dia pd hr yg sm dia buat byrn cz Pn. Ie dah g pejabat pos
  • dia bengang cz dia nak guna cepat ( sape suh x bgtau awal2) & suh pos juga hr yg sama
  • dah suh bank in sblm 10.15am tp dia bank in kul 11.xx pehtu bgtau dah kul 12.xx
  • beg tu sampai LAMBAT kat tgn dia cz POSLAJU yg htrkan, bukannya Pn. Ie htr by hand

perkhidmatan :

  • follow up sampai dia dapat barang
  • ucapkan TQVM berpuluh2 kali ( setiap kali sms )
  • dah bg perkhidmatan terbaik walaupun masatu Pn. Ie x sihat + kena ulser kat lidah
  • angkat dianya phone call wlupun dah bgtau suh SMS aje

hurmmmmmmmmm............... DUGAAN TERHEBAT SETAKAT INI ( niaga online )

Seafood Day - Yummy

25.01.2011 : Selasa : Dapur Rumah Hijau

hari ni hari makanan laut cz ada udang galah + lala utk lunch & dinner sekali.


udang galah ni goreng biasa je. gaul dgn garam + kunyit pehtu goreng. ada SEEKOR je cz En. Han beli disebabkan BOS nya kirim so Pn. Ie ambik seekor je. saje nak merasa.

yg ni udang galah dari SUNGAI so rasanya sedap sikit. ayah En. Han g tempah dengan org kampung baru dapat. bukan selalu boleh dapat. tu pun dapat 1 kg je. 1 kg = RM 30.00 ( kalau campur2 saiz ). kalau beli ikut gred, harga lain-lain.





yg ni pulak LALA masak tomato je. beli kat kedai runcit @ pasar mini dekat2 dengan rumah. tetiba teringin nak ubah rasa. asyik makan ikan & ayam je kan. kena lah tukar sikit.

LALA MASAK TOMATO
bahan :
lala
serai
cili merah
sos cili
sos tomato
bawang merah
bwang putih
kacang panjang
gula
garam

cara :
1 : tumiskan bawang merah, bawang putih & serai
2 : masukkan sos cili, sos tomato, gula, garam
3 : pehtu masukkan lala, kacang panjang & cili merah
4 : rasa ok ke tak, sedia dimakan

Berjalan Akhirnya

23.01.2011 : Ahad

ALHAMDULILLAH akhirnya Nu'man berjaya juga berjalan tanpa sebarang pegangan tangan dari Pn. Ie @ En. Han. so pasni memang kena READY utk mengejar si nu'man yg makin ligat berjalan dari sehari ke sehari.

kiranya Nu'man BERJALAN lebih awal dari abangnya.

Isnin, Januari 24, 2011

Balik Kampung - 4H 3M


20-23.01.2011 : khamis - ahad : Kuala Rompin, Pahang
lama x update blog cz g balik kampung punya pasal. facebook niaga pun sampai dapat 5xx notification. sabor je lah.... just nak buat rumusan percutian 4 Hari 3 Malam tu je.
20.1.2011 - khamis - cuti Thaipusam
  • kul 11.40 am baru bertolak balik kampung
  • g makan tgh hari awal2
  • kul 4++ baru sampai kat rumh family En. Han
  • perjalanan agak lancar juga
  • lepak kat rumah je

21.1.2011 - jumaat - En. Han ambil cuti / Alif ponteng sekolah

  • g pasar malam ( kecik aje ) dekat2 dgn rumah
  • petang g melepak kat Pantai Hiburan
  • sempat main layang-layang
  • En. Han ambil gambar Hospital Rompin

22.1.2011 - sabtu

  • petang dlm kul 5++ g rumah abang sulung Pn. Ie
  • dalam kul 6.30 g main layang-layang lagi ( kali ni bawa anak sedara )

23.1.2011 - ahad

  • pagi g PASAR MINGGU
  • kul 4.00 ptg bertolak balik Kuang
  • kul 6.30 ptg - 8.00 mlm berenti kat seremban
  • kul 9.50 mlm dah sampai rumah

Makan Malam Awal

23.01.2011 : Ahad

Lokasi : Restoran Warisan, seremban
Masa : 6.33 pm - 8.00 pm
Aktiviti : makan malam, berehat sebentar & solat maghrib

:: En. Han ::
:: order Jus Mangga ( RM 3.50 ) ::
:: nasi goreng kampung seafood ( RM 9.00 ) ::

:: Alif Nu'man ::
:: makan share-share aje ::
:: makanan FREE - sirap selasih + maruku ::


:: Alif Naufal ::
:: Makan makanan yg Pn. Ie makan ::
:: Kena order lagi sekali cz dia makan banyak ::



:: Pn. Ie ::
:: Air Tembikai Laici - RM 4.50 ::
:: Kuey Teow Kungfu - RM 9.00 ::



:: Kuey Teow Kungfu ::

Main Layang - Layang

21 & 22.1.2011 : Jumaat & Sabtu : Pantai Hiburan, Kuala Rompin

Aktiviti hujung minggu ( pada waktu petang 6pm - 7pm ) dipenuhi dengan sesi bermain layang-layang di pantai. saje je menghabiskan masa lapang.

hari jumaat tu kitorang main satu family je. angin agak tenang so best je main. nu'man pun tertidur je sepanjang Alif + En. Han main. layang-layang ni beli kat kedai RM 2.00 je so berbaloilah kan.

hari sabtu tu Alif main dengan sepupu-sepupu pulak. bestlah sikit cz ramai-ramai g main. tapi hari ni angin agak kencang so susah nak control layang-layang. banyak kali menjunam & Amir ( sepupu alif ) punya layang-layang pun putus & tersangkut kat pokok.

:: Alif , Amir , Mudrikah ::
:: Layang - layang Spiderman, Ben 10 & Ultraman ::

:: Juara Bertahan cz layang-layangnya memang HEBAT ::


:: tukang sorak aje sambil tolong apa yg patut ::
:: Pn. Ie + Nu'man ::

Mini Croissant Burger


19.01.2011 : Rabu : Dapur Rumah Hijau

hari ni kita makan burger je ye. sebenarnya nak buat MINI BURGER tapi masalahnya tak jumpa plak roti kecik2 tu. susah betul nak jmp kat area rumah Pn. Ie ni. terjumpa pulak roti croissant yg cumel tu so beli je lah. menarik juga lah tp kecil sangat. hik....

MINI CROISSANT BURGER

bahan :
6 pcs roti croissant mini
2 keping daging burger ayam
sedikit hirisan timun, tomato, salad
sedikit sos cili, mayonis

cara :
1 ) goreng daging burger hingga masak & belah 4
2 ) susun semua bahan di dlm roti
3 ) sedia dimakan

Selasa, Januari 18, 2011

RM 4.00 vs RM 2.50

17.01.2011 : Isnin : Kuang, Selangor

hari ni tetiba je Pn. Ie rasa nak beli sarapan selepas hantar Alif ke sekolah. lagipun kedai ni berdekatan @ berdepan dgn sekolah alif so nak g tengok2 lah apa yg ada. then Pn. Ie belilah NASI DAGANG. memang terkejut dengar HARGAnya masa nak membayar. seb baik Pn. Ie bawak duit lebih sikit ( tak bawa purse pun, bw duit aje ).

sebenarnya bukan kisah sangat dengan reganya cz biasalah kalau duk area KL @ Selangor kan tapi yg jd TAK PUAS HATI sesangat tu cz rasa nya tu tak padan dengan harganya. aduyaiiiiii.....

nak BUAT SENDIRI macam malas nak mencuba cz kitorang bukan suka sangat makan. sekali sekala menikmatinya ok lah kan. pasni nampaknya kena cari RESEPI gak lah kut.

NASI DAGANG = RM 4.00
lokasi - Kuang, Selangor
Rasa - Tak Sedap terutamanya nasinya kurang air @ keras
Isi - tak banyak mana pun
acar - ciput sangat
kepuasan - memang TAK PUAS makan

NASI DAGANG = RM 2.50
lokasi - Temerloh, dekat dgn opis
rasa - memang SEDAP sangat
isi - ngam ngam je bila makan dengan nasi
acar - agak bercuka sikit
kepuasan - Rasa sekali pasti nak lagi

Nasi Berlauk


17.1.2011 : Isnin : Dapur Rumah Hijau

hari ni Pn. Ie saje je nak cuba masak NASI BERLAUK. memang nampak mudah tapi kalau x kena resepinya TAK MENJADI juga kan. so dah puas menggoogle, Pn. Ie pun dapat idea nak masak NASI BERLAUK ni. padahal google menda lain. hik....

NASI BERLAUK
bahan kisar : lengkuas, kunyit, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup
bahan - bahan : santan, ikan rebus, cili merah, asam keping, garam, gula, timun, kacang panjang
cara - cara :
1 / kisar bahan yg patut dikisar
2/ didihkan santan & bahan kisar
3/ masukkan sayur-sayuran, garam, gula, asam keping & cili merah
4/ bila dah menggelegak, masukkan ikan
5/ biarkan sebentar & dah siap

* resepi asal di http://www.trymasak.my/ & telah diubahsuai mengikut kesukaan Pn. Ie. he3

"Haiwan Belaan"

:: Gambar Hiasan Semata - mata ::
17.01.2011 : Isnin : Parking Rumah Hijau
alhamdulillah hari ni dalam kul 5++ petang, kereta kancil Pn. Ie dah HIDUP semula selepas diservis. bulan ni keta ni memang banyak makan DUIT cz mula-mula tu kena renew Ins + R/Tax ( seb baik ada disc sikit cz buat dgn comp lama tmpt keja so derg x bleh kelentong aku yg pandai kira ), pehtu minyak nak kena isi selalu cz hari-hari kena keluar, tak lama lagi nak kena tukar minyak hitam + oil filter plak. tup tup kena SERVIS starter pulak weh.....
belum pun sampai setahun dah kena servis STARTER lagi. hampes tul. masa kat Temerloh kena RM 60.00 tapi smlm kena RM 150.00 tu. aduyaiiiiii..... sabor je lah. keta dah TUA lah katakan.
ceritanya :
hari Khamis lepas keta still HIDUP lagi so sempatlah Pn. Ie htr alif ke sekolah, g pejabat pos, g beli brg utk masak2 & ambil alif balik sekolah. masa nak balik ke rumah ( lps ambik alif balik sekolah ), terus tak bleh start walaupun dah diamkan beberapa minit ( sblm ni dh byk kali kena tp still buleh ). dah geram sangat so Pn. Ie ngadu le kat En. Han so dia kata dia datang cz dia dah keluar utk g ke Hospital Serdang.
sementara menunggu tu ( dlm stgh jam juga ) Pn. Ie g jln dulu & beli rojak. bila nak balik ke rumah tu saje cuba lagi, HIDUP pulak ketanya so takpelah kan & terus balik rumah, then ingatkan dah OK lah kut kan.
Keesokan harinya ( Jumaat ) En. Han saje je nak g opis naik motor so biorlah cz motor tu dah lama x bergerak. then masa nak hantar alif ke skolah, macam biasalah kena panaskan enjin dulu sekali TAK BOLEH hidup langsung. huwaaa... tensennya. dah le dah lambat kan. seb baik ada keta sebiji lagi so dapatlah ALIF ke sekolah. hari ni melaram dengan keta En. Han le pulak.
Hari sabtu tu g caj baterinya kat kedai & ahad ambik. tapi dah PASANG semula pun still tak HIDUP gak so bukan bateri menjadi puncanya & dah agak dah, semestinya starter.

Isnin, Januari 17, 2011

Pasar Malam

15.01.2011 : Sabtu : Pasar Malam Paya Jaras

hari ni tak g mana-mana pun so kitorang g PASAR MALAM PAYA JARAS je cz hr ni je psar malamnya agak meriah so seminggu sekali je lah kitorang g pasar malam. hari ni memang nak SHOPPING sakan cz macam-macam nak beli.

keluar rumah dalam kul 6.00 petang - g hantar caj bateri keta Pn. Ie dulu cz keta buat hal - pehtu En. Han g klinik ambik ubat japs cz tak berapa sihat - kul 7++ br gerak ke pasar malam. mula tu takut terkejar-kejar nak MAGHRIB tapi seb baik kat situ ada SURAU so senangle SOLAT dulu baru jalan2. bolehlah jalan lama sikit.

macam2 dibeli ngalahkan shopping raya. ha3

antara yg dibeli :
= makanan utk terus dimakan - oblong kambing (RM 5 ), chicken roll (RM 3), nasi lemak (RM 2), kuey teow goreng ( RM 2.50)
= buah buahan - epal merah @ epal fuji ( RM 5 ), jambu madu ( RM 2 )
= sayur sayuran - kubis, kangkung, tomato, kacang panjang ( RM 4.50 )
= protein - ikan pelaling, ikan kerisi, ikan cencaru ( RM 10 )
= lain lain - bawang merah, kentang ( RM 7.50 )
= permainan - 3 buah kapal korek, set bertukang rumah macam HANDY MANNY ( 3 set = RM 10.00 )

total : RM 51.50 cz semua menda dah NAIK HARGA


:: buah epal merah @ epal fuji ::
:: 10 biji = RM 5.00 ::

:: buah jambu madu @ jambu loceng ::
:: dh sedikit rosak so lps potong2 dpt le byk ni = RM 2.00 je ::

:: ikan pelaling ( 11 ekor ) ::
:: ikan cencaru ( 5 ekor ) ::
:: ikan kerisi ( 6 ekor ) ::
:: kira longgok - 3 pinggan = RM 10.00 aje ::

weekend - makan aje

he2 kali ni Pn. Ie saje nak kongsi sikit bab makan2, kut2 lah boleh bg idea utk korun masak kan.



14.01.2011 : Jumaat : Dinner

hari ni makan MIHUN SINGAPORE aje cz kenalah pelbagaikan menu. takkan makan nasi berlauk je kan. padahal Pn. Ie xde idea nak masak lauk apa. hik...

MIHUN SINGAPORE
bahan kisar : bawang merah, bawang putih, udang kering
bahan : udang, kubis, bihun, lada hitam, garam, telur ayam
cara :
1 ) tumis bahan kisar sampai agak garing
2 ) masukkan udang & sayur
3 ) masukkan bihun, lada hitam & sedikit garam
4 ) kalau mihun agak keras, tambahkan sedikit air
5 ) pecahkan telur, masakkan sampai ia sebati & kering.


15.01.2011 : Sabtu : Sarapan Pagi


Pn Ie jarang buat sarapan yg berat-berat so hari ni kitorg makan roti aje.
untuk Pn. Ie + En. Han = sandwich sardin & teh o
untuk ALif + Nu'man = roti mentega bergula & teh o
simple2 cukuplah kan....



15.01.2011 : Sabtu : Makan tengah hari

untuk tengah hari pulak Pn. Ie sungguh semangat nak makan ikan keli so menunya
nasi putih + ikan keli panggang + kuah asam @ kicap + labu air masak lemak + air ribena

:: ikan keli bakar + cicahannya ::
:: 4 ekor cukuplah ::

:: labu air masak lemak cz nak makan berkuah ::




15.01.2011 : Sabtu : Minum Petang
rasa macam x berapa kenyang pulak makan nasi tadi cz makan x banyak mana pun. so pikir punya pikir, petang tu buat KENTANG TEMPURA pulak. ada 1 biji je so sorang sikit je lah. Alif x puas makan cz sikit sangat. hik... pasni buleh buat lagi cz sedap pulak.
konon-konon nak buat spring potato tapi xde mesinnya so buat yg ni je lah. potong nipis-nipis ala2 spring potato tu. sedap juga.

:: Kentang Tempura bersama Sos Istimewa ::

16.01.2011 : Ahad : macam2
sarapan pagi : milo panas + mee goreng
Lunch : nasi putih + ikan kerisi stim @ rebus + kangkung tumis + air ribena
minum petang : teh o + apam siam
Dinner : nasi putih + ikan cencaru sumbat + kangkung tumis + air teh o
( banyak x ambik gambar cz biasa je kan)
:: Ikan cencaru sumbat ::
IKAN CENCARU SUMBAT
bahan : ikan cencaru, garam, kunyit
bahan kisar : cili merah, cili kering, serai, bawang merah, bawang putih, garam, gula
cara :
1 ) bersihkan ikan & belah tengah ( dua2 bahagian )
2 ) perap sekejap dgn garam & kunyit
3 ) masukkan bahan kisar ke dalam belahan tadi & goreng dgn minyak
4 ) sedia dimakan

Jumaat, Januari 14, 2011

ikan keli. kenapa ?


14.01.2011 : Jumaat : Kedai Runcit
apa kena dgn ikan keli ????
xde apa pun cuma ada citer sikit pagi tadi.
lepas je Pn. Ie hantar Alif g sekolah, Pn. Ie g lah kedai runcit dekat-dekat dgn rumah tu. dah le parking penuh so u-turn & parking kat petronas so Pn. Ie kena cross jln bersama nu'man. pilih lah apa yg patut utk sesi masak-masak utk hr ni & esok je cz esok boleh g PASAR MALAM yg macam-macam ada.
just beli ikan keli, udang, tauge, mee, surat khabar, majalah & roti. dah le susah gak nk pilih-pilih cz Pn. Ie kena dukung nu'man. selalu tinggal je dlm keta cz parking dpn-dpn kedai. then bayar le mcm biasa & angkat plastik & terus g kat keta untuk balik rumah.
sampai-sampai kat rumah, relax sekejap br sesi mengemas plastik tu. tup tup IKAN KELI takde pun. dah le dh byr. sah tertinggal @ tuan kedai tu TAK masukkan dalam plastik. sungguhlah malas nak g kedai tu so hold smp masa nak ambik alif nanti.
disebabkan ikan keli ni lah Pn. Ie kena tukar plan memasak. tak pasal-pasal menu utk hari esok kena buat HARI NI. disebabkan sangat-sangat malas masak so Pn. Ie masak MIHUN SINGAPORE je untuk makan tengah hari, makan malam & bila terasa lapar. ha3
seb baik tuan kedai tu gantikan ikan keli yg Pn. Ie beli tu. tak tau mana pegi yg derang dah siangkan pepagi tu. biorlah kan janji dapat ganti.

Khamis, Januari 13, 2011

Cucur Recycle


13.01.2011 : Khamis : Dapur Rumah Hijau
hari ni Pn. Ie malas sangat nak makan LUNCH so bila dah petang sikit terasa laparlah pulak. tambah pulak hari hujan lebat so mulalah terpikir-pikir nak masak apa lah ye.
tgh hari td ada beli rojak ( isinya x berapa kenan + kena kongsi 4 org makan ) & kuahnya sedap sangat. menepati citarasa kitorang yg tak suka pedas. so disebabkan alif suka sangat makan cucurnya so Pn. Ie dapat idea utk buat cucur yg simple sgt & memg sesuai utk bebudak yg nk mkn tanpa ada benda asing.
CUCUR RECYCLE
bahan - bahan :
3 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung
1 sudu gula
sedikit garam
sedikit air
sedikit kuah rojak
cara - cara :
1 : gaulkan semua bahan kecuali kuah rojak hingga sebati
2 : goreng macam buat cucur biasa
3 : potong kecil-kecil supaya mudah dimakan
4 : tuangkan kuah rojak
5 : sedia dihidang & dimakan

duit syiling

13.01.2011 : Khamis : Bank Rakyat, Sungai Buloh

hari ni sempat gak Pn. Ie g masukkan duit syiling kat acc anak-anak. dah lebih seminggu tertangguh kerja ni cz masa yg tak berapa sesuai nak g situ. dah le susah nak dapat PARKING area situ.

yg musykil tu bukan apa, ni pertama kali g masukkan duit syiling kat BANK RAKYAT, Sungai Buloh. selalunya Pn. Ie masukkan duit syiling kat Bank Rakyat caw Temerloh @ Maybank @ Cimb, xde pulak kena tunggu keputusan hari esoknya @ terus dapat jwpn ms tu jugak.

hari ni lain macam sikit, kena tinggal pulak duit syiling tu + isi borang apa yg sesuai + esok baru confirm duit tu masuk. PELIK kan ? ke ni sistem baru yg Pn. Ie tak tau ? Pn. Ie agak blur sikit masa masuk bank tu, dah le lengang + tak tau nak ambik no katne + guard yg jaga "bergayut" je



Sebenarnya awal thn lepas baru buka acc anak-anak kat situ cz promosi kat TASKA derang so tak yah le Pn. Ie g daftar sendiri. jimat masa. saje je buka simpanan kat situ cz bolehlah simpankan duit sikit-sikit kat situ selain insuran derang kan.


pilih Akaun Nuri cz interest yg agak baik walaupun duit tak bertambah. pehtu kalau masukkan duit, boleh dapat macam-macam hadiah. hari ni dapat hadiah KEY-CHAIN. sebelum2 ni dapat bekas pensil.

anda silau ? so

13.01.2011 : Khamis : Dalam Kereta Kancil

hari ni Pn. Ie g buat kerja + jalan2 dengan Nu'man sementara Alif g sekolah. dalam perjalanan tu memang silau lah ( kat bahagian depan ) cz keluar dah nak dekat kul 10.00 pagi. agak panas juga lah hari ni.

yg Pn. Ie tertarik tu bukan apa, pandai pulak si nu'man ni menyelesaikan masalah SILAU tu. mula-mula tu dia just cover mata dia dgn tangan then dia tarik penahan silau @ panas tu pulak. memang TERBAIK lah. hik....

pandai betul si nu'man ni.




sandwich sardin


12.01.2011 : Rabu : Dapur Rumah Hijau

Hari ni tak tau nak makan apa sebenarnya masa petang cz terasa lapar je. 1-2 hr ni Pn. Ie kemaruk sikit nk makan macam-macam cz asyik lapar je ( dah beberapa hari macam x makan ). tetiba teringat nak makan roti lah so buatlah sandwich sardin cz dah lama sangat tak makan. selalu buat sandwich telur je. stok roti kat rumah Pn. Ie ni memang kena sentiasa ada cz anak-anak suka makan.



SANDWICH SARDIN
Bahan - bahan :
6 keping roti
sedikit planta
suku biji limau nipis
2 biji bawang merah
1 tin kecil sardin
Cara - cara :
1 ) sapukan roti dgn planta
2 ) gaulkan semua bahan hingga sebati & letakkan dalam roti
3 ) potong iku bentuk yg diingini
4 ) sedia dimakan

masalah blog


alhamdulillah.... beberapa MASALAH dgn blog Pn. Ie dah diselesaikan.
1 : Komen = Pn. Ie tukar template lagi setelah mendapat komplen dari kawan ( Idah ) kerana tak boleh nak komen di entry. mula2 sedar juga, ngapa dh takde yg komen2 langsung blog Pn. Ie ni. Pn. Ie banyak kali gak cuba komen sendiri tp ok je so bior je smpailah Idah tegur baru betul2 bertindak. tq idah
2 : Template = sebenarnya takdelah puas hati sgt dgn template ni tapi Pn. Ie akan kekalkan dulu sampai RIMAS cz template ni dah memenuhi 90% apa yg Pn. Ie nk paparkan
3 : Komen Di Tepi = punyalah puas modified coding tp masih tak berjaya. last2 tanyalah kawan2 & ZUE dah tolong bg info sikit. lastly berjaya juga. saje je letak komen kt tepi cz senang Pn. Ie nak tengok. lagipun Pn. Ie selalu online guna handphone. tq zue

Rabu, Januari 12, 2011

perasmian @ testing


11.01.2011 : Selasa : Dapur Rumah Hijau
hr ni tak tau nak masak apa sebenarnya pehtu terpikir tang periuk panggang tu je. so terkeluarlah idea nak try rempah sate yg beli kat Giant hari tu. proses memasak yg senang - potong2, perap & bakar. sedia dimakan.
seronok gak aktiviti bakar2 ni cz ia berlaku kat dapur gas aje. tak yah susah-susah nak idupkan api dan yg sewaktu dengannya. berbaloi-baloi beli periuk tu. pasni makin ligatle ku membakar cz senang sangat.
seb baik Pn. Ie buleh makan tp slow-slow le cz still sakit lagi. malam tadi br jmp nasi cz dah berapa hari pemakanan tak betul.

drive car in KLCC

08.01.2011 : Sabtu : KLCC

video

Selasa, Januari 11, 2011

Laporan Kesihatan


11.01.2011 : Selasa : Rumah Hijau
laporan kesihatan untuk hari ini :
1 ) En. Han :
  • selesema teruk
  • macam nak demam
  • sedikit batuk
  • bermula 10.1.2011 - isnin
  • masih pergi kerja
2 ) Pn. Ie :
  • ulser di lidah - bermula 6.1.11 - khamis
  • gigi & gusi sakit macam nak tertanggal semuanya - kesan ubat ulser
  • terasa nak makan macam-macam cz lapar je - tak cukup vitamin @ tenaga
3 ) Alif Naufal :
  • demam pulak lepas balik sekolah tadi
  • masih terasa nak aktif bermain
  • selesema & batuk masih ada
4 ) Alif Nu'man :
  • demam + selesema + batuk teruk - mula 9.1.2011 - ahad
  • kejap ok kejap tak
  • asyik merengek je

Isnin, Januari 10, 2011

Jom Shopping

Kawan - kawan ,
Pn. Ie ada masukkan STOK BARU utk
replika handbag, cute abc, cute 123 & tabung comel so
JOM CUCI MATA

Hadiah Januari


08.01.2011 : Sabtu : GM, KL
saje je nak luahkan perasaan seronok. Pn. Ie hadiahkan Purse Gucci ni utk diri sendiri. dah lama sangat2 Pn. Ie x pakai purse, dah lebih 3 thn kut. sebelum2 ni just pakai beg kecik yg ada 2 zip tu je, gambar teddy bear lak tu. bkn pe, senang nak pegang & dibawa ke mana-mana.
baru-baru ni tergerak nak cari PURSE cz terasa malu sendiri bila nak byr sesuatu. takkan pakai beg kecik gbr teddy bear je utk beg duit sedangkan pakai Handbag Berjenama ( Replica aje tp puas lah cz Super A punya ). so pusing punya pusing, rembatlah purse kat atas tu. murah je cz tmpt pemborongkan.
Bulan Dec & Jan Pn. Ie suka sangat dengan GUCCI. he2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...