Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label permainan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label permainan. Papar semua catatan

Isnin, April 01, 2013

redeem - kelab drypers

ALHAMDULILLAH dapat redeem untuk kali ke 2. ni just utk rekod MAMA je ni.
 
point = 561
redeem point = 560
brg2 redeem = 1 tupperware, 3 permainan, 3 pek pampers
jenis pos = pos xpress
tarikh pos = 18 mac 2013
track no = LG14 903 031 0MY
 
 

Rabu, Mac 27, 2013

free hot wheels

anak2 ni MINAT sangat dengan hot wheels. dah berlambak2 koleksi hot wheels kat dalam rumah. kali ni dapat FREE pulak & dah lengkap pun koleksinya. memasing dapat sorang 2. dapat FREE dalam kotak koko crunch, cookies & honey star yg bersaiz sederhana. ada gambar kat luar kotak baru ada kereta di dalamnya. yang tak berapa SYOK kali ni tak nampak warna kereta yg ada di dalam so NASIB lah kan. ni dah 2 kali beli so dapat lah 2 pcs warna hitam, 1 pc warna merah & 1pc warna hijau.
beli kat TESCO cz derang tgh buat offer sekotak RM 8.92 shj ( igt2 lupa ni )
 

Rabu, Februari 20, 2013

sunday morning



 
17 feb 2013 :: ahad :: Ijok
 
PEPAGI kitorang semua dah keluar cz mama nak pergi ambil & tukar JELI MELI ( kiranya hari ahad pun mama bekerja ). pehtu pergi SARAPAN sekali cz takde mood nak main MASAK2.
 
bila dah SETTLE bekerja + makan2 bebudak pun ajak main kat TAMAN ( last restoran tempat mama hantar jeli & dekat sangat2 dengan taman ni ). derang ni suka main BUAIAN je. kalau yang gelongsor2 nya tu agak bahaya sikit cz mudah jatuh terduduk gara2 terlampau tinggi kedudukan penghujungnya tu.

Khamis, Januari 31, 2013

brains

25 januari 2013 :: Jumaat :: Tesco Kuala Selangor

hari ni mama + anak3 melawat ke TESCO Kuala Selangor dalam kul 10++ am.
hari ni SEKOLAH anak2 cuti so merayap sekejap. TUJUAN utama g k.selangor tu sebab nak carikan TUPPERWARE yg kakak ipar suruh belikan utk hadiah BIRTHDAY anak sedara. kena juga g beli hari ni cz ESOK dah nak dibawa ke KUANTAN
seb baik lah ada STOK

disebabkan MAMA dah shopping barang2 rumah mgu lepas so hari ni saje JALAN2 je sambil cuci mata. dalam cuci2 mata tu ternampaklah PERMAINAN yg tengah offer ni so beli je lah cz murah je RM 7.48 sahaja

bebudak ni suka sesangat. bukan setakat BABY, abang2 baby pun semua semangat nak BERMAIN


Selasa, November 01, 2011

Mainan Lagi.....

26.10.2011 :: Sabtu :: Pasar malam Paya Jaras

hari papa kena "PAU" dengan anak2 mainan sorang satu. seb baik yg rega RM 10.00 je sorang. balik2 je rumah terus dipasang & main.


ni mainan yg NU'MAN pilih. kotaknya hampir sama tinggi dah dengan tuannya. PAPA nya lah yg kena pening2 kepala untuk pasang sampai siap. anak2 jadi mandur je. hik....

sementara tunggu PAPA siapkan mainan nu'man, derang main mainan yg ALIF pilih iaitu Thomas @ keretapi. yg ni ALIF pasang sendiri je cz macam dah selalu beli. alif memang banyak koleksi keretapi.

dah SIAP dah so dah boleh main SAMA2. berbaloi kan permainan ni dengan harga RM 10.00 sahaja. memang seronok le derang main sampai tidur pun lambat dari biasa. seb baik ESOKnya cuti lagi.

Selasa, Oktober 11, 2011

TikaR

7.10.2011 :: Jumaat :: Giant Kota Damansara

walaupun NU'MAN demam tapi mama bawa gak dia g JALAN cz mama kena g delivery apam kat DUA tempat petang-malam tu. disebabkan waktu nak menunggu tu agak lama so mama susun jadual BAIK punya.

mula2 g delivery kat area IKEA pehtu g melepak kat Giant. seb baik custmr kedua datang AWAL cikit so sempatle menyopping kejap. MOTIFnya nak beli tikar ni je. sblm ni xde perasaan pun nak beli tp bl pikir2, macam MENARIK je so belikan je lah. yg BESTnya malam tu tikar ni ada SALE pulak so jimat gak walaupun cikit.

ingatkan KECIK je tp bl dah buka kat rumah, BESAR gak ropanya. semangat derang MAIN malam tu. amat sesuai utk hero2 kecik ni cz derang suka sangat main KERETA + keretapi. boleh main parking2 dll.


Khamis, Oktober 06, 2011

New Train

3.10.2011 :: Isnin :: The Store, Sg Buloh

dah LAMA dah alif minta belikan TRAIN ni tapi kitorang malas nak belikan lagipun kitorang tak pergi pun tempat tu so bior je lah.

AKHIRnya hari ni mama belikan gaks gara2 mama g POS barang customer. g masa dia g sekolah so tak LAMA mama menunggu permintaannya tu lagipun dah tau dah ALIF nak yg mana.

harga asal RM 28.90 then minta diskaun tapi dapat RM 27.00 je. beli je lah.... yang penting ALIF suka sangat2. kitorang tak risau belikan mainan cz DERANG memang bukan jenis yg perosak so memang mainan2 tu akan bertahan lama KECUALI yg beli dari pasar malam punya.




Selasa, Julai 26, 2011

Kejohanan Sukan

KEJOHANAN SUKAN PASTI AL-MUNIRAH 2011
KALI KE 10
24 JULAI 2011 ( AHAD )
8.00 am - 12.30 pm
Padang Awam Perumahan Awam Ladang Baru

AKHIRNYA hari ni berjaya gak SUKAN ni berlangsung setelah ditangguh sebanyak 2 kali. pagi ni kena bangun macam hari bekerja & lebih awal lagi cz kul 8 dah nak bermula. sebenarnya kitorang x tau pun tempatnya katne. adalah hint yg didengar so main redah aje. mula2 papa ikut jalan lain tp terserempak dgn org yg duk kwsn tu tp derg lalu tmpt lain so kitorg kuar semula lah.

masa dlm perjalanan tu mama ternampak banner yg letak kt simpang so masukle kt ctu walaupun kena u-turn cikit cz terlajak cikit. kira ok lah cz smp dlm kul 8.05am. masatu dah ada yg datang juga tp x ramai mna lah. ropa2 nya kul 8.30 bru mula aktiviti tp lambat gak mula cz tukang rasminya datang LAMBAT.



ni lah budak yg semangat nak bersukan. minum susu dulu bagi penambah tenaga. hik...... alif wakil rumah MERAH macam mama masa tadika & sek rendah dulu.


dalam kul 8.30 am tu pelajar2 kena berkumpul kat khemah ikut rumah sukan memasing. rumah sukan cuma TIGA aje : merah, biru & hijau.


lepas tukang rasmi dah sampai maka derang akan berbaris pulak ala2 perhimpunan pagi masa kat sekolah. cuma kali ni ikut rumah sukan.


dah hampir bersedia untuk menyanyi & berikrar



Dirasmikan oleh YB William Leong Jee Keen
Ahli Parlimen Selayang


Acara untuk pelajar 4 tahun cuma ada 3 je so alif dapat masuk 2 acara.
1 acara berkumpulan, 1 individu.
ni acara pertama : AISKRIM GERGASI
1 kumpln ada 5 org. kira main pasing2 aiskrim tu tanpa jatuh.



gigih membawa AISKRIM yg besar itu. semuanya MERAH. hik....
apa2 pun derg dapat no 3.
yg bestnya acara ni SEMUA dapat hadiah.
kebanyakan HADIAH yg disediakan ialah pelbagai jenis BOTOL AIR.



lepas main, terus dapat HADIAH memasing



ni pulak acara kedua : BEREBUT BOLA
cikgu sediakan 1 bakul yg berisi bola then kutip reramai. sape yg banyak, dia menang lah.


GIGIH mengutip & mengisi bola dalam plastik besar.



alif dapat kutip sikit je so x dapat hadiah lah cz pemenang utk no 1,2 & 3 aje.



BERBANGGA dengan hadiahnya. terus guna cz awal sangat habis untuk pelajar 4 tahun. dalam kul 9.30 am dah setel tapi kitorang tunggu sampai TAMAT cz seronok tengok bebudak bersukan. macam2 aksi yg mencuit hati. pehtu mama semangat nak tunggu CABUTAN BERTUAH tapi mcm biasalah, mama ni SUSAH sangat nak bertuah. my number : 124

** papa jadi jurukamera utk alif
** mama layan nu'man yg lepas mkn pagi tu ASYIK nak makan aje
** alif bergembira dengan kawan2 nya
** ngam2 habis sukan, HUJAN turun dengan lebatnya

Selasa, Julai 19, 2011

Angry Bird - Table Game


16 julai 2011 :: Sabtu :: Segamat, Johor

hari ni TAK PASAL2 alif dapat permainan baru yg MAHAL laktu. ni gara2 derang g meronda dalam kedai cenderamata tu ( mama + maksu + nenek g kedai sebelahnya cz menyopping sakan ).

seb baik lah kedai tu ada buat SALE minggu ni so dapat le murah sikit. papa pulak baik hati sangat + dia nak main sekali so papa pun belilah mainan ni.

real game untuk alif. boleh buat smp 4 stage. tu klu nk ikut lh. klu x nk ikut, pepandaile nk susun camne pun kan. yg bestnya lastiknya tu ada bunyi sebenar mcm dlm game tu.



ni contoh nak susun & sedia untuk dimain. menarikkan........



ni adalah budak yg sentiasa berjaya memegang lastik tu. pantang abangnya lepa sikit, sure dia main sorang2. menarik cz dia dah tau ON / OFF soundnya tu. bunyi pulak menarik je so dia je lah yg PEGANG & MAIN.

Sabtu, April 23, 2011

jom tolong mama



16.04.2011 :: Sabtu :: Rumah Hijau

hari ni anak2 RAJIN pulak tolong mama "lipat" kain.


apa2 pun comel aje. memang HEPI sesangat cz jarang dapat main mainan tu.


selalunya pn. ie lipat kain masa derg tdo


Isnin, Januari 24, 2011

Main Layang - Layang

21 & 22.1.2011 : Jumaat & Sabtu : Pantai Hiburan, Kuala Rompin

Aktiviti hujung minggu ( pada waktu petang 6pm - 7pm ) dipenuhi dengan sesi bermain layang-layang di pantai. saje je menghabiskan masa lapang.

hari jumaat tu kitorang main satu family je. angin agak tenang so best je main. nu'man pun tertidur je sepanjang Alif + En. Han main. layang-layang ni beli kat kedai RM 2.00 je so berbaloilah kan.

hari sabtu tu Alif main dengan sepupu-sepupu pulak. bestlah sikit cz ramai-ramai g main. tapi hari ni angin agak kencang so susah nak control layang-layang. banyak kali menjunam & Amir ( sepupu alif ) punya layang-layang pun putus & tersangkut kat pokok.

:: Alif , Amir , Mudrikah ::
:: Layang - layang Spiderman, Ben 10 & Ultraman ::

:: Juara Bertahan cz layang-layangnya memang HEBAT ::


:: tukang sorak aje sambil tolong apa yg patut ::
:: Pn. Ie + Nu'man ::

Isnin, September 27, 2010

new activity

jom...mari kita berlumba. 1 2 3 GO !

ha..ni lah aktiviti terbaru hari ni. semalam dapat beli je tapi tak sempat test power cz g open house punya pasal. so hari ni sakan main. yg bestnya derang menunjukkan kegembiraan masa mulakan aktiviti ini.

perkembangannya :

ALIF - sekejap je belajar mengayuh dah pandai. mula2 tu dia macam malas2 nak kayuh. bila dah stabil, sakan mengayuh smp macam x nak berenti. seb baik rumah ni luas.

NU'MAN - memang dia teruja sangat masa naik kuda tu. seronok sangat bila mama tolak sambil kejar abang. yg penting nu'man terus pandai seimbangkan badan & takdelah nak tergolek sangat. dah pandai menggayakan macam dia naik jongkang jongket kat taman pulak.






new transport

26.09.2010 : ahad

sebelum kitorang g beraya, sempat lagi shopping new transport untuk anak2. memang dah lama plan & dah survey pun so sekarang just nak g beli betul2. budget??? x kisah sangat.

untuk nu'man :
mama + papa belikan kuda 2 in 1 gtu. ia boleh "melompat" macam naik jongkang jongket tu & boleh "berlari" guna roda yg sedia ada tu. so skrg ni nu'man dah ada aktiviti baru lah. dia nampak seronok masa "menunggang".

rega asal : Rm 89.00
harga tawar menawar : RM 60.00

(gambar penuh gtu)

ciri - ciri : tempat duduk bersandar, kepala berbulu ala kuda,
tayar plastik yg boleh dipakai, ada ruang bwh tmpt duduk
untuk Alif :
mama + papa belikan alif basikal cz basikal alif yg roda 3 tu dah patah. lagipun dah tak sesuai umur alif dah so ni peluang lah untuk belikan dia basikal yg lebih besar. pilih punya pilih, dapatlah beli mcm dalam gambar tu. mula2 budget bwh RM 100 je tp ni stok terbaru & agak ok so belikan je lah.
rega asal : RM 229.00
rega tawar menawar : RM 140.00

ciri - ciri : ada bakul di depan siap dengan bear berbunyi,
ada bakul berpenutup di belakang & boleh tanggal,
penutup rantai - penuh,
rim jejari besi & tayar guna tiub
( gambar full gtu )

Rabu, Mei 12, 2010

thomas & friend - alif



ptg semalam (selasa 11.05.2010) kitorang g lah pasar malam. takde dlm plan pun tapi tetiba papa call bagitau dah ada kat situ so join je lah. belum separuh jalan alif dh minta beli thomas. so dpt lah beli yg kecik je RM 5.00 1 set.

alif ni boleh dikatakan agak fanatik jg dengan thomas & friend ni. tp kalau g pasar @ mana2 takleh nampak keretapi, sure nak beli punya. tapi dia pandai pulak, dia takkan pilih kalau keretapi tu dia dh penah beli. setakat ni mama ah tak terkira berapa banyak koleksinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...