Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Selasa, Julai 26, 2011

Puding Kastad Berkuah

26 julai 2011 :: Selasa

hari ni tetiba mama terasa nak makan puding ni masa lepas hantar alif g sekolah tadi. then cepat2 cek fail resepi cz nk masukkan sekali senarai apa yg takde. memang hari ni plan nak g ECONSAVE utk beli apa yg patut lps alif balik sekolah. seb baik 2 bahan je xde so memang CONFIRM le akan dibuat pd hr ni juga.

dlm kul 12.50pm mama mulakan operasi masak jeli pehtu puding kastad then baru kuahnya. kejap je siap cuma semuanya nak DISEJUKKAN dulu baru sedap untuk dimakan. kesudahannya kul 4.30 pm baru mama bersedia & teringat nak makannya.




PUDING KASTAD BERKUAH

puding kastad :
1 cawan tepung kastad
6 cawan air
* klu nk keras, kurgkan air ye

cara :
1 : masukkan tepung & secawan air ke dalam periuk @ kuali
2 : gaul sebati dulu supaya ia x berketul
3 : tambahkan air secukupnya
4 : masak hingga pekat dengan menggunakan api yg perlahan
5 : kena kacau selalu supaya tidak terlampau berketul
6 : bila dah menggelegak @ keluar buih meletup2, dah boleh tutup api & sejukkan
* klu nak cantik, masukkan dalam acuan bersesuaian. kali ni mama malas so cedok2 je dengan sudu.


jeli :
sekotak jeli segera

cara :
ikut je arahan di belakang kotak
* x masukkan jeli ni pun xpe.....


kuah :
1 tin susu cair
2 cawan air
1 cawan air dari koktel dalam tin
1 cawan gula
1 tin buah2an koktel
1 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila

cara :
1 : panaskan air & gula sampai gula larut
2 : tambahkan susu, esen vanila & buah2 an
3 : bila dah menggelegak, masukkan telur yg dipukul sedikit dengan garfu
4 : sedia dihidang dengan bahan2 lain
* kalau x suka manis, sila kurangkan gula @ boleh lebihkan air


** boleh juga dicampur dengan buah2an segar, kismis dll yg anda suka


Kejohanan Sukan

KEJOHANAN SUKAN PASTI AL-MUNIRAH 2011
KALI KE 10
24 JULAI 2011 ( AHAD )
8.00 am - 12.30 pm
Padang Awam Perumahan Awam Ladang Baru

AKHIRNYA hari ni berjaya gak SUKAN ni berlangsung setelah ditangguh sebanyak 2 kali. pagi ni kena bangun macam hari bekerja & lebih awal lagi cz kul 8 dah nak bermula. sebenarnya kitorang x tau pun tempatnya katne. adalah hint yg didengar so main redah aje. mula2 papa ikut jalan lain tp terserempak dgn org yg duk kwsn tu tp derg lalu tmpt lain so kitorg kuar semula lah.

masa dlm perjalanan tu mama ternampak banner yg letak kt simpang so masukle kt ctu walaupun kena u-turn cikit cz terlajak cikit. kira ok lah cz smp dlm kul 8.05am. masatu dah ada yg datang juga tp x ramai mna lah. ropa2 nya kul 8.30 bru mula aktiviti tp lambat gak mula cz tukang rasminya datang LAMBAT.



ni lah budak yg semangat nak bersukan. minum susu dulu bagi penambah tenaga. hik...... alif wakil rumah MERAH macam mama masa tadika & sek rendah dulu.


dalam kul 8.30 am tu pelajar2 kena berkumpul kat khemah ikut rumah sukan memasing. rumah sukan cuma TIGA aje : merah, biru & hijau.


lepas tukang rasmi dah sampai maka derang akan berbaris pulak ala2 perhimpunan pagi masa kat sekolah. cuma kali ni ikut rumah sukan.


dah hampir bersedia untuk menyanyi & berikrar



Dirasmikan oleh YB William Leong Jee Keen
Ahli Parlimen Selayang


Acara untuk pelajar 4 tahun cuma ada 3 je so alif dapat masuk 2 acara.
1 acara berkumpulan, 1 individu.
ni acara pertama : AISKRIM GERGASI
1 kumpln ada 5 org. kira main pasing2 aiskrim tu tanpa jatuh.



gigih membawa AISKRIM yg besar itu. semuanya MERAH. hik....
apa2 pun derg dapat no 3.
yg bestnya acara ni SEMUA dapat hadiah.
kebanyakan HADIAH yg disediakan ialah pelbagai jenis BOTOL AIR.



lepas main, terus dapat HADIAH memasing



ni pulak acara kedua : BEREBUT BOLA
cikgu sediakan 1 bakul yg berisi bola then kutip reramai. sape yg banyak, dia menang lah.


GIGIH mengutip & mengisi bola dalam plastik besar.



alif dapat kutip sikit je so x dapat hadiah lah cz pemenang utk no 1,2 & 3 aje.



BERBANGGA dengan hadiahnya. terus guna cz awal sangat habis untuk pelajar 4 tahun. dalam kul 9.30 am dah setel tapi kitorang tunggu sampai TAMAT cz seronok tengok bebudak bersukan. macam2 aksi yg mencuit hati. pehtu mama semangat nak tunggu CABUTAN BERTUAH tapi mcm biasalah, mama ni SUSAH sangat nak bertuah. my number : 124

** papa jadi jurukamera utk alif
** mama layan nu'man yg lepas mkn pagi tu ASYIK nak makan aje
** alif bergembira dengan kawan2 nya
** ngam2 habis sukan, HUJAN turun dengan lebatnya

Trimester 2

26 julai 2011 :: Selasa

ALHAMDULILLAH hari ni dah masuk minggu ke 15 = minggu ke 2 dalam trimester ke 2. setakat hari ni kesihatan dah beransur pulih walaupun masih tak berselera untuk makan.

cian anak mama cz mama memang tak lalu nak makan2 sangat walaupun terlampau lapar. ni semua akibat TEKAK sentiasa rasa pahit. dah cuba makan memacam tapi nampaknya still pahit lagi. kesudahannya badan macam berangin je + mulalah rasa mcm nak muntah je 24 jam.

1 lagi masalah mama, mama akan rasa macam nak makan sesuatu tp bl jmp, setakat 2-3 sudu je makan je pehtu taknak dah. mcm bebaru ni, mama rasa macam nak sangat makan KEK BATIK. semangat masak2 & dapat lah 1 tupperware besar = 1.4 kg gtu. tup2 mama makan 1 sudu besar = sepotong kecik je. pehtu tak mau dah. seb baik x membazir cz mama sedekahkan masa majlis sukan sekolah alif.

masa minggu ke 14 tu ( bru masuk trimester ke 2 ), mama baru je g cari semua baju2 & seluar2 masa peknan dulu. cuci2 & sedia untuk dipakai. tak yah nak beli2 dah. guna je apa yg ada. kalau g sebarang majlis, biasa mama pakai jubah je cz mama xde baju peknan yg maxi dress tu.

Mood datang

26 julai 2011 :: Selasa

ALHAMDULILLAH tetiba petang ni ada MOOD cikit nak sambung update blog ni.
macam dah lama sangat rasanya tak online.
minggu lepas memang TAK SIHAT. hari JUMAAT tu demam teruk so papa kena cuti cz mama nak MC.
dah sakit teruk baru nak g klinik + berehat sakan.

Selasa, Julai 19, 2011

Done = 7 N3

19 julai 2011 :: Selasa

ALHAMDULILLAH hari ni ada mood sikit nak online so terus buat 7 N3 sekaligus.
ada lagi menda nak citer dlm kepala otak ni tapi masa tak sesuai pulak so sambung len kali pulak.

sekarang ni memang MALAS @ TAKDE mood nak online.
kedai APAM pun terjejas gak.
ha2

Mandi Manda Kejap

17 julai 2011 :: Ahad :: Ulu Bendul, N.Sembilan

hari ni tak pasal2 papa + alif + nu'man bermandi manda kat pusat rekreasi ulu bendul ni. ni gara2 tunggu busu ina sampai ke rumahnya dulu sebelum @ bersama2 dengan kitorang cz papa nak ambil semula motor yg busu ina pinjam masa ketanya eksiden.

hampir 30 minit je mandi cz AIRnya terlampau sejuk. almaklumlah....air yg mengalir dari air terjun so pepaham je lah. tapi kalau cuaca panas, memang best berendam ni. mama x join mandi cz no preparation. mama tengok je lah.


pelampung tu memang sentiasa ada dalam BONET kereta cz kitorang selalu g mandi manda tanpa sengaja. untuk mengelakkan lupa, letak je dalam bonet tu. tak yah susah2 nak sewa cz mahal.



kuar2 je dari kolam, terus nak makan. jeles lah tu cz asyik tengok mama je makan sorang2. ha3 cian nu'man cz mandi sampai BIRU bibir + gigil2. alif mandi lama sikit cz suka sangat duk main gelongsor air yg ada kat ctu. len kali mama nak join sekali. memang akan lalu tempat ni kalau balik kampung cuma nak dengan tak je singgah situ. kemasukan adalah percuma. cuma toilet je kena bayar. bab makan memang byk so x yah risau kalau lapar.

Angry Bird - Table Game


16 julai 2011 :: Sabtu :: Segamat, Johor

hari ni TAK PASAL2 alif dapat permainan baru yg MAHAL laktu. ni gara2 derang g meronda dalam kedai cenderamata tu ( mama + maksu + nenek g kedai sebelahnya cz menyopping sakan ).

seb baik lah kedai tu ada buat SALE minggu ni so dapat le murah sikit. papa pulak baik hati sangat + dia nak main sekali so papa pun belilah mainan ni.

real game untuk alif. boleh buat smp 4 stage. tu klu nk ikut lh. klu x nk ikut, pepandaile nk susun camne pun kan. yg bestnya lastiknya tu ada bunyi sebenar mcm dlm game tu.



ni contoh nak susun & sedia untuk dimain. menarikkan........



ni adalah budak yg sentiasa berjaya memegang lastik tu. pantang abangnya lepa sikit, sure dia main sorang2. menarik cz dia dah tau ON / OFF soundnya tu. bunyi pulak menarik je so dia je lah yg PEGANG & MAIN.

Kek Red Velvet


14 julai 2011 :: Khamis :: Dapur Rumah Hijau

hari ni mama terlebih rajin sikit & semangat nak buat kek ni cz mama nak bawa balik ke kampung esok. lagipun mama banyak masa terluang cz tak yah masak LUNCH & DINNER. he2

ALHAMDULILLAH kek ni berjaya dibuat cuma mama tak letak topping @ cream cz xde stok kat rumah. malangnya mama makan secubit je cz tak menepati citarasa tekak mama pada saat ini.

setakat yg mama suh derang2 makan semuanya kata OK & sedap gak lah.

resepi mama dapat kat SINI so uols klik link tu ye. malas sesangat nak salin cz laptop ni tak bleh copy paste to blog.

RESEPI KEK RED VELVET
** mama guna tepung gandum biasa je
** untuk BUTTERMILK mama guna susu full cream + jus lemon



Spageti Oleo


13 julai 2011 :: Rabu

saje je nak tulis resepi kat sini untuk rujukan diri sendiri.
ni FIRST TIME masak gara2 dah tak tau nak masak apa & x nak makan nasi berlauk



SPAGETHI OLEO

bahan :
spageti
mentega
bawang merah
bawang putih
udang
cili merah
jus lemon
serbuk lada hitam
serbuk pati ayam
garam
gula

cara :
1 / rebus spageti hingga lembut
2 / cairkan mentega & tumis bwg putih + bawang merah
3 / masukkan udang & masak hingga separuh masak
4 / masukkan semua bahan lain & gaul sebati
5 / sedia dihidang

New Pink Book


14 julai 2011 :: Khamis :: 8.10 am - 11.00 am :: Klinik Kesihatan Kuang

ALHAMDULILLAH hari ni mama berjaya g buat BUKU PINK yg baru setelah tertangguh2 gara2 papa BZ melampau.

yg tak bestnya masa buat buku ni ialah terlalu banyak BUANG MASA cz hampir 3 jam baru setel. seb baik papa sanggup masuk opis lambat + hantar alif g sekolah & jaga nu'man kat rumah. mama x sangka LAMBAT sangat servisnya. dari alif g sekolah sampailah nak balik sekolah baru setel.

masa MENUNGGU tu ngantuk sesangat. klu tmpt tu SELESA, sure dah lama mama tertidur. proses kat sini semuanya berbeza masa dekat temerloh dulu & lebih lambat servisnya.

1 ) ambil nombor - tgu nurse daftar masuk org yg dh ada buku - hmpir 20 min baru dipanggil utk isi 2 buku pink tu - timbang berat & tinggi - TUNGGU

2 ) dalam 5 min tunggu - cek tekanan darah - letak buku di tempat ambil darah

3 ) tunggu dalam 20 minit - ambil darah - cek apa yg patut - htr ke makmal

4 ) cek darah & air kencing di makmal - letak buku di dalam bilik check up ( nurse nak sembang2 tu )

5 ) dah lebih 30 minit bru dipanggil ke dlm tu - dah settle ctu - letak buku kat bilik doktor pulak

6 ) masa letak buku kt blik doktor tu, langsung xde buku lain tapi kena tunggu lebih 30 minit ( x tau lah DR buat apa tp mama nampak dia ngadap PC, bl sister & kawannya datang-borak2 le ). menambahkan tensen mama ialah ada org ptg trip cz dia kenal sister tu. masa tunggu ni tahap SABAR tu dah nak habis kut cz NGANTUK + LAPAR + BOSAN sangat2

* servis bertambah lambat cz nampak macam staff nurse nya tak cukup cz derg suka2 je nak duk mn & buat apa sampaikan ada yg patut duk kat bilik injection tp xde. sabor je le.......

** apa2 pun mama kena harunginya sampai MINGGU KE 30

2 LINE

20 jun 2011 :: pada tarikh ni lah mama dapat tau yg mama tengah peknan untuk kali KETIGA. macam2 perasaaan yang timbul cz mama sebenarnya BELUM BERSEDIA.

sebelum ni mama dah TEST dua kali guna jenama GUARDIAN tapi result semuanya -ve. disebabkan GERAM, mama g beli yg kat farmasi biasa je & harga cuma RM8 & tetiba resultnya +ve.

mama x sangka pulak ada INSAN lain yg mama bawa ke mana2 jua cz tak berapa kisah dgn period gara2 ia datang tapi tak menentu. yg kelakarnya, mama x ingat langsung tarikh terakhir ia datang. seb baik ada sedikit ingatn & ada tercatat dlm blog ni so ia ckup2 membantu mama INGAT semula tarikhnya. kalau x, sure kena SOUND dengan nurse masa nak daftar nanti kan.

pas tau je tarikh tu, mama terus cari buku rujukan mama & baru dapat tau rupa2nya mama dah peknan menghampiri 11 minggu. ni juga merupakan hadiah utk papa sempena HARI BAPA.

Selasa, Julai 12, 2011

Al-Fatihah ( Kama )


Credit to his FB

10 julai 2011 :: Ahad :: 10.00 am :: Wad ICU, Hospital Klang

Al-Fatihah untuk arwah Kamasuihatta Mukhtar.
ni sepupu pn.ie yg baru shj meninggal dunia minggu lepas.
dia xcident sendiri menaiki motosikal pada pukul 10 pagi hari AHAD 3 julai 2011
then KOMA di wad ICU hospital klang selama 1 minggu
ALLAH lebih sayangkannya & meninggalkan dunia ni.
semoga rohnya dicucuri rahmat.

Isnin, Julai 04, 2011

LEGA


4 julai 2011 :: Isnin

ALHAMDULILLAH lega cz ANAK2 dah sihat. tinggal batuk sikit & selesema je.
sepanjang MINGGU LEPAS derang demam silih berganti. yg paling teruk si NU'MAN lah.

masa g temerloh lagi teruk. meragam je so kesudahannya melepak dalam bilik hotel je le. xde mood nak g menyopping.

Tunda Lagi


:: credit to Pak Google ::

4 julai 2011 :: Isnin :: Tadika PASTI Al-Munirah

BORING sungguhlah pn.ie hri ni cz pagi tadi cikgu2 baru bagitau SUKAN sekolah ALIF kena tunda lagi. kalaulah pn.ie tau awal2 lagi, tak yah lah pn.ie sibuk2 balik ptg smlm cz takut ALIF ada training sukan. tup tup kena tunda lagi.

kalau TAK, sure skrg masih melepak di TEMERLOH lagi cz en.han kena lepak sana sampai KHAMIS ni ( kes real audit lah ni ). kesudahannya pn.ie tinggal dgn anak2 je lah kat rumah hijau ni.

pn.ie bertambah BOSAN cz tersangat malas nak masak tapi still kena pikir nak bg anak2 makan cz pn.ie asyik x berselera je akhir2 ni. makan tu makan tapi RASA mcm semua makanan tu TAK BEST langsung. tu yg layan BUAH-BUAHAN je.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...