Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Jumaat, Februari 25, 2011

Agar-agar Pandan Bersantan


24.02.2011 : Khamis : Dapur Rumah Hijau
Pn. Ie puas pikir nak masak apa le petang ni cz STOK tepung gandum dah licin tanpa disedari. ha3 pehtu tetiba ternampak daun pandan yg beli haritu & dah hampir nak kering dah so terus keluar idea nak buat kuih kegemaran En. Han. seb baik SEMUA bahan yg berkenaan ada dalam simpanan.
disebabkan banyak KOMEN masa upload kat FACEBOOK so pn. ie pun nak masukkan resepi kat sini supaya boleh share sesama yg minat makan tapi x tau masak. kalu g beli kat pasar malam, 3 potong = RM 1.00 pehtu nasib le klu dpt SEDAP alhamdulillah, klu x..... pepaham aje le.
sebenarnya senang je nak buat agar-agar ni. RESEPI asal pn. ie dapat dari Kak Shidah masa kerja sebagai kerani ( taraf kontrak ) kat Hospital Temerloh (HOSHAS). tapi pn. ie ada resepi utk yg GULA MERAH punya so pn. ie adjust utk dptkn yg PANDAN ni.
AGAR-AGAR PANDAN BERSANTAN
bahagian bawah :
1 bungkus agar-agar = 20gm ( pn ie guna jenama GIANT je )
5 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir ( klu suka manis, tambah lg ye )
1 sudu teh pewarna hijau
cara :
1 : rebus agar-agar hingga tak nampak rupa agar2 nya ( cair semuanya )
2 : tambahkan gula & pewarna
3 : biar sampai menggelegak
bahagian atas :
beberapa helai daun pandan
1 biji telur ayam
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
sedikit garam
cara :
1 : blender semua bahan di atas & tapiskan
2 : bila bhgn bawah dah menggelegak , masukkan bhgn atas ni
3 : biarkan sampai sedikit menggelegak
4 : tuang dalam loyang & sejukkan

2 ulasan:

  1. gara2 tgk ko wat agar2 ni, smlm aku pn wat gak.. hahaha... tapi aku x ikut sukatan cam ko pn.. main campak jer.. ikut suka ati.. serius lama gile x wat agar2 ni.. umur2 aku dok kl ni la kot.. :D

    BalasPadam
  2. sue : hik... nampaknya agar2 ni menggalakkan org ke dapur utk mencuba.

    tak kisahlah resepi camne pun janji SEDAP. hik...

    klu nk beli kat psar mlm, 3 singgit so x puas makan. mcm berebut aje

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...