Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Isnin, Mac 14, 2011

Mee Jawa

11.03.2011 : Jumaat : Dapur Rumah Hijau

hari sebenarnya pn.ie sangatlah SIBUK cz banyak menda nak dibuat cz dah tinggalkn rumah selama ENAM HARI. tapi apa-apa pun pn.ie SEMPAT gak mencuba resepi MEE JAWA. pertama kali masak ni. dah lama nak cuba tapi BAHAN bahan x ckup so kali ni BERJAYA gaks cz dapat keledek masa balik rumah mak haritu.

kiranya sesi masak-masak ni dpt TENANGKAN fikiran sebelum buat kerja yg menimbun tu. lagi PUAS HATI cz ia menjadi & dapat PUJIAN dari pengkritik tetap bg setiap masakan pn. ie. BERBALOI-baloi.

RESEPI ni pn.ie dapat dalam buku 1 HARI 1 RESEPi chef hanieliza tapi pn ie ubah apa yg patut pehtu MEMANG pn.ie TAK IKUT langsung sukatannya. kira main campak aje le. tapi pn.ie SALIN resepinya kat sini ye.


MEE JAWA
bahan A :
1 bungkus mee kuning
1/2 kg daging ( pn. ie guna isi ayam je , daging xde stok )
1 cawan tauge
2 tangkai daun bawang
5 biji cili merah ( pn.ie x letak pun cz tak suka cili @ tak suka pedas )
3 keping tauhu goreng
3 biji telur rebus
3 biji limau nipis ( pn.ie guna limau kasturi aje cz dpt dr rumah mak )
sedikit bawang goreng

bahan B ( untuk kuah ) :
1/2 kg keledek - rebus & kisar ( pn.ie guna keledek yg kuning oren tu )
3 ulas bwg putih
5 biji bwg merah
3 btg serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 cwn udang kering
2 sudu makan cili kisar
3 sudu makan serbuk kari daging
air rebusan daging secukupnya ( pn.ie ganti dengan kiub ayam je )
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula
garam secukup rasa

Cara Masak :
1 : rebuskan daging sehingga lembut dan hiriskan kecil2
2 : panaskan myk, tumis bahan kisar, rempah & cili kisar hingga garing
3 : masukkan keledek yg dikisar & tambahkan air rebusan daging ikut kepekatan yg anda suka
4 : bila menggelegak, tambahkan gula & garam. biar kuah mendidih & kelihatan pekat.
5 : hidangkan dengan bahan A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...