Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Sabtu, Mac 19, 2011

Apam Pelangi

19.03.2011 : Jumaat : Dapur Rumah Hijau

AKHIRNYA pn ie berjaya gak buat APAM ni cz dah lama nak mencuba tapi ada BAHAN tak cukup so pendam je perasaan tu. hari ni berjaya gak pn ie mencubanya. sangatlah SERONOK cz sekejap je licin so PAGI ni pn. ie buat 1 adunan lagi.

semalam tu pn. ie bagi jiran sebelah sikit cz dia ada bagi pisang sikit. best dapat jiran yg suka beri memberi ni.



resepi asal pn. ie dapat dari KAK MUZA.
tapi macam biasalahkan, pn. ie akan ubah sikit2 ikut bahan2 yg pn. ie ada.



APAM PELANGI
bahan :
2 biji telur ayam ( pn. ie guna 3 biji telur saiz c )
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum ( pn. ie guna 1 1/2 cawan )
150 gm gula halus ( pn. ie guna 1 cawan gula pasir )
125 ml santan kara ( pn. ie guna santan serbuk yg dibancuh je )
1 sudu teh backing powder
pewarna ikut suka ye ( kali ni guna warna Oren, Pink & Biru )

cara ( yg pn. ie buat ) :
1 : pukul telur hingga kembang
2 : tambahkan gula, esen vanila & ovalette. pukul hingga gula larut
3 : tambahkan tepung, backing powder & santan. gaul sebati
4 : asingkan dalam bekas lain & buh pewarna
5 : masukkan dalam loyang yg anda suka camne rupanya ( kali ni pn. ie masukkan dalam bekas muffin je )



:: Keesokannya buat yg ni pula - malas sikit so buat 2 warna je, Oren & hijau epal ::

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...