12.03.2011 : Sabtu : Dapur Rumah Hijau
hr ni pn.ie buat kuih SERI MUKA lagi tp yg ada JAGUNG sikit. pehtu sukatannya memg sesuai utk 2 orang makan. walaupun ada bhn yg xde tapi ia TETAP menjadi. pehtu sesaje je ngengada buh warna PINK tu. bosan le asyik warna hijau kan. lgpun daun pandan xde so abaikan warna HIJAU.
KUIH SERI MUKA JAGUNG
bahan bawah :
1 cawan pulut + sedikit jagung biji
1 cawan santan pekat
sedikit garam
bahan atas :
1 cawan santan pekat
5 sudu makan gula pasir
4 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung kastad
1 biji telur ayam ( kali ni x letak telur cz takde stok ha3 )
1 sudu teh pewarna PINK
sedikit garam
cara masak bhgn bawah :
1 : basuh & rendam pulut dlm 3 jam ( pn ie rendam sejam aje )
2 : masukkan dalam loyang & kukus dlm 20 minit
3 : bila masak, angkat & tekan @ ratakan pulut supaya padat
4 : tuangkn adunan atas & kukus 20 minit lg
5 : sejukkan baru cantik utk dipotong
cara masak bhgn atas :
1 : campurkan semua bahan atas
2 : gaul sebati & panaskan di atas api
3 : sentiasa gaul supaya tidak berketul. bila hampir berketul, tutupkan api
4 : tuang ke dalam adunan pulut td & kukus hingga masak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan