Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Khamis, Mac 31, 2011

dahsyatnya aktiviti bulan APRIL ku




31.03.2011 : Khamis : Rumah Hijau


sekejap je dah nak HABIS bulan mac ni kan.

apa2 pun bulan APRIL yg akan tiba bermula hari ESOK adalah bulan yg sangat SIBUK untuk pn. ie dan keluarga.

KELAKAR je kan... suri rumah sepenuh masa + usahawan separuh masa ni boleh SIBUK sangat.

sebenarnya pn. ie TERPAKSA & SENGAJA je menyibuk. hik......

saje je nak SHARE ke mana pn. ie akan PERGI cz taulah sebab musabab kenapa BLOG ni akan bersawangkan.


MINGGU PERTAMA ( 1-3 hb )

masih berada di rumah hijau & hanya berjalan2 di sekitar KL @ Selangor @ Klang je.


MINGGU KEDUA ( 4 - 10 hb )

4 hb = en. han g Bentong, pn. ie kat rumah je lgpun abg kedua nak datang malam tu

5 hb = Raub

6 - 7 hb = Kuala Lipis

8 - 10 hb = kuala rompin ( rumah MERTUA pn. ie cz adik ipar nak kawin )


MINGGU KETIGA ( 11 - 17 hb )

11 hb = kuala rompin, en. han masih bercuti

12 hb = jerantut

13 - 15 hb = temerloh

16 - 17 hb = dapat le duk rumah kejap


MINGGU KEEMPAT ( 18 - 24 hb )

18 hb = masih duk rumah lg so dapat le alif g sekolah

19 hb = jengka

20 - 22 hb = temerloh

23 - 24 hb = felda selancar ( rumah keluarga pn. ie )


MINGGU KELIMA ( 25 - 30 hb )

25 - 26 hb = Pekan, pahang

27 hb = Muadzam


28 hb = dah dapat duk rumah dah


29 hb = kuantan


30 hb = kuala terengganu


KESIMPULANNYA kitorg hanya dapat duk rumah sendiri selama LAPAN HARI je

& Alif dapat g SEKOLAH selama LIMA HARI je.


KENAPA merayap je ?

coz pn. ie & anak2 TERPAKSA ( jauh nak balik rumah ) dan KADANG2 sengaja ( mau cuti2 mesia + jalan2 ) je IKUT en. han g OUTSTATION ( melawat hospital jagaannya ).

Selasa, Mac 29, 2011

Cian Kat Alif

29.03.2011 :: Selasa :: 3.xx pm :: ruang dapur cedih kan tengok gambar kat atas tu. dia JATUH sendiri semasa bermain kejar2 sambil tolak kerusi comel bersama-sama nu'man. kemain bergelak sakan sebelum tu TUP TUP menangis yg amat kuat. pn. ie nampak masa dia dah tertonggeng. tak tau lah camne kejadian tu yg PASTI lepas je dia bgn terus BENJOL tu keluar. dahsyat btul. ni kejadian KEDUA yg agak teruk jg lah. seb baik dia NANGIS kejap je. pn. ie masa ni tgh ambil wuduk gtu. cian kat Alif.

Roti Inti Kaya

29.03.2011 : Selasa : Dapur Rumah Hijau HA..... pn. ie ambik sikit doh roti kacang merah tu & buat roti inti kaya ni cz barulah ada banyak pilihan. lg pun roti kacang merah tu dah ada 8 pcs ( banyak tu utk kitorg ) so buat bentuk yg biasa pulak. stok KAYA ada sikit lg so sesuai sangatle letak dlm roti ni. kang simpan lelama EXPIRED lak. buat 7 ketul je.


* Gantikan je inti kacang merah tu kepada KAYA pulak. pn. ie pilih bentuk biasa2 je.
:: amacam ???? nampak menyelerakan & lembut tak ? ::

:: memang best dimakan masa SUAM suam gtu ::

:: layan dengan kopi o @ teh tarik, yummmmy ::

Roti Kacang Merah

29.03.2011 : Selasa : Dapur Rumah Hijau hari ni hari yg PENUH semangat cz pn. ie memang TAK SABAR2 nak cuba buat roti sendiri. TERUJA tgk blogger mana ntah buat hr tu. so mlm tadi ambik masa lebih 2 jam utk SEARCH resepi yg mudah @ yg bahan2 nya ada dalam simpanan pn. ie. puas pilih2 AKHIRNYA pn. ie ambik resepi kat SINI pehtu mcm biasalah, pn. ie akan ubah apa yg logik. yg lagi bertambah bersemangat cz DIA tunjukkan sekali cara2 nak buat roti tu, so drpd x pandai, terus pandai le yg penting MINAT + rajin + usaha gtu.
:: pn. ie buat 8 pcs je ::



ROTI KACANG MERAH


bahan :

400 gm tepung roti

150 gm air sejuk

60 gm gula pasir

25 gm mentega

1 bungkus yis serbuk

1 biji telur ayam

1 st susu tepung

1 st bread softener

1/2 st backing powder

1/2 st bread improver

secubit garam

inti kacang merah secukupnya - pn. ie beli yg dah siap je


cara :

1 : satukan yis & telur. pukul sedikit

2 : bila rata, masukkan semua bahan lain kecuali air

3 : gaul rata guna mesin pengadun biasa je sambil tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga habis

4 : pn. ie xde mesin canggih so bila dah rata tu pn. ie uli dgn tangan ye sampai adunan betul2 sebati

5 : biarkan adunan selama 1 jam, pn. ie tutup guna plastik jernih tu je. doh akan mengembang 2 kali ganda

6 : bila dh cukup 1 jam, pn. ie tumbuk sedikit adunan tu & mula bahagi2 kan ia menjadi kecil & bentukkan roti yg nak dibuat

7 : biarkan doh yg dh dibentuk tu selama 45 minit pulak, tutup dgn plastik gaks

8 : sapukan telur yg dipukul sedikit kat atas roti tu & bakar. pn. ie guna 160 darjah C selama 15-20 minit

9 : sapukan sedikit mentega di permukaan roti selepas masak ( untuk nampak berkilat )




:: roti yg dah siap & boleh dimakan bila2 masa je ::

:: sama je mcm kat kedai tu ::

:: puas hati cz dapat buat sendiri ::

Ala.................... Ngapa Ni ?????

hurmmmmmmmm........................................ NGAPA malam ni posting ku buat HAL je. puas dah tukar @ EDIT dr tadi tp x menjadi. masa MULA-MULA taip tu xde masalah pun tp bila POST jadi lain pulak. NYAMPAH............................. mesti susah nak DIBACA cz tak menarik je kan. ** kes jarak dari satu ayat ke ayat yg lain............... !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Isnin, Mac 28, 2011

Projek Baru Mama

28.03.2011 : Isnin : Dapur Rumah Hijau KELAKAR kan pn. ie ni..... kata MOOD takde tapi main masak2 gaks. semangat punya pasal cz PAGI tadi pn. ie dah shopping sakan kat KEDAI tu. kali ni dapat lama sikit melawat kat dalam tu so MAKIN BANYAK le brg dalam bakul ku itu. ha3 amacam...CUN tak gambar kat atas tu ? Pn. Ie saje je nak cuba buat APAM COMEL @ CUTE cz mau makan sendiri / mau dijual / mau kira2 modal & rega utk dijual. he3 TAPI nampaknya pn. ie ada salah step sikit masa mengadun tu so PERMUKAAN apam tu x rata. PASNI dah tau nak buat apa. harap2 pasni lebih BERJAYA. kali PERTAMA ni 2 org jiran dah dapat merasa. Insyaallah ESOK kawan2 opis en. han pulak bakal merasa. bukan apa, BANYAK tu buat tadi cz COMEL2 kan. gambar kat atas ni sesi pertama @ mula2 buat ye. guna warna oren & hijau. isi dalamnya pulak guna blueberry & kiwi. pehtu STOP kejap cz mau tidurkan HERO kecik + buat kerja2 rumah yg lain. he3 DAH SETEL apa yg patut, baru lah pn. ie sambung utk warna putih, biru ( terlebih dos pulak ) & pink. memang buat sampai HABIS adunan. yg paling BESTnya en. han TERKEJUT bl tgk kat dapur ada apam2 cute ni. terus dia tanya " Nak jual ke ni ? HEBAT ! esok nak bawa g opis ye ".

Tempe Suka Suki

28.03.2011 : Isnin : Rumah Hijau hari ni MOOD main masak2 tak berapa nak ada lagi cz still mcm penat kut. dalam malas2 tu pn. ie sempat gak masak AYAM KURMA & TEMPE SUKA SUKI ni. he3
TEMPE SUKA SUKI


bahan :

tempe - digoreng dahulu

ikan bilis - digoreng dahulu

cili kering

bawang merah

bawang putih

suun - direndam

cendawan - direndam

kicap manis

garam


cara :

1 : panaskan minyak, tumis bawang merah + bwg putih + cili kering

2 : masukkan tempe, ikan bilis, suun & cendawan

3 : gaul rata sambil tambahkan kicap

4 : tambahkan sedikit air & garam

5 : siap dihidang

Ahad = 27.03.2011

27.03.2011 : Ahad : merata-rata HARI ni program agak berterabur sikit. ha3 kul 2 baru gerak dari rumah. puas cari workshop yg buka cz en. han mau tukar minyak hitam keta. MESTI tukar cz dah sikit sgt. seb baik jmp juga 1 kedai tu. sambil2 tukar minyak hitam, g SHOPPING susu + pampers anak je area ctu ( memang area murah ). then terus g SUNWAY PYRAMID. tak sempat nak g TEST lunch kat 1 kedai yg masuk JJCM tu ( xde rezki kan, lg pun dah lewat..... takut xde lauk dah ). kul 3++ baru sampai kat SUNWAY. puas cari parking cz PENUH. seb baik ada "lampu" so senang gak nak cari parking. sampai2 tu terus g kat tempat BOWLING cz motif utama en. han nak tgk pertandingan bekas sekolah menengah dia tapi MALANGNYA xde kawan dia langsung yg join. sume senior yg x pernah jumpa so TERUS cari makan cz TERLAMPAU lapar.
:: dlm tempat bowling ::


LUNCH kali ni pn. ie pilih POPEYE cz saje ngengada nak RASA menda baru @ yg blm pernah dimakan lg. buleh tahan gaks makanannya. HARGA tu standard lah kan. yg ni ala2 KFC juga tp ni best sikit cz x berapa muak. yg pasti KEK nya sedap. hik....







ronda kejap je kat dalam tu. dalam kul 5++ dah gerak semula menuju ke GIANT KD lagi. singgah kejap utk solat aje. g ctu cz nak g kedai depannya tu. ha3


dlm kul 6++ kitorg melepak dalam ICE ROOM pulak. saje je ngengada nak makan ais krim kat ctu lg. sambil2 makan, bebudak boleh main kat taman kecik nya. kul 7++ terus balik rumah.


:: taman kecik ice room ::

Sabtu = 26.3.2011

26.03.2011 : Sabtu : Gombak & Kota Damansara program hari ni BERJALAN lancar cuma agak terlewat sikit BERMULA. pagi tu en. han duk sibuk service sikit2 keta dia then sempat lagi g CUCI keta kat kedai. punyalah LAMA dia cuci keta tu, sejam lebih baru siap cz en. han suh cuci luar, dalam & enjin sekali. kena byr RM 13.00 pehtu terus bergerak g GOMBAK cz mau g kenduri cukur jambul anak kawan masa kat Temerloh dulu. sampai rumah dia dalam 12.40 pm gtu. ambik gambar sikit ( dia punya kamera je, ha3 ) pehtu sesi makan2 + sembang2 le. dalam kul 2++ pm baru gerak ke tempat lain. kul 2.40 pm kitorg dah SAMPAI kat Giant Kota Damansara pulak cz sesi SHOPPING pulak. kejap je shopping cz bulan ni beli cikit je, separuh dr bln lepas @ separuh troli aje. dah siap2 shopping bg can bebudak main "pijak kereta" & main kat taman dalam tu pulak. kul 5++ pm gerak g pasar malam pulak. SINGGAH psr mlm kejap je & ronda pun kejap je cz TAK TAU nak beli apa. belum pun habis ronda pasar, en. han ajak g MAKAN MALAM kat tempat lain. dalam kul 6.50 pm dah sampai kat KEDAI tu ( dah dekat dengan rumah ). kali ni mau TEST steamboat + bbq kat situ pulak ( Kafe D'Manggis ). pakej kali ni RM 20.00 utk seorang DEWASA. yg kelakarnya ni kali pertama kitorang lepak kat kedai makan selama DUA JAM cz sesi masak2 + bakar2 + kejar2 anak yg dh kepenatan. * kedai ni ada sediakan SURAU so kitorg x kisah lepak situ walaupun dah sampai waktu MAGHRIB
:: baru mulakan sesi masak2 ::

:: kat sini BANYAK sgt pilihan utk dimasak2 ::

:: sangat PUAS HATI cuma perut mcm x muat je ::


:: Alif yg SERONOK sangat cz dapat main masak2 ::

Tree Steak House

25.03.2011 : Jumaat : Tree Steak House : 8.45 pm dan ke atas HARI NI bermulalah episod pn. ie CUTI MEMASAK. ha3 bukan apa.... dah bermula hari2 yg tak duk kat rumah sepenuh masa ( mau merayap je ). MALAM ni kitorg g makan western style. ni kali KEDUA kitorg dtg sini cz SEDAP. seb baik terus dapat tmpt duduk walaupun datang agak lewat sikit.
:: pn. ie cuba set KARANG pulak = rm 19.90 ::

:: set ni ada udang, isi ketam & daging lembu dengan brown sauce ::


:: en. han pulak order set CACTUS sama mcm sblm ni = RM 14.90 ::

:: set tu lamb chop with brown + black paper sauce ::

:: alif pulak nak makan mee je so order char kuey teow = RM 5.50 ::


:: nu'man yg COMOT + cute kan, ha3 ::

:: lepas makan tengok2 ikan pulak :: :: nu'man pulak budak pandai so CUCI TANGAN kat ctu ye ::

Jumaat, Mac 25, 2011

Roti Canai

24.03.2011 : Khamis : Dapur Rumah Hijau

hari ni pn. ie saje NGENGADA nak buat roti canai. pn. ie dapat resepi dari PAK GOOGLE aje. kuahnya pn. ie buat KARI DAGING je.

pn. ie terpaksa ambik gambar dari PAK GOOGLE cz pn. ie TAK PANDAI nak tebar roti canai tu so tepek2 je lah. ha3 apa2 pun RASAnya memang SEDAP cuma x pandai tebar aje.


:: gambar dapat dari PAK GOOGLE ::

ROTI CANAI

Bahan :

1 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu besar susu pekat manis

secubit garam

1/2 - 1 cawan air

1 sudu besar planta

Cara :

1 : campurkan tepung, susu & garam. gaul sebati

2 : tambahkan air sedikit demi sedikit & uli hingga tidak melekat di tgn

3 : masukkan planta & uli doh hingga jadi lembut

4 : tutup doh dgn kain lembab & biarkan selama 30 minit

5 : bahagikan doh kpd 6 bhgn & salut dgn planta. simpan beberapa jam

6 : then tebarkan & masak le. siap dimakan

RESEPI DPT KAT SINI ----> click here


Cari Kerja

23.03.2011 : Rabu : Rumah Hijau

HARI ni pn. ie dah kehabisan KERJA yg luar biasa so mulalah kepala otak ni LIGAT pikir nak buat apa ye.......... LAST2 dapat le idea nak UBAHSUAI blouse yg plain tu je. lagipun STOK manik banyak lagi so mau kasi perabih le.

Pn. Ie ni SUKA buat yg simple2 je janji nampak menarik di mataku. daripada kosong je baju tu.... mcm x cun so inilah HASILnya.





Hero Kecik

TAKDE APA sangat nak cite so pn. ie citer sikit pasal hero2 kecik ye.

ALIF NAUFAL : ni tgh posing dengan mainan baru ( dh lm x beli mainan utk dia ). dia SUKA SANGAT. tu dikira hadiah utk dia cz dia DAH BERJAYA tak terkucil kat spender lg. LEGA rasanya cz dia dah betul2 pandai g toilet sendiri + cuci sendiri + pakai seluar sendiri. kuranglah sikit pn. ie bising2 kat dia kan.

ALIF NU'MAN : nu'man pulak skrg ni suka sangat tiru abg alif buat PEACE tapi x menjadi betul2 le. he3 kiut je kan. yg pastinya kalau nampak mama papa nak ambik gbr, sure tgn dia jd gtu kunun2 buat peace. dah suka pakai BEG kunun2 g sekolah macam abang le.






Ha... ni pulak HOBI nu'man. dia memang SUKA selongkar purse pn. ie & en. han PANTANG ternampak sure dia mulakan operasi tapi seb baik purse pn. ie just bleh kuarkan duit je so ok lah jg. kalau en. han punya confirm BERTERABUR sume sekali kalau kita x perasan dia tgh BEKERJA

Selasa, Mac 22, 2011

Pau Kacang Merah

21.03.2011 : Isnin : Dapur Rumah Hijau

HARI NI pn. ie bersemangat betul nak cuba buat PAU cz bahan2 nya dah ada + dah tak tau nak buat apa kan. bertambah bersemangat cz intinya masih banyak lagi dalam simpanan.

ni PERTAMA KALI pn. ie buat @ masak pau. tepung pau tu dah beli hjg bln lepas lagi. ha3

hasilnya : RASA nya sedap gak & boleh tahan
bentuk : main hentam je & buat cumel2 je
inti : buh banyak2 baru puas hati
kulit : agak menggerutu sikit
anjal @ naik : x brp naik sangat tapi SEDAP gak



PAU KACANG MERAH
bahan :
3 cawan tepung pau
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar yis kering
2 sudu besar minyak masak
1 cawan air suam
inti kacang merah secukupnya ( pn. ie beli yg dah siap )
cara :
1 : gaul rata semua bahan kecuali air
2 : tambahkan air sedikit demi sedikit
3 : uli hingga tidak melekat di tangan
4 : tutup dgn kain & biarkan hingga naik 2 kali ganda
5 : tumbuk adunan & bahagikan jd ketulan kecil
6 : bulat & masukkan inti yg anda suka
7 : biarkan adunan hingga naik lagi sambil panaskan kukusan
8 : kukus selama 10 - 15 minit

Hot Air Balloon

Aktiviti : 3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011
Tempat : Monumen Alaf Baru, Precint 2, Putrajaya
Tarikh : 17-20 March 2011
Masa : 7am - 9pm

Kitorang g hari AHAD ( last day ). tu pun tak dirancang dengan betullah. memang nak g petang tu tapi HARI HUJAN so tak berapa kisah sangat. pehtu dalam kul 4.30pm hujan dah berenti so terus SIAP2 & GO lah.

Perjalanan ambik masa dalam 45 minit gtu. seb baik x jem mana utk cari parking & tak yah jalan JAUH2 sangat so ok lah kan. sampai ctu dah nak dekat kul 6 ptg. dapatlah tengok 5 belon yg tengah TERBANG masa on d way cari parking. yg kat bawah pulak dpt tgk dlm 4 belon je.

orang memang ramai le tapi BELON dah x banyak. dah ramai yg balik pun tuan punya belon tu. so sempat le ronda2 GERAI kat situ tapi tak semua cz LECAK sangat.

dlm kul 7.15 pm kitorang balik rumah. kejap je g situ cz belon yg ada tak berapa CUN dah. he2 ekspo pun x beli apa2 pun cz SUASANA x menarik.



:: alif yg seronok sesangat ::


:: belon doremon takde, kucing pun jadilah ::



:: nu'man : belum sedialah papa ::


:: udara panasnya ::


:: on d way to parking ::

Nasi Kukus Utara

20.03.2011 : Ahad : Sungai Buloh

hari ni TAK PASAL2 kitorg sampai kat kedai ni. PUNCAnya ialah sebab bosan ronda2 kat pasar pagi Paya Jaras. En. Han bosan cz smlm tak keluar rumah langsung so dia ajak g pasar yg tak best. memang TAK BEST langsung cz x tau nak beli apa. nak nyedapkan hati, Pn. Ie cuma beli 1/2 kg daging lembu tapi sungguh x puas hati cz selalunya dapat BANYAK tp kali ni cikit je ( timbang rosak ke hape ).

ms tu dah kul 11++ so kitorang pn g TERJAH kedai makan yg masuk kat JJCM dua minggu lepas. tau kedai tu pun TERSESAT masa sesi cari2 kedai JJCM yg lain 3 minggu lepas. disebabkan agak dekat dgn KWSN kitorg so nak gak g RASA kan.

Alamat : Jalan MP 27, Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh, Selangor
* Kedai ni agak terkedalam sikit tapi masih di tepi jalan raya



:: Kitorg makan set yg sm mcm QI makan tp x cun mcm masuk JJCM tu ::
:: Air biasa je - Teh Ais & Milo Ais ::
:: set nasi = RM 4.50 =


:: Nu'man yg poyo + baru bgn tdo ::
:: Alif yg nak air oren Twister + Tembikai besar ::


:: Papa dengan Alif ::
disebabkan agak kenyang so kitorang TAK HABIS makan. tapi apa2 pun AYAM perlu dilicinkan. ayamnya memang BESAR le. sambal belacannya SANGAT PEDAS bg kitorg.

Sabtu, Mac 19, 2011

Mari Mengemas

Nama saya Alif Nu'man Bin Mohd Hanafi Iskandar
Saya SANGAT SUKA mengemas mainan.
JOM kemas sama-sama dengan saya.


Apam Pelangi

19.03.2011 : Jumaat : Dapur Rumah Hijau

AKHIRNYA pn ie berjaya gak buat APAM ni cz dah lama nak mencuba tapi ada BAHAN tak cukup so pendam je perasaan tu. hari ni berjaya gak pn ie mencubanya. sangatlah SERONOK cz sekejap je licin so PAGI ni pn. ie buat 1 adunan lagi.

semalam tu pn. ie bagi jiran sebelah sikit cz dia ada bagi pisang sikit. best dapat jiran yg suka beri memberi ni.



resepi asal pn. ie dapat dari KAK MUZA.
tapi macam biasalahkan, pn. ie akan ubah sikit2 ikut bahan2 yg pn. ie ada.



APAM PELANGI
bahan :
2 biji telur ayam ( pn. ie guna 3 biji telur saiz c )
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum ( pn. ie guna 1 1/2 cawan )
150 gm gula halus ( pn. ie guna 1 cawan gula pasir )
125 ml santan kara ( pn. ie guna santan serbuk yg dibancuh je )
1 sudu teh backing powder
pewarna ikut suka ye ( kali ni guna warna Oren, Pink & Biru )

cara ( yg pn. ie buat ) :
1 : pukul telur hingga kembang
2 : tambahkan gula, esen vanila & ovalette. pukul hingga gula larut
3 : tambahkan tepung, backing powder & santan. gaul sebati
4 : asingkan dalam bekas lain & buh pewarna
5 : masukkan dalam loyang yg anda suka camne rupanya ( kali ni pn. ie masukkan dalam bekas muffin je )



:: Keesokannya buat yg ni pula - malas sikit so buat 2 warna je, Oren & hijau epal ::

Nasi Kukus Ayam Dara Berempah

18.03.2011 : Jumaat : Sungai Buloh

hari ni pn. ie TAPAU je utk lunch cz alang2 keluar g beli brg dapur so malas nak MASAK. jimat masa yg dh digunakan ms g pasaraya tu.

sebenarnya pn. ie plan nak g beli @ cari nasi kukus ayam berempah yg masuk dlm JJCM mgu lepas tp masa nk balik tu ternampak pulak derg jual kt tepi jln so SANGGUP u-turn & cr parking utk beli kat situ je.

tak yah lah g jauh2 + buang masa + buang minyak. tapi memang BERBALOI le cz SEDAP. 1 bungkus tu RM 5.00 je - nasi kukus, ayam goreng berempah, kuah gulai kawah, timun, papedom, sambal belacan & sambal apa ntah.


Jumaat, Mac 18, 2011

Ayam Merah Madu

17.03.2011 : Khamis : Dapur Rumah Hijau

hari ni kunun2 pn.ie nak g pasar malam @ mau cuti masak2 tapi nampaknya CUACA tak mengizinkan so kena masak gaks. dalam pening2 pkir nak masak apa so terhasillah ayam merah madu ni.

ia dimakan bersama nasi putih + tumis kacang buncis + air limau kasturi sejuk



AYAM MERAH MADU
bahan ayam :
ayam
garam
serbuk kunyit
asam jawa
tepung jagung
cara :
1 : gaul semua bahan dengan ayam
2 : goreng hingga masak
bahan kisar :
bawang besar
bawang putih
halia
cili kering
bahan lain :
kayu manis
bunga lawang
sos tomato
madu
garam
gula
cara :
1 : panaskan minyak & tumis bahan kisar + kayu manis + bunga lawang hingga agak garing
2 : masukkan bahan2 lain & rasa garam & gulanya
3 : masukkan ayam goreng tadi & gaul rata

Terapi Jiwa

15.03.2011 : Selasa : Care4 & Giant Kota Damansara

dalam pn. ie TAK UPDATE blog tu sebenarnya pn. ie ada DOWN sikit. ambik masa lama gak utk OK semula cz TAK TAU nak luahkan pada sape kan. kalau luahkan kat BLOG ni, memang x sesuai. he3

so hari SELASA tu pn. ie keluar jenjalan dengan anak2 cz pn. ie nak g POS barang customer sebenarnya so sambil menyelam, kita minum air le. lagipun BERKOBAR-kobar nak g ctu cz terbayang2 je BAJU yg pn. ie tgk masa g ronda ctu hr AHAD sblm tu. konon2 x nak beli cz NAK BERJIMAT lah kan tp disebabkn pn. ie dapat sedikit DURIAN RUNTUH so pe lagi.........

pn. ie just g beli BLOUSE labuh yg ala2 punjabi tu ( labuhnya sampai sejengkal atas buku lali ). berkenan sangat cz cun + murah je bg pn. ie ( RM 39.00 sahaja ). beli kat kategori butik juga le - WRAPZ

pehtu pn. ie carikan buku IQRA' utk alif. senang sikit nak ajar mengaji kan. mukaddam memang dah ada tapi sebab ramai yg guna IQRA' so pn. ie belikan juga utk dia.
dalam MENCARI buku IQRA' tu pn ie tetiba je nak beli buku yg kat bawah tu "10 Terminal Syurga Rumah Tangga". sebenarnya pn.ie cari buku lain tp xde so beli je lah buku tu.



:: akhirnya hot pink gak jd pilihan ::

:: alhamdulillah buku ni sedikit membantu memberi ketenangan pada pn. ie ::

Hadiah Lagi

15.03.2011 : Selasa : Ruang Tamu Rumah Hijau

YEAY hari ni HADIAH utk anak-anak dah sampai. BAGUS juga perkhidmatan ABBOTT ni cz takdelah TUNGGU lama sangat utk dapat HADIAH dari derang.

pn. ie hampir lupa dah bila pn. ie pos borang REDEEM tu tp rasanya x sampai SEBULAN dah dapat hadiah ni. budak yg paling SERONOK dapat hadiah ialah ALIF le.

yg penting HADIAH ni percuma aje. kuar MODAL utk pos borang je. yg lain-lain kumpul pencedok susu ALIF je lah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...