Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Isnin, Januari 17, 2011

weekend - makan aje

he2 kali ni Pn. Ie saje nak kongsi sikit bab makan2, kut2 lah boleh bg idea utk korun masak kan.



14.01.2011 : Jumaat : Dinner

hari ni makan MIHUN SINGAPORE aje cz kenalah pelbagaikan menu. takkan makan nasi berlauk je kan. padahal Pn. Ie xde idea nak masak lauk apa. hik...

MIHUN SINGAPORE
bahan kisar : bawang merah, bawang putih, udang kering
bahan : udang, kubis, bihun, lada hitam, garam, telur ayam
cara :
1 ) tumis bahan kisar sampai agak garing
2 ) masukkan udang & sayur
3 ) masukkan bihun, lada hitam & sedikit garam
4 ) kalau mihun agak keras, tambahkan sedikit air
5 ) pecahkan telur, masakkan sampai ia sebati & kering.


15.01.2011 : Sabtu : Sarapan Pagi


Pn Ie jarang buat sarapan yg berat-berat so hari ni kitorg makan roti aje.
untuk Pn. Ie + En. Han = sandwich sardin & teh o
untuk ALif + Nu'man = roti mentega bergula & teh o
simple2 cukuplah kan....



15.01.2011 : Sabtu : Makan tengah hari

untuk tengah hari pulak Pn. Ie sungguh semangat nak makan ikan keli so menunya
nasi putih + ikan keli panggang + kuah asam @ kicap + labu air masak lemak + air ribena

:: ikan keli bakar + cicahannya ::
:: 4 ekor cukuplah ::

:: labu air masak lemak cz nak makan berkuah ::




15.01.2011 : Sabtu : Minum Petang
rasa macam x berapa kenyang pulak makan nasi tadi cz makan x banyak mana pun. so pikir punya pikir, petang tu buat KENTANG TEMPURA pulak. ada 1 biji je so sorang sikit je lah. Alif x puas makan cz sikit sangat. hik... pasni buleh buat lagi cz sedap pulak.
konon-konon nak buat spring potato tapi xde mesinnya so buat yg ni je lah. potong nipis-nipis ala2 spring potato tu. sedap juga.

:: Kentang Tempura bersama Sos Istimewa ::

16.01.2011 : Ahad : macam2
sarapan pagi : milo panas + mee goreng
Lunch : nasi putih + ikan kerisi stim @ rebus + kangkung tumis + air ribena
minum petang : teh o + apam siam
Dinner : nasi putih + ikan cencaru sumbat + kangkung tumis + air teh o
( banyak x ambik gambar cz biasa je kan)
:: Ikan cencaru sumbat ::
IKAN CENCARU SUMBAT
bahan : ikan cencaru, garam, kunyit
bahan kisar : cili merah, cili kering, serai, bawang merah, bawang putih, garam, gula
cara :
1 ) bersihkan ikan & belah tengah ( dua2 bahagian )
2 ) perap sekejap dgn garam & kunyit
3 ) masukkan bahan kisar ke dalam belahan tadi & goreng dgn minyak
4 ) sedia dimakan

6 ulasan:

  1. wah sedapnya ikan cencaru tu..lama betul tak makan.sejak lepas kawin ni rasanya masih belum makan lagi ikan cencaru..lama tu..esok lusa nak kena gi cari juga ni...amik resepi akk:)

    BalasPadam
  2. bile ko sebut ikan cencaru ni, tingat aku satu kisah... mase tu nk gi lawat kwn aku br lps operate.. dia kim nasi ngan ikan cencaru bakar... gi kedai nk beli, tny la brader yg jual ikan bakar tu. ikan cencaru ade ke x.. skali, depan mata aku je la.. hahaha.. rupenye ikan kerongan(bahse kelate) tu ikan cencaru.. hahahah..

    BalasPadam
  3. idah : wah, lama sgt dah tu. akak pun sbnrnya jarang beli ikan cencaru @ jaket ni cz dah jemu mkn ms duk asrama. br2 ni duk tgk kawan masak ikan sumbat, teringin plak nak buat... tu yg cr kat psr mlm. puas hati cz husband suka sgt & teruja masa makan. hik....

    BalasPadam
  4. sue : mak aiii... peliknya nama. aku panggil IKAN JAKET sebenarnya. weh, boleh mkn ke ms lps operate @ dlm pantang ?

    klu aku memang PANTANG cz mak ayah aku ckp ikan ni tak sesuai @ tak baguslah utk org operate / lps bersalin

    BalasPadam
  5. fyda, cuba surf kat youtube, dia ada ajar camne nak potong kentang jd mcm spring. aku citer skit na, potong kedua2 hujung bagi rata,pastu tu cucuk kat lidi, pastu ko potong memusing dari awal (90 darjah keliling lidi) sampai ujung kentang, pastu tarik, bg kembang..jadi la spring patato...hihi... selamat mencuba...aku pandai ckp je, malas nak buat...bila buat leh post kat dlm blog...

    BalasPadam
  6. aliya : tq, nanti aku cuba tgk. kalau berjaya buat, bleh share kat sini. hik..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...