Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Sabtu, Januari 08, 2011

Apam Gula Hangus

07.1.2011 : Jumaat : Dapur Rumah

hari ni dah agak bosan makan bubur nasi so tak tau nak makan apa dah cz ulser kat lidah makin teruk. pepagi tadi dah blogwalking kat blog kengkawan so tergerak hati nak cuba resepi KAK MUZA cz nampak simple sangat. Pn. Ie memang suka masak menda2 yg simple tapi hasilnya SEDAP.

so dlm kul 5++ baru mulakan operasi. yg kelakarnya Pn. Ie kena masak gula hangus dua kali cz yg pertama tu memang betul2 HANGUS. ha3 kelakar je. disebabkan Pn. Ie tak nak kuih yg pahit so buat semulalah gula hangusnya. tak sempat berapa sejuk sgt Pn. Ie dah adun cz mau cepat daaaaa.




APAM GULA HANGUS

Bahan - bahan :
1 cawan gula
1 cawan air
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin

Cara - caranya :
* gula + air jadikan gula hangus & sejukkan
* pukul telur sampai kembang
* campurkan marjerin, tepung, minyak, soda & gula hangus
* kacau sebati
* kukus sampai masak

***Kak Muza - Resepi ni memang sedap sangat sampai hubby kata " sape masak ni ? boleh jual ni... brp kalau nak jual ? " tq kak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...