Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Khamis, Oktober 07, 2010

rendang ayam & sate goreng

07.10.2010 : khamis

hari ni papa bawa rendang ayam & sate goreng ke pejabatnya. program potluck gtu. derang dah bagi2 apa yg patut dimasak so papa pilih rendang. then saje mama tambahkan menu sate goreng tu. kalau ikutkan nak buat guna daging lembu tapi masa g cari tu, takde pulak peniaga yg jual daging lembu yg baru disembelih so guna ayam je lah.

RENDANG AYAM
bahan - bahan :
A ( bahan kisar )
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inci lengkuas
2 inci kunyit
1 inci halia

B
1 ekor ayam / 1 kg daging
1 biji kelapa (santan pekat)
cili kering ( kisar )
sedikit kerisik
air asam jawa
5 batang serai (dititik )
daun kunyit
garam, gula, minyak masak

cara - caranya :
1/ panaskan minyak. tumis bahan A hingga wangi dan masukkan cili kering hingga masak
2/ tambahkan serai. kemudian masukkan ayam & masak hingga air kering
3/ tambahkan santan, kerisik, air asam jawa, garam & gula
4/ apabila kuah hampir pekat, tutup api & masukkan daun kunyit.






SATE GORENG
bahan - bahan :
serbuk jintan manis
serbuk jintan putih
serbuk ketumbar
bawang besar
bawang putih
halia
serai
lengkuas
kunyit
gula
garam
minyak masak

cara - caranya :
1/ kisarkan bahan2 yg bersesuaian
2/ perapkan ayam bersama bahan kisar. lagi lama lagi bagus
3/ panaskan minyak & goreng bahan perapan tadi
4/ goreng hingga kuah kering & sedia dimakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...