hari ni mama puas pikir nak main masak2 apa ye. saje lah ngada2 selak buku resepi. konon2 nya nak cari ikan masak 3 rasa tp terjumpa resepi kuih ni. dah lama sangat nak buat tapi tak terbuat2. bila tengok senarai bahan2, alhamdulillah semuanya ada.
pehtu pe lagi.... mulakanlah operasi. masa bancuh adunan tu memang ok je. tapi bila mula je memasak......... mula2 comel2 je macam yg org jual kt pasar malam pehtu saiznya dah berterabur. kenapa???? nu'man dah mengamuk tak tentu pasal + alif pulak asyik suh betulkan menda2 yg dia nengok kat laptop. pehtu nak susu lah, nak berak lah dan macam2 lagilah.
APAM BALIK MINI
Bahan - bahan :
220 gm tepung gandum
125 gm gula
1/2 s.teh soda bikarbonat
1/2 s.teh baking powder
1 s.teh pewarna kuning ( mama tukar jadi hijau )
1 biji telur ayam
365ml air
250gm jem strawberi ( mama tukar jd kaya & coklat )
sedikit mentega
cara - caranya :
1 : kisar gula bersama telur sehingga kembang
2 : masukkan soda bikarbonat, baking powder, pewarna dan air. kisar hingga sebati
3 : masukkan tepung dan mesin lagi supaya tidak bergentel
4 : ambil 1 senduk dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. tutup kuali sebentar. apabila setengah masak, sapukan jem
5 : kemudian lipat dan angkat apabila sudah kekuningan
*resepi diperolehi dari majalah RASA keluaran Julai 2010
**rasa kuih ni memang BEST
Tiada ulasan:
Catat Ulasan