Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Jumaat, Oktober 29, 2010

SUPRISE !!!!

29.10.2010 : Jumaat : Rumah Hijau

hari ni pepagi dalam kul 8++ mama dah dikejutkan dgn 1 panggilan telefon tanya "rumah katne", "ada lorong ke kat situ", "rumah hijau????" , "bleh ke masuk dgn lori" dll...... sy dr courier nak htr barang ni. tgh har kang sy sampai.

hurmm... puas pikir, mama beli apa ye? sape nak hantar hadiah? memang mama ada beli blouse tapi peniaga tu htr guna POSLAJU & derang x pernah call pn tanya rumah katne cz cnfirm jumpa punya.

so berdebar2 gaklah tunggu kul 12 ke atas. tup2 kul 12.30 "dia" sampai. rupanya dari SKYNET & naik van je, bukannya lori. apa daaaaa..................

rupa2nya hadiah yg mama tunggu2 dah sampai. dah hampir terlupa pun pasal hadiah ni. hik............................


:: bungkusan yg berat & mendebarkan ::
:: alamat penghantar dari Agensi Pekerjaan ...... ::
:: Masih blur lg ms dapat ni & pikir2 apa lah ye ::

Taraaaaaaaaaaaaaa............... hadiah dari HUGGIES rupanya

TQ HUGGIES :-)


:: Penantian Yang Berbaloi ::

:: Taman Gajah Yang Comel & Besar ::

:: Suka Sangat Si Alif Coz Dapat Mainan Baru ::
:: Nu'man Pulak Takut Nak Masuk, Pelagi Nak Main ::

Flower Time

29.10.2010 : Jumaat : Rumah Hijau

hari ni hari ngengada @ terlebih rajin lagi. sebenarnya ternampak kedai yg mama beli wall deco haritu dah tambah stok so g lah intai pas beli barang2 dapur kat Econsave pagi tadi. So gambar kat bawah ni lah hasilnya.

Padahal mama bleh je beli kt tmpt pemborong yg mama selalu g tu tp malas nak pilih2 cz terlampau banyak & kurang bersusun. so drpd buang masa, beli je lah yg x banyak pilihan & mahal ckit. janji cepat je pilih. ha3

:: roses time @ ruang tamu ::

:: bunga matahari duk sebelah peti ais ye ::

mini ???????


29.10.2010 : Jumaat : Rumah Hijau

hari ni mama malas masak @ makan nasi so mama buat roti hot dog ni je. hr tu tengok kat pasar malam macam best je so hr ni buat le cz semua bahan2 dah ada kan.....

tapi gambar x cun @ bentuknya x menyelerakan cz cara letak mayonis tu x menarik langung. almaklumlah, kat rumah ni xde "piper" so x cun lah. yg penting SEDAP. ha2



Pukul Berapa ?

26.10.2010 : Selasa : Giant Kota Damansara

hari ni mama belikan anak2 mainan baru. sesuai utk budak umur 3++ tahun. permainan ni untuk ngajar pukul berapa & macam puzzle gak. tapi kalau bab cantum mencantum ni ALIF memang dah terror sesangat. x yah ajar pun xpe, dia pandai cabut & pasang dgn sendiri tanpa bantuan org lain.....

harap mainan ni tahan lama.......

:: Jam Mickey Mouse - RM 14.90 ::

:: ni rupa jam ni kalau dah siap @ belum dihancurkan ::

Rabu, Oktober 27, 2010

Sesudah 3H 2M

25 - 27.10.2010 : isnin - rabu

AKHIRNYA mama buat keputusan untuk duduk kat rumah sendiri je. tak g mana2 pun. just g Pejabat POS & ronda sikit2 je.

Set Nasi Hujan Panas

27.10.2010 : Rabu : Rumah Hijau

Ha...hari ni mama masak special sikit cz papa kan balik hr ni pehtu mama ni mcm dah lama x makan nasi pulak. ha3

so hari ni dengan rajinnya mama masak

NASI HUJAN PANAS + KURMA AYAM + ACAR TIMUN + POPODOM + KOPI O PANAS

:: set yg sedia untuk dimakan ::

:: nasinya x berapa nak berwarna cz letak ckit sgt ::

Kenny Rogers

26.10.2010 : Selasa : KR @ Giant Kota Damansara

Hari ni memang mama plan nak g Giant. nak buat apa???? saje jalan2 je. konon2 nak cari blouse tp puas ronda2, xde yg berkenan pun. keluar lambat gaks cz duk tunggu poslaju hantar barang. seb baik "dia" smp ikut yg mama budget so pastu terus blah.

lama gak lah lepak kt Giant tu cz bawa anak2 main kat taman permainannya. pehtu jalan setiap inci yg tak pernah g sebelum ni. hik....

apa2 pun kitorang lunch kat Kenny Rogers. Konon2 nak makan set macam pernah makan sebelum ni tp cam bosanlak kan so cubalah menu yg baru.

just order : chicken sandwich with coslow, 2 pcs muffin & iced choclate milk


:: muffin nya memang sedap sangat ::
:: xde gaya sandwich pun kan::

:: sedapnya roti ni mama ::

:: nu'man, jgnlah main tisu. makan je.... ::

K F C

25.10.2010 : Isnin : KFC Kompleks Sg Buloh

hari ni papa dah g outstation so mama pun ronda2 dgn anak2. tujuan utama ialah pos barang pelanggan. pehtu mama jadi malas lah nak masak memasak kalau papa takde. apa lagi.....kitorang g makan KFC le.

lagipun nak ngabiskan baucer yg Alif dapat masa mama daftarkan utk Kelab Chicky Meal tu.

:: aaaaaaaaaaa........mmm::

:: mama, nak yg tu lah..... ::
:: mama, doraemon ni nak sikit lah ::


:: urmmmmmmm................. ::

Ahad, Oktober 24, 2010

PENING !!!!!!!!

:: Picture Credit To GOOGLE ::

Aduhhhhhhhhhhhhh....................... peningnya pikir. dari hari jumaat haritu mama pikir tapi sampai sekarang masih belum ada jawapan lagi. ntah apa lah nak jadi yer..... apa kes?
kesnya.....mama + anak2 akan ditinggalkan lagi selama 3H 2M gtu bermula esok. macam2 dah pikir tp masih takde jawapan. camne ni ?????
== balik slncar ==
rasa nak sangat2 balik tp takut mak abah terkejut sesangat kang ( x pasal2 kena "sound" ) + jauh gak perjalanan ( hampir @ lebih 4 jam ) + boleh ke nu'man duduk lama2 kat baby car seat + lancar ke perjalanan nanti + nak ikut jln mana ( byk sgt plhn ) + nak kena kuar modal gak bl balik + kena berebut "berukband" dgn papa pulak + takut susah buka kedai ( walaupun on9 )
== balik sabak bernam ==
takut menyusahkan atuk nenek plak + kang sibuk nak main masak2 pulak + ramai gak sepupu sepapat yg akan kacau bebudak ni + selesa ke bebudak ni nk duk lama2 + cnfrm takleh "buka kedai"
== rumah sendiri ==
rasa macam BOSAN cz tak tunggu sape2 balik ( x yah pkir nk masak yg canggih2, x bleh tukar shift jg anak2 ) + nak g jln2 mana dgn kena bawa handbag yg banyak + cnfrm bleh "buka kedai" + apalah aktiviti yg best nak dibuat
arggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.........................

Sunway Pyramid

23.10.2010 : Sabtu : 5.45pm - 9.45pm

hari ni kitorang g Sunway Pyramid pulak. sebenarnya nak keluar awal lagi tapi hujan lebat & 3 hero semua tidur. tu yg keluar lambat sikit. masa keluar tu hujan dah gerimis je. jalan lancar & tak jem so syoklah kan.

tujuan g situ, hanya berjalan2 semata2. pehtu dgn tak sengaja mama nak g POPULAR cz dh ada kat situ kan.

yg bestnya kat sini.....
1 : parking - senang nak cari parking cz tgk je lampu yg disediakan. klu merah, dah ada keta parking. klu hijau, jom kita serbu. ha3

2 : Ice Skating ( betul ke eja? lantaklah ye ) : best je tgk org main

3 : Tmpt makan : macam2 lah ada. plih je lah yg mana nak

4 : mini funfair yg nampak menarik sangat. min RM 3.00 utk 1 permainan


:: nak tunjuk lampu kt atas tu je ::

:: nak kuar g sunway lagoon ::

:: jom main ::

:: mari bersantai kejap ::

1 Hari 1 Resepi

23.10.2010 : Sabtu : Popular, Sunway Pyramid

alhamdulillah akhirnya mama berjaya juga mendapatkan buku yg diidam2 kan ni. dah hampir SEBULAN mencarinya br berjaya. sampai2 je kat rumah, mama terus 'study' buku ni. so mula lah berkobar2 nak masak macam2 cz dpt idea punya pasal.

isi kandungannya memang banyak & syok. kualiti buku juga best. kiranya berpuas hati sangatlah dengan harga RM 39.90 tu. buku hanya dijual di POPULAR je.

:: berbaloi - baloi cz 365 resepi tu ::

:: gambar yg menarik ::

:: RM 39.90 seunit ::

Sabtu, Oktober 23, 2010

Tanah Liat

22.10.2010 : jumaat : rumah hijau

hari ni alif beli tanah liat so ada aktiviti baru untuk alif. murah je tanah liat ni. set sederhana ni baru RM 4.50 je. sampai2 kat rumah terus main. enjoy...... semangat nak buat burger, keta & kek.

:: Jom susun - susun ::

:: Hurmmmmmmm...... ::

:: ada 5 warna, 3 acuan - bear, gajah, kuda ::

Mihun Poyo


MIHUN "POYO"
Bahan - bahan :
udang kering *
bawang merah *
bawang putih *
serbuk lada hitam
sayur yg bersesuaian
ayam
mihun
*bahan2 perlu dikisar
Cara - caranya :
1/ tumis bahan kisar
2/ tambahkan ayam
3/ bila ayam hampir masak, masukkan sayur - sayuran
4/ bila sayur agak layu, masukkan mihun, serbuk lada hitam & gaul rata
5/ sedia dihidang

Ayam Tomato


AYAM TOMATO
( Resepi dari Ibu Mertua Ku )

Bahan - Bahan :

ayam yg telah digoreng

bawang merah

bawang putih

biji ketumbar

jintan manis

jintan putih

lada hitam

sos tomato

buah tomato

cili merah

Cara - Caranya :

1/ tumbuk bawang merah & bawang putih

2/ tumbuk 4 jenis rempah

3/ tumis bawang dulu, bila kekuningan baru masukkan rempah ratus

4/ masukkan ayam goreng

5/ masukkan sos cili, buah tomato & cili merah

6/ gaul rata & sedia dimakan



:: feveret papa ::

Yee Mee Kantonis


YEE MEE KANTONIS
Bahan - Bahan :
1 sanggul yee mee
bawang putih
bawang merah
sedikit ayam
1 biji telur
sayur ( buh apa yg sesuai )
tepung jagung
stok ayam
serbuk lada sulah
Cara - Caranya :
1/ Tumis bawang putih & bawang merah
2/ bila kekuningan, masukkan ayam
3/ bila ayam agak masak, masukkan sayur-sayuran
4/ tambahkan air, stok ayam, garam, serbuk lada sulah
5/ tambahkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah
6/ tuang atas yee mee & sedia dimakan

Khamis, Oktober 21, 2010

diari 20.10.2010

20.10.2010 : Rabu : Sg Buloh & Kuang, Selangor

== pagi ==
hari ni keluar awl sikit dlm kul 9.30am gtu. mula2 g psr mini area rumah je. beli brg dapur ( basah ) sikit. then isi minyak keta kt petronas. patah balik ke rumah utk smpn ayam dll. teruskan perjalanan ke Kompleks Sg Buloh utk pos brg2 cstmer. pehtu macam biasalah... sempat shopping sikit. hik...

== tgh hr ==
malas nak masak so tapau nasi ayam. smp2 rumah terus makan dgn anak2. then settlekan kerja2 rumah ( basuh kain, sidai kain, lipat kain, layan anak ). konon2 nk update blog sekalinya laptop buat hal pulak ( tetiba screen gelap je ). seb baik ptg2 tu ok semula. lega jer....

== petang ==
sempat tanam pokok utk daun bawang & sup. harap2 nya ia tumbuh dgn segar la. then saje bawa anak2 ronda2 jln kaki area kwsn rumh sewa ni sambil layan monyet yg banyak sangat cz bz cr makan.

== malam ==
hari ni masak lewat ckit cz nama pun masakan panas so kena makan masa panas2. masak speciallah sikit konon. Yi Mee Kantonis gtu.


:: mama beli tdg baru - cotton batik warna hitam corak kelabu ::
:: kenapa beli?? dah lama ngidam & murah sesangat - RM 15.00 sahaja ::
:: dah survey kat kedai2 & kedai online tapi semua jual RM 25.00 - RM 39.00 gtu ::
:: ni ngengada nak make up pulak - kat rumah pun jadilah ::
:: mama budak br belajar so beli yg simple je dah le ::

:: macam biasalah, alif pun nak membeli juga ::
:: drpd dia sibuk nak mainan, mama belikan crayon aje ::
:: ni menu makan malam - Yi Mee Kantonis ::

Oreo Time

JOM MAKAN BISKUT OREO BERSAMA - SAMA YER..................


:: nu'man beraksi ::

:: alif beraksi ::

:: ting, yeeehaaaaa ::

:: urmmmmm................. ::

apa ni????????????

GERAMNYA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

huwa...mama kecewa cz tak bleh nk update blog byk2 cz tak bleh upload picture pulak. dr mlm td dah wat hal. ingatkan dah OK cz tadi br berjaya post citer tp sempat 1 je.

agar - agar gula merah


19.10.2010 : selasa
hari ni hari mama bermalas malasan. tak tau lah ngapa cz mcm bosan & nak rehat cz asyik stay up ( kepenatan pulak ). tapi bila dah hampir petang, bosan pulak bermalas malasan je so kepala otak pun berpikir, nak buat apa ye. pehtu terasa nak masak. tengok2 bahan..... mama pun masak "kuih" kesukaan papa ni. last sekali buat masa bulan puasa hari tu.
AGAR - AGAR GULA MERAH BERSANTAN
Bahan - bahan bhgn bawah :
setengah agar2 yg 37gm tu ( 1 plastik tu bahagi dua )
4 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
Bahan - bahan bhgn atas (kisar semua ye) :
1 biji telur
1 cawan santan
1/2 cawan gula merah
sedikit garam
Cara - caranya :
1/ rebus agar2 sampai hancur
2/ masukkan gula pasir & gula merah
3/ bila dah betul2 menggelegak, tapis dulu ye untuk buang sampah2 dalam gula merah
4/ masukkan kembali adunan yg telah ditapis
5/ bila dah menggelegak semula, tuang adunan untuk bahagian atas
6/ bila dah menggelegak lama sikit, tutup api dan tuang ke dalam loyang
7/ sejukkan

Selasa, Oktober 19, 2010

Domino's Pizza

Alhamdulillah akhirnya mama berjaya juga makan di Domino's Pizza. dah lama dah nak cuba tp susah sgt nak jmp restorannya. seb baik terjumpa ms ronda2 kat Mid Valley tu so pe lagi, makan malam kat situ je lah........


ni menu yg terhangat sekarang ni lah. kiranya kitorang oder lebih kurg camni tapi
kitorang oder
* 2 gelas ice lemon tea
* 1 gelas milo ais
* 1 crazy chicken
* 1 twisty bread ( suka sgt cz sedapnya )
* 1 regular pizza
* 2 mushroom soup

:: ni pilihan pizza nya ::

:: ni jenis pizza nya ::
:: papa pilih yg tebal cz lapar katanya ::

:: ni jenis sos atas pizza tu ::


Semua gambar2 ni diambil dari :::::: http://www.dominos.com.my :::::::

Mid Valley Megamall, KL

17.10.2010 : ahad : 3.30pm - 8.30pm

hari ni kitorang meronda ke mid valley lak cz saje je nak tau jln. just window shopping je. yg kelakarnya lg 100m nk smp situ, papa tersalah masuk simpang so puas cari u-turn & buang masa. tapi akhirnya smp jg. boleh tahan ramai gaks org cz hr ahad kan.

just jalan2 cuci mata je. x habis round pun. lgsung tak ronda kat tingkat 1 & 2 cz dah malas. sempat ronda tingkat LG, G & 3 je. gambar pun x byk snap. ni je....

:: nu'man yg dh bosan duk dlm stroller so lepak bawah ::

:: alif pulak ambik alih tempat nu'man ::
:: nak tengok wayang konon tapi citer lambat sgt nak mula ::


:: pantang jumpa Thomas tp x masukkan duit pun, possing je ::

:: pon pon beri laluan ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...