Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Khamis, Mac 07, 2013

tumis kacang botol

asyik menu KACANG BOTOL je kan. almaklumlah banyak STOK cz berbudi pada tanah. kadang2 dijual, kadang2 makan sendiri, kadang2 sedekah pada jiran2, kadang2 papa sedekah kat kawan2 pejabat.
kali ni tumis bertelur pulak. selalunya resepi camni mama tumis kacang buncis @ peria je.
 
 
 
TUMIS KACANG BOTOL
 
bahan :
kacang botol
1-2 ulas bawang merah
sebiji cili merah besar
2 biji telur ayam
sedikit air
sedikit garam & gula
minyak untuk menumis
 
cara :
- panaskan minyak & tumis bawang dan cili merah
- masukkan kacang botol & gaul sebati
- tambahkan sedikit air
- perasakan dengan garam & gula
- bila kacang dah separuh lembut @ masak, pecahkan telur ayam
- gaul sebati & sedia dihidang
 


menu kacang botol tu dimakan bersama Sambal Tempe, Ikan Keli Goreng & tumis Pucuk Kacang. masak yang simple2 aje........ janji masak kan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...