Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Rabu, Mac 27, 2013

kek coklat kukus berlapis keju

mama terlebih RAJIN hari ni. lagipun ada kawan papa nak datang so kena lah masak sesuatu untuk derang makan sambil bersembang kan. lagipun semua bahan2 untuk CUBA kek ni ada kat dapur so laju je mencuba. rupa ASAL kek tu plain je kat bahagian atasnya. mama saje je buat corak macam sarang labah-labah tu cz nak nampak cun lah kononnya. ha3
yang paling PENTING anak2 sangat2 suka makan kek ni so tak sempat nak hulur kat jiran.
 
 
 
KEK COKLAT KUKUS BERLAPIS KEJU
 
bahan lapisan COKLAT :
170 gm  tepung gandum
170 gm  mentega
3 biji  telur saiz B
220 gm  gula
1 sudu teh esen vanila
45 gm  serbuk koko ( bancuh dgn 150 ml air suam )
 
cara :
- putar mentega dengan gula sehingga mentega lembut & sebati dgn gula
- tambahkan telur satu per satu & pukul lagi
- tambahkan esen vanila, bancuhan koko & gaul sebati
- tambahkan tepung sedikit demi sedikit & gaul sebati
- bahagikan adunan kepada 2 adunan
 
bahan lapisan KEJU :
250 gm  cream cheese
1 biji  telur ayam
60 gm  gula kastor
1 sudu teh  jus lemon / jus oren / esen vanila
2 sudu besar  tepung gandum
 
cara :
- putar cream cheese hingga lembut
- tambahkan gula & putar lagi
- masukkan telur & putar lagi
- tambahkan jus @ esen & tepung
- gaul sebati semua bahan
- asingkan sedikit untuk buat hiasan atas kek
 
cara masak :
-kukus setengah adunan coklat selama 20 minit
-lapiskan adunan keju ke atas kek coklat tadi & kukus lagi selama 20 minit
-tuangkan adunan coklat terakhir & buat corak sarang labah2 @ corak yg anda suka
- tutup sikit dgn aluminium foil supaya air x jatuh atas kek
- kukus lagi dalam 20 minit, SIAP 
 
cara buat sarang labah - labah :
- ambil adunan keju & paipkan ke atas kek
- buat bentuk bulatan bermula dari tgh kek
- bulat kecil hingga bulat besar ( bukan bentuk ubat nyamuk ye )
- ambil hujung pemegang sudu @ pencucuk sate, buat garisan dari tgh kek ke luar ye
- nak cantik, bahagikan kek macam kita nak potong kek tu
 

mee kari

 
MEE KARI MY STYLE
 
bahan kisar :
setengah cawan udang kering
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
3 batang serai
 
bahan lain :
sepeket mee kuning yg telah dicelur
1 liter santan pekat
setengah peket serbuk kari ( saiz paling kecil )
daun limau purut
fishball / fish cake
sawi pak choy
ayam
garam
 
bahan hiasan :
telur rebus
bawang goreng
daun sup / bawang
limau kasturi
 
cara  masak kuah :
- rebus bahan kisar bersama ayam sampai separuh masak
- tambahkan juga serbuk kari
- bila ayam separa masak, tambahkan santan dan semua bahan lain kecuali MEE
- biarkan menggelegak hingga semua bahan masak
 
cara hidang :
- isikan mee ke dalam mangkuk dan letakkan bahan hiasan
- tuangkan kuah dan siap untuk dimakan

free hot wheels

anak2 ni MINAT sangat dengan hot wheels. dah berlambak2 koleksi hot wheels kat dalam rumah. kali ni dapat FREE pulak & dah lengkap pun koleksinya. memasing dapat sorang 2. dapat FREE dalam kotak koko crunch, cookies & honey star yg bersaiz sederhana. ada gambar kat luar kotak baru ada kereta di dalamnya. yang tak berapa SYOK kali ni tak nampak warna kereta yg ada di dalam so NASIB lah kan. ni dah 2 kali beli so dapat lah 2 pcs warna hitam, 1 pc warna merah & 1pc warna hijau.
beli kat TESCO cz derang tgh buat offer sekotak RM 8.92 shj ( igt2 lupa ni )
 

ayam rose

27 mac 2013 :: dapur 3 alif :: rumah yellow
 
hari ni memang nak masak AYAM cuma tak tau nak masak apa so pepagi dah belek2 buku resepi yg ada. setelah sesi belek2 tu tergerak hati nak cuba AYAM ROSE.
tapi macam biasalah kan, mama memang suka tokok tambah apa2 yg ada dalam peti.
kiranya tak ikut resepi sangatlah. kalau KEK je baru ikut bebetul.
 
 
 
AYAM ROSE
 
bahan :
setengah ekor ayam
2 biji kentang
1-2 ketul asam keping
sedikit mentega
 
bahan kisar :
3 biji cili merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai
1 kiub ayam
sedikit garam & gula
sedikit air
 
cara :
- sediakan aluminium foil untuk bungkus semua bahan ni
- masukkan ayam yg dipotong2 & kentang yg dipotong kecil ke dalam bungkusan
- masukkan bahan kisar
- tambahkan mentega & asam keping
- bungkus elok2 supaya air tak keluar
- bakar dalam oven 180 darjah, 35 - 45 minit
 

tudung merah

projek ke 2 mama untuk ubahsuai tudung. dah lama beli bahan tapi tak cukup masa nak buat. AKHIRNYA siap juga. xde apa pun, just letak butang je.
sebenarnya tu nak cover jahitan mesin yg mama buat haritu.
lagipun tudung ni plain je kan so tambah le sesuatu.
 

apam haw flake

 
APAM HAW FLAKES
 
bahan :
1 cawan telur ( 4 biji saiz B )
1 cawan gula
 1 cawan tepung gandum
1 cawan haw flakes ( sy guna 2 cawan )
1 sudu teh esen vanila
 
cara :
- pukul telur hingga kembang
- tambahkan gula & putar lagi hingga gula hancur
- tambahkan tepung & esen, gaul sebati
- masukkan haw flake
-masukkan dalam loyang @ cup muffin
- kukus 40 minit (loyang), 25 minit (cup muffin)

sardin

tekak rasa nak makan sardin so hri ni masak sardin utk lunch + dinner.
mama masak SEKALI je dlm sehari kecuali ada sebab2 tertentu baru masak banyak kali.
dasar pemalas kan. ha3
 
 
 
SARDIN + SOSEJ
 
bahan :
1 tin sardin saiz sederhana
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
2 batang serai
2 biji buah tomato
4 batang sosej
1 tin air ( guna tin sardin tu )
sedikit asam jawa
sedikit garam
 
cara :
- panaskan minyak & tumis bawang, cili merah dan serai
- bila bawang dah kekuningan, masukkan semua bahan
- perasakan dengan garam
- biarkan hingga mendidih & siap

Khamis, Mac 07, 2013

yeay sy dh berjalan

 
4 mac 2013 :: isnin :: rumah yellow
 
ALHAMDULILLAH akhirnya NA'IM berjaya juga berjalan dengan berlangkah2. hik2 umur setahun 2 bulan baru boleh berjalan dengan jayanya. sangat CEPAT perubahan yg ditunjukkan. punyalah lama nak menunggu na'im dapat kaki. hik..... hik.....
 
2 mac = berlatih berjalan jarak yg dekat2 je, g ke papa & mama dalam 3-4 langkah. still takut2
3 mac = dah berani melangkah sendiri dgn berpegang2 pd apa yg sesuai ( sofa, dinding, meja, kerusi )
4 mac = berjalan lebih jauh tanpa bantuan sesiapa. TAHNIAH na'im !
 

 
 
 

kek asam manis

4 mac 2013 :: isnin :: dapur 3 alif
 
hari ni terlebih RAJIN sikit + semangat nak try new resepi yg jumpa kat pak google.
nak cuba cz minat sangat dengan HAWFLAKES tu ha ( klu dalam kek le ). lagipun MAK SU liha ada lagi kat rumah so boleh komen sama2 tang RASA nya tu. hik2
 
 
 
KEK ASAM MANIS
 
bahan :
325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
100 gm asam manis * letak lebih lagi cz suka banyak rasa asam
 
cara :
- putar mentega + gula hingga sebati & kembang
- tambahkan telur satu per satu & putar sebati
- masukkan esen vanila, tepung & asam manis ( potong halus2 ye )
- tutup dengan aluminium foil & kukus selama 1 jam
** mama letak dalam bekas muffin je then kukus dalam 25 minit.

my kids

28 februari 2013 :: khamis :: parkson rawang
 
hari ni kitorang ikut JIRAN g jenjalan ke rawang cz dia nak cari hadiah birthday untuk husband. mama + anak2 saje temankan aje. sambil2 tu MAMA boleh tolong2 jagakan sepasang anaknya yg berumur 3 (adib) & 5 (balqis) tahun. pergi selepas bebudak balik sekolah.
 
 
 
yang BESTNYA staff2 kat situ ingatkan ni semua anak2 MAMA ( 5 orang tu ). ada gak yg bertanya2. meriah kan kalau ni semua ANAK2 mama. memang setahun 1 gitu cz berderet aje umur memasing 6,5,4,3 & 1 tahun.

tudung purple

 
ALHAMDULILLAH akhirnya siap gak mengUBAHSUAI tudung plain warna purple ni. ada lagi satu tudung plain yg menunggu masa untuk ditambah sesuatu. sebenarnya nak letak BUTANG yg cantik2 tapi tak terpergi2 kat kedai yg sepatutnya. masa pergi hari tu kedai tu belum buka lagi. nak pergi selalu memang tidak le cz jauh gak dalam 22km gtu.
 
yg ni pun dapat idea masa MAK SU (adik mama) datang nak jahit dress dia. ternampak bunga dia ada banyak lebih. ambik 3 aje & letak le kat kiri kanan dan tepi tudung tu. SIAP. kir lain le dari yang lain kan. ha3


tumis kacang botol

asyik menu KACANG BOTOL je kan. almaklumlah banyak STOK cz berbudi pada tanah. kadang2 dijual, kadang2 makan sendiri, kadang2 sedekah pada jiran2, kadang2 papa sedekah kat kawan2 pejabat.
kali ni tumis bertelur pulak. selalunya resepi camni mama tumis kacang buncis @ peria je.
 
 
 
TUMIS KACANG BOTOL
 
bahan :
kacang botol
1-2 ulas bawang merah
sebiji cili merah besar
2 biji telur ayam
sedikit air
sedikit garam & gula
minyak untuk menumis
 
cara :
- panaskan minyak & tumis bawang dan cili merah
- masukkan kacang botol & gaul sebati
- tambahkan sedikit air
- perasakan dengan garam & gula
- bila kacang dah separuh lembut @ masak, pecahkan telur ayam
- gaul sebati & sedia dihidang
 


menu kacang botol tu dimakan bersama Sambal Tempe, Ikan Keli Goreng & tumis Pucuk Kacang. masak yang simple2 aje........ janji masak kan.

tumis pucuk kacang

 
TUMIS PUCUK KACANG
 
bahan :
pucuk kacang
ikan bilis @ udang segar
sebiji cili merah besar
sebiji bawang merah
sedikit garam & gula
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air untuk melembutkan sayur
 
cara :
- panaskan minyak & tumis bawang merah, ikan bilis dan cili merah
- masukkan pucuk kacang & gaul sebati
- tambahkan sedikit air
- perasakan dengan garam & gula
- masak hingga pucuk kacang sedikit lembut
- sedia dihidang

seafood kuning

 
SEAFOOD KUNING
 
bahan :
sotong & udang ( salah satu pun takpe )
sebiji bawang besar
sebiji cili merah besar
2 batang serai yg diketuk
sedikit asam jawa
sedikit air
sedikit garam & gula
 
cara :
- gaulkan udang & sotong dengan serbuk kunyit & asam jawa
- panaskan minyak & tumis bawang, cili dan serai
- masukkan sotong & udang, gaul sebati
- tambahkan sedikit air untuk kuah
- perasakan dengan garam & gula
- biarkan menggelegak sampai masak
- sedia dihidang

salad telur

kali ni dapat BANYAK pulak telur ayam rebus masa pergi kenduri kawin. so daripada membazir buang ke tong sampah je kan so MAMA buat salad telur paling simple di dunia. ha3
resepi ni NENEK ( mak mama ) yg suka buat bila ada banyak telur rebus. bila buat cenggini CONFIRM ia habis dimakan.
 
 

SALAD TELUR

bahan :
telur ayam yang telah direbus
bawang merah
kicap manis

cara :
- kupas kulit telur & potong ikut suka anda
- susun cantik2 & taburkan bawang merah yg dihiris nipis2
- tuangkan kicap
- sedia dimakan
** menu paling sesuai kalau dapat banyak sangat telur rebus masa pergi kenduri kawin

roti rangup

di hari cuti macam terlebih rajin nak main masak2. kali ni MENCUBA resepi dari akak senior masa kat UTMP. simple sangat & macam menarik. lagipun nak HABISkan stok roti yg hampir expired. sesuai sangat makan petang2. bau masa dibakar tu WANGI & rasa macam sangat2 menyelerakan. ha3
 
 
 
ROTI RANGUP
 
bahan :
roti putih gardenia or others
sedikit butter @ mentega
sedikit madu @ kaya @ apa2 jem
 
cara :
- potong roti ikut saiz yg anda suka. saya guna bentuk LOVE
- sapukan roti tu dengan mentega, 1 permukaan je
- bakar dalam oven selama kurang 45 minit, suhu 135 darjah, api atas bawah ( semua ni bergantung pada oven memasing ye )
- bila dah masak, bolehlah dimakan dengan madu @ kaya @ apa2 jem

nenas manis

tetiba BANYAK pulak menu untuk dimakan kali ni. sebenarnya masak KARI AYAM + NENAS MANIS je. yg kacang botol tu papa terlebih rajin g kutip kat belakang rumah. yg kurma telur puyuh tu lebih yg semalam, membazir kalau dibuang begitu saje.
 
kat sini just nak SHARE resepi nenas manis cz ada gak kawan2 yg minta resepinya lepas post gambar kat instagram & FB.
 
 
 
 
NENAS MANIS
 
bahan :
buah nenas
gula pasir
secubit garam
sedikit kulit kayu manis
air ( sekadar menenggelamkan nenas )
 
cara :
= rebus semua bahan hingga air menggelegak @ nenas sedikit lembut
** nak lagi best, celur nenas sekejap sebelum masak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...