Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Rabu, Disember 01, 2010

Muffin Jagung

30.11.2010 : Selasa : Dapur Rumah Hijau

petang semalam sempat lagi Pn. Ie buat muffin ni. puncanya ia terjadi kerana Nu'man tetiba tidur lama sangat pehtu Alif duk guna laptop tgk citer Thomas so Pn. Ie dah takde kerja nak dibuat.

tup tup selaklah buku resepi & buat muffin ni. lagipun memang dah lama nk buat muffin ni tp asyik tergendala aje. bahan2 semua dah ada. lega sangat cz dah dapat buat.

untung sape jadi jiran Pn. Ie cz selalu dapat merasa apa yg Pn. Ie masak ( selalu masak terlebih so sedekah je lah kan daripada membazir ). manalah tau tetiba dapat tempahan. hik......


MUFFIN JAGUNG

Bahan - bahan :
Bahan A ( sila ayak ye )
2 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam

Bahan B
1 cawan jagung dalam tin
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 biji telur ayam

Cara - caranya :
1: gaulkan bahan A & bahan B sehingga sebati
2: masukkan dalam kertas muffin yg sesuai
3: kukus selama 25-30 minit dengan api yg besar

** Resepi diperolehi dari buku 1 Hari 1 Resepi ye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...