Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Rabu, Disember 08, 2010

Beef Lasagna

07.12.2010 : Selasa : Dapur Rumah Hijau

hari ni Pn. Ie bersemangat betul nak buat lasagna. kesnya sebab x puas makan masa beli kat Domino's haritu. bahan tak berapa lengkap tapi adjustlah apa-apa yg patut & g beli sikit kat kedai runcit berdekatan.

dugaannya ialah......blender rosak masa nak main kisar-kisar apa yg patut. bengang je Pn. Ie. last-last just potong2 je lah apa yg sesuai.



:: antara bahan-bahan yg digunakan ::

BEEF LASAGNA VERSI PN. IE

Bahan Asas :

kepingan lasagna - beli yg dah siap jenama San Remo

keju ( apa-apa pun boleh )

Sos Merah :

Sebungkus daging cincang jenama RAMLY - 450gm

Setengah botol kecil sos tomato

sedikit sos cili

sedikit sos lada hitam

sebiji buah tomato

bawang merah

bawang putih

air

garam

gula

Cara - caranya :

1 : tumis bawang merah & bawang putih

2 : masukkan daging & biarkan sampai hampir masak

3 : tambahkan buah tomato, sos tomato, sos cili, sos lada hitam, gula & garam

4 : tambahkan air. biar banyak macam buat kuah spagheti

5 : bila dah masak, biarkan dulu.

Sos Putih :

3 sudu besar planta

3 sudu besar tepung gandum

3 cawan susu penuh krim

sedikit lada sulah

sedikit garam

Cara - caranya :

1 : cairkan planta dengan api yg sederhana

2 : masukkan tepung gandum & gaul supaya tidak berketul

3 : masukkan susu, lada sulah & garam

4 : masak dengan api sederhana hingga pekat

Buat Lasagna :

1 : sapu loyang dengan minyak supaya tidak melekat

2 : susun kepingan lasagna

3 : masukkan sos merah

4 : masukkan sos putih

5 : tabur keju apa yg patut - Pn. Ie guna kraft single je cz tu je yg ada

6 : ulang langkah 2-5 sampai habis adunan

7 : bahagian atas sekali, pastikan kuah menutupi kepingan lasagna dengan secukupnya then taburkan keju ye

8 : bakar dalam oven ye dlm 30 minit dan ke atas sehingga kepingan lasagna lembut

* air kena banyak supaya kepingan lasagna masak dengan sempurna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...