12.12.2010 : Ahad : I-City : 6.45pm - 9.45pm
hari ni takde plan apa-apa so lepas lunch tu En. Han ajak g I-city ni so ok lah. kul 6++ gerak dari rumah cz saje je g awal sikit. bukan apa, takdelah lama-lama sangat kat situ cz anak-anak pasti mau TIDUR.
perjalanan pergi tu memang lancar je. masa sampai tu orang belum ramai lagi so takdelah menempuh "JEM" utk masuk dalam tu. masa masuk tu kena bayar RM 10.00 per entry ye. sampai-sampai tu ronda2 kejap & solat maghrib dulu. SURAU nya tak berapa baguslah cz tempat baru nak membangun & takde gaya surau langsung. janji ada tempat nak solat kan.
pehtu ronda sakan lah. dah penat ronda kitorang makan2 le. kalau sapa-sapa belum pernah pergi & bercadang nak g, ronda-ronda dulu tempat jual makanan tu sebelum membeli cz berlaku "PERANG HARGA". bab MAHAL tu biasalah kan kalau tempat-tempat cenggitu tapi cari je lah yg berpatutan dan nampak sedap.
tapi malam tu kitorangnya makanan yg dibeli tu kategori TAK SEDAP. kecewa je cz tak puas hati langsung : Nasi Ayam Hainan ( RM 5.00 ) + Char Kuey Teow ( RM 4.00 ) + Air Jambu Batu & Milo ( RM 1.50 secawan ). nasib baik Nugget ( RM 1.50 ) + Hot Dog ( RM 2.00 ) sedap sikit. Hot Dog tu ramai yg jual RM 3.00 & RM 5.00 tau. kalau jenis-jenis Nugget tu ramai yg jual RM 2.00
kat I-City tu ada 3 tempat yg kena bayar kalau nak ambil gambar dekat-dekat : Crystal, Safari & Snow. RM 2.00 je per person. budak-budak bawah 100cm FREE aje. tapi kita boleh tukar kupon entry ( RM 10.00 ) tu dgn salah satu tmpat yg berbayar tu @ beli makanan kat mana-mana restoran yg berkenaan. tapi kena pilih betul-betul untuk guna kupon RM 10.00 tu supaya berbaloi-baloi. lepas ronda-ronda kitorang guna kupon tu utk masuk tempat SAFARI.
menarik jugalah tempat ni cuma banyak dah yg rosak & tak dibaiki pun. pehtu dah banyak lampu yg tak menyala tapi LAYAN je lah janji anak-anak suka. tempat ni pun takdelah LUAS sangat ( setakat kitorang g ) so takdelah penat sangat ronda-ronda. banyak lagi yg belum membangun tu.
layan je lah gambar-gambar yg ada tu. sebenarnya Pn. Ie dah UPLOAD kat facebook so lagi cepat boleh tengok gambar-gambar kitorang. hik....
:: MORE PHOTO AT I-CITY ::
test sekejap
BalasPadam