Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Ahad, Disember 05, 2010

Cermin Mata

3.12.2010 : Jumaat : Rumah Hijau : 8.45 pm

tengah syok-syok Pn. Ie landing bersama keluarga di atas tilam, bersedia untuk tidur..... tiba-tiba TUP, arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... Speck Pn. Ie patah lagi. Ni lah speck yg paling mahal ( RM 300.00 sahaja ) pernah Pn. Ie buat & macam membazir je @ menyesal lepas buat tu. masa buat tu cz ada special price lah konon-kononnya untuk besday girl. hampes

Speck ni dah pernah patah di tempat yg sama selepas baru digunakan selama DUA MINGGU. pehtu g lah ganti cermin sahaja & kena bayar RM 150.00 utk 1 cermin aje. masa mula-mula dapat selesa je dipakai. bila lepas tukar cermin, dah kureng selesa so macam tak mau pakai je tp terpaksa.

Pehtu tak sampai pun 10 bulan, ia patah lagi di tempat yg sama. hurm.... malaslah nak tukar dah cerminnya. biarkanlah ia menjadi kenangan terhampeh. Siapa yang buat ??????? Sudah semestinya peminat cermin mata ------ Nu'man lah.

Nasib baik lah Pn. Ie masih simpan speck-speck lama yg agak-agak boleh dipakai lagi. so sekarang Pn. Ie pakai speck ni pulak walaupun ia dah rosak @ cacat sikit ( siap berselotep tu ). masih belum ada MOOD nak g buat baru. Sejak speck termahal tu tak selesa, Pn. Ie selesa menggunakan Contact Lens je so senang nak handle Nu'man.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...