Khamis, Disember 30, 2010
6 Hari 6 Malam
= brunch kat Sungai Buloh
= singgah kat Temerloh : sempat shopping, jumpa kwn lama, singgah sekolah anak2, melawat rumah sewa lama, ziarah jiran lama, beli burger feveret
= dinner di Gambang, Kuantan : mee kari paling best
= tidur kat rumah abang Pn. Ie : Galing Besar, Kuantan
25.12.2010 : Sabtu
= pergi kenduri kahwin di Kerteh 6, Terengganu
= singgah sebentar di Mesra Mall : xde shopping apa pun cz tak berkenan
= Maghrib sampai di Kuantan semula
= dinner di Tanjung Lumpur, Kuantan
= kul 11.30 malam sampai di Kuala Rompin, Pahang ( Rumah En. Han )
26.12.2010 : Ahad
= g ronda2 pasar minggu : shopping gaks ( selipar En. Han, T-shirt Pn. Ie, set cadar, blender special ) + terserempak abang sulung Pn. Ie juga
= petang2 dalam kul 6.30 ke atas, melepak di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
27.12.2010 : Isnin
= dalam kul 5.00 ptg dah sampai di Selancar 2 pula ( Rumah Pn. Ie )
= bersembang sakan le
28.12.2010 : Selasa
= kul 10.30 pagi dah sampai di bandar Segamat, Johor pulak. konon2 nak shopping sakan di ARIANI tapi malangnya takde yg berkenan pulak so CANCEL je plan itu. just shopping set cadar lagi + langsir utk rumah En. Han + langsir sikit je utk rumah hijau
= kul 3++ dah sampai semula di Selancar 2 & berehat le
29.12.2010 : Rabu
= kul 3 ptg dah bergerak untuk pulang ke KUANG
= kul 7 mlm br sampai rumah hijau
= kul 8 ++ keluar g shopping kat Giant, Kota Damansara pulak
Jumaat, Disember 24, 2010
Kepenatan @ Kekenyangan ?
hari ni Pn. Ie keluar g pejabat POS lagi. mula-mula terasa MALAS sangat nak g tapi dah TANGGUNGJAWAB kan so g je lah dalam malas-malas tu pun.
hari ni keluar awal sikit, belum kul 10.30 pagi dah keluar dah. tempat PERTAMA g, hantar TOTO ke kedai dobi dulu. kasi wangi sikit cz takdelah MALU bila ada tetamu nak tumpang tidur. LAGIPUN sekarang ni dah macam tak guna sangat TOTO tu cz sume dah tidur kat tilam memasing ( dah pisah tidur dengan anak - anak ).
tempat KEDUA pulak ialah kedai barang bebudak yg tengah buat MEGASALE. haritu dah g dah tapi 5 kali pusing tak dapat PARKING gak so balik je lah. kali ni dapat gak parking walaupun agak JAUH. saje je nak tengok kut-kut banyak menda MURAH. tapi tak murah sangatlah. just beli baju tidur utk HERO-HERO kecik ni je. jimatlah 5-6 ringgit.
tempat KETIGA barulah The Store ( dalam tu ada Pejabat Pos ). urusan kat sini SEKEJAP sangat cz hari ni langsung tak ramai orang ( xde sapa yg beratur pun ). LENGANG aje. bising dgn bunyi staff nya menyembang aje. pehtu macam biasalah, ronda-ronda dalam tu ke tempat-tempat apa yg sesuai.
then kul 12.xx pm baru balik ke rumah. dalam perjalanan tu nu'man dah minum susu & layan WEDGES from kfc. adalah 2-3 ketul rasanya. tup tup dia dah tertidur sambil pegang makanan yg tak sempat habis. kelakar je.......
Apron Mama
sebenarnya dah 2-3 bulan gak nak beli APRON ni cz senang nak buat kerja-kerja di dapur. tapi bila g je kedai tu, tak berkenanlah dan macam-macam lagilah alasannya.
hari ni Pn. Ie NEKAD, nak beli juga tak kisahlah apa yg berlaku pun. takde pilihan lagsung so Pn. Ie beli je lah yg warna PINK ni. sebenarnya Pn. Ie nak beli yg warna BIRU tapi yang tu ada 4 set pulak ( tak mau towel tu ). Pn. Ie nak yg 3 set je so warna PINK je yg ada.
malas nak pikir lama-lama dah cz NAK PAKAI kat dapur aje. takde sape-sape nak TENGOK pun. Terus je Pn. Ie ambik warna PINK tu dan bayar. RM 12.90 aje untuk
set ni : 1 Apron, 1 Sarung tangan & 1 pemegang @ lapik 4 segi tu
Mee Siput
Mee Bandung Muar
23.12.2010 : Khamis : Dapur Rumah Hijau
hari ni tersangat MALAS nak masak tambahan pulak tak nak tambah-tambah dah STOK barang basah kat dlm peti ais cz nak BERCUTI sakan ( tak sakan sangatlah cz En. Han ada meeting pulak ) so masak apa yg ada je cuma tadi g beli UDANG + SOTONG aje. konon-konon nak g beli daging ( fresh punya ) tapi derang tutup kedai pulak. kalau tak mesti lagi sedap kut.
masakan yg simple aje cz campak apa yg patut bersama PERENCAH SEGERA yang dah sedia ada. Perencah ni En. Han dapat masa g meeting kat TANGKAK haritu.
rasanya : boleh tahan juga cz agak menepati citarasa. yang penting TAK PEDAS.
Nasi Goreng Cendawan
Dunia Mereka
ni lah dunia mereka bila Pn. Ie main masak-masak. derang akan melepak sama-sama di dapur juga tapi diorang main permainanlah. dah macam-macam permainan ada tapi 90% ialah kereta & keretapi.
tu semua mainan alif. nu'man nya sikit sangat-sangat & dah tak main @ tak sesuai kut so main abang punya je lah. lagipun nu'man belum pandai minta-minta so main je lah kan.
Selasa, Disember 21, 2010
Murtabak Singapore
hari ni En. Han bawa balik Murtabak Singapore yang dibeli dari TANGKAK, johor. selain tu En. Han bawa balik Perencah Mee Bandung Muar & Mee Siput yg belum digoreng lagi. last makan Mee Siput ni bulan JUN 2010 hari tu kut.
ni semua BUAH TANGAN masa En. Han menghadiri MESYUARAT kat situ. apa ke nama tempatnya tah. En Han g balik hari je.
Murtabak Singapore :
Untuk PERTAMA KALI melihat & merasa...... TAK SEDAP SANGAT cz murtabaknya macam tak cukup rasa then kuahnya pun kurang best. dah PANASkan dalam MICROWAVE pun still tak berapa syok gak. PENIAGA tu belum terror kut. hik......
Pecah
Ketumbit
kecian NU'MAN cz matanya makin teruk. bangun pagi tadi, nampak BENGKAK sangat-sangat. sebelum2 ni just keluar TAIK MATA je tp nampak macam tak sakit mata pun so bior je lah, kut-kut lah BAIK sendiri. tup tup pagi tadi MELARAT pulak.
so pepagi lagi Pn. Ie dah bawa Nu'man g KLINIK. Doktor kata Nu'man kena Adik Beradik Ketumbit. cian Nu'man. so doktor bagi cream sapu & ubat antibiotik untuk kurangkan bengkak tu.
walapun matanya bengkak, Pn Ie bawa g BUAT KERJA gak. g pos barang2 pelanggan. hik.... malu gak bila org tengok cz sure derang ingat Nu'man SAKIT MATA. yg mana macam dah selalu nampak kitorang, ada gak yg TANYA.
TAHNIAH
Buah - buahan
Santapan AHAD
hari ni pepagi keluar g Pasar Pagi Sungai Buloh cz jalan-jalan cari sarapan kejap. bukan apa, kat rumah langsung x boleh buat apa... GAS HABIS. tu lah asyik hari2 masak so DUA BULAN lebih sikit je gas dah habis. masa duk temerloh tu rasa macam lambat sangat baru habis. siap En. Han cakap " Nanti gaji kita beli tong gas xtra lah ". hik..........
pas g pasar tu kitorang melepak di rumah aje. tak keluar2 dah cz petang tu pun hujan. MOOD masak-masak agak malas so masak yg sempoi2 aje lah. malas nak duk lama2 kat dapur.
LUNCH + DINNER : Spageti Bolognais ( Kasi SOUND je udah le )
MINUM PETANG : Teh Tarik + Cendawan Goreng
Putrajaya
hari ni kitorang g Putrajaya - Presint 8 cz ada kenduri kawin kawan opis En. Han. keluar rumah awal cz g servis kereta dulu. then 12.45pm baru bertolak ke kenduri kawin. dlm kul 1++ dah sampai dah. senang je cari cz main point Hospital Putrajaya so no prob cz En. Han selalu gak g sana.
lepak kat kenduri kawin sampai kul 2++ then kitorang g meronda kejap apa yg patut. pehtu terus ke Alamanda. nak lah tengok2 tempat orang kan. asyik dengar je. pendapat Pn. Ie.... biasa2 je Alamanda tu tp senang lah nak ronda2 cz tak besar mana. yg kecewa cz banyak gak Pn. Ie masuk kedai tapi semua tak berkenan di mata + hati so window shopping aje le.
dlm kul 5++ dengan tak sengajanya kitorang g Bandar Botanic, Klang cz Pn. Ie mau ambil stok baru. pergi dgn pantas cz kedainya tutup kul 6.30 pm. seb baik sempat. memang betul g kedai tu aje cz dah terlewat. sepatutnya esoknya g situ tp dah disebabkan 1 jln so G je lah.
gambar ???? hurm.. kecewa sangat cz Pn. Ie bawa kamera tapi Sim Card yg BEST tertinggal kat TV tp xpelah cz ada sim spare tapi bila buka je kamera tu, BATERI pulak tertinggal kat chargernya. hurm... padan muka kitorang.
Nasi Bukhari
17.12.2010 : Jumaat : Dapur Rumah Hijau
Hari ni Pn. Ie terlebih rajin so Pn. Ie masak NASI BUKHARI AYAM. bahan-bahan yg sangat simple so memang senang lah nak main masak-masak. guna perencah yg dah siap aje. beli masa pameran kat Giant. memang BERBALOI-BALOI gitu tau.
apa taknya, beli perencah tak sampai RM 4.00 then boleh makan dalam 5-6 orang. sedap pulak tu. yang penting ANAK-ANAK suka sangat makan.
Bahan - bahan : Ikut Je Arahan Kat Belakang Kotak ye. he2 antaranya Setengah Ekor Ayam, stgh kilo beras, sepeket perencah, 1 liter air dll
Ahad, Disember 19, 2010
RESULT : eqbalzack 2010 Giveaway Contest
hurmmm.... tak sabarnya nak tau RESULT contest ni. almaklumlah, baru pertama kali join blog contest so berdebar-debar + macam perasan MENANG je. ha2
kalau menang, hero-hero kecik lah yg paling suka cz derang SUKA SANGAT dgn upin ipin ni. yg kecik umur 1 tahun pun suka & boleh statik duk dpn TV klu ada citer ni.
apa-apa pun ni kan pertandingan so terpulanglah TUAN punya contest tu nak pilih pemenangnya. kalau KALAH, next time cuba lagi. kalau MENANG, alhamdulillah.
RESULT : 20.12.2010 - Isnin - 10.00 am
Khamis, Disember 16, 2010
"TETAMU"
alhamdulillah akhirnya "tetamu" yg kitorang tunggu - tunggu dah sampai jua. dah lama sangat kitorang tunggu kedatangan "tetamu" ni. kitorang selalu melawat "tetamu" ni tau tapi bila diundang, selalunya langsung tiada layanan. tapi kali ni...... BERJAYA.
Siapakah "TETAMU" itu ???????????????
jeng jeng jeng.......................... TETAMU = TV BARU yeeehaaaaa
Kitorang BOOKING tv ni masa hari SABTU lepas kat KLCC dan En. Han berjaya bawa pulang malam semalam. saje je beli TV ni cz teringin sangat-sangat kan. ALHAMDULILLAH ada rezeki lebih ( dapat CLAIM yg ntah bulan bila punya ) & tak nak duit tu "terbuang" begitu saje so En. Han pilih untuk beli TV idaman dia. Pn. Ie terima je seadanya.
Gambar ????? tak mau lah letak cz nanti ada pulak yg datang merompak kat rumah Pn. Ie. naya je kan..... apa-apa pun puas hati jugaklah cz tak yah g CINEMA dah kut dalam masa terdekat ni walaupun Pn. Ie tingin sangat nk masuk panggung. dah hampir 4 tahun tak masuk panggung tau.
TV yg lama ?? kitorang ada plan untuk itu iaitu sedekah kpd yg berkenaan tapi dlm masa terdekat ni nak bagi MAK ABAH Pn. Ie guna dulu cz tadi mak Pn. Ie bagitau TV yg Pn. Ie hadiahkan dulu tu baru je rosak. cian derang cz BUTA MATA, PEKAK TELINGA. he3
eqbalzack 2010 Giveaway Contest
BOLA
hari ni mood anak-anak baik so main bola sama-sama sementara menunggu En. Han yg balik agak lewat daripada biasa. kat rumah dah ada macam-macam jenis & warna bola dah. dari kecik sampailah ke besar....macam-macam ada.
layan je lah gambar yer...............
Vercimelli Carbonara
Hari ni Pn. Ie masak " Vercimelli Carbonara " untuk makan malam. dah 2 hari Pn. Ie masak makanan selain nasi cz En. Han tetiba je sakit tekak. semalam dah buat kuey teow tom yam so hari ni layan western style pulak.
walaupun Pn. Ie langsung tak pandai masak WESTERN tapi kita guna apa yg ada di pasaran. hik..... cukup senang, mudah & SEDAP gak. Anak-anak Pn. Ie tersangatlah suka cz konon-konon makan macam kat Pizza Hut je.
VERCIMELLI CARBONARA
Bahan - bahan :
1 tin kecil PREGO warna biru ( cream cendawan )
1/3 plastik vercimelli ( San Remo )
2 biji bawang putih
8 ekor udang saiz S
sedikit serbuk lada hitam
sedikit stok ayam
Cara - cara :
1 : tumis bawang putih & udang
2 : masukkan isi PREGO
3 : tambahkan serbuk lada hitam & stok ayam
4 : biarkan menggelegak, masukkan vercimelli ( yg dah siap direbus )
5 : sedia dimakan
Cucur Bilis
Rabu, Disember 15, 2010
Cuci Mata
JOM kita cuci - cuci mata kat sini KEJAP.
Kalau RAJIN, klik LIKE.
ha3
:: TENGOK SINI ::
First Pyjamas
alhamdulillah hari ni baju yg Pn. Ie beli untuk anak-anak tetiba je sampai. Tuan Kedai tu xde inform apa-apa pun pasal penghantaran. seb baik masa tu dah ada kat rumah. mula-mula tu agak risau juga cz lepas bgtau dah buat bayaran, DIA senyap aje.
ni adalah PYJAMAS pertama untuk anak-anak. sebelum ni memang tak pernah beli & tak berminat langsung nak beli. tak tau lah ngapa. tapi kali ni tetiba je Pn. Ie tergerak hati nak beli. motifnya bukan apa, senanglah nak dipakai waktu bercuti ke mana-mana terutamanya yg melibatkan HOTEL. derang ni bukan nak pakai selimut so harap-harap PYJAMAS tu membantu lah serba sedikit.
alhamdulillah PYJAMAS ni Pn. Ie beli hasil dari titik peluh = keuntungan berniaga. masa nak pilih tu memang lama lah cz Pn. Ie nak dapatkan menda yg sama, agak cantik di mata & yg penting MURAH dari peniaga lain. adalah Pn. Ie survey lebih dr 10 peniaga di FB tu.
akhirnya Pn. Ie pilih yg dlm gambar tu cz ready stock, seluar boleh pakai dgn baju lain, ada 2 saiz yg sesuai & yg penting dapat harga TERBAIK + FREE Gift lagi. tak yah minta sebarang diskaun dah cz MURAH dari orang lain. pilih-pilih tu bukan apa, kebanyakannya kena ORDER pehtu Pn. Ie nak 2 saiz patern yg sama so susah skit lah kan.
Selasa, Disember 14, 2010
Bengang + Tension
motif utama nak ada yg paparkan KOMEN je + tempat @ ruang komen yg BEST.
yg pelik sesangat..... ngapalah kebanyakan template tu ada 2 tempat CATATAN BLOG. tau menda tu kena buang TAPI nak buang camne ye?
malasnya nak cari CODING nya.
tulunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnng
I-City
hari ni takde plan apa-apa so lepas lunch tu En. Han ajak g I-city ni so ok lah. kul 6++ gerak dari rumah cz saje je g awal sikit. bukan apa, takdelah lama-lama sangat kat situ cz anak-anak pasti mau TIDUR.
perjalanan pergi tu memang lancar je. masa sampai tu orang belum ramai lagi so takdelah menempuh "JEM" utk masuk dalam tu. masa masuk tu kena bayar RM 10.00 per entry ye. sampai-sampai tu ronda2 kejap & solat maghrib dulu. SURAU nya tak berapa baguslah cz tempat baru nak membangun & takde gaya surau langsung. janji ada tempat nak solat kan.
pehtu ronda sakan lah. dah penat ronda kitorang makan2 le. kalau sapa-sapa belum pernah pergi & bercadang nak g, ronda-ronda dulu tempat jual makanan tu sebelum membeli cz berlaku "PERANG HARGA". bab MAHAL tu biasalah kan kalau tempat-tempat cenggitu tapi cari je lah yg berpatutan dan nampak sedap.
tapi malam tu kitorangnya makanan yg dibeli tu kategori TAK SEDAP. kecewa je cz tak puas hati langsung : Nasi Ayam Hainan ( RM 5.00 ) + Char Kuey Teow ( RM 4.00 ) + Air Jambu Batu & Milo ( RM 1.50 secawan ). nasib baik Nugget ( RM 1.50 ) + Hot Dog ( RM 2.00 ) sedap sikit. Hot Dog tu ramai yg jual RM 3.00 & RM 5.00 tau. kalau jenis-jenis Nugget tu ramai yg jual RM 2.00
kat I-City tu ada 3 tempat yg kena bayar kalau nak ambil gambar dekat-dekat : Crystal, Safari & Snow. RM 2.00 je per person. budak-budak bawah 100cm FREE aje. tapi kita boleh tukar kupon entry ( RM 10.00 ) tu dgn salah satu tmpat yg berbayar tu @ beli makanan kat mana-mana restoran yg berkenaan. tapi kena pilih betul-betul untuk guna kupon RM 10.00 tu supaya berbaloi-baloi. lepas ronda-ronda kitorang guna kupon tu utk masuk tempat SAFARI.
menarik jugalah tempat ni cuma banyak dah yg rosak & tak dibaiki pun. pehtu dah banyak lampu yg tak menyala tapi LAYAN je lah janji anak-anak suka. tempat ni pun takdelah LUAS sangat ( setakat kitorang g ) so takdelah penat sangat ronda-ronda. banyak lagi yg belum membangun tu.
layan je lah gambar-gambar yg ada tu. sebenarnya Pn. Ie dah UPLOAD kat facebook so lagi cepat boleh tengok gambar-gambar kitorang. hik....
:: MORE PHOTO AT I-CITY ::
KLCC 2010
hari ni Pn. Ie plan nak g Plaza GM cz nk ambik stok sikit so g awal sikitlah. hari ni PECAH REKOD cz masuk plaza tu kejap aje cz beli apa yg patut je. malas nak round2 cz BAHAYA.
disebabkan habis awal so xde plan lain, kitorang g KLCC pulak cz masa on d'way nk g plaza tu ada bunting bgtau ada PIKOM so g je lah lepak kat sana.
PIKOM DEC 2010 ni macam biasalah, pameran yg melibatkan teknologi terkini. kali ni pintu masuk @ dewan pertama promote barang-barang elektrik macam TV dll ( Toshiba, LG, Sony, Panasonic dll ). sebenarnya saje je ronda2 kat situ cz konon2 nak tengok2 apa yg terbaru. tup tup masuk tu terus sangkut. dalam perancangan lagi 3-4 hari nak order TV utk follow rega staff PANASONIC sekali kat situ OFFER baik punya so terus bayar deposit.
ronda-ronda kat HALL 1 tu pun dah lama so ingat malas dah nak tengok-tengok yg lain cz anak-anak dah bosan + macam nak mengamuk cz derang ngantuk. yg kecewanya, hanya ada 1 pintu masuk & 1 pintu keluar je. sape2 yg masuk tu kena round habis2 baru bleh keluar. penat tu klu follow. guard memang agak strict gak lah. seb baik kitorang dpt pujuk sorang mamat tu utk keluar kat "pintu khas", lagipun masa tu takde orang nampak. LEGA sangat cz tak payahlah round habis dewan2 tu.
Lepas keluar dari PIKOM tu kitorang melepak pulak kat taman KLCC tu dari ASAR sampailah ke MAGHRIB. kat sini anak-anak lah yg SUKA sangat cz dapat main kat taman permainan. yang tak disangka dan tak diduga tu En. Han suh derang p mandi kat kolam tu. dah le memang tak ready langsung ( x bawa beg plastik utk baju basah, tuala & sabun ). seb baik memang Pn. Ie jenis bawa spare baju, seluar & pampers so bagi je lah derang mandi. dapat sekejap pun takpe.
Sabtu, Disember 11, 2010
Rabu, Disember 08, 2010
Beef Lasagna
hari ni Pn. Ie bersemangat betul nak buat lasagna. kesnya sebab x puas makan masa beli kat Domino's haritu. bahan tak berapa lengkap tapi adjustlah apa-apa yg patut & g beli sikit kat kedai runcit berdekatan.
dugaannya ialah......blender rosak masa nak main kisar-kisar apa yg patut. bengang je Pn. Ie. last-last just potong2 je lah apa yg sesuai.
BEEF LASAGNA VERSI PN. IE
Bahan Asas :
kepingan lasagna - beli yg dah siap jenama San Remo
keju ( apa-apa pun boleh )
Sos Merah :
Sebungkus daging cincang jenama RAMLY - 450gm
Setengah botol kecil sos tomato
sedikit sos cili
sedikit sos lada hitam
sebiji buah tomato
bawang merah
bawang putih
air
garam
gula
Cara - caranya :
1 : tumis bawang merah & bawang putih
2 : masukkan daging & biarkan sampai hampir masak
3 : tambahkan buah tomato, sos tomato, sos cili, sos lada hitam, gula & garam
4 : tambahkan air. biar banyak macam buat kuah spagheti
5 : bila dah masak, biarkan dulu.
Sos Putih :
3 sudu besar planta
3 sudu besar tepung gandum
3 cawan susu penuh krim
sedikit lada sulah
sedikit garam
Cara - caranya :
1 : cairkan planta dengan api yg sederhana
2 : masukkan tepung gandum & gaul supaya tidak berketul
3 : masukkan susu, lada sulah & garam
4 : masak dengan api sederhana hingga pekat
Buat Lasagna :
1 : sapu loyang dengan minyak supaya tidak melekat
2 : susun kepingan lasagna
3 : masukkan sos merah
4 : masukkan sos putih
5 : tabur keju apa yg patut - Pn. Ie guna kraft single je cz tu je yg ada
6 : ulang langkah 2-5 sampai habis adunan
7 : bahagian atas sekali, pastikan kuah menutupi kepingan lasagna dengan secukupnya then taburkan keju ye
8 : bakar dalam oven ye dlm 30 minit dan ke atas sehingga kepingan lasagna lembut
* air kena banyak supaya kepingan lasagna masak dengan sempurna
Bubur Kacang Hijau
Udang Goreng Tepung
Hari Coklat
Kentang
SOS
ni ada pelbagai sos. 5 botol = Rm 10.00 sahaja pehtu dapat PERCUMA 1 botol. so Pn. Ie pilih set
1 : Sos Pencicah Istimewa
2 : Sos Tiram
3 : Sos Tomato
4 : Sos Cili
5 : Kicap Lemak Manis
Yang percuma pulak Pn. Ie pilih Sos no 1 cz sedap sangat.
Sos2 ni keluaran MH Mohd. Insyaallah tak rugi beli. Pehtu pasni Pn. Ie tak yah pening2 nak cari kat mana cz derang dah masuk pasaran utk Giant.