Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Selasa, November 29, 2011

33 weeks




29.11.2011 :: Selasa

ALHAMDULILLAH dah masuk 33 minggu pun. masa 32 minggu haritu, mama baru SIBUK nak cari baju2 ALIF + NU'MAN masa derang baby2 dulu. pas kemas2 dapat le SIKIT utk new baby. cukup lah kut utk sementara waktu nih. yg terlampau BANYAK : sarung tangan + sarung kaki so kali ni mama LANGSUNG x nak beli lah. gn apa yg ADA je.

ingatkan dah SETEL tapi bl dah KEMAS almari utk new baby, rupa2 nya mama belum CUCI selimut. ha3 sabor je lah kan. seb baik semangat nak mengemas tu dah datang. baru2 ni pun mama dah BELIKAN baju baru special utk masa 1st time melihat DUNIA nanti. tak best lah klu pakai baju2 abang je kan. mesti nak ada yg BARU gaks. beli 2 psg je pun.

NOW persiapan utk new baby dah setel 100 %. tgl nak packing utk bawa g hospital je belum lagi cz ada yg belum dilipat. persiapan utk MAMA baru 70% kut cz rasa macam ada beberapa menda PENTING blm jmp lagi nih. baru ni ada gak g intai2 beberapa kedai tapi masih blm BERKENAN di hati. menda penting yg blm beli : Tungku, Set Bersalin & Pil Ikan Haruan, brg2 berkaitan penyusuan

Kesimpulan utk 33 mgu ::
  • sangat2 MALAS nak ngadap laptop utk update BLOG
  • mama makin TAK CUKUP tenaga & sering keletihan + termengah2
  • rasa macam dah SARAT sangat je + betul2 memboyot
  • hanya ada 1 JUBAH je yg muat klu nak g mana2 majlis
  • ada 2 makanan yg dimakan masih belum dapat ni
  • makin MALAS nak main masak2
  • masih ambik tempahan KUIH tp dlm jumlh yg sikit je

24.11.2011

:: Credit to LM, Facebook ::

Happy Birthday To Mak Su
25 years dah

Semoga Panjang Umur, Murah Rezki, Bahagia Dunia Akhirat

20.11.2011

20.11.2011 :: Ahad

hari ni tarikh yang CANTIK kan? so hari ni juga lah abang ipar mama ( Pak Ngah ) bernikah dengan pasangannya.
tahniah utk ANGAH ( abang ke 2 papa ).
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat
majlis persandingan akan diadakan pada 24.11.2011 nanti

*gambar x tau PAPA letak mna masa mama tgh taip ni :-p

Cuti - Cuti Tak Ke Mana



15.11.2011 :: Selasa
hari ni PAPA kena g hospital muadzam shah dengan PINJAM kereta atuk.
mama + anak2 tinggal kat rumah atuk nenek le. dlm kul 9++ kitorang semua berSIAP2 nak g baiki KETA papa tapi malangnya macam x boleh bawa JAUH2 langsung cz masukkan je AIR trus kuar.

LAST2 bawa g rumah kawan atuk utk cek apa yg patut dulu then baru g SEGAMAT. hampir 3 jam juga baru siap cz kali ke 3 pasang radiator tu baru POMEN perasan ada "menda" yg ganggu yg mengakibatkan ia BOCOR lagi. tu yg 3 kali buka & pasang baru setel. seb baik dia minta UPAH rm 30.00 je.

pehtu terus g SEGAMAT hanya untuk jalan2 je + lunch cz keta dah SIHAT. tak g mna pun. memang mama ada MENDA nak dibeli tp x jumpa2 pun. paling KECEWA ialah konon2 nak makan DURIAN tp kedai2 buah yg kitorang berenti, TAKDE 1 pun yg jual durian. musykil je.

16.11.2011 :: Rabu
hari ni PAPA kena g hospital pekan pulak. pehtu dlm tgh hri tau TAK JADI g hospital kuantan so PUNAH plan kitorang utk ke KUANTAN. kitorang anak beranak stay rumah atuk nenek je lah. mama ORDER mcm2 le apa yg nk dimakn.

17.11.2011 :: Khamis
hari ni PAPA masih di hospital pekan. hri ni xde aktiviti sangat. petang tu je kitorang g pasar petang kat Selancar 3. x ramai langsung org berniaga. saje jln2 ambik angin petang je. PAPA sampai dalam kul 7.15 pm gtu.

18.11.2011 :: Jumaat
hari ni dalam kul 3 pm kitorang balik rumah family PAPA pulak.

19 & 20.11.2011 :: Sabtu & Ahad
Still stay @Kuala Rompin

Tragedi November

14.11.2011 :: Isnin

hari ni pepagi papa g opis kejap cz nak APPLY cuti + buat kerja2 utk outstation. tup2 smp HALF DAY gaks. tensen je kitorang yg tgh MENUNGGU kat rumah.

then angkat2 barang terus gerak ke SHAH ALAM pulak cz ada hal sikit yg nak diuruskan. kali ni papa TURUN sorang2 je cz anak2 semua dah TIDUR so kitorang kena lepak dalam keta je walaupun hati mama MELONJAK2 nak turun cz dekat dengan SACC Mall tu.

dalam kul 3.30 pm setel semua urusan & kitorang terus gerak balik kampung mama. masa kat HIGHWAY, lps je R & R seremban, tetiba dah mula "JEM" sampaile nak masuk simpang Senawang. dalam sejam setengah gak le kitorang ketensenan. seb baik ada hujan sikit so sejuk gak le. ada kemalangan 2 buah lori gtu ( lori bawa buah tembikai & bawa barang ). ms kitorang lalu tu, lori2 tu baru nak di"towing".

dalam kul 8++ pm & masuk je ke kwsn gelap + berhutan, tetiba mama rasa aircond macam x sejuk je. beberapa kali gak mama cuba cek apa yg tak kena. then x lama tu papa menjerit " alamak, temperature naik lah ! " agak CUAK gak le masa tu cz dh hampir melampau naiknya & kwsn sgt2 gelap.

seb baik le x brp jauh tu ada kwsn terang sikit & dekat ladang GETAH yg ada pak guard so terus berenti kat situ utk BEREHAT. lbih 45 minit gak tgu enjin sejuk + tambah air. then teruskan perjalanan dalam stgh jam je temp naik lagi & kali ni kena berenti betul2 kwsn yg GELAP GULITA. memang TAKUT sesangat tp tawakal je lah. then papa check maps & teruskan gak ke depan cikit. ALHAMDULILLAH terjumpa kedai makan yg beroperasi walaupun tgh blackout.

REHAT kat situ lbih 45 minit lg cz tunggu enjin sejuk + tambah air. sempat gak le mengeTEH kt kedai tu & sampai letrik ada kembali. kitorang dgn muka tak malunya minta TONG kt tuan kedai utk bawa air cz takut temp naik lagi & kena berenti. masa kat sini ada gak AKAK yg simpati dgn kitorang tp tolong borak2 je lah.

perjalanan diteruskan tetapi dlm 20 minit je dh kena berenti sekali lagi. seb baik jmp kedai mkn yg hampir2 nak tutup kedai dah. buat proses yg sama gaks. kwsn tu masih xde bekalan letrik tp seb baik kedai tu ada generator so TERANG le.

perjalanan diteruskan lagi dgn kelajuan plg tinggi 60 km/j gtu. tak bleh laju2 cz makin cpt TEMP nya naik. alhamdulillah kali ni kitorang terus sampai ke rumah family MAMA. dalam kul 11.30 pm baru sampai. JAUH sungguh perjalanan.


Sabtu, November 12, 2011

11.11.11


SELAMAT HARI LAHIR PAPA
11.11.11
31 tahun
1 hadiah je


apa yg SPECIAL sgt dengan tarikh 11.11.11 tu ?
besday PAPA le tapi x dapat celebrate cz papa kena outstation.
ada beberapa HAL yg menyebabkan kitorang tak ikut.
tapi apa2 pun mama dah siap POS hadiah papa kat dalam BEG dia cz tau papa lambat nak punggah2.
hadiah biasa2 je cz apa yg dirancang tak brp menjadi so kena tuka PLAN.
yg BESTnya mama buat sendiri KEK utk besday papa cz kitorang semua bkn suka sangat mkn kek so malas nak g beli yg BESAR2.

Cheese Cake


RESEPI CHEESE CAKE

bahan A :
200 gm biskut marie @ biskut digestive ( dikisar halus )
* mama guna biskut cream cracker je
100 gm mentega ( dicairkan )

bahan B :
250 gm cream cheese
200 gm whipping cream
100 gm gula kastor *120 gm
15 gm gelatin * 20 gm
100 ml air suam * 112 ml
jem strawberi & blueberi
buah anggur & strawberi

cara :
= campurkan bahan A hingga sebati & boleh dikepal2
= kemudian masukkan ke dalam loyang & tekan hingga padat
= sejukkan selama 30 minit hga sejam
= sementara tunggu, putarkan cream cheese bersama gula kastor hingga kembang
= selepas itu, masukkan whipping cream & kacau lg hingga adunan lembut & sebati. ketepikan
= bancuh gelatin bersama air suam & campur ke dlm adunan tadi. gaul sebati
= tuang adunan ke dlm loyang berisi biskut tadi & masukkan dalam peti sejuk
= biar hingga keras baru boleh dihias & dimakan
* 3 jam ke atas dah OK dah
# resepi asal dapat dari majalah Pa & Ma #


10.11.2011 :: Khamis

hari ni MAMA semangat nak cuba buat CHEESECAKE special utk besday PAPA.
alhamdulillah berjaya gak dengan jayanya & yg penting PAPA suka. he3
kali ni MAMA buat 2 jenis topping : blueberi & strawberi


:: blueberi topping ::
:: letak anggur je lah cz blueberi mahal sangat ::


:: strawberi topping :: :: seb baik ada buah strawberi ::

06.11.2011


SELAMAT HARI LAHIR MAK
06.11.2011
58 tahun

Selasa, November 01, 2011

1.11.11

01.11.2011 :: Selasa

SELAMAT DATANG november. kejap je masa berlalu.

apa yg berlaku pada tarikh hari ni ??????
mama pun baru perasan rupanya........ now mama dah 29 weeks pregnant.
dah 1 minggu dah masuk ke TRIMESTER yg ke 3.

menurut kalendar @ due.... lagi 77 hari je mama akan melalui kehidupan baru bersama 3 anak-anak.

tapi macam awal dari TEMPOH tu kut.....

= special in november 2011 =
> birthday papa, mak mama (nenek) & mak su (adik mama)
> abang ipar ( ANGAH ) akan bernikah & kawin pd 20.11.2011 nanti
> besday papa yg paling special dari segi TARIKH = 11.11.11

Kek Coklat Kukus

01.11.2011 :: Selasa

dah LAMA dah teringin nak cuba resepi yg ni tapi asyik TERTANGGUH je gara2 kemalasan melanda. tetiba hari ni terRAJIN pulak so siaplah gak dalam kul 1.30 pm tgh hari tadi. memang cepat cz semua bahan2 memang dah ada kt dalam rumah pehtu SUKATAN nya sangat2 mudah so lagi lah CEPAT nk siap. pehtu KUKUS pulak so tak risau @ tak yah intai2 cz confirm tak hangit.



KEK COKLAT KUKUS

bahan A :
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanila

bahan B :
4 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik

cara :
- masak sebentar bahan A hingga sebati dan ketepikan
- pukul telur hingga kembang & campur semua bahan B
- kemudian gabungkan campuran A & B dan digaul hingga sebati
- tuang adunan ke dalam loyang
- kukus adunan selama 45 minit


Spagheti Lala

31.10.2011 :: Isnin

mama sekarang ni duk pikir menu yg berselang seli dengan NASI. kiranya tak mau makan NASI hari2 cz papa kata dia dah GEMUK so cian dia. jadi mama kenalah pelbagaikan menu terutama yg simple2 je cz senang nak masak tapi SEDAP dimakan.

masakan ni sangat sesuai dipadankan dengan UDANG & SOTONG tapi mama ada stok lala je so hentam saje lah ye. he3




SPAGETI LALALA

bahan :
spageti yg dah siap direbus @ masak
lala yg dah direbus setengah masak
bawang putih
bawang besar
cili kering
lobak merah
kiub @ serbuk pati ikan bilis
susu cair

cara :
- panaskan minyak, tumis cili kering + bawang putih + bawang besar
- masukkan lobak merah
- kacau sebati & masukkan serbuk pati ikan bilis + susu cair
- kacau lagi & tambahkan sedikit air
- perasakan dengan garam + gula
- masukkan spageti + lala
- gaul sebati & sedia dihidang

Ikan Asam Rebus

30.10.2011 :: Ahad

hari ni takde plan nak g memana so mama kena MASAK2 le. takde berapa nak ada IDEA so masak ikut bahan2 yg ada dalam PETI AIS je lah. lagipun minggu ni kalau boleh nak CLEARkan stok yg bersesuaian cz nak balik kg sampai 5 hari gtu.

asam rebus ni ada macam2 jenis @ macam2 boleh letak kat dalamnya.
kali ni MAMA masak yg paling mudah sekali kut.



:: Ikan Asam Rebus + Kerabu Mihun ::

IKAN ASAM REBUS

bahan hiris :
bawang merah
bawang putih
cili merah

bahan ketuk :
cili api
serai

bahan lain :
ikan apa2 je yg sesuai ( now guna ikan pelaling je )
cili kisar / giling
air asam jawa
belacan yg dah dibakar
serbuk kunyit
garam
gula
air

cara :
- gaul ikan dgn garam & serbuk kunyit & goreng
- ketepikan ikan
- tumis bahan hiris & bahan ketuk hga wangi
- masukkan cili kisar & kacau sebati
- tambahkan belacan, air asam jawa, garam, gula & air secukupnya
- bila mendidih, masukkan ikan & reneh sebentar
- sedia dihidang

Mainan Lagi.....

26.10.2011 :: Sabtu :: Pasar malam Paya Jaras

hari papa kena "PAU" dengan anak2 mainan sorang satu. seb baik yg rega RM 10.00 je sorang. balik2 je rumah terus dipasang & main.


ni mainan yg NU'MAN pilih. kotaknya hampir sama tinggi dah dengan tuannya. PAPA nya lah yg kena pening2 kepala untuk pasang sampai siap. anak2 jadi mandur je. hik....

sementara tunggu PAPA siapkan mainan nu'man, derang main mainan yg ALIF pilih iaitu Thomas @ keretapi. yg ni ALIF pasang sendiri je cz macam dah selalu beli. alif memang banyak koleksi keretapi.

dah SIAP dah so dah boleh main SAMA2. berbaloi kan permainan ni dengan harga RM 10.00 sahaja. memang seronok le derang main sampai tidur pun lambat dari biasa. seb baik ESOKnya cuti lagi.

1 2 3

25.10.2011 :: Selasa :: Dalam kereta mama

hari ni NU'MAN ada aktiviti baru yg melibatkan NOMBOR. bersemangat sungguh dia main sementara TUNGGU abang alif balik sekolah. mama tertunggu awal sikit cz malas dah nak balik rumah lepas g CHECK-UP kat klinik.


m

Ayam Lemon

24.10.2011 :: Isnin

hari ni MAMA semangat try resepi baru pulak. saje je nak cuba2 kan so nampak le macam PANDAI masak. hik...... padahal, tengok2 je buku resepi yg ada.



AYAM LEMON

ayam :
400 gm isi ayam yg dipotong dadu
5 biji putih telur yg dipukul sedikit
50 gm tepung jagung

cara :
- celup ayam ke dalam putih telur
- golekkan dengan tepung jagung
- goreng hingga masak
- ketepikan




sos :
4 ulas bawang putih dicincang
2 cawan jus lemos
sedikit air
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu besar minyak bijan
3 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar bancuhan tepung jagung

cara :
- tumis bawang putih
- masukkan jus lemon & sedikit air
- kemudian masukkan serbuk pati ayam, myk bijan, gula & garam
- apabila mendidih, tambahkan bancuhan tepung gandum utk pekatkan sos
- hidang dengan ayam goreng tadi

** RESEPI dari ketuk2 ramadan 2011

@Raudhah, TV9

22.10.2011 :: Sabtu :: USJ 9

kitorang memang dah LAMA plan nak g slps tengok prog RAUDHAH yg pertama tu cuma blm PASTI dapat g @ tak. kesudahannya kitorang dapat g gaks. kuar rumah AWAL dah tapi sampai tempat tu dlm kul 11++ am gaks cz papa banyak menyinggah cari barang2 untuk kereta.

BEST gak le dapat g sini. gerai2 nya tak berapa banyak so TAKDELAH mama shopping2 kan. cuma beli rehal papan utk alif, cd nasyid untuk alif + nu'man & minyak wangi utk papa je. mama beli makanan je lah......

MASJID Al-Falah ni memang cantik sangat lagi2 deko2 kat dalam masjid ni. kitorang balik rumah dalam kul 2++ kut cz saje tunggu UPIN, IPIN & the gang.




Sambal Taun @ Tahun

22.10.2011 :: Sabtu

dah LAMA gak mama teringin nak makan masakan ni tapi x jumpa pulak kat mana2 kenduri kawin. nak buat sendiri TAK pandai @ tak pernah cuba. masakan ni sangat sesuai untuk KULIT LEMBU @ KERANG. mama tingin nak mkn yg kulit lembu tapi mama xde stok so buat KERANG je lah. RESEPI ni mama dapatkan dari kawan sekampung ( JIYAH ).

kenapa panggil sambal taun @ tahun ?
SEBAB ia boleh tahan lama cz konsepnya selalu dipanaskan. lagi byk kali panaskan, lagi POWER rasanya.
nak lagi BEST, tambahkan santan masa dipanaskan semula & kerang @ kulit lembu tu lah.




SAMBAL TAUN @ TAHUN

bahan tumbuk :
bawang merah
bawang putih
ikan bilis
cili api

bahan lain :
kerang @ kulit lembu
lengkuas yg dihiris agak halus
cili api
santan pekat
garam
gula

cara :
- tumis bahan tumbuk
- tambahkan bahan2 lain
- masak hingga mendidih & sebati

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...