Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Ahad, April 03, 2011

Set Nasi Tomato Pn. Ie

03.04.2011 :: Ahad :: Dapur Rumah Hijau HARI NI pn. ie TERrajin sikit so pn. ie masak le set nasi tomato ni. NASI TOMATO bahan tumis : bawang merah bawang putih serai halia bunga lawang kayu manis buah pelaga minyak sapi bahan : 2 cawan beras 1/2 cawan susu cair 3 1/2 cawan air sedikit garam sedikit kismis cara : 1 : tumis bahan tumis hingga kekuningan 2 : masukkan susu, kismis, garam & air, biarkan menggelegak sikit 3 : masukkan beras & kacau sebati, masak seperti masak nasi biasa AYAM MADU bahan ayam : ayam , garam, asam jawa, serbuk kunyit, sedikit tepung jagung cara : 1 : gaul semua bahan hingga sebati 2 : goreng hingga masak & ketepikan bahan tumis : bawang merah bawang putih halia kayu manis bunga lawang bahan : sos cili sos tomato madu bawang besar cara : 1 : tumis bahan tumis hingga kekuningan 2 : masukkan bahan2 lain & biar sedikit menggelegak 3 : masukkan ayam tadi & gaul sebati ACAR TIMUN bahan : timun, bawang merah, cili merah, jus limau, garam, gula cara : 1 : potong timun, cili & bawang ikut bentuk yg anda suka 2 : gaul sebati semua bahan 3 : biarkan sebentar & sedia dihidang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...