02.04.2011 :: Sabtu :: merata2 HARI ni sesi makan2 gtu @ sengaja jalan2 cari makan. pepagi pn. ie buat srpn plg simple - roti sapu jem strawberi + milo panas je. sesi jalan2 bermula kul 12.15 pm tempat PERTAMA yg kitorang g ialah RESTORAN SAMBAL HIJAU kat Jalan Penchala. mula2 tu en. han dah terlajak gak, seb baik ada trjmp simpang kt jln yg kitorg tersesat tu so dapatle g. trademarknya MASJID so senang nak cari. makan kat sini agak mahal cz pernah masuk JJCM. tapi memang TERLAMPAU banyak pilihan makanan sampai rasa macam nak makan SEMUA je. pinggan makan punyalah BESAR cz senang nak buh LAUK kan. makanan yg diambil dikira berasingan, lauk biasa2 @ sampingan mcm sayur dikira RM 1.00 1 jenis. kalau yg special mcm ayam, ikan, seafood kira harga lain gtu. untuk lunch kali ni kitorang order air milo ais( RM 2 ) , 2 gelas apple kasturi ( rm8 ). en. han : nasi putih ( rm 1.50 ), 2 jenis sayur ( RM 2 ), tunjang ( rm 7 ) pn. ie nasi putih ( RM 1.50 ), 2 jenis sayur ( RM 2 ), sotong sumbat ( RM 8 ) total = RM 32.00 tapi kitorang rasa macam x berapa nak BERBALOI cz semua menda yg kitorang makan SEMUANYA pedas melampau so tak NIKMAT langsung sesi2 makan itu. hu hu hu :: bebudak yg ala2 kebosanan cz makanan semua pedas :: :: makanan yg kitorg order :: lepas makan tu ingat nak singgah TESCO mutiara damansara tp lepas 2 round x dpt parking, terus decide balik rumah je lah. lagipun bkn nk beli apa2 pun. saje je.
masa on d way balik tu singgah minum CENDOL dulu kat Kota Damansara. dapat le kurangkan kepedasan. lepas makan cendol tu, terus balik rumah & rehat2.
sesi jalan2 disambung selepas MAGHRIB pulak. pergi pasar malam PAYA JARAS je. malam ni kitorg ronda 2 kali cz mencari2 apa yg nak dibeli. bab lauk pauk @ brg basah masih ada kat peti so malas nak beli apa2. lagipun bakal meninggalkan rumah so malas simpan STOK.
kali ni selepas pening2 kitorang just beli = durian, buah epal merah & hijau, mainan alif, sebiji timun, roti bungkus kulit popia, apam balik, roti john & 8 cucuk sate. tu je................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan