Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Ahad, Mei 30, 2010

shopping sakan

29.05.2010 : sabtu : 10.00 am - 2.00 pm
shopping time

kita mulakan dengan alif nu'man punya. mama + papa belikan nu'man pelampung yg comel sesangat yg tak pasti nak guna masa bila. comel tapi murah aje. hanya RM 6.00 sahaja. pehtu mama sebenarnya nak singgah butik FIFFY tapi tetiba nampak satu banner jualan barang2 branded so tetiba tukar plan & terus g situ. sakan ku memborong sesorang cz papa + anak2 tak nak ikut cz panas giler cuacanya. mama pilih punya pilih rembatlah 4 pasang baju & 2 helai t-shirt. jumlah sume sekali hanyalah RM 64.00 sahaja. mama teringin nak beli kasut kat situ pehtu pkir punya pikir x jadilah tapi dlm perjalanan balik tu rasa menyesal sangat je tak beli. hu hu hu padan muka aku.

pehtu alif punya pulak. papa belikan alif buku abc & mewarna sementara tunggu mama shopping menda lain dgn nenek + kawannya. dapatlah 2 buah buku yg berjumlah RM 6.60. then masa sebelum g ronda tempat lain singgah pulak kat kedai dua ringgit cz papa nak belikan alif warna pensil. then tak pasal2 alif dapat dua kotak warna - warna pensil & crayon yg berjumlah RM 6.80 pehtu semestinya alif akan pilih mainan. tu perkara biasa dah. dapatlah alif beli set golf berisi gula-gula & sebuah bas transparent yg berjumlah RM 4.00 aje.

ha..yang ni mama punya pulak. mama shopping sikit aje tapi mahal gaks. hik.... mula2 mama beli kain pasang yang tak tahulah bila nak dipakai. mungkin raya kut. tinggal aje kat rumah cz mak nak tolong jahitkan. mama punya colourful gitu. then yg wrna biru hijau tu untuk nenek mama + nenek papa. pakejnya beli 2 percuma 1 so cukuplah utk mama & nenek2. murah aje RM 110.40 - 3 pasang tu. then mama saje ngengada beli tudung syria lycra lagi. RM 18.90 aje. sebenarnya mama nak cari kain lycra utk wat tudung sendiri tapi kedai tu tak jual pulak so rembat ajelah yg dah siap tu.



wah wah mama + anak2 je shopping !!! papanya tak beli apa2 ke? hik.... papa ada beli gaks tapi mama tak ambik gambar cz tak tau apa ke namanya. aksesori kereta. ni shopping sampingan @ xtra. yang basic2 mcm susu, pampers dll tu tak yah masukkan lah cz yg tu memang tiap2 bulan kena beli cuma murah & mahal aje bezanya. he he he



berapa jumlah kitorang shopping???? maleh nak kira cz takut........... kalau rajin, korang kira lah sendiri. ahaks.....

4 ulasan:

  1. tudung tu chantek....
    apsal aq takk jumpa yang murah...haih....

    BalasPadam
  2. kui kui kui ko balik je segamat. cari kat seng hong. melambak lagi tapikan ko kena tanya cz derang show 2-3 helai je kat luar @ patung. manyak lagi yg cun2 terutamanya hitam yg sesuai dgn apa2 aje.

    BalasPadam
  3. hamboi...shoping sakan tuh.. mentang2 la dah gaji.... aku tersangat la jeles tgk ko shoping... nk shoping gak.. huhuhuh

    BalasPadam
  4. sue : aku belum gaji lagilah. aku gaji setiap 2hb. ni guna sikit duit gaji husband + duit simpan2 ( xtra income aku ). tu yg bleh shopping sikit lagipun rasa mcam dah lama sgt x shopping sakan.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...