Khamis, Mei 23, 2013
hari ibu
hik hik ni adalah kali PERTAMA mama diraikan sempena hari IBU.
tu pun tanpa SENGAJA. siap dapat special GIFT lagi. he3
rupa-rupanya hari IBU ni disambut pada hari AHAD minggu keDUA dalam bulan MEI.
sarung bantal anak2
23 mei 2013 :: khamis :: yellow house
ALHAMDULILLAH hari ni tetiba je mama berjaya menyiapkan 4 helai sarung bantal untuk hero-hero kecik. kena bermacam-macam DESIGN cz senang nk diingat + takdelah tertukar-tukar & takdelah yang nak berebut-rebut. padahal sebenarnya guna kain LEBIH2 ( selepas berjaya memotong 4 helai sarung bantal saiz dewasa ). apa-apa pun hero2 sangat SUKA. yg sulung (NAUFAL) siap pilih nak camne.
yang mama @ papa @ tetamu punya sambung jahit lain kali lah cz BESAR kan. lambat sikit nak SIAP. he3
Selasa, April 30, 2013
1 tahun dah
29 april 2013 :: Isnin :: kota puteri
ALHAMDULILLAH kami dah setahun duduk di rumah sendiri. rumah ni tak banyak perubahan pun JANJI selesa untuk diduduki sudahlah kan.
yang pasti pokok2 di tepi rumah itu kebanyakannya semakin MEMBESAR.
kehilangan LAGI
28 april 2013 :: Ahad
YA ALLAH handphone mama hilang lagi. tak tau hilang di mana. tau2 dah takde dlm sling bag. Sangat2 SEDIH cz mama simpan di dalam sling bag yg berzip & di zip dengan sempurna. 95% kedudukannya dipakai di hadapan. bertambah sedih cz baru guna 4 BULAN & HADIAH hari lahir mama. lepas tu mama baru je SEHARI tukar casing baru. huwaaaa......
lebih kurang 4 jam tidak kisah dengan handphone tu cz sibuk berjalan2 + membeli barang2 + takde perasaan nak tengok2 pun handphone tu. last sekali menatapnya masa ambil gambar Prof Dr Muhaya di pesta buku PWTC. keluar dari pwtc kul 5++ then dalam kul 7pm ( selesai shopping barang2 dapur ) baru terpikir nak tengok handphone setelah ternampak cahaya biru dari dalam beg.
MENGGELABAH sesangat cz memang TAKDE dalam beg. yg sangat2 kecewa cz dah CUBA berhati2 dengan baik tapi ia HILANG juga. nasib baik HANYA handphone NOTE II tu shj yg hlg. yg lain2 semua masih wujud. masa bila lah ia DICURI cz tak terasa langsung beg ditarik dll. memang ada pergi tandas, surau & masjid tapi takde pulak DENGAR @ nampak ia terjatuh @ terkeluar dari SLING BAG
inilah namanya TAKDE rezeki kan. sampai sekarang belum dapat terima HAKIKAT lagi.
pesta buku 2013
28 april 2013 :: Ahad :: PWTC
seronok sangat2 cz ni FIRST time dapat g pesta buku yg kat PWTC. sebelum ni asyik tak dapat pergi je. sebelum g sini, g kenduri kawin adik kawan kat GOMBAK so takde lah jauh sangat nak g PWTC. tu yg laju je nak menyinggah. lagipun memang ada buku yg nak dibeli.
sampai dalam kul 2++. terus solat zohor dulu cz agak terlewat kan. senang juga nak cari SURAU & luas juga. walaupun ramai orang tapi still OK lagi keadaannya. then misi untuk meronda diteruskan cz LETIH juga tu nak pusing2.
hurm..... rasa macam ada yg kitorang terlepas kut tak pasti kedudukan gerai2 tu cz ada yg kat dewan, ada yg kat luar, ada yg di tingkat atas so round gitu2 je lah. motif utama mama nak g KARANGKRAF. papa pula nak g TELAGA BIRU. dalam berjalan2 tu ramai juga terjumpa selebriti. yg paling best dapat jumpa Prof Dr Muhaya
dalam kul 5++ kitorang dah malas nak ROUND2 so ambil keputusan untuk balik je.
dapat gak lah menyopping buku2 @ majalah
mama : pelindung panas utk kereta ( lupa nak panggil apa ), 4 buah buku + FREE 1 scarf
papa : sebotol pewangi kereta, sebuah buku tebal + FREE 1 cd
naufal : set mengaji al-baghdadi
gambar graduasi naufal
tahun ni AWAL pulak sekolah alif buat sesi bergambar untuk GRADUASI tadika PASTI Darul Ilmi. kali ni mama bayar RM 16.00 utk gbr kelas bersaiz sederhana, gambar ukuran pasport keping & sekeping gambar seorang bersai besar.
kali ni PESAN banyak kali suruh senyum sikit @ happy cz tahun lepas punya gambar memang muka langsung tak CERIA. kali ni kira OK lah. barulah agak berbaloi bila dah buat bayaran.
roti jala
Akhirnya berjaya gak buat roti jala menggunakan acuan 2 lubang yg dibeli. rasanya 2 bln lepas dah BUAT roti jala tapi mama TERLEBIH potong lubangnya so hancus rupa roti jala nya. ntah rupa apa ntah. pehtu bebaru dapatlah g kedai FEVERET mama tu so terus beli lagi sebotol acuannya. semangat giler nak try cz dah dapat rentak camne nak membuatnya kan.
ROTI JALA
bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air biasa
1 biji telur ayam
1 sudu kecil garam halus
sedikit pewarna yg disukai
cara :
- campurkan semua bahan kering
- tuangkan air sedikit demi sedikit & gaul hingga sebati
- masukkan sedikit pewarna & gaul sebati
- tapis supaya dapat adunan yg halus je
-masukkan dalam acuan khas & sedia utk dimasak
Khamis, April 18, 2013
cuti mengejut
17 april 2013 :: Rabu
ni perjalanan yg keputusannya LAST MINUTE. papa tanya mlm td dlm kul 9.30pm, esok nak ikut g SABAK BERNAM tak ?
hurmmm tak pasal2 mama jadi keliru. adeh..... letih pikir. last2 join je lah ikut papa g AUDIT kat Hospital Sabak Bernam ( padahal hantar je papa kat situ pehtu mama g jenjalan dengan anak2 ).
bertolak dari rumah dalam kul 7.15 am. terus terkejar-kejar g ambik & hantar JELI. memang macam lipas kudung le cz nak cepat punya pasal. papa nak kena ada kat sana kul 9.00am. seb baik kejap je buat kerja MAMA then terus je g sabak bernam. ALHAMDULILLAH selamat sampai dalam kul 8.40 am.
then tinggalkan je PAPA kat situ. mama + anak2 terus patah balik semula ke SUNGAI BESAR cz mama semangat nak g pasar rabu. hik2 kali ni macam x besar sangat & x berapa best sgt cz byk jual tudung + baju je. nak cari sarapan pun x berapa ada gak. tak beli apa sangat pun.
then terus g rumah NENEK (sebelah abah) kat parit 2 timur. lepak2 jap borak2 dengan nenek. tak lama tu anjang + mak anjang pulak datang cz nak tengok rumah derang yg masih dalam pembinaan tu. dalam kul 11.45am gerak g sabak bernam semula cz NU'MAN dah merengek asyik ajak balik je.
singgah bandar SABAK BERNAM jap cari yu yu ice tp disebabkan agak awal so perasa yg MAMA nak beli tu belum masak lagi. hurmmmm.....
then terus balik rumah nenek (sebelah mak) kat Batu 2 Sepintas. lunch & lepak2 kat situ sampai ASAR cz tunggu papa habis kerja kan. dapat le bawa balik ubi keledek, labu air, pisang & kacang panjang.
on d way balik tu singgah TAPAU dinner kat mee udang kuala selangor. ALHAMDULILLAH selamat sampai rumah dalam kul 7.15pm
ketam masam manis
KETAM MASAM MANIS
bahan :
ketam ( sy ni 4 ekor je )
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih diketuk
1 tin nenas kiub bersama airnya ( 240 gm )
1 biji cili merah
setengah batang timun jepun
buah tomato ( jika ada & suka )
saderi ( jika ada & suka )
4-5 sudu besar sos cili
sedikit air
garam
cara :
- tumis bawang besar & bawang putih hingga kekuningan
- masukkan ketam & goreng sebentar
-tambahkan sos cili & air nenas dalam tin, gaul sebati
-tambahkan semua sayuran & sedikit air
-tambahkan perasa, gaul sebati & biarkan mendidih
-siap untuk dihidang
Jumaat, April 12, 2013
tart telur
TART TELUR
bahan doh :
100 gm tepung gandum
70 gm mentega
30 gm gula halus
sedikit air
cara doh :
- campurkan semua bahan & gaul sebati
-masukkan air sedikit demi sedikit
-uli adunan hingga lembut
-masukkan dalam acuan yg bersesuai
bahan inti :
3 biji telur ayam
200 ml susu full cream
150 gm gula ( 3/4 cawan )
1 sudu teh esen vanila
cara inti :
- campurkan semua bahan
- pukul sedikit sehingga semuanya sebati
-tuangkan adunan ke dalam doh tadi
-bakar = 170 darjah = 20 minit
** yg ni saya guna cup muffin je
sambal tahun @ taun
SAMBAL TAHUN @ TAUN
bahan tumbuk :
bawang merah
bawang putih
ikan bilis
cili api
bahan lain :
kulit lembu @ kerang
lengkuas muda & tua ( banyak2 & dipotong2 )
cili api ( just buang tangkai )
santan pekat
garam
gula
air
cara :
- tumis bahan tumbuk hingga agak garing
- masukkan kulit lembu @ kerang & cili api
- jika kulit lembu sudah masak @ kerang hampir masak, tambahkan santan
- perasakan dengan garam & gula
** jika KULIT LEMBU...... rebus lama2 sampai masak then baru masukkan santan & perasa
kerang taucu
KERANG TAUCU
bahan :
250 gm kerang yg sudah direbus + dibuang kulit
2 sudu besar taucu manis
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
setengah biji timun jepun
sedikit sos soya & gula
cara :
- tumis bawang besar, bwg putih & cili merah
- bila bawang dah kekuningan, masukkan timun yg dipotong memanjang
- kemudian tambahkan taucu, kerang, sos soya & sedikit air.
- perasakan dengan secubit gula
- biar mendidih sebentar & siap
puding roti + sos kastard
PUDING ROTI + SOS KASTARD
bahan puding :
2 1/2 cawan susu full cream
9 keping roti yg disiat2 @ dipotong kecil2
2 biji telur ayam
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
jika suka, boleh tambahkan kismis @ coklat cip
cara :
- letakkan roti di dalam loyang
- campurkan semua bahan & gaul sebati
- tuangkan ke dalam loyang berisi roti tadi
- tekan2 sikit supaya roti menyerap susu
- bakar = 170 darjah = 30 minit
bahan sos :
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu makan gula
sedikit serbuk vanila ( jika ada )
cara :
- gaul sebati semua bahan & masak di atas api sederhana sehingga sos agak pekat
- tuangkan sos semasa menghidang @ bila nak makan
** puding tu agak lembut, sesapa yg nak KERAS, just letak susu 2 cawan sahaja
skirt kembang ??????
12 april 2013 :: jumaat
hari ni macam takde apa nak dibuat sangat so tetiba MOOD menjahit dah datang. walaupun si NA'IM mengacau tp teruskan juga my aktiviti. ni gara2 ESOK terasa nak pakai yg warna BIRU tu.
3 helai skirt kembang tu dah berjaya mama TUKARKAN menjadi seluar. ni gara2 papa asyik ketawakan mama bila pakai skirt yg warna biru tu. lagipun terasa macam TAK SELESA masa pakai cz mama dah biasa berseluar so tukarkan ia. yeayyyyyy
yg warna COKLAT tu skirt zaman u rasanya. memang dah lama tak pakai so bila dah TUKARkan ia cconfirm akan dipakai. biar longgar @ besar janji SELUAR. hik2
yg BUNGA2 tu asalnya DRESS labuh pehtu mama potong cz macam tak best je bl pki dress tu so potong jadikan SKIRT je. pehtu still tak terpakai gak so hari ni mama jadikan ia SELUAR.
Sirat Mustaqim
TOLONG BACA SHARE DEHH!!
Perihal Sirat Mustaqim.
Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :
... 1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.
DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM
Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”
Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,
“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”
Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)
Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.
Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.
Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.
Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”
Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat
Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid
Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :
Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”
*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.
p/s: ini bukan gambaran sebenar Neraka. tp ia hanyalah sekadar lakaran semata2. harap maklum.
Titian Siraq 5,000 tahun mendaki, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun curam. Nauzubillah...

Sukan PASTI Darul Ilmi 2013
7 APRIL 2013 :: AHAD
8.00 AM - 1.40 PM
KG SETIA, IJOK
SELANGOR
hari ni SEMUA semangat cz nak berSUKAN setelah berlatih hampir 2 minggu. so pepagi kul 8.15 am dah terpacak kat padang. tu pun rasa macam dah terlewat tp masa sampai tu tak ramai pun lagi yg dh dtg so lepak2 je lah. tak lama tu buat pendaftaran untuk CABUTAN BERTUAH & indoor game ( papa je yg masuk - 1 game - rm3.00 - baling dat ).
sukan ni join sekali bebudak PASTI DARUL ILMI & org2 kampung. sukarelawan nya adalah student UNISEL cz derang sambil2 buat assignment. SUKAN tak ambik masa yg lama sangat cz acara sikit je. si NU'MAN langsung tak nak join so just jd penyokong & penyibuk je lah. dalam acara sukan tu ada berenti2 utk bagi peluang PAPA + MAMA join acara tiup & pecahkan belon then aktiviti anjuran UNISEL ( mewarna guna pasir ).
sekolah ni punya sistem, main HABIS2 dulu baru bagi HADIAH so agak letih juga lah nak tunggu TAMAT. memang keletihan tapi menyeronokkan.
aksi2 alif naufal yg semangat bersukan
ni FIRST time alif naufal tiup belon sebesar itu.
itulah belon yg PAPA tiup, dpt lah no 2. seb baik tak meletup
acara sesuka je nak masuk kategori BAPAK2 budak
penuh BERGAYA membaling dat tapi tak menang.
ni lah dia Alif Nu'man yang lasgsung tak nak join sukan.
seb baik dia tak kisah tak dapat hadiah.
sesi ambik hadiah & menunggu majlis tamat.
semua dah KEPENATAN.
PENYOKONG setia yg sangat2 CERIA kan.....
ni lah hadiah yg kami dapat. TEMA hadiah tahun ni ialah BESEN.
Alif Naufal = no 1 / bawa bola dalam dulang & no 2 / seluar gergasi
papa = no 2 / tiup belon plg bsr & no 3 / tiup & pecahkan belon
mama = cabutan bertuah + no 2 / tiup & pecahkan belon
Isnin, April 01, 2013
gunting rambut
31 mac 2013 :: ahad :: rumah yellow
AKHIRNYA berjaya gak bebudak ni gunting rambut. tunggu dari hari ISNIN lagi. projek stop gara-gara mesin yg ada ROSAK. selalunya mama je yg guntingkan cz senang je kan. lagipun papa selalu sibuk. kali ni beli yg letrik punya. tak yah CAS2 dah.
taman wetland
petang tu MELEPAK kat sini pulak cz ada sambutan HARI LAHIR anak sedara. just lepak2 aje sambil makan2. amin + angah bz dengan aktiviti MEMANCING. yg gegirl berborak2 je lah. then tak lama tu HUJAN lebat gak. tempias gak le WAKAF tu. apa2 pun ENJOY. dalam kul 5++ kitorang gerak balik rumah dah.
giant shah alam
31 mac 2013 :: ahad :: shah alam
hari ni plan nak ke KAJANG & PUTRAJAYA so alang2 nak ke sana pagi tu g sarapan kat pasar karat dulu. ronda2 sikit then singgah kejap ke GIANT. motif utama g situ nak cari MESIN GUNTING RAMBUT je. seb baik jumpa.
Langgan:
Catatan (Atom)