Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Khamis, Oktober 14, 2010

pajeri nanas + udang goreng

13.10.2010 : rabu : rumah hijau

hari ni papa balik dari outstation (kuantan) so konon2 mama masak special sikitlah cz hr tu papa ada request pajeri nanas. mama memang biasa masak 2 jenis lauk je so hr ni kita layan

nasi putih + udang goreng + pajeri nanas + popodom besar + kopi o panas

PAJERI NANAS

bahan - bahan :
bawang merah
bawang putih
kulit kayu manis
bunga lawang
buah nanas
serbuk kari ayam / daging
asam jawa
santan
kerisik
gula
garam



UDANG GORENG

Bahan - bahan :
udang
garam
kunyit
asam jawa
tepung jagung


:: berseni tak ????? ::

nutella

sedapnya !!!!!!!!!!!!

sejak papa suh beli masa derang promote kat Giant hari ahad lepas, mama pun sediakan utk sarapan. 3 hari layan pun tak je mu gtu cz sedap sangat.........

anak2 lagilah..makan 1 dan 1 dan lagi dan lagi sampai order lagi. hik...

cuma agak mahal le. ni pun beli yg saiz plg comel. tu pun dah RM 9.xx tapi berbaloi2 lah. tambah2 pulak mama suka kinder bueno. rasanya lebih kurg sm je....


Rabu, Oktober 13, 2010

:-(


12.10.2010 : Selasa : Rumah Hijau
sepanjang duk kat KUANG ni, hari ni adalah hari PERTAMA mama + anak2 ditinggalkan papa. papa kena pergi meeting kat Kuantan.
mula2 tau tu & bincang2 mama + anak2 bleh join sekali so mama dah berangan le nak g mana. tup tup esoknya papa kata tak bleh ikut plak cz masa g ada orang tumpang. masa balik ke KL lagi ramai yg menumpang so keta tak muat.
tinggallah kitorang....... seb baik sehari je.
ingatkan dah jadi suri rumah sepenuh masa ni takdelah di TINGGAL2 kan

Selasa, Oktober 12, 2010

Mari Meronda

12.10.2010 : selasa : Kompleks Sungai Buloh : 3.00 pm - 4.20 pm

hari ni papa nak g kuantan so tak balik rumah pas kuar pagi tadi. so rasa macam bosan je cz tak tunggu sape2 datang rumah. ni untuk pertama kali papa outstation sejak pindah Kuang. mula2 memang nak ikut tapi tetiba papa kata tak bleh pulak cz ada org nak tumpang masa pergi & masa balik KL lg ramai nak tumpang so berkorban je lah (kena tinggal).

hari ni mama siap awal kerja2 rumah ( membasuh, menyidai & melipat kain, masak nasi goreng je, sapu2 dan macam2 lagilah ). dlm kul 1++ dah settle semuany. mula2 pkir macam malas nak keluar tapi tetiba je bersiap2 pulak so keluar je lah. takkan asyik terperap je kat rumah.


yang ni lepak2 jap kat MCD. saje je nak buang2 masa sikit. yg tak syoknya kat sini takde taman kecik yg bleh budak2 main sekejap.

jalan2 je konon ! tak pasal2 mama menyopping lagi. sebenarnya dah ternampak sandal ni masa ronda2 kat Giant Kota Damansara masa hr ahad lepas. 2-3 kali gak masuk kedai tu & try2 tp biorlah dulu tapi dalam kepala otak asyik terbayang2 je sandal tuh. len kali lah beli. tup2 masa jalan2 tadi, terjumpa plak sandal idaman ni. tak lepaskan peluang dah lagi2 ada duit lebih so rembat.
motif mama nak beli sandal ni....
1/ nak ronda2 dengan selesa cz berjalan aje kerjanya
2/ kasut2 @ sandal2 kesayangan sume dah rosak & tak sedap dipakai
3/ dah agak lama tak shopping sandal
4/ bergayalah sikit bila jalan2 ( asyik pakai selipar je )


Jenama : Summer
Nama : Inoki Comfort
Harga : RM 39.90
Saiz : 6
Warna : Coklat + Krim ( hitam @ putih yg ku kenan xde saiz )
Kedai : BATA

Isnin, Oktober 11, 2010

10.10.10


apa yg berlaku pada 10.10.10 ????????????????
sebenarnya mama tak plan lagsung menda ni tapi ia berlaku secara kebetulan je. semalam mama ajak papa g GM Klang so dlm kepala otak nak mula bisnes semula. dah puas pkir apa yg nak dibeli dgn modal yg dah tersimpan tu (walaupun ckit je). so lepas jalan2 mama pun nak mulakan bisnes handbag (atas permintaan beberapa insan yg nak support ).


seb baik nu'man tidur awal so mama pun mulakan aktiviti ni. dalam kul 10.55 am mama mulakan sesi ambil gambar apa yg patut then kul 11.00++ am mama mula daftar kedai kat facebook. sedikit kecewa cz tak bleh gn nombor so terpaksa tulis gn perkataan je lah. setelah puas pikir so mama create Triple Ten Shoppe. pehtu bermulalah operasi mengedit gambar & upload sikit2.

terpaksa stop sekejap cz nak g jemputan open house kawan masa sekampung @ sekolah rendah. pehtu lepak2 @ ronda2 kat Giant Kota Damansara dulu. settle2 apa yg patut then kul 9++ sambung semula aktiviti. alhamdulillah ia berjalan lancar seperti apa yg mama inginkan.

pasni nak update kat blog pulak. so kengkawan, jomlah add FB saya tu ye. insyaallah special price lg utk kwn2.



www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100001658077546

Mee Bandung + Sate Kuang

09.10.2010 : sabtu

aktiviti hari ni ialah pergi GM Klang. dalam kul 2++ ptg gerak & balik dlm kul 5++. kejap je cz ingatkan tempatnya besar tp bolehlah..... lupa nak snap gambar so takleh citer lebih2.

malam tu mama sempat masak MEE BANDUNG yg sempoi je.

MEE BANDUNG FYDA
sayur :
bunga kubis
kobis
jagung

lauk :
fishball
ayam

lain2 :
mee kuning
bwg merah
bwg putih
cili kering (kisar)
sos tomato





SATE KUANG
papa sempat g gunting rambut petang tu so dekat2 lah dgn kedai sate ni so apalagi, mama suh lah papa beli. rasa agak sedap juga tp tang rega tu macam standard sate kajang lah pulak.

1 cucuk = RM0.60 utk ayam so papa beli pakej RM 10.00 punya je.

Apam Siam

08.10.2010 : jumaat : 6.15 pm

ha... jgn tak caya, semangat punya pasal mama terus buat kuih. lepas je beli periuk kukus tadi, mama mandikan nu'man cz memang masa dia datang tu mama dah nak mandikan nu'man. settle je buat kerja2 utk nu'man....mama terus buat kuih yg simple yg nenek baiyah (mak mama) panggil APAM SIAM.


:: ni belum masak lagi tau ::
1 cawan telur ayam
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
pehtu letaklah warna apa yg ada
:: dah masak pun slps 20 minit ke atas ::

:: jemput makan ::

periuk kukus

08.10.2010 : jumaat : kat rumah je

hari ni mama beli periuk kukus. tak yah kuar g mana2 cz jiran depan rumah datang pomot. bukan pe, jiran depan rumah ni orang dari Thailand yg datang Malaysia jual barang2 dari rumah ke rumah. tapi derang tak pernah lagi datang rumah ni cuma masa derang keluar, mama ada tanya...ada jual periuk kukus ke? derang kata ada so dalam 4-5 hari pas tu baru derang datang jual @ hantar. mama tak leh nak g rumah derang cz derang bekerja 7 hari seminggu pehtu kuar subuh balik maghrib - isyak so masa bilalah nak g tengok apa derang jual.

walaupun mama tak berapa puas hati masa nak beli cz agak comel juga tapi bila ukur dengan loyang2 yg mama ada tu, kira ok lah dari periuk kukus yg mama pernah beli dulu. rega yg derang jual kat mama RM 30.00 ( tak pastilah mahal @ murah ) . apa2 pun mama dah beli. ha3


Jumaat, Oktober 08, 2010

alif - new activity

07.10.2010 : khamis : dalam rumah

hari ni alif belajar sesuatu yg baru. bukan apa, sejak alif tak g sekolah, dia macam kurang minat belajar sikit & berlagak macam pandai pulak. pehtu rajin sangat layan handphone & youtube so semalam mama suruhlah buat sesuatu yg baru.

alif ni suka sangat dengan kartun Thomas & Friend + Wordworld so belajar ni dlu. website ni untuk main game lah kiranya tapi game yg bagus tau.

- kena bina perkataan
- mengenal huruf
- cari bunyi perkataan yg hampir sama
- mewarna
- dan macam2 lagi lah

http://pbskids.org/wordworld/index_flash.html

aktiviti mencari huruf

kena cari huruf ikut bunyi yg diberi

cari perkataan yg hampir sama bunyinya



untuk sesi mewarna


alif yg khusyuk....................

Khamis, Oktober 07, 2010

mari bergaya

alif : malu2 pulak
nu'man : cepatlah ambik gambar

alif : citer menda lah ni????
nu'man : senyumlah abang....


peace ! sayang thomas.....


ini thomas baru saya.....


camne nak baiki tayar ia nih ?????


ok, kena goyangkan kat sini dlu kut.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...