Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Khamis, Oktober 07, 2010

rendang ayam & sate goreng

07.10.2010 : khamis

hari ni papa bawa rendang ayam & sate goreng ke pejabatnya. program potluck gtu. derang dah bagi2 apa yg patut dimasak so papa pilih rendang. then saje mama tambahkan menu sate goreng tu. kalau ikutkan nak buat guna daging lembu tapi masa g cari tu, takde pulak peniaga yg jual daging lembu yg baru disembelih so guna ayam je lah.

RENDANG AYAM
bahan - bahan :
A ( bahan kisar )
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inci lengkuas
2 inci kunyit
1 inci halia

B
1 ekor ayam / 1 kg daging
1 biji kelapa (santan pekat)
cili kering ( kisar )
sedikit kerisik
air asam jawa
5 batang serai (dititik )
daun kunyit
garam, gula, minyak masak

cara - caranya :
1/ panaskan minyak. tumis bahan A hingga wangi dan masukkan cili kering hingga masak
2/ tambahkan serai. kemudian masukkan ayam & masak hingga air kering
3/ tambahkan santan, kerisik, air asam jawa, garam & gula
4/ apabila kuah hampir pekat, tutup api & masukkan daun kunyit.






SATE GORENG
bahan - bahan :
serbuk jintan manis
serbuk jintan putih
serbuk ketumbar
bawang besar
bawang putih
halia
serai
lengkuas
kunyit
gula
garam
minyak masak

cara - caranya :
1/ kisarkan bahan2 yg bersesuaian
2/ perapkan ayam bersama bahan kisar. lagi lama lagi bagus
3/ panaskan minyak & goreng bahan perapan tadi
4/ goreng hingga kuah kering & sedia dimakan

Rabu, Oktober 06, 2010

wall decor

05.10.2010 : selasa : rumah sewa

hari ni mama terlebih rajin so mari mendeco mana2 tempat yg sesuai. sebenarnya dah lama berminat dengan wall deco ni tapi asyik tak berkesempatan aje. dari harganya mahal sampailah dah turun merudum gtu.

semalam jmp lah yg agak menarik sikit so cubalah beli. 1 peket tu RM2.00 aje so mama beli 2 peket dulu. saje ingin mencuba. lagipun takut nak tampal banyak2 cz takut tuan rumah marah. hik.......

ni gambar yg pertama. mama letak kat dalam bilik mandi. so sambil2 gosok gigi tu blehlah tengok2 gambar ni. takde lah bosan sangat kan. ngapa letak kat bilik mandi???? sebab ia tersorok so sape yg mandi je akan nampak wall deco ni. hik.....

gambar yg lebih dekat yer. ada arnab & burung di celah2 pokok bunga lah konon2 nya. pehtu ada rama2 berterbangan gtu.


yang ni pulak gambar dekat rupa kambing & pokok bunga kesukaannya. tapi mama terletak jauh sikit pulak bunga ros tu. patutnya dekat sikit tp malas nak tanggalkan so bior aje lah.



yang ni konon2 nya macam dalam akuarium lah gayanya. tapi macam tak berapa nak menjadi aje. apa2 pun biorlah cz dah tertampal. hik..... kat mana mama tampal???? kat dalam tandas gtu. so sambil melepaskan hajat, boleh cuci2 mata sikit. mana tau kut tetiba dapat ilham bila tengok ikan2 tu. ha3

nu'man - 10 bulan

03.10.2010 : ahad : kuang, selangor
Genaplah 10 bulan umur Alif Nu'man Bin Mohd Hanafi Iskandar

perkembangan :
  • dah boleh duduk lama sikit walaupun belum pandai duduk sendiri
  • suka goyangkan badan ala2 menari
  • belum ada gigi
  • dah boleh sebut dengan jelas PAPA, MAMA, BUAH
  • dah mengesot dengan laju
  • dah boleh berdiri dgn tegak & lama sikit
  • agak aktif bila dalam kereta
  • suka makan apa sahaja yg disuap oleh "penyuapnya"
  • sudah pakar minum menggunakan cawan
  • suka tiup straw di dalam air ( dalam cawan )

yuhuuuuuuu..........

camne nak pasang menda ni yer.....


hurmmm...... semua mainan ni membosankanlah.

asam pedas & peria bertelur

05.10.2010 : selasa

hari ni mama masak asam pedas ikan kembung & peria tumis bertelur untuk hidangan makan malam. ia dimakan bersama nasi putih gtu.


IKAN KEMBUNG ASAM PEDAS
resepi ni mama dapat dari ibu mertuaku, Pn. Lasmi Bt Kasno
ia resepi yg sangat simple tapi terasa lah macam asam pedasnya. insyaallah sedap. papa suka sangat.......

bahan-bahan :
ikan kembung
air asam jawa

cili kering
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
daun kesum
bunga kantan
garam
gula




PERIA TUMIS BERTELUR
ni untuk sayur nya pulak. walaupun ia agak pahit tapi kitorang tetap sukakannya. masak yg lain2 mama tak berapa minat so masak camni baru syok....

bahan - bahan :
peria
telur
bawang merah
cili merah
garam
gula

putu bambu



dah lama mama nak beli putu bambu ni tapi asyik terlepas aje cz kedudukan kedainya tak berapa strategik gtu. akhirnya semalam mama dapat beli gaks. bukan suka sangat tp just nak merasa aje.


reganya boleh tahan gaks. RM 2.50 untuk sebekas tu so 1 kuih tu 50 sen gtu. rasanya boleh tahan sedap gaks cuma macam banyak sangat "ubat" so agak tidak selesa juga masa makan tu.

teringat pulak masa zaman sek rendah. mak ajo ( jiran sebelah rumah kat selancar ) ada jual kuih ni tapi takdelah semahal ini. cuma mak ajonya warna putih lah. sekarang ni dah diglemerkan sikit so letak dalam bekas cantik, sesuai nak makan di mana2 aje & berwarna.

Isnin, Oktober 04, 2010

kasut nu'man

hari ni mama belikan nu'man kasut baru. ni kasut yg ke 3 untuk nu'man. agak selesa sikitlah kali ni. pasni nu'man lg handsome lah bila pakai kasut ni. ha3

saiz : 16/17
jenama : vincent
warna : putih, kelabu
harga : RM 17.00
kedai : F.O.S The Curve




yang ni pulak selipar untuk nu'man. kiranya kasut ke dua lah untuk nu'man. nampak ok masa dipakai tapi mama kena selalu cek jari jemari nu'man tu ha. cian kat nu'man klu jejarinya tak duduk di tempat yg betul.


saiz : 2
harga : RM 10.90
kedai : The Store Sungai Buloh
warna : biru, putih, merah
jenama : Janson



ha... ni lah kasut pertama nu'man. mama beli cz nampak cute sangat tapi bila pakaikan tak berapa muat lg so simpan dululah. almaklumlah...ni je saiz plg comel. maybe tak lama lagi nu'man dah boleh pakai le kasut ni.


saiz : 2
warna : hijau muda pekat
jenama : Croc tiruan je
harga : RM 7.00
kedai : kat pasar pagi (hari rabu) di Sungai Besar, Selangor



alif & mya

03.10.2010 : ahad : 2.45 pm - 5.15 pm : The Curve

hari ni kitorang ronda2 the curve sekejap cz kunun2 tunjuk jalan kat abang deen ( abg yg kedua ). dia mula2 nak g Midvaley tp macam tak brp faham arahan kitorang so kitorang ajak g the curve je lah.

perjalanan nk g situ agak lama gaks cz "JEM". biasalah tu kan..... ronda2 kat situ sekejap je. sempat gak lah shopping sikit2. sementara shopping tu, alif & mya pun main lah keta & motor auto tu. RM3.00 untuk 5 minit.

pehtu sempat gak kitorang urut badan guna mesin osim yg kena byr RM 1.00 je (min). pehtu kitorang tinggalkan abg deen sekeluarga kat situ cz nak g open house kawan papa pulak.


nu'man nak enterframe gaks



aksi anak2

02.10.2010 : sabtu : temerloh, pahang



aksi anak2 di dalam rumah pengantin perempuan sementara menunggu papanya makan dengan tenang sambil bersembang2 dengan kawan2 lamanya.






penuhkan masa

01.10.2010 : jumaat : 10.30 am - 12.15 pm

hari ni mama memang plan saje nak bawa anak jalan2 sambil mama nak mencari sesuatu yg tidak berjaya dibuat pada hari semalam. cuma hari ni mama tak payah g bank cz papa yg nak g bayar hutang kereta.

tempat pertama : Econsave
kita g beli barang2 dapur sikit ye. masa kat dalam tu glemer sekejap cz bebudak ni bergelak ketawa sakan dalam tu. sabor je lah...

tempat kedua : AVON
dah lama gak duk sini baru je jmp butik avon tu. tujuannya hanyalah nak aktifkan semula akaun yg dah lama sgt tak diaktifkan (sejak nak berpindah ). so beli je lah apa yg patut kan. mula2 tu x ramai org tp lama2 hampir penuh. pekerjanya cuma 2 org ( jaga kaunter untuk bayar & ambil oder @ barang ). tensen gaks cz kena tunggu lama. nu'man nak mengamuk dah masa tu.

tempat ketiga : Kompleks Sungai Buloh
g sini sebab nak g pejabat pos. ada urusan sikit. then nak g melawat kedai @ tapak gerai yg ada jual beg2 comel from thailand.

tempat keempat : KFC
memang hari ni malas nak masak so kita g makan KFC. ha3

Huggies Playtime

01.10.2010 : jumaat

hari ni mama dah pos kan borang untuk redeem permainan untuk anak2. baru kali ni berpeluang nak redeem cz memenuhi syarat2 yg ditentukan. mama jumpa borang ni masa g beli susu alif kat 1 kedai tu. seb baik ternampak borang tu. kalau tak, langsung tak tau cerita.

lambat lagi tarikh tamatnya. harap2 borang ni selamat sampai di tempat yg sepatutnya. just claim utk 100 points dlu. nak cuba sama ada boleh dapat @ tidak.

ada 4 permainan yg boleh ditebus. kalau ikutkan hati nak je tebus semua2 tu.

untuk kali pertama, mama tebuskan gajah dulu cz kalau mengikut saiz, yg ni paling untung untuk ditebus.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...