Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Rabu, Mei 12, 2010

itu aje ke?

ni semalam ( selasa 11.05.2010 ) punya makan malam bagi 3 orang - mama, papa & alif naufal. ni semua beli kat pasar malam. puas ronda2 tapi tak tau nak beli apa. lepas pikir2 just beli

1) sate - 10 cucuk = RM 5.00
2) donut - 2 pcs = RM 1.00
3) kuih telinga keling - 20 pcs = RM 2.00

nampak sikit & macam tak cukup je kan tapi tu pun tak habis dimakan. puas nak mengabihkannya. ntahlah....

sebenarnya mama ada plan nak masak menda lain tapi tetiba papa call bagitau dah tunggu kat pasar malam so join je lah. papa baru balik dari KL so ngam2 sampai masa mama dah balik keja so datinglah kat situ.

thomas & friend - alif



ptg semalam (selasa 11.05.2010) kitorang g lah pasar malam. takde dlm plan pun tapi tetiba papa call bagitau dah ada kat situ so join je lah. belum separuh jalan alif dh minta beli thomas. so dpt lah beli yg kecik je RM 5.00 1 set.

alif ni boleh dikatakan agak fanatik jg dengan thomas & friend ni. tp kalau g pasar @ mana2 takleh nampak keretapi, sure nak beli punya. tapi dia pandai pulak, dia takkan pilih kalau keretapi tu dia dh penah beli. setakat ni mama ah tak terkira berapa banyak koleksinya.

Selasa, Mei 11, 2010

sempoi dinner


hemm...ni lah menu kitorang malam tadi. tersangatlah sempoinya kan.

just nasi putih + ayam goreng + masak lemak labu + sirap @ kopi o je.

almaklumlah..abang balik dah kul 7.00 pm so masa nk masak singkat je lah cz budget ngam2 utk solat maghrib so tu je lah yg sempat aku masak. sementara masak lauk, aku dh siap2 masak nasi. almaklumlah, mudah aje kan cz guna periuk nasi elektrik. 30 minit je dh settle. masak lauk pulak 15 minit dh cukup dah.

lagipun x banyak bahan dah kat rumah. tu je stok yg ada. ayam memang dh ada dalam peti. labu tu pulak mak aku bagi masa balik kampung weekend tu so jimat.

Isnin, Mei 10, 2010

mix & match



hr ni busan so upload lah gambar. Mix & match yg pertama dr hasil jahitan aku hr tu. Layan....

Jumaat, Mei 07, 2010

mari menggigit








kuih apa ni??


ha, cuba korang teka..kuih apa dlm gambar tu? tak dan nk ambil gambar sepenuhnya cz ramai dh rembat. korang pernah jumpa ke?


jwpnnya...........................Apam Balik Hijau Inti Pulut Hitam Berkelapa

kuih ni kan pertama kali aku jumpa masa tahun 2005. jmp kat pasar pagi ahad di kuala rompin, pahang. dulu2 tak kenan pun kuih tu pehtu ms ngandungkan alif baru teringin makan.

seumur hidup aku ni, aku jumpa kuih ni kat rompin je. tempat lain tk pernah lagi. kt situ ramai gaks yg jual tp aku dh jmp sape jual yg the best so cr org tu je lah. rega RM 2.50 aje utk saiz besar.

berjaya !!!!!!!!!!!!!!!!

Hari ni cuti hari HOL negeri pahang. aku duk bz kemas apa yg patut. bila semua dh clear, aku pun mulakan operasi menggunting blouse + tudung. tapi sempat jahit tdg aje.

aku buat tdg yg tgh HOT skrg ni : tdg syria. aku wat dr kain lycra. yg ni outernya style tdg biasa yg bersaiz 'M'. agak susah juga untuk digunting & dijahit tapi disebabkan semangat yang kuat, akhirnya aku berjaya siapkan 2 helai terus. jgn jeles yer kengkawan.

Yang ni mula2 jahit inner je pehtu berenti cz nu'man dh bangun. geram je rasa cz bila lah nak siap. pehtu slps lepak dlm 2 jam, nu'man + alif pn tertido so mulakan operasi. bukan buat 1 tapi terus dua sekali. ha ha ha..tamakkn. jimat kos sekejap.

yg merah tu : dapat wat 4 inner, 1 tdg outer, 1 blouse tanpa lengan
( drpd 1.5 meter je )


yg biru hijau ni dapat 3 inner, 1 outer, 1 blouse tanpa lengan
( drpd 1.5 meter je )

** tukang gunting KAMDAR tu gunting tak berapa betul so hasilnya dpt sikit je. mentang2 le kain yg ni mahal sikit. takpelah cz main point aku nk wat blouse je. tak sangka dapat buat tdg pulak. seronok......

Khamis, Mei 06, 2010

kain lycra corak



hemm...semalam secara tidak sengaja aku g meronda time lunch. tujuannya nk cari tdg syria lycra body corak tp tak byk pilihan langsung so aku pun terjah KAMDAR yg baru buka.


mula2 masuk dh terpegun mata tgk kain lycra corak tu. mula mencongak2 ni. so biorkan dulu & ronda2 lagi kut2 ada yg lebih menarik tp xde so patah balik kt tmpt tu & mula memilih2.

lps puas hati..aku pun pilih 2 helai. beli 1.5 meter je cz ingat nk wat blouse tanpa lengan. tapi bila balik rumah & ukur semula mcm leh wat mcm2 je cz bidangnya 60". maybe ckup buat seluar @ tudung @ inner syria. tengoklah nanti camna. yang pasti nk wat blouse dulu. bersemangat nak menggunting & menjahit ni.

1) hitam putih merah
- harga 1 meter = RM12.90
- diskaun 10%
- beli 1.5 meter = RM 17.42

2) biru hijau jalur
- harga 1 meter = RM 14.90
- diskaun 10%
- beli 1.5 meter = RM 20.11

**gbr len kali- bz

CANCEL ???

Selasa : 04.05.2010 : 11.30 am

Akhirnya kitorang cancel loan rumah yg telah lulus tu. tak tau lah apa perasaan cz semua bercampur baur (tak reti nk citer). agak bersusah payah juga nk dapatkannya tp akhirnya takde hasil. maybe bkn rezki kitorang kut.

catitan :
deposit - rm 1,500.00
penilaian - rm 500.00
lawyer - rm 750.00

booking rumah - oktober 2009
loan bank - CIMB (reject), Bank Islam (Tak bleh gaks), Bank Rakyat (LULUS)

rumah
- teres 2 tingkat
- 2 bilik air
- 4 bilik
- dapur dah diubahsuai
- parking bleh masuk 3 buah keta
- rega RM 173,500.00

sebab tak jadi
- nk pindah ke Kota Damansara
- kena + separuh lagi utk byr monthly
- org sewa rm 500.00 je
- sampai bila2 pun tk dapat duduk rumah tu

pantai teluk gorek - mersing





hjg minggu lepas : 2 mei 2010 : ahad : 11.30am - 3.00 pm

kitorang satu family tak pasal2 g melepak di pantai teluk gorek. g beramai2 dgn adik beradik ayang + mak sekali. abah je yg tak join. ina pulak kena g kerja.

tujuan sbnr g sn ada nk jumpa dengan seseorang tapi org tu tetiba je ada hal nk kena g KL & Kelantan so terus g berehat kt pantai tu. agak cantik juga tp tk dpat ambik gbr bebanyak cz nu'man agak meragam. waktu tidurnya terganggu.

masa nk g tu ada tersesat sikit & g kat pantai lain pulak. tapi tak jauh sangatlah so patah balik je lah & teruskan perjalanan. perjalanan dr rumah ambik masa dlm 45 minit - sejam je.

mula2 alif nk sangat mandi cz tgk sepupu2 nya mandi sakan. masa mula2 jejak kaki, nak nangis2 cz takut sgt. tk lama pehtu, syok sgt mandi. dapat pulak pinjam pelampung sepupunya so sakan mandi sampai tak nak naik & balik.

papa pulak konon2 tak nak mandi cz no preparation. apa pun tak bawa. dh lama mengelak last2 kena gak air kat seluar so alang2 tensen terus terjun juga. so agak puas hati juga kut mandi & berendam.

aku??? lepak je tepi cz nk tidurkan nu'man. seb baik dia tidur gaks akhirnya.

**gambar len kali...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...