11 ogos 2011 :: Khamis
hari ni mama g check up untuk kali ke 2 kat KK Kuang tu. mama sampai dalam 8.20 am & terkejut cz tak ramai pulak org. selalunya dh sesak dah klinik tu. lega cikit bl xde org sgt cz dgn harapan dapat siap CEPAT lah kan. dah le hari ni mama kena bawa Nu'man gara2 papa ada meeting kul 10 am.
prosedur hari ni agak ok cikit :
step 1 - cek berat & tekanan darah
mama dah agak dah, berat mama turun cikit. seb baik cikit je so xdelah kena bebel kan. turun 300 gm gitu cz mama kan xde selera nak makan + asyik kurg sihat je. tekanan darah alhamdulillah ok je.
step 2 - ambik darah lagi
hurm.... kena ambik darah lagi. dah le klinik ni suka sangat ambik darah bebanyak. bukan yg jenis cucuk hjg jari tu. ni cucuk tang kat siku tu beb. seb baik mama ni x penakut.
step 3 - cek darah & air kencing
dah ambik darah tdi, kena bawa g makmal pulak. dlm kepala otak dh pikir dh, mesti HGB mama turun kali ni cz x brp makan & jangkaan tu TEPAT sekali. dari 11++ turun ke 9++ je. seb baik x kena bebel mcm kat KK Temerloh dulu. nurse kat KK ni semua baik2.
step 4 - cek dengan NURSE
ni cek biasa2 & kejap je cz BABY blm terasa gerakannya lagi. then ckp cikit2 + bg vitamin. masa tu nurse ada bgtau kencing ada gula cikit & tak sangka plak kena jmp doktor. oh....... sungguh MALAS
step 5 - jumpa doktor
masa jmp doktor, dia just tanya makan & minum apa masa sahur cz tetiba ada GULA lebih dlm air kencing & dia takut mama kena kencing manis pulak. mama bgtau mama minum jus epal cikit + 2 cawan susu coklat then makan cikit ( 2-3 suap je nasi goreng & spagheti ).
yang TERKEJUTnya tetiba je mama kena buat @ MINUM AIR GULA lagi 2 minggu. huwaaaaaa................. TAKUT + RISAU
* Alhamdulillah hr ni kul 9.45 am mama + nu'man dah sampai rumah......
** cikit penat dah cz nu'man bkn nak duk diam sangat cz BOSAN menunggu kan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan