Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Jumaat, Ogos 19, 2011

Mini Murtabak Pisang

18 ogos 2011 :: Khamis

haritu mama ada beli pisang & nampaknya mcm x brp laku pulak so drpd membazir baik mama buat murtabak pisang je. lagipun kulit popia masih banyak lagi. memg nk simpn sikit utk buat kuih raya tp bleh beli lain lah.

nanti nak buat murtabak telur lah pulak. he2

nak buat murtabak ni senang sangat2. kdg2 memang ada yg jual tp kebanyakannya derg just letak hirisan pisang. mama x suka style tu so baik buat sendiri kan kalau ada bahan2 nya.



MINI MURTABAK PISANG

bahan :
6 keping kulit popia bersaiz besar
minyak untuk menggoreng

bahan lenyek mcm nak buat cekodok :
3-4 biji pisang berangan
sedikit gula
secubit garam

cara :
1 : masukkan bahan lenyek ke atas 2 keping kulit popia & balut dengan kemas
2 : masak atas api sederhana hingga kekuningan
3 : sedia dimakan

tips
** jangan isi inti terlalu banyak cz ia mudah kembung & meletup ketika dimasak
** nak lagi best, masak dengan mentega @ marjerin

Khamis, Ogos 18, 2011

Police Report


:: From Google ::


17 ogos 2011 :: Rabu :: Rawang

hari ni papa + alif cuti kerja @ sekolah cz sempena hari NUZUL QURAN. so di kesempatan ni papa nak settlekan kes REPOT POLIS yg bermasalah cikit dri 14 hb haritu. ada je halangannya.

so dlm kul 11++ kitorang semua bertolak ke Balai Polis Rawang. dah confirmkan REPOT tu di key-in dlm sistem + polis bertugas dah ambik gambar gambar apa yang patut so dapatlah SETTLE kan semua masalah ni.

AKHIRNYA masalah ni selesai gitu je tanpa kena keluarkan duit untuk bayar SAMAN. ni gara2 pokcik yg langgar tu buat REPOT gak & telah memutar belitkan cerita ( dia kata kitorg yg langgar dia, sungguh BIADAP perbuatan itu kerana ia dah jadi satu FITNAH ). seb baik polis tu kata kira tutup kes je lah cz ni kes kecik je so dah tak yah g mana2 balai polis @ IPD lagi. LEGA......................


then bila dah settle tu & rasa LEGA, barulah dapat g jalan2 dengan tenang. mama first time jejak kat RAWANG ni so mama ajak papa g meronda kat TESCO. senang gak le nak cari. ronda2 tempat baru. best gak suasananya.

brg2 yg dijual agak murah gak. ada 1 kasut @ wedges tu biasa org jual rm20 - 25 tp kat 1 booth tu derg jual RM 15.00 je. papa offer kut2 mama nak beli tp pilihannya x brp byk @ x berkenan sgt di mata mama.

motif utama g citu ialah mama nak carikan seluar & baju anak2 untuk raya. nk shopping cikit je thun ni so kesudahannya setiap sorang dapat 1 barang dri dlm TESCO tu. mama dapat beg colourfull, papa dapat tetttttttttttt, alif & nu'man dapat seluar jeans. pencarian baju alif & papa akan bersambung hujung minggu depan pulak.

Selasa, Ogos 16, 2011

Tragedi 14 Ramadhan

14 ogos 2011 :: Ahad

hari ni mama coti masak cz papa nak ajak g meronda kat PARAM ( Pasar Ramadhan ). so mama simpan tenaga cikit cz biasanya lepas zohor je mama dah mula kehabisan tenaga. tup2 papa ajak g meronda ke GIANT dulu so layan je lah. 3 kali pusing baru dapat PARKING cz tempat glemer lah katakan. kitorang x beli apa pun. just bawa anak2 g main kat TAMAN nya je.

then dalam kul 6 petang g lah PARAM kat Seksyen 7 Kota Damansara. makanan yg dijual memang SANGAT banyak tapi SANGAT lah mahal ( bagi kitorang lah ). agak TERKEJUT gak tengok rega makanan yg derg jual tapi BELI je lah cz saje nak ubah selera. antara yg mengejutkan mama... seketul popia goreng biasa dijual 40sen seketul. pehtu kebanyakan KUIH derg jual 3pcs = RM 2.00
kitorang just beli :
- nasi putih + ikan keli + paru cili ( RM 6.00 ) untuk mama
- nasi kerabu berlaukkan ayam ( RM 5.50 ) untuk papa
- 2 ketul karipap ayam ( RM 1.40 )
- 3 ketul cucur udang special kuah kacang ( RM 2.00 )
- sebungkus air kelapa original tanpa gula & ais ( RM 3.00 )
- 2 keping roti boom ( RM 2.00 )
total = RM 19.90 ( 70% je puas hati dengan rasa makanan tu )


kejap je ronda cz hari dah nak hujan sangat. pehtu terus balik rumah. tepat kul 7pm kitorang masuk simpang SHORT CUT macam biasa. beberapa KM je dah nak sampai rumah. masa masuk simpang tu dah ada sebuah kereta kat depan then ada nampak org BLOCK jln cz tgh baiki jalan so kitorg pun STOP.

belum sempat kitorang REVERSE, kereta depan tu reverse laju giler & POM langgar keta kitorang. memang xde rezki kan. papa turun le tanya2 & bincang2 apa yg patut tapi jadi macam nak gaduh cz PAKCIK tu dah lah tak nak ngaku salah, langsung x minta maaf then dia marah PAPA pulak. apa daaaaaaaa...........

keretanya langsung xde apa2. kereta kitorang ada bahagian bumper depan tu tertanggal then ada yg kemek & terkedalam. yang jadi TAK PUAS HATI nya kat sini ialah SIKAP & TINDAKAN pakcik tu je. dah le nama tak nak bagitau, no tepon lagilah. duit ganti rugi langsung jgn diharap. NTAH APA2 KAN................... !!!!!




:: ni lah keta pokcik tu. langsung xde apa2 pun. muka pokcik tu dpt sipi je cz tepon mama dah nak habis bateri. papa je dapat ambik gbr muka dia dengan jelas ::



kesudahannya mama buka puasa dalam kereta, papa buka puasa kat balai cz papa g buat REPORT polis atas ketidakpuashatian SIKAP pokcik tu. pehtu kes REPOT ni belum setel cz kena g BP Rawang & IPD Gombak lah & ada je halangannya. org yg nak jmp tu xdelah, waktu pejabat je lah dll.

DUGAAN................................ hanya ALLAH je yg mengetahui keadaan kitorg.

Mini Murtabak Sardin


16 ogos 2011 :: Selasa

dah lama rasanya tak masukkan citer bab makan2. bukan pe... memang rajin masak tapi dah kurang rajin ambik gambar cz selalu kepenatan + xde mood sangat nak online.

hari ni dah tak tau nak masak pe so pepagi tadi dapat idea ni. haritu rasa nak buat sardin roll tapi disebabkan rotinya makin cikit dimakan bebudaks so kena cari altenatif lain & kuarlah idea ni.

simple je..... cukuplah buat tambahan masa berbuka nanti di samping nasi putih + ikan masak asam + timun rakah bergula + air bandung cincau ( mama punya ) @ soya panas ( papa punya ).


MINI MURTABAK SARDIN

bahan - bahan :
10 keping kulit popia saiz besar
1 tin kecil sardin ( mama guna jenama giant je )
2 biji limau kasturi ( ambil jusnya )
3 ulas bawang merah
2 biji telur ayam
sedikit garam

cara :
1 : gaulkan semua bahan hingga sebati
2 : bungkus dengan 2 kulit popia bagi sekeping murtabak
3 : masak dengan api sederhana
4 : siap & sedia dihidang + dimakan

Sabtu, Ogos 13, 2011

2nd Check-up

11 ogos 2011 :: Khamis

hari ni mama g check up untuk kali ke 2 kat KK Kuang tu. mama sampai dalam 8.20 am & terkejut cz tak ramai pulak org. selalunya dh sesak dah klinik tu. lega cikit bl xde org sgt cz dgn harapan dapat siap CEPAT lah kan. dah le hari ni mama kena bawa Nu'man gara2 papa ada meeting kul 10 am.

prosedur hari ni agak ok cikit :

step 1 - cek berat & tekanan darah
mama dah agak dah, berat mama turun cikit. seb baik cikit je so xdelah kena bebel kan. turun 300 gm gitu cz mama kan xde selera nak makan + asyik kurg sihat je. tekanan darah alhamdulillah ok je.

step 2 - ambik darah lagi
hurm.... kena ambik darah lagi. dah le klinik ni suka sangat ambik darah bebanyak. bukan yg jenis cucuk hjg jari tu. ni cucuk tang kat siku tu beb. seb baik mama ni x penakut.

step 3 - cek darah & air kencing
dah ambik darah tdi, kena bawa g makmal pulak. dlm kepala otak dh pikir dh, mesti HGB mama turun kali ni cz x brp makan & jangkaan tu TEPAT sekali. dari 11++ turun ke 9++ je. seb baik x kena bebel mcm kat KK Temerloh dulu. nurse kat KK ni semua baik2.

step 4 - cek dengan NURSE
ni cek biasa2 & kejap je cz BABY blm terasa gerakannya lagi. then ckp cikit2 + bg vitamin. masa tu nurse ada bgtau kencing ada gula cikit & tak sangka plak kena jmp doktor. oh....... sungguh MALAS

step 5 - jumpa doktor
masa jmp doktor, dia just tanya makan & minum apa masa sahur cz tetiba ada GULA lebih dlm air kencing & dia takut mama kena kencing manis pulak. mama bgtau mama minum jus epal cikit + 2 cawan susu coklat then makan cikit ( 2-3 suap je nasi goreng & spagheti ).

yang TERKEJUTnya tetiba je mama kena buat @ MINUM AIR GULA lagi 2 minggu. huwaaaaaa................. TAKUT + RISAU


:: from GOOGLE ::

* Alhamdulillah hr ni kul 9.45 am mama + nu'man dah sampai rumah......
** cikit penat dah cz nu'man bkn nak duk diam sangat cz BOSAN menunggu kan

Puting @ Pacifier


ALHAMDULILLAH mama & papa sangat2 LEGA cz akhirnya NU'MAN berjaya gak "membuang" putingnya. mama dah lupa tarikh sebenar cz lambat sangat hapdet blog tp yg pastinya dah lebih 1 bln gtu.

yg mama + papa x sangka, hanya ambik masa 2 hari je untuk buang TABIAT nu'man tu & tak sangka gak ia BERJAYA sepenuhnya. Nu'man memang tak banyak RAGAM sangat slps xde puting tu. klu tidak asyik nak je. makin besar makin menjadi2 ketagihnya. kitorang dah naik RISAU dah.

cara yg mama & papa guna hanyalah buat bunyi yg memualkan @ menunjukkan PUTING tu nampak terlalu teruk @ jijik utk digunakan. kesudahannya nu'man boleh terima cara tu. tak yah nak tunggu puting tu KOYAK @ mama + papa kena pikir cara yg lain. skrg ni bila nu'man nampak org @ kartun dalam TV pakai puting, mesti dia buat bunyi mcm mama + papa buat tu. hik......

TAHNIAH NU'MAN !!!!!!!!!!!!!!!!

Alif Naufal = 4 Tahun


6 ogos 2011 :: Sabtu

SELAMAT HARI LAHIR utk alif naufal. dah 4 tahun dah. kejap je masa berlalu.
mama + papa harap abang ALIF jadi insan TERBAIK di kalangan yg terbaik.

cian ALIF cz tahun ni kitorang macam tak buat apa2 sambutan pun cz bulan PUASA lah katakan. selalunya kitorg g makan2 kat PIZZA HUT. hadiah pun x mcm tahun2 yg sebelum ni cuma papa ada belikan sebuah lori mainan bersama 2 buah kereta comel mengikut permintaan ALIF sendiri.

Balik Kampung

:: from GOOGLE ::

5 ogos 2011 :: Jumaat
plan asal : Kuang - Melaka - K.Rompin
yg jadi : Kuang - Melaka - Segamat - Selancar

hari ni papa ambik cuti & alif ponteng sekolah cz kitorang semua nak balik kampung untuk melawat ATUK ( ayah papa ) yg sakit & nak ambik kerusi roda kat melaka.

bertolak dalam kul 8.45 am & smp kat Ayer Keroh dalam kul 11++ setelah terpusing cikit2 cz terlajak simpang. Ayer Keroh ni rumah Pak Ngah. kitorang nak ambik @ pinjam kerusi roda yg pernah arwah atuk & arwah nenek guna.
rehat2 kejap sampailah papa habis solat jumaat. dalam kul 2.30 pm baru gerak ke segamat melalui TANGKAK. tu je jln yg terdekat.

sempatlah ronda2 kat PARAM segamat. motif utama kitorang ialah nak beli MURTABAK tersedap je. slps jln2 1 param tu, kitorg memang beli murtabak sahaja + 3 jenis air. hik..... then terus balik ke rumah family mama kat SELANCAR.

masa sampai tu, sedara yg kat Batu Pahat dah sampai dah. kitorang x plan langsung nak balik selancar tp x sangka kena lalu situ so singgah BUKA PUASA dulu kat situ. konon2 nak balik k.rompin slps berbuka tapi disebabkan semua agak kepenatan, terus tukar plan lagi.... balik slps subuh lah pulak.



6 - 8 ogos 2011 :: Sabtu - Isnin
pagi sabtu tu gerak dari selancar ngam2 kul 7 am. disebabkan jalan LENGANG & papa bawa laju so kul 8.30 am dah sampai dah rumah family papa. semua adik beradiknya ada kecuali ALONG je x balik.

aktiviti biasa di kampung ialah melepak, masak2 & makan2.
kali ni jarang g jln2 sangat cz x tau nak beli apa pun. lagipun bulan puasa so g PARAM je lah. yg x bestnya, kitorg cari ROTI JOHN & CUCUR UDANG yg best tu tp thun ni x tau peniaga tu niaga kat mana pulak so x dpt le makan. seb baik mama x ngidam. ha3

hari AHAD pulak petang tu g PARAM kat tempat abang yu pulak cz g htr brg2 kiriman dari Selancar. tragedi hr tu ialah air kelapa yg mama beli ( 2 bungkus ) pecah ms nk letak dlm keta. seb baik ada PLASTIK lain yg cover so tumpah cikit je. nk g beli lg, malas dah nak jalan cz PENAT.

ISNIN tu kitorg balik Kuang dalam kul 2 pm. perjalanan rasa JAUH sangat cz agak byk berenti cz papa ada nk buat kerja office. seb baik ada HUJAN gak masa perjalanan tu so mama dapat BERPUASA hingga sampai waktu berbuka. sampai kuang dah kul 6.45pm so g SHOPPING kat param depan rumah je tp mcm biasa, mama x tau nk beli apa pun cz semua nmpk x menarik. kesudahannya beli kuih tepung pelita, bubur lambuk & air je.

lepas2 berbuka tu mama masak daging masak kicap + nasi cz terasa mcm laparlah kan.

Kelambu Moden


3 ogos 2011 :: Rabu

ALHAMDULILLAH hari ni kelambu yg mama order dah sampai dah. org yg paling suka dapat kelambu ni ialah anak2 le cz derg ingatkan mama belikan KHEMAH yg besar. x sabar2 suh pasang cz nak main kat dalam.

memang berbaloi beli cz MUDAH dipasang & yg paling penting boleh DIBAWA masa balik kg @ nak ke mana2 tmpt yg bersesuaian. ia boleh dilipat & simpan dalam BEG nya sendiri.

mama beli ONLINE je cz nak dapat cepat. lagipun tak tau kedai mana yg ada jual menda nih. tambahan lagi mama memang nak CEPAT cz tetiba kt rumah skrg ni BANYAK sangat nyamuk. dah le dekat2 kwsn rumah ni dah ada yg kena DENGGI.

rega kelambu RM 40.00 + poslaju RM 10.00 = RM 50.00 sahaja
bebaru ni mak citer ada org jual kt kg dlm RM 6x.xx
selamba je ABAH jawab, dah ada dah... anak saya belikan. hik......



Rabu, Ogos 03, 2011

2 Ramadhan


2 Ogos 2011 :: Selasa

hari ni hari melepek sedunia untuk MAMA. mama semangat sangat nak PUASA so mama bertahan juga sampai berbuka.

SAHUR mama xde selera langsung nak makan so minum 2 cawan kecik susu coklat + 3 suap nasi berlaukkan udang msk lada hitam + buah kurma 2 biji. then telan UBAT apa yg patut cz mama kurang sihat ( BATUK teruk & rasa macam nak demam )

disebabkan mama makan ubat batuk masa lepas berbuka & sahur so sepanjang masa asyik nak TERTIDUR aje. memang macam MEMBUTA je lah hri ni cz ditambah dengan sakit kepala. memang x byk sangat buat kerja. yg penting kena hantar & ambik alif balik sekolah.

PETANG tu dalam keadaan yg kureng sihat tambah kaki terketar2 masa berdiri, sempat gak buat AGAR2 SANTAN cz terasa macam nak mkn je & masak lauk AYAM MASAM MANIS je. len2 suh papa g beli kat PARAM je. suka hati dia lah nak beli apa pun.





LEPAS BERBUKA yang ala kadar je untuk mama ni yang tak lalu nak makan..... tetiba je MAMA termengah2 + kepenatan + degupan jantung terlalu LAJU bagaikan lepas berlari pecut 100 meter. lama gak ambik masa baru reda. reda pun x brp reda gak cz masih tercungap2 & dah hampir sesak nafas dah tapi still bertahan lagi kat rumah.

TAKUT nak g hospital cz takut kena tahan kat wad je. sampai hari ni bila makan je MAMA akan termengah2. apa lah MASALAH kali ni??????

Isnin, Ogos 01, 2011

1st day puasa

01 ogos 2011 :: Isnin

SELAMAT BERPUASA kepada semua pembaca blog ni.

ALHAMDULILLAH cz kitorg masih diberi peluang untuk berpuasa lagi di bulan ramadhan yang indah ni.

yang tak berapa BEST nya ialah kitorang 1 keluarga x brp sihat

papa : batuk2
mama : batuk teruk
alif : sikit selesema
nu'man : demam tetiba & agak panas + selesema + batuk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...