Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Ahad, Mei 22, 2011

Aku Tergoda !!!!

:: CUN kan kotaknya ? ::
:: Sesuai untuk dijadikan hadiah, x yah balut2 dah ::


hik.... baru2 ni Pn. Ie g lah delivery apam kat Carefour Kota Damansara & nampak kedai baru tp malangnya tgk dari luar je cz susah nak bawa troli + meronda dgn dua hero kecik.

then weekend tu dapat g delivery dengan en. han pulak. disebabkan custmr agak lambat sampai so SEMPAT lah pn. ie g meronda2 dalam kedai baru buka tu & dah SAH2 lah SENGAJA menjebakkan diri gaks.

lepas pikir punya pikir.................. pn. ie BELI gak cz nampak CUTE je di mata ku lagipun tgh SALE OPENING so rugi lah x beli. PASNI rasa nak g beli teko @ jug nya pulak. hari tu SOMBONG sgt x nak beli terus.

yg lagi SERONOK, ni adalah duit hasil dari MENGAPAM. tu yg BEST je.

apa yang Pn. Ie beli tu ?????????????????????
ala, set cawan & pinggan je. ada 6 pcs / set. pn. ie ni bukan peminat setia ENGLISH style tp beli ni sebab rasa CUN sangat di mataku. so PASNI bolehlah hidangkan pada tetamu. ni selalu main hentam je hidang cawan apa pun.


:: sebahagian setnya ::
:: simple but cun di mataku ::
:: RM 39.00 sahaja utk 1 set ::

Pembantu Terbaik


ni lah PEMBANTU pn. ie yg paling terbaik. pn. ie sibuk MENGAPAM, nu'man pulak sibuk gak bahagi2 kan makanan. sungguh kreatif budak sorang nih.

dia ni agak pendiam tapi SUKA bekerja.

Ahad, Mei 08, 2011

huhuhuhuwaaaaaaaaaaaaaaaa

07.05.2011 :: Sabtu :: Kuang, Selangor :: 5.45 pm - 7.45 pm



pe citer pulakkan kereta En. Han ni ??????????????????
citer SEDIH ni tau. kitorang semangat nak keluar rumah menuju ke SOGO dlm kul 5.45 pm utk g hantar apam yg org order. belum pn g mana2 ( bru smp simpang luar kwsn rumah ), tayar dah PANCIT yg dahsyat so g tukar tyr SPARE kat ctu gaks.

lama gak nk tukar2 tu. biasalah tu kan.
dah siap tukar tu dlm kul 6.30 terus g kedai tayar yg dekat2 je dgn rumah. seb baik KEDAI tu buka lagi.

terus setelkan apa yg patut. rupa2 nya RIM en. han RETAK so tu yg tayar xde angin. nasib baiklah TAYAR nya masih elok so kuar duit utk beli RIM baru je. TERPAKSA beli. dah le xde pilihan kat kedai tu. tak pasal2 melayang 1/3 duit claim yg baru je en. han dapat.

yang SEDIHNYA ialah duit tu sebenarnya en. han nak bg pn. ie tapi KERETA yg dapat. tak aciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


:: Sport rim yg baru guna 1 thn lebih je ::


:: ni sport rim baru yg en. han pilih sendiri ::

disebabkan tayar pancit ni jugalah pn. ie jadi LAMBAT nk g htr apam tapi memang ada HIKMAHnya lah cz custmr tu pun lambat gaks. dia janji kul 8 tp pn. ie sampai kat SOGO dlm kul 8.45 pm TAPI kitorg jumpa kul 9.45 pm cz dia baru habis MEETING dgn umno.

** pergi SOGO semata2 utk makan malam + htr apam dot dot je. TAK sempat meronda pun apatah lagi nak SHOPPING

Gunting Rambut


07.05.2011 :: Sabtu

hari ni En. Han guntingkan RAMBUT nu'man tapi buat DUA sesi cz bateri mesin tu habis. sabor je le kan. seb baik gunting pepagi so petang tu buat lagi sekali. kalau tak habis TOBEK rambut nu'man.

Ikan Masak Lemak Cili Api Berlengkuas

07.01.2011 :: Sabtu :: Dapur Rumah Hijau

hari ni baru le pn. ie bersemangat sikit nak masak NASI & lauk pauk.
walaupun SIBUK dengan order apam tapi mood masak ada je dtg so settlekan masak dulu.

hari ni pn. ie saje je cuba buat masak lemak cili api ni. tapi macam biasalah ye, pn. ie masak confirm TAK PEDAS & xde sukatan tertentu. semuanya AGAK2 je.




IKAN MASAK LEMAK CILI API BERLENGKUAS

bahan kisar :
bawang merah
cili api
lengkuas
kunyit hidup

bahan :
ikan kembung
santan
garam
gula
belimbing buluh
serai - diketuk je

cara :
1 : panaskan minyak & tumiskan bahan kisar bersama serai
2 : bila bahan kisar dh pecah minyak @ agak garing, masukkan santan & sedikit air.
3 : bila dah agak mendidih, masukkan ikan & belimbing buluh
4 : rajin2 kacau supaya santan x pecah2 & biar sampai semunya masak
5 : sedia dihidang

Kuey Teow Hong Kong

06.05.2011 :: Jumaat :: Dapur Rumah Hijau

dari hari Rabu - Jumaat kitorangnya makan malam semuanya berasaskan mee @ kuey teow je. so dah 3 hari juga lah pn. ie langsung tak jumpa NASI.



KUEY TEOW HONG KONG

bahan kuey teow : kuey teow & telur

bahan kuah :
jagung muda
kobis
cendawan
daun sup & daun bawang
bawang putih
garam
gula
lada sulah
bancuhan tepung jagung
stok ayam
ayam

cara :

1 : gorengkan kuey teow yg digaul dengan telur ayam
& ketepikan.

2 : tumis bawang putih & masukkan ayam

3 : tambahkan air & biarkan mendidih

4 : bila dah mendidih, masukkan semua bahan lain & perasakan ye

5 : bila dah masak, tuangkan kuah ke atas kuey teow tadi

Acara Wajib

01.05.2011 :: Ahad :: Pantai Hiburan

hr ni hari berehat sedunia cz smlm kan hri yg memenatkn.
ramai yg bantai tdo je. tp pn. ie tk sempat qada' tdo cz nu'man x tdo lm.

dh ptg2 tu kitorg semua ramai2 g PANTAI cz tu je tempat melepak yg paling BEST.
kitorg pulak setiap kali g PANTAI, setiap kali tu lah akan main LAYANG-LAYANG yg murah tapi tahan tu.


:: sempat gak main bola ::


:: hero2 yg semangat main layang2 ::

Perjalanan Yang Memenatkan

30.04.2011 :: Sabtu :: selangor - pahang - terengganu - pahang

citer ni dah BASI tapi pn. ie nak gak tulis cz bru tau kitorg g mn kan.

perjalanan jauh ni bermula dari kul 1.30 am
pn. ie memang langsung tak tidur smp kul 1 cz takut semua terlajak TIDUR. Angah ( abang en. han ) join perjalanan ni.
perjalanan sungguh LANCAR & CEPAT cz tak ramai org so laju je en. han DRIVE dari KUANG smp le Marang, Terengganu.

dalam kul 4 ++ am pn. ie singgah rumah abang kat Kuantan cz nak kirim @ tinggalkan apam polkadot yg adik pn. ie tempah. then teruskan perjalanan & berenti solat SUBUH kat Masjid Rantau Abang. tak disangka2 kitorang bertembung dgn rombongan kuarga + org kg en. han yg naik BAS.

dlm kul 7++ kitorg sebuah kereta je sampai kat HOMESTAY yg disediakan. so mandi manda + lepak2 kejap & sempatle en. han tdo. rombongan BAS terus ke Pasar Payang.

dalam kul 10++ kitorg plak menyusul ke sana. pn. ie x beli apa pun cz x tau nak beli apa. KESUDAHANNYA hanya beli dodol, keropok kering & serunding je. en. han pulak beli kopiah & perfume.



:: Ain Homestay kat Paya Resak ::
:: RM 200.00 utk 1 hari ::
:: sangatlah LUAS mcm dewan gtu ::


kul 12.30 pm kitorg semua gerak ke rumah PENGANTIN lelaki. makan2 + lepak2 lah kan. tu je kerjanya klu g kenduri kawin.

dalam kul 2++ rombongan BAS dah bergerak balik ke Kuala Rompin, Pahang.
yg kitorang plak ( 2 buah kereta - adik beradik en. han ) dalam kul 3++ baru gerak ke Kuantan.



:: Tema warna utk rumah pengantin lelaki = hijau ::


apa tujuan kitorang SINGGAH kuantan ? semestinya saje je nak MELAWAT jom heboh cz dah kebetulan kan.
singgah pun KEJAP je. masa sampai ctu dah kul 7++. ronda2 kejap kt bhgn dalam & shopping cikit2, kul 8++ dah gerak balik Kuala Rompin pulak.
disebabkan LAPAR so singgah makan dulu kat Sungai Isap.
kul 12++ tgh malam baru sampai kat rumah keluarga En. Han.

PENAT wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Jumaat, Mei 06, 2011

Banyaknya SAWANG


:: TQ pak google ::

dah lamanya RASA x update BLOG nih. bukan xde idea @ cerita tapi TERLAMPAU xde mood + kurg berkesempatan + penat je tetiap hari sejak DUA MINGGU lepas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...