Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Isnin, November 01, 2010

Apam Balik

31.10.2010 : Ahad : Rumah Hijau

Hari ni ada kawan papa nak datang rumah so apalah yg nak dihidang. papa suruh goreng keropok je tp malangnya takde langsung stok kopok kat rumah.

baru2 ni ada beli jagung dlm tin cz rasa macam nak buat puding jagung @ muffin jagung tapi bahan x ckup plak so pelagi, cubalah APAM BALIK.

memanglah tak sama sangat dgn yg kat pasar tapi bolehlah. kiranya klu bg 5 bintang tu... dapat 4 1/2 gtu. ha2 senang je nak buat kalau bahan2 dah cukup.





:: Nampak JAGUNG je cz kitorang suka apam balik tanpa kacang ::

APAM BALIK KELUARGA HANAFI

Bahan - bahan :
2 biji telur
1/2 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3 sudu teh backing powder
1/2 sudu teh garam
sedikit kacang tanah dikisar
sedikit jagung dalam tin


Cara - caranya :
1/ pukul telur hingga kembang dan tambahkan gula
2/ masukkan minyak, susu, garam, backing powder & tepung
3/ kacau rata sambil tambahkan air
4/ masakkan adunan di atas kuali yg bersesuaian
5/ bila separuh masak, taburkan kacang & jagung
6/ sedia dihidang & dimakan


* bila adunan ni dimasak, agak banyak juga hasilnya cz boleh bagi jiran tetangga lagi
* tips untuk nak bagi cepat masak & tidak hangit : tutup semasa memasaknya
* tidak perlu letakkan minyak @ mentega semasa memasak cz ia takkan melekat kerana adunan dah bercampur minyak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...