Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Selasa, November 30, 2010

MAHA 2010

28.11.2010 : Ahad : MAHA 2010 : Serdang

alhamdulillah berjaya juga pergi ke MAHA 2010 bersama keluarga. kitorang saje pergi lambat2 cz nak cuaca yg nyaman gtu so pergi dalam kul 5.45 pm - 11.35 pm ( termasuk perjalanan pergi dan sampai semula ke rumah ye ).

mula2 En. Han ada call kawan dia tanya cuaca kat sana & keadaan so jwpnnya ialah hujan & 'jem'. so rasa macam nak cancel je tp last2 pergi juga cz dah keluar rumah & takkan nak balik semula kan so En. Han kata gamble je lah. akhirnya sampai juga kat sana. masa sampai hujan renyai sikit tp still ok.

parking agak jauh juga & kitorang jln kaki dlm 3-5km kut ( tak reti lah nak agak tp sangat jauh ye ). memang semput je nk sampai situ cz Pn. Ie dukung Nu'man. masa ronda2 memang best sangat2. seb baik masa balik tu kitorang dapat naik traktor yg disediakan utk smp ke pintu utama ( dekat lah dgn parking kitorang ).


:: Pokok limau purut yg dihajatkan ::
:: RM 8.00 sahaja ::

:: Rumpai laut yg alif test byk kali = RM 5.00 sekotak ::
:: E-Man Coco yg sedap mengalahkan MILO = RM 15.00 sepeket ( 900 gm ) ::

:: Lamb Steaq yg sedap sangat = RM 10.00 utk 1 set ::
:: Murtabak Raja = RM 14.00 sekotak ( dlm ada 4 mini murtabak ) ::
:: Pizza Pah perisa daging = RM 16.00 ::

:: Bola Besar utk anak-anak = RM 10.00 seunit ::

:: 2 biji buah betik yg kena tunggu 2-3 hari baru masak = RM 4.00 ::


:: Ubat Batuk fesyen baru = RM 14.00 ::


:: Alif masa dalam traktor = perjalanan pulang ke pintu utama ::


:: Sempat bergambar dengan Uncle Bee yg comel ::
:: Alif suka sangat cz dia kata " Bee tu baikkan mama.... " ""

2nd Award


haritu masa pertama kali dapat award tak yah jawab apa2 soklan so kali ni kena jawab soklan sikit. hik.....
1 : Thanks the person who gave you this award and the link of the person
orang yg sy kenal kat temerloh...namanya syima
2 : Speard the award 15 blogger who you like and you think their blog are awesome
15 orang ke? macam tak cukup je ni.... :-)
3 : Tell 7 things about yourself
@ banyak sangat nama panggilan - fida, ida, fifie, mak de, mak teh, pijah dll
@ lahir kat selangor, besar kat pahang, now stay at selangor
@ alhamdulillah dah kahwin & ada anak2
@ moody person
@ suka berkawan
@ suka berjalan dengan keluarga
@ keputusan muktamad - jadi surirumah sepenuh masa

yeay dapat mainan

27.11.2010 : Sabtu : Tesco Mutiara Damansara

hari ni kitorang ronda2 kat TESCO selepas g kenduri kawin kawan En. Han
konon2 nak g MAHA 2010 tapi tak jadi cz cuaca agak panas so x sesuai bawa anak2 g sana. kesudahannya singgah TESCO utk shopping apa yg patut.

so dua hero kecik ni dapatlah mainan masing2. yang murah2 sudahlah ye.

:: untuk nu'man ::
:: mengeluarkan 5 jenis bunyi berkaitan kunci ::
:: Harga = RM 11.90 sahaja ::

:: Untuk Alif ::
:: Keretapi yg ada blok boleh tanggal & susun semula ::
:: Harga = RM 9.90 sahaja ::

tukar baru = naik harga


hurmmm..... Susu Alif naik harga lagi. dalam tahun 2010 ni ntah dah berapa kali naik lah. nak tak nak kena beli gak.
dulu harga yg paling rendah kitorang boleh dapat RM 53.90 walaupun berpindah ke Selangor tapi sekarang paling rendah RM 58.90 utk setin. setakat ni tu paling murah jumpa kat kedai 99 market.
ada pertukaran gambar pada tin & derang tambah bahan sikit dalam susu tu so NAIK HARGA lah.

Sabtu, November 27, 2010

Bersila

inilah Nu'man yg suka sangat duduk bersila. dia selesa agaknya duduk cenggini. Pn. Ie belum ajar lagi dia duduk bersila tapi dia belajar sendiri. Baguslah Nu'man ni kan........

Day 3 = Swiss Garden




25.11.2010 : Khamis : Swiss Garden, Kuantan

pagi tu jalan2 jap area hotel. Alif sempat mandi kat kolam renang utk kali kedua. Pn. Ie & Nu'man tengok je dr tepi cz langsung x terpkir nk mandi pepagi tu. cukuplah petang semalam mandi sakan.

then naik bilik & rehat. tak sangka2 bebudak ni tidur setidurnya. si Nu'man tidur dari kul 10.30am - 1++ pm. yg si Alif pulak tidur dari kul 11am - 1++ pm gak. sempat bangun kencing jap & sambung tdo. last2 Pn. Ie yg bosan, seb baik ada bawa majalah sikit.

check out kul 2.00pm. tgu En. Han kemas2 then g makan FREE. kitorang org terakhir yg makan. hik... kelakar je. pehtu En. Han sambung buat kerja sikit lagi smp le kul 3++pm so lama gak kitorang buat kecoh kat lobby tu.

then singgah jap kat Megamall. konon2 Pn. Ie nak beli sandal tapi semua tak berkenan. pehtu terus balik Kuang je.

Day 2 = Swiss Garden

24.11.2010 : Rabu : Swiss Garden, Kuantan

hari kedua memang berjalan lancar lah. pagi malas kuar g sarapan mana2 cz dah siap2 beli roti semalam. pagi ni just lepak dalam bilik je sampai Pn. Ie tersambung tidur semula. sedar2 dah kul 2 ptg gtu.

lepas solat kitorang ( Pn. Ie + anak2 ) gerak g East Cost Mall. sebelum tu Pn. Ie g lah cari restoran yg agak sedap utk lunch tapi tak sangka derang dah TUTUP. hurm..... kecewa je. then malas nak singgah mana2, terus je ECM.

mula2 terus g cari makanan cz lapar sangat2. g lah makan kat NOODLE STATION. malangnya takde gambar cz tak nyempat2 nak melayan 2 hero yg kebuluran. servis & makanannya boleh tahan sedap & harga xdelah melampau sangat mahalnya.

then ronda2 kejap cz bukan ada tujuan apa2 pun g situ. nak shopping ????? sape nak hangkutkan barang so cuci2 mata dah le. tapi tak sangka, masa dah nak balik tu mata Pn. Ie tertengok sesuatu yg membuatkan masuk situ dulu. tengok punya tengok, terBELI lah 1 t-shirt.



= T-shirt putih utk dipakai dengan Inner Pink Pekat
= Brand - Lady Like
= Harga - Rm 49.00 sahaja ( tapi discount 70% )
= Tak try pun baju ni, main ambik je cz tgh dukung nu'man
= Beli sebab 70% diskaun tu
petang tu dalam kul 6 - 7pm Pn. Ie + anak2 g bermandi manda di kolam renang pulak. Ingatkan En. Han nak join tapi tak habis2 dengan kerja nya so kitorang mandi sakan je lah. best sangatlah bebudak ni klu dpt mandi.
malam tu dapat makan FREE kat hotel tu. dapatlah makan macam2. masih terbayang2 lagi BBQ nya cz sedap sangat.

Day 1 = Swiss Garden

23.11.2010 : Selasa : Swiss Garden, Kuantan

hari ni hari pertama kitorang kat sini. tujuannya ialah Pn. Ie + anak2 mengikut En. Han yg berkursus @ kena buat kerja kat sini. dapat pulak hotel bilik sorang so joinlah. En. Han memang kena bekerja dari siang ke malam selama 3 hari 2 malam so kitorang buat aktiviti sendiri ye.

sampai kat sini & check in kul 12++ tgh malam cz lepas Isyak baru bertolak ke sana. seb baik perjalanan lancar je.

pagi En. Han je dpt bekfast so kitorang keluar hotel kul 10++ pagi terus menuju ke restoran Zaman. Beli nasi lemak 2 bungkus, roti canai 2 keping & teh ais. pehtu terus menuju ke rumah mak angkat Pn. Ie kat Kampung Pandan pulak. stay situ sampai kul 3++ ( lepas makan tgh hr lah baru balik kan ).

singgah jap kat Tunas Manja, Taman Tas untuk membeli apa2 yg ptut ( semestinya bekalan makanan ). Petang tu sesi bermandi manda dalam tab mandi je cz malas nk turun bawah ( dapat duk kat Tingkat 4 ).

malam lepak kat bilik je cz En. Han je dapat makan free. tak minat nak buat muka tak malu g makan walaupun derang tak cek kupon makan.



ooooo... balik rumah


21.11.2010 : Ahad : Felda Selancar - Kuang


hr ni tgh hari tu sempat g kenduri kawin sepupu kat Muadzam dulu. pehtu gerak balik Kuang dalam kul 1.47 pm. perjalanan takdelah jauh mana tapi JAMMED aje. 2 tempat yg teruk sangat. seb baik JEM yg bergerak so oklah.


apa2 pun sampai rumah dalam kul 9++ gtu. dalam 7 jam perjalanan. konon2 macam menyesal je lalu situ, sepatutnya kitorang lalu seremban sekali MIL kata adik ipar yg lalu situ pun JEM kat Bukit Putus so sama2 JEM lah jalan mana pun.


apa2 pun En. Han kata " Ni lah suasana sebenar BALIK KAMPUNG ". sebelum ni tak pernah rasa lagi. hik....


Day 2 = Aidiladha 2010

18.11.2010 : Khamis : Kuala Rompin

hari ni dah bergerak ke rumah En. Han pulak. sampai rumah dlm kul 1++ gtu. baru je sampai family En. Han ajak g berkelah plak ( tapi dah agak dah, mesti nk g situ punya ). so lepak2 sekejap then kul 3++ bergerak ke Pantai Teluk Gorek.

dalam perjalanan tu Kak Ju ( Kakak Ipar Sulung ) belikan bebudak ni aiskrim. yg kelakarnya Alif tak nak makan langsung aiskrim tu. kesudahannya Nu'man yg habiskan ( siap x bg org lain ambik, mengamuk2 ). enjoy je lah ye gambar2 di bawah.

:: sampai ke hidung aiskrimnya ::

:: sedapnyalah aiskrim ni ::



:: mari mandi pantai ::

:: suka sangat derang ni main air ::

:: test dulu, nu'man takut @ tak ::

Aidiladha 2010

17.11.2010 : Rabu : Felda Selancar & Segamat

tahun ni raya pertama turn rumah Pn. Ie
yg kelakarnya kitorang langsung xde ambik gambar sekeluarga.
kali ni, abang Pn. Ie yg sulung tak balik cz cuti 1 hari je. Pehtu Abang yg no 2 juga tak balik cz sakit mata (kena jangkitan kuman) so yg ada hanyalah mak, abah, Pn. Ie sekeluarga & adik yg bongsu.

sambutan kali ni lps solat raya...makan2 jap kat rumah sendiri. then g ziarah nenek sedara kat Selancar 3 je. pas g rumah tu mak abah ajak g rumah sedara dekat2 je dgn rumah so just beraya 2 buah rumah je lah.

tgh hr tu hujan terlampau lebat so tak pasal2 rumah kitorang kena tembak petir gak ( masatu xde kat rumah cz beraya ). then terus buat report dgn TNB. yg bestnya x lama tu derang datang baiki. rupa2 nya ada 8 buah rumah lg yg report gak. patutlah cepat sgt sampai.

then petang dalam kul 3++ kitorang g Segamat pulak. g Giant je jalan2 cz hari hujan2 gak. ingat nak ke JAKEL tp tutup pulak. kejap je lah g situ. sebelum maghrib dah sampai ke rumah semula.


:: sempat lagi naik bot ::

:: masih berbaju melayu gitu ::

:: My Heroes ::

Isnin, November 22, 2010

Jakunnya AKU


22.11.2010 : Isnin : 12.35am
malam ni Pn. Ie ngada2 buka nuffnang cz dah lama x buka. manalah tau kut2 ada nuffnang nak bagi duit. tak kusangka tak kuduga, apa yg Pn. Ie idam2 kan dah membuahkan hasil walaupun ia ciput sangat2.
harap2 pasni Pn. Ie akan lebih berDUIT
bukan nak menunjuk tapi TERUJA cz pertama kali baru nak dapat. orang lain dah berKURUN dah dapat. Pn. Ie baru nak mula merasa.
ni yang membuatkan MAKIN BERSEMANGAT nih.

Isnin, November 15, 2010

Kenduri Kahwin

14.11.2010 : Ahad : Seksyen 6, PJ

hari ni sepupu Pn. Ie kahwin di Keratong 8 tapi kitorang x dapat pergi cz alang2 nak balik beraya so kitorang g kenduri kahwin kawan opis En. Han. bolehlah dikatakan dekat so g je lah walaupun En. Han banyak sangat kerja yg perlu disiapkan.

yg bestnya dapat g kenduri kawin ni.....
* makanannya semua sedap2 sangat....susah nak berenti makan
* suasanan selesa cz dibuat dalam dewan
* majlis pun macam tenang je tambahan ada persembahan nasyid
* dapat cenderehati yg cun gaks

:: dapat 2 biji buah epal ::

:: dapat 2 kotak berbentuk masjid ::
:: isi - coklat, gula2, belon ::

:: kuih cara berlauk yg special sangat & sedap ::

:: nu'man ::

:: alif ::

New Jibbitz


13.11.2010 : Sabtu : Plaza GM, KL

hari ni En. Han belikan Alif "jibbitz" baru untuk kasut CROCS nya yg dah usang. tak reti nak eja benda tu. murah je cz dapat rega borong. beli min 6 pcs = 20sen je sebiji so Alif dapatle beli Thomas & Cars citer feveret dia tu. suka sangatlah dapat beli. bawa ke hulu ke hilir plastiknya tu masa dah beli.

kenapa kena beli baru ????? sebab "jibbitz" nya yg lama semua dah dicuri orang ( tak tau lah masa bila, sapa curi cz tau2 tengok2 kasut tu....dah "bogel" ). ni pertama kali ada kes curi2 masa duk rumah baru ni. masa duk rumah lama, x pernah kena apa2 pun.

pasni nak belikan alif kasut yg baru lah cz kasut ni dah tak berapa nak muat + dah buruk gaks lah. line kat tepi pun dah Pn. Ie koyakkan cz hari tu dah lekang so x cun lah.

@ SOGO, KL

13.11.2010 : Sabtu : SOGO, KL

lepas je g plaza GM kitorang singgah SOGO pulak cz En. Han nak solat jap kat situ + kitorang nak makan2 di food court nya. tu je tujuan utama g SOGO. tak ronda2 pun bhgn dalam walaupun ada SALE.

alang2 dah sampai SOGO, pe lagi....Pn. Ie g lah seberang jalan. g SEMUA HOUSE cz konon2 nak g butik RATU. dapatlah pergi tapi xde 1 pun tudung yg berkenan di hati. murah tu memanglah murah tp tak eklusif sangatlah. cancel.

ronda2 sikit kat psar malamnya then balik rumah.

yg terkejut sangat2 masa nak bayar parking kat SOGO tu. perghhhhh mahal giler. pas ni memang tak yah lah parking kat situ. Pn. Ie dah cadangkan kat En. Han supaya parking kat SEMUA HOUSE je tp dia nak cuba masuk ctu. sekali nak bayar...terperanjat!

:: air tembikai gelas besar satuuuuuuu ::

:: peace ::

:: sejuk, best je cz dapat duk dekat2 ::


:: suka sangat bab makan2 ::


:: sedap sangat, kalaulah bleh buat sendiri ::


:: En. Han with Nu'man yg khusyuk ::


:: Pn. Ie with Nu'man ::

@ Carrefour Kota Damansara

13.11.2010 : Sabtu : Carefour Kota Damansara

hari ni matlamat utama nak g plaza GM, KL tapi sebelum g ctu...melilau2 g ke lain. kuar awal dah. mula2 g TM, Kota Damansara cz nak setelkan kes pemotongan telefon rumah sewa lama tapi malangnya derang TUTUP plak hr sbtu ahad. bengang je En. Han cz hr ni je lah yg dia FREE.

pehtu dengan tak sengajanya singgah carefour jap. tujuan utama ialah En. Han nak g beli buku hadis kat 1 kedai buku tu. masa tunggu En. Han pilih2 tu anak2 sempat le melepakkan diri kat tmpt bebudak main cz depan kedai buku tu je.

:: test test test ::

:: kenapa x bergerak ni? puas dah cuba ::

:: jom belajar memandu ::

Jumaat, November 12, 2010

Straw

ni dia budak yg suka minum menggunakan straw sejak berumur 10 bulan lagi.
sekarang dah terror control sedutan (bila nak berenti & minum) so pasni memang makin senang lah kerja Pn. Ie
tak yah beria nak pegangkan gtu.

TAHNIAH nu'man yg comel...................

:: sedapnya air ribena ni ::

:: walaupun ko nampak besar tapi aku tak takut ::

:: ni caranya ye kawan2, sila pegang bhgn tengah dan angkat ::


:: yeah, minum dengan tenang ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...