Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Sabtu, Oktober 16, 2010

telatah hero kecik

:: nu'man masa makan lempeng gulung ::
:: nu'man memang suka makan ::
:: br ni timbang, 10 bln = 8 kg ::
:: alif & nu'man naik kuda bersama2 ::
:: alif nak main dgn ikan konon kat nursery pokok ::
:: alif suka sangat main blok tp asyik nak buat terowong @ ala2 bob the builder ::

kerapu 3 rasa


hari ni mama masak nasi putih + ikan kerapu 3 rasa + ulam bendi + teh o suam je. resepi ni mama dapat dari internet, majalah, blog & kawan-kawan so mama modified le ikut bahan2 yg ada dlm peti ais tu.

IKAN KERAPU 3 RASA

Bahan - bahan :

bawang merah

bawang putih

cili merah

buah tomato

serai

buah nenas

sos cili

sos tomato

sos tiram

ikan kerapu

lempeng gulung


hari ni mama buat lempeng gulung + milo panas je untuk sarapan pagi. lempeng ni sebenarnya guna adunan apam balik semalam je. masak & buat macam lempeng tu je. pehtu mama sapukan kaya @ coklat then gulung dan potong.


Mini Apam Balik

15.10.2010 : jumaat : 3.00++ pm : dapur

hari ni mama puas pikir nak main masak2 apa ye. saje lah ngada2 selak buku resepi. konon2 nya nak cari ikan masak 3 rasa tp terjumpa resepi kuih ni. dah lama sangat nak buat tapi tak terbuat2. bila tengok senarai bahan2, alhamdulillah semuanya ada.

pehtu pe lagi.... mulakanlah operasi. masa bancuh adunan tu memang ok je. tapi bila mula je memasak......... mula2 comel2 je macam yg org jual kt pasar malam pehtu saiznya dah berterabur. kenapa???? nu'man dah mengamuk tak tentu pasal + alif pulak asyik suh betulkan menda2 yg dia nengok kat laptop. pehtu nak susu lah, nak berak lah dan macam2 lagilah.


:: ni inti kaya ::

:: ni inti nutella ::
APAM BALIK MINI
Bahan - bahan :
220 gm tepung gandum
125 gm gula
1/2 s.teh soda bikarbonat
1/2 s.teh baking powder
1 s.teh pewarna kuning ( mama tukar jadi hijau )
1 biji telur ayam
365ml air
250gm jem strawberi ( mama tukar jd kaya & coklat )
sedikit mentega
cara - caranya :
1 : kisar gula bersama telur sehingga kembang
2 : masukkan soda bikarbonat, baking powder, pewarna dan air. kisar hingga sebati
3 : masukkan tepung dan mesin lagi supaya tidak bergentel
4 : ambil 1 senduk dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. tutup kuali sebentar. apabila setengah masak, sapukan jem
5 : kemudian lipat dan angkat apabila sudah kekuningan
*resepi diperolehi dari majalah RASA keluaran Julai 2010
**rasa kuih ni memang BEST

Jumaat, Oktober 15, 2010

hasilnya


ni antara hasil yg mama tuai semalam. dapatlah sikit2 tapi belum settle bersihkan. esok lusa nak g cari ikan keli konon2 nya cz rasa macam nak masak lemak cekur je.


masakan tu yg paling best & pertama kali makan kat batu pahat. mak teh mama yg masak. best sangat2. haritu minta resepi & dah cuba masak tp tak sesedap yg dia masak cz dia dah selalu buat. mama ni budak baru belajar.

harap2 berjaya masak yg makin sedap. hik....

Khamis, Oktober 14, 2010

FOUR kg


alhamdulillah............. hari ni seronok sangat cz dah lama biarkan penimbang tu tersorok kat situ. bukan apa, menyampah pulak nak naik. asyik2 tak bergerak @ bertambah. last2 jd malas.

ingatkan masa bulan puasa hari tu bleh le turun bebanyak tapi takde pun. only 1 kg je. tu yg jd malas dah nak kawan dgn si penimbang.

tadi saje ngengada timbang masa sebelum solat zohor tapi selepas makan tgh hr.... 2-3 kali naik cz tak percaya punya pasal. 4 kg dah hilang. syoknya....................... tapi apa2 pun perjalanan masih jauh. ada lagi 6 kg nak buang tu baru bleh back to the normal. pas bersalinkan nu'man ni, memang payah sesangat nak turunkn berat badan. sabor je lah.

ngapa @ camne bleh hilang?????? rasanya lah
1 : dah tak pikir pasal srpn, makan tgh hari & bila lapar ( anak2 senang je bab2 makan so lg lah mamanya tak kisah )
2: dah kurang makan cz tak selera sangat sendiri masak ( bior org kata sedap camne pun )
3 : senaman percuma cz bekerja aje. non stop !
4 : stok makanan memang banyak tp ntahlah..... tak minat

berkebun @ bercucuk tanam

14.10.2010 : khamis : rumah hijau

buat apa hari ni? mama dengan terlebih rajinnya bercucuk tanam sekejap sementara nu'man tidur. sebenarnya pokok2 ni dah lama ditanam & diangkut dari TEMERLOH hari tu.

so hari ni mama sengaja nak tengok betul2 apa yg dah jadi kat pokok2 ni. pehtu mama tukar ke dalam pasu ( sblm ni stay kt dlm polibeg hitam tu je ). pagi tadi beli pasu yg murah2 je janji berpasu.

seb baik mama "bekerja" hari ni kalau tidak tak pasal2 mama jadi penternak haiwan @ binatang @ serangga tertentu. bukan apa, dok korek & punggah memunggah tu mama jumpa macam2 tapi semua baby2 lagi lah : kala jengking, lipan, cacing, katak & ulat bulu. so pasni memang mama kena terlebih rajin le tgk2 pokok2 tu.

hurmmm..... masih banyak pokok yg mama belum tanam ni : pokok limau purut, serai, daun kesum dll yg sesuai utk dimasak2 @ dimakan. kadang2 malas nak g ke kedai je. senang sikit nak main masak2 klu bahan2 kat rumah je.


:: kucai, kunyit, sup ::

:: cekur yg memang menjadi2 ::
:: separuh dah kuambil utk masak2 ::

fuchsia flower


14.10.2010 : khamis : nursery paya jaras
hari ni mama dapat singgah nursery tu cz cuaca agak mendung so beranilah turun bawa anak2. tujuan utamanya ialah nak beli pokok limau purut tp tak berkenan pulak cz dah besar tp macam terbantut + daunnya x cun + mahal sgt bg mama ( RM 28.00 ).
ronda punya ronda, mama saje ngengada beli pokok bunga ni pehtu beli pasu + tanah sekali. nak berkebun sekejap.
mama plan nak letak kat dapur je cz bleh gak renung2 masa main masak2 pehtu alif suh letak kat area TV @ ruang tamu. last2 mama letak atas rak kasut.
modal :
bunga pink = RM 8.00
pasu ( 4 ) = RM 8.00
tanah ( 2 ) = RM 4.00
so RM 20.00 je..........

mini donut

14/10/2010 : khamis : Kompleks Sungai Buloh

hari ni kuar lg. sebenarnya takde dlm perancangan tapi terpaksa cz kena pos brg pelanggan yg bayar malam tadi. kuar awal sikit cz konon2 kejap je.

balik tu sempat beli mini donut ni cz pujuk alif supaya tak yah beli mainan aje. hik.... yg bestnya mama sentiasa berjaya membuatkan alif tak beli mainan.

comel je bekasnya kan

:: mama belikan yg 3 rasa punya ::
:: ni pertama kali beli ::
:: rasanya sedap juga ::
:: harga : RM 5.00 ::

pajeri nanas + udang goreng

13.10.2010 : rabu : rumah hijau

hari ni papa balik dari outstation (kuantan) so konon2 mama masak special sikitlah cz hr tu papa ada request pajeri nanas. mama memang biasa masak 2 jenis lauk je so hr ni kita layan

nasi putih + udang goreng + pajeri nanas + popodom besar + kopi o panas

PAJERI NANAS

bahan - bahan :
bawang merah
bawang putih
kulit kayu manis
bunga lawang
buah nanas
serbuk kari ayam / daging
asam jawa
santan
kerisik
gula
garam



UDANG GORENG

Bahan - bahan :
udang
garam
kunyit
asam jawa
tepung jagung


:: berseni tak ????? ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...