Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Sabtu, Januari 08, 2011

After Class


07.01.2011 : Jumaat : Kompleks Sungai Buloh
ha.. hari ni macam semalam gaks, lepas sekolah kitorang terus g Kompleks Sungai Buloh cz Pn. Ie nak g pos barang customer. alif kena pakai baju sekolah lagi cz Pn. Ie terlupa nak bawa baju lain macam biasa. teringat masa dah masuk keta tp disebabkan agak terlewat so biar je lah, lagipun esok kan cuti so confirm baju tu kena cuci.

Khamis, Januari 06, 2011

HANGIN


06.01.2011 : Khamis : Rumah Hijau
hari ni Pn. Ie HANGIN betul dengan satu pembeli tu. bukan pe.... pentingkan diri sendiri betul. GERAM sangat-sangat ni. nak luah kt FB x bleh so luah kat sini lah.
kejadian berlaku ketika Pn. Ie baru sampai kat rumah ( kul 12 ++ ) lepas g ambil alif balik sekolah & g pejabat pos. seb baik by sms je semua ni. malam tadi pulak dia duk komen memacam kat status FB. ku dah tulis status yg jelas tp dia tak pandai baca kut. ha3
Cust : Salam. dah bank in xx rmxx pg td utk beg xx. sori lmbt inform. jgn lupa fg ek
TTS : ok.. tq sy mgkin pos esok @ lusa @ isnin ye cz hr ni punya dh settle
Cust : ala..kan blm kul 2 lg ni. pos la hr ni esk smp. knp mlm td x ckp b.in b4 pkl brp. klu esok pos monday br smp, klu pos monday lg la lmbt..pls
TTS : sy br je smp rumh so memg dh x keluar dh. lgpn sy kena bw 2 ank kecik so x larat. rsnya dh bgtau mlm td pd sape2 yg nk beli, byr b4 kul 10.15am. dah le hari hujan then dlm 20 minit br smp pejabat pos.
Cust : i rasa tak selesa la macam ni..klu pos esok @ monday.. serius
Cust : mmg staff i dh b.in awl pg cuma i yg lupa nk sms ( dia bank in kul 11.35 am )
TTS : klu u x selesa & x suka, i plgkan duitlah. nak wat camne kan.....
Cust : wow, hebat jwpn ni. i x selesa sbb nk hadiahkan pd kwn i bday hr sabtu ni ( ngapa tak cakap awal2 )
* korang rasa kan, sape yg BERSALAH. ha3
spoil mood je di petang hari. dah le beli beg yg dah MURAH GILER, nak Free Gift lah dll ( padahal dh bgtau Free Gift tu utk album new stock je ). Pn. Ie cuba jadi peniaga yg BAIK tapi ada sesetengah pembeli ni memang mencabar keimanan & pentingkan diri sendiri. macamlah Pn. Ie ni tak pernah jadi pembeli. mesti pas ni dia akan salahkan Pn. Ie klu brg tu x smp hr SABTU padahal tu kerja posmen kan kan kan

New Staff

5.1.2011 : Rabu : Rumah Hijau

ha... hari ni Pn. Ie dah dapat pekerja baru yg bernama Nu'man. sungguh bersemangat untuk bekerja. hari ni PERTAMA KALI pandai duduk & turun sendiri kat kerusi merah yg special tu. PANTANG Pn. Ie bangun, dia akan ambik alih.

pehtu siap nak buka laptop pulak. memang pekerja yg rajinlah. mentang-mentanglah abangnya tak kacau so seronok sangatlah dia.

TAK LAMA LAGI Pn. Ie kena berebut laptop dengan 2 hero kecik ni pulaklah nampak gayanya kan. memasing dah pandai nak tengok apa.


:: Baru masuk kerja ni ::

:: jom buat kerja pulak ::

Rabu, Januari 05, 2011

Cerita Keluarga

5.1.2011 : Rabu : PASTI Al-Munirah

Alif Naufal :
= bangun agak awal juga, sebelum smp target Pn. Ie nak kejutkan dia
= mula agak bad mood sikit & selalu cakap " Alif penat ni, tak nak g sekolah "
= still tak nak beratur masa perhimpunan
= masa tinggalkan dlm kelas, 2-3 kali gak menangis then ok lah juga
= waktu balik ( masa ambik ), muka sedih je + nangis sikit

Alif Nu'man :
= tetiba hari ni bangun awal dari abang, kul 6.50 am dah bangun
= hari ni tak tertidur macam semalam, cargas je main sorang2
= lepas ambik abg balik sekolah, tertidur dlm kereta
= still tidur masa Pn. Ie shopping kejap ( tumpang kat butik tu )
= still sambung tidur masa on d'way balik rumah
= terus bangun bila dah sampai rumah

Pn. Ie @ mamanya :
= sedikit sunyi bila alif g sekolah
= tunggu kat luar kelas Alif sampai dia dah OK sikit
= pengurusan masa kat rumah masih kucar-kacir
= minggu ni mood MALAS sangat2 nak masak BEST2
= lepas ambil alif balik sekolah, g shopping jap kat Butik RATU yg baru buka
= petang agak kepenatan cz TIDUR lambat sangat tp bangun awal

En. Han @ papanya :
= minggu yg terlampau sibuk cz ada AUDIT di Hospital Serdang
= keluar sebelum anak bangun
= balik sesudah anak tidur
= masa dengan keluarga yg terlampau TERHAD
= TERLEPAS peluang hantar @ tengok Alif g sekolah

Selasa, Januari 04, 2011

1st Day @ PASTI

4.1.2011 : Selasa : PASTI Kg Cempedak, Kuang, Selangor

Alhamdulillah hari ni Pn. Ie hantar ALIF NAUFAL yg berumur 4 tahun ( utk thn ni le ) ke tadika PASTI ( Pusat Asuhan Tunas Islam ). Alif tetiba je bangun awal hr ni ( kul 7.00 pagi ) tp sedikit mengamuk & tk berapa nak betul mood nya. apa-apa pun still ok lg & terkawal. mula-mula tu dia tak nak pakai baju sekolah & macam-macam lagilah.

keluar rumah takdelah awal mana cz sekolah dekat je, 5-10 minit dah boleh sampai. masuk kelas kul 8.15 pagi so insyaallah sempat. hari ni just pengenalan untuk masuk kelas je so dapatlah balik awal, kul 11.00 pagi.

masa sampai tu biasa-biasa je, kena perhimpunan kejap ( macam tak berapa nak hirau pun, suh beratur pun tak nak ), pehtu penentuan utk masuk kelas ( utk 4 thn ada 1 kelas je ), then masuk kelas & tunggu sampai balik. cikgu pun x brp hirau cz agak SIBUK so dia bagi kertas suh warna & biarkan je.



:: bergaya sikit sblm g sekolah ::

:: masa mula-mula sampai depan kelas sblm perhimpunan ::
masa mula-mula sampai tu nampak selekeh je kan. hik... tapi tak kisahlah janji dia nak ke sekolah. pakaikan selipar je ( dia tak mau pakai kasut ) tapi ok juga cz kena tanggalkan kasut utk masuk kelas, area pintu kelas tu agak becak sikit.
masuk2 je dlm kelas, alif sungguh peramah...g tegur makcik2 yg join duk dlm kelas tu gaks. ada lah tegur kawan baru juga tp kawannya asyik nak balik je.
duk je dekat meja, alif terus buka beg & keluarkan apa yg patut ( rajin & ada semangat nak belajar ni ). BAGUSkan? walaupun x terror lagi pegang pensil tp ada SEMANGAT nak belajar.

tak lama kemudian konon-konon nak tinggalkan je tapi dia perasan pulak so mcm dh nak nangis dah, Pn. Ie duklah semula. pehtu bila nampak dia tak perasan, Pn. Ie cepat-cepat lari balik ( jahat kan Pn. Ie ). dalam hati memang kesian sangat nak tinggalkan tp biarlah dia BERDIKARI sikit, lagipun Nu'man dah sedikit mengamuk ( dibangunkan dr tidur, nak susu & belum mandi ).


:: suasanan masa perhimpunan & dalam kelas ::

Pn. Ie ambil alif dalam kul 10.55 am gtu. rupa-rupanya dia dah lama tunggu kat luar kelas dgn muka yg monyok + sedih sangat + kesian gtu. saje tanya org lain, rupa-rupanya dia ada nangis juga & bila pujuk2 dah ok ( tp bkn CIKGU yg pujuk tau ). pehtu dia duk luar kelas aje, dah le cuaca panas.
apa perasaan Pn. Ie ? ( ntahlah...byk yg NEGATIF dr positif ni )


* apa-apa pun Pn. Ie berdebar-debar juga masa htr alif tu cz semuanya BARU bagi kitorang. Pn. Ie sendiri tak kenal sapa-sapa kat situ. huwaaaaa

Isnin, Januari 03, 2011

Bebas Bergerak

3.1.2011 : Isnin : Rumah Hijau

Alhamdulillah hari ni Nu'man dah berumur 1 Tahun 1 Bulan. hari ni juga Nu'man berjaya berjalan dengan BEBAS dan yg penting tak TAKUT dan dah boleh pergi JAUH. sebelum ni berjalan juga tapi x berapa jauh sangat & asyik nak cari mangsa untuk dia tuju. hari ni TIDAK LAGI. alhamdulillah.....

TAHNIAH untuk Nu'man

Makanan

31.12.2010 : Jumaat

TAPAI PULUT ni mak angkat Pn. Ie datangkan khas dari Kuantan. Memang SEDAP sangat. patutlah ramai yg order kat dia. he2

last day in 2010 derang datang melawat rumah hijau kitorang ni cz makcik g rumah anaknya yg tak jauh dr rumah kitorang. dia jadi keluarga angkat Pn. Ie sejak 1998 lagi.



3.1.2011 : Isnin

hari ni tak tau nak buat sarapan apa cz mcm xde apa-apa je kat dapur. tup tup ternampak labu yg Pn. Ie bawa dari kampung hari tu. so Pn. Ie pun mulakan operasi le. Mari buat CUCUR LABU. sedap.............. ha3 masuk bangkul angkat sendiri

CUCUR LABU : labu yg direbus & dilecek, sedikit backing powder, tepung gandum, tepung jagung, gula & garam gaul sebati semua bahan & goreng le.




2.1.2011 : Ahad

hari ni tak ke mana pun, just g PASAR MINGGU dengan anak-anak je cz En. Han kena buat OT kat Hospital Serdang. pehtu petang tu baru masak-masak utk makan malam. saje je cuba resepi baru.

AYAM GOREG SERAI : ayam, serai, halia, bawang merah, bawang putih, cili api, asam jawa, garam kisar semua bahan apa yg patut then perapkan dengan ayam pehtu gorengkan ia.




takde mood nak masak makanan yg berkuah so buat ACAR EPAL je lah. malas punya pasal kan so masak je lah yg simple-simple. makan dengan nasi putih + kicap + ayam goreng serai tadi. SEDAP.......... ha3

ACAR EPAL : dua biji epal hijau, 1 biji bawang besar, 1 biji lada besar, 1 biji limau nipis, gula, garam potong epal ikut bentuk suka hati anda, gaulkan bersama bahan-bahan lain

Ahad, Januari 02, 2011

1.1.11 - Malam Hari

1.1.2011 : Sabtu : Seksyen 13, Shah Alam

malam ni memang En. Han awal-awal ajak g DINNER kat luar sempena nak celebrate Anniversary kitorang tu. puas pikir nak g makan katne last-last kitorang nak cuba STEAMBOAT kat RESTORAN TUPAI TUPAI cawangan yg ke 3 kat Seksyen 13, Shah Alam.

tau tentang restoran ni pas baca majalah HARMONI so mula berangan & terpikir nak cuba g situ. kalau ikutkan x smp stgh jam perjalanan dari rumah kitorang tapi disebabkan takde ALAMAT PENUH so kitorang tersesat-sesat & hampir PUTUS ASA. bertolak kul 8.10 pm tp kul 9++ masih belum jmp tempatnya sampai anak-anak dah tertidur.

susah gak nak cari cz tmpt ni baru je dibuka bln Nov 2010 haritu so maklumat dalam internet pun belum ada lagi. ada gak tanya org tp dia pun tak tahu, ha3. di saat-saat hampir PUTUS ASA tetapi masih ingin mencuba utk kali TERAKHIR, akhirnya JUMPA gaks. yeay..............


kitorang memang awal-awal nak cuba STEAMBOAT je. derang sediakan DUA JENIS kuah iaitu tom yam biasa & tom yam ada air kelapa. pilihan makanannya memang BANYAK & BEST. pakej yg berpatutan - RM 25.00 je seorang. makanle apa aje dari air sejuk @ panas, steamboat, makanan berat, buah-buahan & pencuci mulut. Memang BEST SANGAT-SANGAT. untuk anak-anak pun best gak pehtu termasuk buffet mak ayah - free le ( cth : bubur nasi, mihun goreng, nasi goreng dll )


Trademarknya TUPAI so kat situ ada dua ekor tupai yg comel sangat-sangat kat dalam akuarium. perhiasan pun byk yg berunsur tupai ( brg hiasan, bekas abu rokok dll ). tempatnya agak luas juga & ada 3 pilihan - terbuka di luar, di dalam kedai & bilik berhawa dingin. pilihan MAKANAN yg banyak & yg penting sesuai dengan kanak-kanak ( tak berapa PEDAS ).
bila nak makan-makan kan, terbaca SIGNBOARD yg banyak gak derang letak dalam kedai tu ( sgt sesuai utk elakkan PEMBAZIRAN ) yg berbunyi " Pembaziran Makanan Dikenakan Bayaran 100gm = RM 10.00 " so confirm kita makan sikit-sikit dulukan. menarik je iklan ni kan ?


Pn. Ie yg kekenyangan dalam masa singkat je. mula-mula tu konon-konon nak repeat ambik bhn-bhn utk steamboat tu tp tak jd pun cz KENYANG walaupun ambik sikit je. puas gak nak ngabihkan. seb baik ada air yg best & ais krim yg sedap utk mengurangkan LOYA cz over kenyang. rasa nak makan je lagi tapi TAK MAMPU


En. Han yg makan banyak sangat cz dua kali ambik bahan-bahannya. tercungap-cungap gak le dia nak ngabihkan sampai berehat 2-3 kali. ha3 lagipun tak nak lah membazir kan, kang kena CAJ lebih naya je.



Nu'man yg suka sangat MAKAN. macam-macam gak dia nak cuba. sedikit mengamuk cz nak layan dia MAKAN je, cepat sangat ditelan.
apa jadi dengan ALIF ? dia tidur sepanjang kitorang MAKAN cz dia ngantuk sesangatlah tu pehtu dia MERAJUK cz tak berenti kat FUNFAIR. cian alif cz tak makan apa-apa pun. Tokei restoran tu memang BAIK cz dia suh bungkuskan mihun goreng utk alif, PERCUMA je tau. he3
malam semalam pun ALIF gtu gaks, sambung tdo kat rumah bekas jiran lama yg buat kenduri kesyukuran. tdo je tanpa makan & minum susu ( dlm keta masa on d'way, dalam rumah tu, sambung dlm keta semula, tdur kat rumah pulak sampai pagi ).

1.1.11 - Siang Hari

01.01.2011 : Sabtu : Kuang, Selangor

hari ni dalam kul 9++ En. Han dah keluar g kerja kat Hospital Serdang so tinggallah Pn. Ie dengan anak-anak macam biasa. takde apa yg menarik pun. Pn. Ie menjalankan rutin harian macam biasa - basuh, sidai & lipat kain, kemas2 rumah apa yg patut, lepak dengan anak-anak cuma hari ni malas masak makan tgh hari. hik....

konon-konon rasa macam nak keluar jalan-jalan jap tapi jadi MALAS cz hari nak hujan @ cuaca tak berapa best. kesudahannya duk kat rumah je sampai En. Han balik buat SUPRISE sikit ( tapi Pn. Ie dah agak dah, ha3 ).

yg SPECIAL di siang hari - berjaya menyiapkan @ menjahit langsir baru untuk bilik tidur sendiri & anak-anak. then ada xtra so letak kat dapur pulak. ha3
kain langsir ni beli masa bercuti hari tu. beli sikit je - 5 meter ( 1 meter = RM 8.50 - tu pun disc 50% so ok lah kan )

yg SUPRISE - En. Han belikan BLENDER jenama Philips utk Pn. Ie cz blender dah rosak. tak dan nak pilih sendiri dia dah bagi @ belikan. walaupun tak brp suprise cz dah agak dah dia nak bg apa, Pn. Ie tetap suka cz makin ligatlah sesi MAIN MASAK-MASAK.

yang LAGI BEST ialah lepas je pasang langsir tu, ALIF pun berkata " wow, cantiknya! HEBATLAH mama " perghhhh kembang kejap. hik... ALIF ni memang mulut manis.


:: kat bhgn dapur, dapat sikit je tp ok le ::


:: ni dlm bilik utama ::
:: yg kanan tu memang tak nak ikat cz PANAS ::

Sabtu, Januari 01, 2011

:: 6 years ::


01.01.2011 : Sabtu
Selamat Tahun Baru............................. Selamat Datang 2011
ALHAMDULILLAH dan TAHNIAH
buat Pn. Ie & En. Han kerana sudah ENAM TAHUN melayari alam rumahtangga dengan bahagia. bersyukur ke hadrat illahi kerana masih memanjangkan JODOH kami dan mengurniakan dua orang ZURIAT.
semoga kami berkekalan hingga AKHIR HAYAT. amin
Untuk En. Han.............. I LOVE U SO MUCH.
hingga ke saat ini, Pn. Ie masih BELUM bersedia untuk hidup tanpa En. Han, anak - anak & keluarga tersayang. Harap - harap tiada apa - apa akan berlaku bermula hari ini hingga akhir hayat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...