Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Khamis, Julai 01, 2010

pencarian

tarikh : 26 & 27 jun 2010
hari : sabtu & ahad
lokasi : Kota Damansara, Damansara Damai & Sg Buloh
masa : 3.00pm – 2.00pm


:: sabtu ::
pagi2 dalam kul 8 lebih papa g pejabat dulu cz ada program sikit. Janji kul 10 nak balik tapi kul 10.30 br sampai rumah. Mama takleh wat keja sangat cz nu’man asyik nagmuk je bila ditinggalkan. Siap2 akhirnya kul 11 br bertolak ke KL. Dalam kul 3.00pm bermulalah sesi melihat rumah.

Mula2 g tengok kat alam flora. Kat sini jmp 2 agen, melawat 3 buah rumah, ada kekosongan lebih dr 10 rumah. Kitorang tgk yg keluasan 850sqt ke atas je. Sewa dalam rm500 – rm650. So bincang2 aje dulu.

Then menuju ke Damansara damai utk melihat 1 rumah flat yg dah modified. Cantik juga rumahnya. Pemandangan dr rumah tu pun cun tapi sewa agak mahal & tak berbaloi dgn keluasan rumah. RM 500.00

Pehtu pencarian ditamatkan cz penat sgt. Byk gak nmpk rumah disewa tp bila call, dah ada penyewa. Awatlah derang x buang je iklan tu. Wat bazir duit kitorang je calling2.

Then sempat gak g bukit jalil cz nak jumpa supplier ambik stok sambal kentang. Sesi tamat lebih kurang 10.30pm. dah selamat sampai ke kajang rumah Amin ( adik papa ). Sesi sembang2 & tidurlah cz penat sangat.

:: ahad ::
Pencarian bermula kul 10.00am. terus menuju ke kuang cz dah teringin nak tgk rumah dlm iklan mudah tu. Puas cari jalan so try guna 3G & GPS tp hampes aje. Perjalanannya memang bleh smp tp jauh giler. Kitorang kemain follow aje sampai masuk ke ceruk mana ntah. Padahal dekat aje tp jd jauh sgt. Kul 12.15pm br smp. Lega bila dpt tgk rumah tu.

Lps sembang2, lepak2 jap then terus wat keputusan……SEWA. Terus byr deposit RM 200.00 cz makcik tu cakap dah ramai yg tgk tp blm bg kptusan. Pehtu lps kitorang tu ada lg yg nk tgk. Tanpa pikir byk kitorang trs bayar. Ha3

Then lega cz sesi mencari rumah tamat. Sebenarnya ada nak tgk 2-3 buah lg tp bior je lah. Lepas tu kitorang test g tempat keja papa pulak. Berehat & ronda2 di giant pehtu kembali semula ke rumah itu. Terus bayar full payment utk menyewa.

Deposit : RM 570.00
Sewa : RM 570.00
Api + Air : RM 200.00

JUMLAH : RM 1340.00

Isnin, Jun 21, 2010

new business



ni lah projek baru mama. nak cuba jual menda ni pulak cz tak larat nak beli dari supplier. beli memanyak baru syok. sambil makan, sambil promote pd kengkawan.
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...................!!!!!!!!!!!!!!


jom makan ramai2. meh beli cepat2 sebelum air liur korang meleleh masa membaca ceritanya. hik...

untuk maklumat lanjut sila ke "kedai" yer...

http://cutemamashop.blogspot.com

rumusan 21.06.2010

saje je nak menghangatkan blogku ini....

pekerjaan :
biasa2 je. pepagi tu & masa nak balik bz sekejap. bos g KL lagi tgh hr tu. segala kerja yg patut diselesaikan sudah siap semuanya so esok kena pikir nak watpe pulak. yg pasti runner kena g KL ambik keta.

keluarga :
nu,man - alhamdulillah masa ambik petang tu dah baik dari demam cuma selesema masih ada. kurang meragam & agak senyap aje. tapi yg pastinya nak melekat je dengan mama & akan nangis kalau ditinggalkan walaupun sekejap. sedih aje.

alif - no problem. happy je hari ini. dari hantar ke sekolah sampaileh balik ke rumah. steady aje.

papa & mama - sempat g dating lunch time ( waktu tu je yg sesuai ) & berehat sebentar di dalam kedai buku yg lebih keagamaan sikit

perniagaan :
alhamdulillah barang yang dioder & ditunggu2 selama ini dah sampai sabtu lepas tapi baru pagi tadi boleh melihatnya. sebenarnya oder 50 bekas tp x sempat siap so supplier hantar 42 bekas je tp bila dikira dan kira lagi sampai puas hati dapat 32 bekas aje ( 3 bekas agak hancur akibat dicampak oleh pekerja pos mesia ). apa2 pun dah deal semula dengan supplier.

kerja2 rumah :
hari ini juga berjaya menyelesaikan kerja2 yg tertangguh hampir seminggu agaknya....sesi basuh kain bermula selepas balik kerja then g keluar dinner cz malas sesangat nak masak akibat dapur yg kuraang terurus akhir2 ini. lps sesi makan malam di kedai, terus sidai kain then lipat kain pulak. akhir sekali ialah basuh pinggan mangkuk dll peralatan di dapur. lega......kul 10++ dah siap semuanya.

kerja tambahan :
masa kerja tadi sempat gaks searh rumah @ apartmen utk disewa. dapatlah dlm 5-6 buah so insyaallah esok akan buat sesi temujanji pulak cz hujung minggu ni nak g melawat. dah teringin sangat nak tgk 2 tempat tu, harap2 semua berjalan lancar.

Jumaat, Jun 18, 2010

akhirnya.........

akhirnya...........dapat dah tarikh sebenar kena pindah & mulakan hidup baru.

semalam g wat keja kt KL lg pehtu malam2 masa sampai2 kat rumah around 9.00pm terus bgtau HQ suh mula kerja sana 01.07.2010 ( x smp 2 minggu dr sekarang ). terkejut giler tp nak tak nak kenalah terima hakikat kan.

papa dah minta tempoh utk 1 bulan lg tp tak dapat. HQ bg tempoh 2 minggu aje ( klu ikut kiraan x sampai pun tp disebabkan suratnya back dated so cukuplah tu ).

masa dapat berita terus hilang semangat nak kemas utk berpindah. rasa penat semacam aje padahal dulu semangat sgt nak mengemas & melelong2. ntahlah.....

pehtu keja kosong yg dioffer haritu pun dah ada orang masuk so melepas peluang. maybe ada hikmah kut... think positive.

so lepas bincang2....

  • 26/06/2010 nak g cari rumah sewa
  • lepas dapat gaji jun baru mama letak jawatan
  • papa pindah dulu ke sana
  • mama bakal menyusul bulan ogos cz 1 bulan notis

Rabu, Jun 16, 2010

majlis pertunangan adik ipar

:: candid2 je ni ::

:: apa apa aje berkaitan khemah ::

:: sesi perbincangan ::

:: hantaran perempuan - hijau ::
:: hantaran lelaki - hitam putih ::


:: insan yang bertunang ::



tarikh : 13.06.2010
hari : ahad
masa : 2.30 pm
tempat : kuala rompin, pahang
hari ni ina ( adik papa yg paling bongsu ) bertunang dengan orang terengganu. majlis berjalan dengan lancar & sekejap je dah selesai. makanan mak oder katering aje so kitorang just sediakan air, ulam, buah, pinggan, cawan & apa-apa yg patutlah. he he he
hari ni tetiba aje nu'man demam. letih gak layan cz sedikit mengamuk walaupun nak tidur aje. tgh syok2 tdo org ramai dah dtg pulak so cian nu'man cz mulalah terjaga. dah le ubat tak bawa. cari kat bandar, banyak kedai @ klinik yg tutup cz hari ahad.
lps majlis tu mama sempat g @ singgah kat pesta pantai untuk rembat tdg tapi geram sgt cz dah target nak beli yg mana tapi bila g semula selamba je peniaga tu kata " yg ni rm20, dua helai rm35 " padahal malam tu dia kata " yg ni rm 15 selai, dua helai rm25 aje ". bila mama komplen, dia wat dek je so mama pun jejalan cai kat kedai lain. dapatlah rm 15 selai tapi warna tak cun sangatlah.
pehtu balik dari cari ubat + rembat tudung, mama ambik tender basuh pinggan pulak. malam sesi berehat & tidur.

pesta pantai 2010

:: sedikit je gambar suasana di sana ::




Hari : Sabtu
Tarikh : 12.06.2010
Masa : 10.36 pm – 11.59 pm
Tempat : Pesta pantai kuala rompin

Hari ni hari kedua terakhir pesta pantai ini berlangsung. Kitorang g ramai-ramai lepas makan malam yang best sesangat itu. Pergi satu kereta aje, kereta papa. Yang join : papa, mama, alif, nu’man, nenek, ina (mak su), kawan ina (yusri) & mudrikah (anak along).
jalan masa nak g tu memang 'jem' cz malam minggu kan. cuti sekolah laktu. letih gak cari parking & dapat tempat jauh juga. semangat punya pasal so jalan aje lah.
masa sampai2 tu HATTAN tengah menyanyi kat pentas. mula2 just jalan2 cuci mata aje & survey2 apa yang patut. alif awal2 dah dapat beli kipas ada lampu. seb baik dapat RM 8.00 aje seunit. kejap je dah habis bateri cz peniaga bagi bateri yg murah punya.
then sesi tengok2 funfair pulak. ramai sesangat orang kat bahagian tu. lepas pikir punya pikir mama + busu ina decide nak naik yang 3 serangkai tu. kena bayar RM 6.00 untuk seorang sekali naik.
3-4 kali tunggu giliran baru dapat naik cz ramai yang berebut2 nak naik menda tu. ada yg dah dapat tapi boleh budak tu kata "yg ni dah ada orang!" tensen je dengar. ade ke patut cenggitu. naik menda tu lebih kurang dalam 9 minit.
perasaan :
masa mula2 nak naik - memang berdebar giler & cukup risau tapi semangat punya pasal.
masa mula2 bergerak - relax aje & still bleh lambai2 lagi sampai 3 kali pusingan
pertengahan - memang rasa nak terjun kuar aje, cepatlah berenti, takut sangat2, gayat
3/4 - layan aje lah. malas nak jerit2. senyap aje sambil tengok bintang di langit.
turun - pening teramat sangat & jalan pun dah tak betul
lepas je turun tengok jam dah nak kul 12, anak2 pulak dah tidur di pangkuan papa & neneknya so mama terus ambik nu'man & berjalan ke kereta yg rasa jauh sangat2 nak sampai. masa tu kaki macam tak jejak tanah aje. then terus balik rumah, yang tak bestnya kena menempuh 'jem' lagi. brek punya brek dan brek lagi....mama dah tak senang duduk dalam keta. yang paling best nak citer ialah mama MUNTAH segala apa yang dimakan sebelum g tu sebelum sempat sampai rumah cz mabuk sesangat.
ha ha ha pasni confirm mama tak nak naik dah menda alah tu.

candid

:: mama & nu'man yg ntah apa2 gambarnya ::

:: hermmm....susahnyalah game ni ::




Hari : Sabtu
Tarikh : 12.06.2010
Masa : 10.36 am
Tempat : dalam kereta papa

Just nak share gambar yg mama rasa menarik je. Gambar ni diambil masa kitorang baru nak bertolak balik kampung papa. Sementara tunggu papa kunci pagar rumah so mama & anak-anak possing lah sikit. Main point possing ni ialah nak ambik gbr alif yg landing dalam kereta sambil main game guna handphone papa yg canggih itu.

donashi

:: sedapnya alif makan. aaaaaa.... ::

:: 18 pcs - 17 topping - 1 rasa ::



Hari : Jumaat
Tarikh : 11.06.2010
Masa : 7.36 pm
Tempat : rumah


Hari ni papa kena pergi wat kerja kat kuantan so mama order donashi yg dikeluarkan oleh Big Apple. Mama memang suka sangat dengan donut keluaran syarikat ni cz lembut aje & sedap lah.


Sebenarnya mama tak tau pun pasal donashi ni tapi semalam mama terbaca Metro & ada iklan tu so disebabkan papa nak turun kuantan so mama cepat2 lah oder cz mama tau papa akan singgah East Cost Mall itu.

Papa beli set yg paling kecil aje cz setakat ingin merasa sama ada sedap atau tidak (kiranya nak test dulu camne). Dalam set kecil ni ada 17 pcs sahaja & papa tambah coklat so jumlah kena bayar RM 21.00 sahaja. Bekasnya memang cantiklah & boleh recycle so mama simpan sampai sekarang.

Mula-mula alif semangat sangat nak makan cz dia suka gak donut ni terutamanya rasa strawberry tapi last – last dia just makan cream atasnya sahaja. Nampak sangat tak berapa menarikkan.
Kitorangnya komen :
  • Tak berapa sedap @ biasa aje
  • lembut tetap sama
  • dalamnya pun ada cream yg sama, better kosong ajelah
  • Rasanya tetap sama cuma rasa cream atasnya aje yg berbeza
  • Tak nak beli dah len kali. Hik……

Jumaat, Jun 11, 2010

camne ni ??

Tarikh : 10.06.2010
Hari : Khamis
Masa : 2.15 pm
Tempat : Pejabatku

Dah tak tau apa perasaan tapi yg pastinya sume dah bercampur aduk. Paling banyak kecewa & takut. Citernya gini…mama dah simpan rahsia ni lebih kurang 2 bulan tapi tetiba je senang2 orang lain bocorkan tanpa disengajakan. tapi still ralat je bila diingat2 kan semula.

Jalan cerita :·
  • ayah kepada second bos papa datang ambil road-tax kereta
  • mama pun masuk opis lepas lunch dengan papa
  • tetiba pakcik tu bercakap ”eh, awak tak pindah lagi? bila nak pindah? Tak jadi ke? Husband kat KL kan? Dah keja sana kan… susah nk cr pengganti cz BEMS nya keja”
  • terkulat2 mama nak jawab cz dia bercakap depan2 bini bos yg tak tau apa2
  • * kantoi.......

harap2 bini bos terus senyap, tak kan tanya & lupakan perkara ni. Sebenarnya hanya bos besar, bos kecik & bini bos je yg belum tau pasal mama nak berenti keja ni & pindah KL ( papa yg suh rahsiakan sampai cnfrm dapat tarikh nk pindah ). Yg lain2 ( kwn2 sblh opis, keja kedai makan, kwn opis dll ) ramai yg dah tau nak pindah Cuma belum dapat tarikh je lg.

Rabu, Jun 09, 2010

chicken burger




Tarikh : 08.06.2010
Masa : 6.45 pm – 8.30 pm
Hari : Selasa
Tempat : Rumah

Hari ni untuk pertama kalinya alif naufal berjaya menghabiskan “sebiji” burger ayam yang berharga RM 2.00 sahaja. petang masa balik kerja & ambik alif & nu'man dari sekolah, mama terus tanya alif sama ada nak makan mee atau burger. Then alif jawab burger so terus drive keta untuk g beli burger kat gerai biasa (walaupun jarang gaks beli).

Sampai2 je kat rumah, main2 sekejap then terus mula makan burger. Memang comot sesangat. Alif makan sikit2 sampai lah habis. Makan sikit – minum sirap – makan lagi – main – makan – minum – main dan seterusnya proses ini berulang hinggalah burger tu habis. Memang mama tak sangka sangat alif boleh habiskan burger tu. Selalunya just makan rotinya aje. Tu pun habislah ¾. Dagingnya semestinya mama @ papa yg makan. Kali ni licin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...