saje je nak menghangatkan blogku ini....
pekerjaan :
biasa2 je. pepagi tu & masa nak balik bz sekejap. bos g KL lagi tgh hr tu. segala kerja yg patut diselesaikan sudah siap semuanya so esok kena pikir nak watpe pulak. yg pasti runner kena g KL ambik keta.
keluarga :
nu,man - alhamdulillah masa ambik petang tu dah baik dari demam cuma selesema masih ada. kurang meragam & agak senyap aje. tapi yg pastinya nak melekat je dengan mama & akan nangis kalau ditinggalkan walaupun sekejap. sedih aje.
alif - no problem. happy je hari ini. dari hantar ke sekolah sampaileh balik ke rumah. steady aje.
papa & mama - sempat g dating lunch time ( waktu tu je yg sesuai ) & berehat sebentar di dalam kedai buku yg lebih keagamaan sikit
perniagaan :
alhamdulillah barang yang dioder & ditunggu2 selama ini dah sampai sabtu lepas tapi baru pagi tadi boleh melihatnya. sebenarnya oder 50 bekas tp x sempat siap so supplier hantar 42 bekas je tp bila dikira dan kira lagi sampai puas hati dapat 32 bekas aje ( 3 bekas agak hancur akibat dicampak oleh pekerja pos mesia ). apa2 pun dah deal semula dengan supplier.
kerja2 rumah :
hari ini juga berjaya menyelesaikan kerja2 yg tertangguh hampir seminggu agaknya....sesi basuh kain bermula selepas balik kerja then g keluar dinner cz malas sesangat nak masak akibat dapur yg kuraang terurus akhir2 ini. lps sesi makan malam di kedai, terus sidai kain then lipat kain pulak. akhir sekali ialah basuh pinggan mangkuk dll peralatan di dapur. lega......kul 10++ dah siap semuanya.
kerja tambahan :
masa kerja tadi sempat gaks searh rumah @ apartmen utk disewa. dapatlah dlm 5-6 buah so insyaallah esok akan buat sesi temujanji pulak cz hujung minggu ni nak g melawat. dah teringin sangat nak tgk 2 tempat tu, harap2 semua berjalan lancar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan