Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Ahad, September 26, 2010

Ke mana tu?

25.09.2010 : sabtu : 11.00 am - 11.45pm

hari ni hari meronggeng gitu. bukan meronggeng apa, just g beraya @ open house aje. malangnya takde 1 pun gambor yg diambil cz semua sibuk & cuaca tak mengizinkan. ada aje alasan.....

rumah yg pertama kawan papa kat USJ. ni majlis 2 dalam 1 gitu. majlis sambutan hari raya & kenduri akikah. kitorang just makan sikit2 je cz takut over kenyang. menu kat rumah ni agak banyak gaklah tapi yg penting gulai kambingnya memang best sangat2.

menu : nasi minyak, ayam masak merah, ayam rendang, gulai kambing, acar, popodom, kuih muih (4-5 jenis ), roti jala & air sarsi

rumah yang kedua ialah rumah pakcik mama yg jual pau. rumahnya kat seksyen 18, shah alam. sampai2 je rumah dia, hujan punyalah lebat tp turun gaklah. kena lepak2 dulu smp hujan reda sikit br bleh makan cz hidangannya kat luar @ bawah khemah. lama gaks tunggu baru bleh makan. menda yg best ialah bebola dagingnya. tp mkn sikit je.

menu : mihun sup bebola daging, mee kari, kuih muih special from medan ( macam kek span nenek buat tp yg ni perasa pandan & jagung @ mangga ), biskut2 raya, nasi himpit, kuah kacang, pau pelbagai rasa & air tembikai

**siap bawa balik pau yg dah masak tp sejuk. FREE utk sehari aje ye. rugi kalau tak ambik. lagipun tokei besar yg pelawa. rembat jgn tak rembat

rumah yg ketiga pulak, kawan papa lagi kat Bukit Kinrara. nak g rumah dia ni memang banyak halangan. kitorang sentiasa berjaya mencari rumah kawan2 @ sedara mara tanpa call cz guna GPS. malangnya masa dah nak dekat smp ke rumah kawan papa ni, bateri handphone papa habis pulak so stop kat JUSCO puchong untuk beli plug yg sesuai & tumpang caj. lama gaks kitorang tunggu dalam keta cz anak2 tdo then mama pun tertdo sekali cz ngantuk sangat & bosan tunggu papa. kalau anak2 tak tdo, dah lama mama turun shopping mata. dalam kul 6++ baru sampai rumahnya. makan sikit je cz dah over kenyang.

menu : nasi beriani, gulai ayam, dalca, acar, biskut raya, dadih, air kopi mentega & sirap

rumusan open house hari ni : berjenis2 makanan ada, rumah yg kitorang g semuanya corner lot, semuanya taman & teres 1 tingkat, agak senang juga dicari, layanan memuaskan.


bila dah setel apa yg patut, papa bawa g jalan2 kat TESCO Mutiara Damansara pulak. saje ronda2 cz belum pernah g kat situ. then dengan tidak sengajanya shoppinglah sikit2 tapi semua untuk anak2 aje. barang wajib setiap bulan ( pampers, susu & mainan ). untuk mama & papa, beli cadar lagi. kali ni warna coklat pulak. tengok rega offer RM 23.90 aje tp bila sampai rumah & tengok resit semula, RM33.90 rupanya. padan muka kitorang kan. padahal kat Care4 RM 30 je & corak lagi cun.

g ronda2 kejap je cz derang nak tutup dah, lagipun kitorang sampai lambat dah dalam 8.45pm pehtu lama sangat kt bhgn mainan & brg2 elektrik. tak dan nak g shopping mata beria kat The Curve cz lalu gitu2 aje. masih terbayang2 lagi tempat handbag yg tgh SALE 70% tp tak sempat g. huwaaaaaa.....

sebelum g tesco tu, alif sempatlah naik bear ( bear ke tu ? ) sementara mama g beli air mineral kat watson. yg kelakarnya bear ni asyik tergedik2 ( x tau nak letak perkataan apa lagi ) macam org tunggang kuda tu ha. RM3.00 untuk 5 minit ye.


( beri laluan, beri laluan)

( hensem tak? )

( control hensem & penuh senyuman )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...