Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Khamis, September 30, 2010

Cute Bag

30.09.2010 : khamis : 2.16 pm

hari ni mama semangat nak g beli beg cute tu. bukan apa, nk letak lipstick & perfume so xdelah berterabur dalam handbag kan. yg sebenarnya beg ni kecik je. tu yg kenan. hik......

brand : xde pun
harga : RM 3.90
warna : hijau muda pekat
saiz : boleh muat 3-4 batang lipstick


memang niat nak cari handbag juga tp x nak lah besar2 sangat. puas gak pilih cz banyak sangat. pehtu kebanyakan design tgl 1-2 warna je. yg mama beli ni pulak memang tinggal yg tu aje. dalam kepala otak nak beli jenis macam sekian...jenama sekian....warna sekian..... tapi mama beli je dulu yg ni cz nak melaram masa kenduri kawin junior sabtu ni. takkan mama nak pakai sling bag + baju kurung kut.....


jenama : D & G kunun....
harga : RM 19.90
warna : black & cream
besar : sederhana je

RAYA YG SEBENAR

30.09.2010 : 21 syawal : khamis

alhamdulillah hari ni mama & papa dapat beraya raya yg sebenar-benarnya. kenapa???? hari ni papa telah menghabiskan puasa sunat di bulan syawal iaitu puasa 6. mama pulak dah berjaya mengganti puasa. LEGA sangat2 cz takdelah terkedek2 nak ganti puasa bila puasa yg akan datang nak menjelma dah.

disebabkan hari yg istimewa so mama masak special sikitlah konon2 nya. ala2 kat kedai gtu cuma rasanya tak sesedap di kedai lah kut.....

menunya :
jus buah tembikai
ikan siakap masak kukus
sayur kailan ikan masin
sepotong kek coklat


:: sedapnya jus tembikai ni......::

:: ikan stim yg simple2 je ::

:: ni pun korang2 dah biasa makan kan ::

:: kek coklat.................. sepotong cukuplah ::

Kek Coklat

30.09.2010 : khamis : 9.45 am ke atas

hari ni tetiba terlebih rajin so mama masak KEK COKLAT gtu. bahan2 nya dah dibeli sebelum raya haritu lagi. sepatutnya mama dah masak sehari sebelum balik kampung (cuti raya) tapi papa tukar plan di saat akhir so terpaksalah mama cancel je buat kek coklat ni.

kejap je sediakan bahan2 - adun - bakar. tunggu yg bakar tu yg lama tapi tak kisahlah cz boleh buat kerja lain kan. tup tup dah masak pun. konon2 ni buat utk ganti kek hari lahir alif hari tu lah. tapi masa sebelum potong2 ( bagi jiran2 ) alif tidur so no nyanyi2 K.

layan gambar je lah ye kawan2. resepi kita kongsi len kali ye....

:: ni adunan sebelum dimasak ::
:: tengah dimasak di dalam oven ::

:: dah masak dah....... ::
:: deko sikit yg ntah hape2 cz dah xde menda kat rumah ::

:: sedia untuk dimakan ::

Rabu, September 29, 2010

new handbag

ni handbag baru mama yer... beli secara online pada 28.09.2010 ( tgh malam ). teruja sangat cz gambarnya nampak cantik. teringin sangat nak beli handbag cz dah terlalu lama tak beli handbag. beg ni mama dapat siang tadi dalam kul 2++ ptg yg dihantar oleh POSLAJU.

malangnya.......masa dapat tu rasa macam tak syok cz besar sangat bagi mama tp nak buat camner, mama dah terbeli. salah mama juga tak tanya saiznya masa beli. padan muka mama kan. hurmmmmm...... yg lain2 keadaannya memang puas hati cuma tang saiz je yg tak berkenan.

Jenama : COACH
Status : Imitation @ replica je
Warna : Pink Pekat
Saiz : 11.5 inci (P) x 16 inci (T) x 5.5 inci (L)
Harga : RM 80.00 je

**tak mampu nak beli yg ori so yg imi pun jadi lah..... terkenan gaks yg ori kat butik COACH tu tp macam tak berbaloi nak beli. yg cumel je dah RM 1k++ gtu.....



bahagian tepinya bertali dan boleh diketat @ dilonggarkan

bahagian dalamnya mempunyai 1 ruang berzip dan 2 ruang comel terbuka
SIAPA SIAPA YANG BERMINAT NAK BELI......BAGITAU YE CZ RASA NAK JUAL LAH CZ MACAM TAK TERPAKAI. HURMMMM..........



Selasa, September 28, 2010

pizza hut

28.09.2010 : selasa : 6.50pm - 9.00pm

hari ni mama & papa puasa lagi untuk hari yg kelima. so lagi sehari lah untuk papa tapi lagi dua hari untuk mama. apa2 pun kitorang akan raya sama2 cz papa bolos untuk hr esok.

hari ni sebenarnya mama termasak SOTO NASI cz masak apa sahaja ikut bahan yg sedia ada. mama dapat idea tu cz semalam papa bawa balik nasi himpit 2 ketul besar, tauge sikit & sup ( tapi mama tak makan pun cz x menarik so mama masak sup lain ).

papa call dalam kul 4++pm tanya nak makan luar ke tp mama kata dah masak. then saje je sms kata tak pastilah sedap ke tak cz SOTO tu macam x brp sedap sgt ikut bahan2 nya yg dah agak lama ( ayam dah x berapa segar, tauge agak berair sangat, nasi himpit keras kematu). then kitorang g makan kat Pizza Hut, Kompleks Sungai Buloh ( dekat sikit dgn rumah ).

ni kali ke 2 nu'man g pizza dan alhamdulillah cz dia dah boleh duduk di kerusi untuk kanak2. seronok sangat cz senang sikit kerja mama nak makan2. kalau tak kena guna sistem gilir2 lah. berselera sungguh memasing makan cz lapar.....
*gambar makanan tak sempat snap cz semua bz mengunyah


hurm......sedapnya chicken soup ni!

abang alif : tak habis2 with "peace"
nu'man : kepala tu menerawang tengok menda2 dlm kedai tu


HAPPY FAMILY :-)

Isnin, September 27, 2010

new activity

jom...mari kita berlumba. 1 2 3 GO !

ha..ni lah aktiviti terbaru hari ni. semalam dapat beli je tapi tak sempat test power cz g open house punya pasal. so hari ni sakan main. yg bestnya derang menunjukkan kegembiraan masa mulakan aktiviti ini.

perkembangannya :

ALIF - sekejap je belajar mengayuh dah pandai. mula2 tu dia macam malas2 nak kayuh. bila dah stabil, sakan mengayuh smp macam x nak berenti. seb baik rumah ni luas.

NU'MAN - memang dia teruja sangat masa naik kuda tu. seronok sangat bila mama tolak sambil kejar abang. yg penting nu'man terus pandai seimbangkan badan & takdelah nak tergolek sangat. dah pandai menggayakan macam dia naik jongkang jongket kat taman pulak.






udang mentega????


hari ni teringin sangat nak cuba masak udang mentega macam pernah makan kat hotel tu. malas nak selak buku resepi so search je lah kat http://www.trymasak.com/ & dapatlah 2-3 resepi. cek punya cek, ada bahan2 yg takde so modified je lah apa yg patut. tu yg jadi udang mentega bertauhu.

sebenarnya macam tak berapa jadi mengikut kehendak mama lah. rasanya bolehlah tahan kiranya 4 bintang gtu. lagipun mama kan puasa so main masak je lah.

resepi yg dah diubah :
udang, telur, cili padi, bawang merah, bawang putih, stok ayam, mentega, lada sulah, garam & gula.

new transport

26.09.2010 : ahad

sebelum kitorang g beraya, sempat lagi shopping new transport untuk anak2. memang dah lama plan & dah survey pun so sekarang just nak g beli betul2. budget??? x kisah sangat.

untuk nu'man :
mama + papa belikan kuda 2 in 1 gtu. ia boleh "melompat" macam naik jongkang jongket tu & boleh "berlari" guna roda yg sedia ada tu. so skrg ni nu'man dah ada aktiviti baru lah. dia nampak seronok masa "menunggang".

rega asal : Rm 89.00
harga tawar menawar : RM 60.00

(gambar penuh gtu)

ciri - ciri : tempat duduk bersandar, kepala berbulu ala kuda,
tayar plastik yg boleh dipakai, ada ruang bwh tmpt duduk
untuk Alif :
mama + papa belikan alif basikal cz basikal alif yg roda 3 tu dah patah. lagipun dah tak sesuai umur alif dah so ni peluang lah untuk belikan dia basikal yg lebih besar. pilih punya pilih, dapatlah beli mcm dalam gambar tu. mula2 budget bwh RM 100 je tp ni stok terbaru & agak ok so belikan je lah.
rega asal : RM 229.00
rega tawar menawar : RM 140.00

ciri - ciri : ada bakul di depan siap dengan bear berbunyi,
ada bakul berpenutup di belakang & boleh tanggal,
penutup rantai - penuh,
rim jejari besi & tayar guna tiub
( gambar full gtu )

2nd round ke open house

26.09.2010 : ahad : 11.50am - 9.45 pm

hari ni aktiviti sama je macam semalam. rupa2 nya hari ni kena g 3 buah rumah lagi tp kali ni jauh juga.

rumah yg pertama :

jiran sebelah rumah kat kampung mama ( En. Johari Bin Yusuf ). rumahnya kat tmn koperasi LLN, sg. chua, kajang. perjalanan lancar je cz betul2 follow gps. kitorg sampai dalam kul 1++ gtu. alif mengamuk je lepak kat rumah ni cz dia belum cukup tdo. lama gak duk rumah dia (smp nu'man tertidur) cz nak tunggu member2 lain & nak berkonvoi gtu ke rumah kawan lagi satu.
menunya agak banyak gtu - nasi himpit, rendang rasa sate, mihun goreng, roti jala, lontong, tembikai, biskut raya, air mangga & air ala2 anggur gtu

rumah yang kedua :

kali ni kitorang konvoi 4 buah keta gtu. senang je nak cari rumahnya ( apartmen teratai, tmn sutera, kajang ). rumah ni kawan mama kat kampung gaks (Azizah binti Samingin ). kali ni lepak x berapa lama sangat cz dah nak maghrib gtu. tapi sempatlah sembang2 sakan gaks.
menunya pulak : pecal jawa, laksa johor, biskut raya, air ribena & teh o suam.
rumah yg ketiga :
yg ni rumah kawan opis papa pulak kat Kg. Melayu Subang. perjalanan agak mencabar cz dengan hujannya, dengan salah masuk jalan & simpang, susah nak cari rumahnya dll. apa2 pun kitorang smp gak kat rumah tu dlm kul 8.30pm. malangnya papa sorang je g naik & makan. mama + anak2 tak turun pun cz anak2 tdo. malas nak kejutkan derang, takut mengamuk pulak. hampeh je nanti.
menu yg papa citer : laksa, lemang, nsi himpit, rendang, roti jala. air??? habis - tn rumh x sempat refill

Ahad, September 26, 2010

Ke mana tu?

25.09.2010 : sabtu : 11.00 am - 11.45pm

hari ni hari meronggeng gitu. bukan meronggeng apa, just g beraya @ open house aje. malangnya takde 1 pun gambor yg diambil cz semua sibuk & cuaca tak mengizinkan. ada aje alasan.....

rumah yg pertama kawan papa kat USJ. ni majlis 2 dalam 1 gitu. majlis sambutan hari raya & kenduri akikah. kitorang just makan sikit2 je cz takut over kenyang. menu kat rumah ni agak banyak gaklah tapi yg penting gulai kambingnya memang best sangat2.

menu : nasi minyak, ayam masak merah, ayam rendang, gulai kambing, acar, popodom, kuih muih (4-5 jenis ), roti jala & air sarsi

rumah yang kedua ialah rumah pakcik mama yg jual pau. rumahnya kat seksyen 18, shah alam. sampai2 je rumah dia, hujan punyalah lebat tp turun gaklah. kena lepak2 dulu smp hujan reda sikit br bleh makan cz hidangannya kat luar @ bawah khemah. lama gaks tunggu baru bleh makan. menda yg best ialah bebola dagingnya. tp mkn sikit je.

menu : mihun sup bebola daging, mee kari, kuih muih special from medan ( macam kek span nenek buat tp yg ni perasa pandan & jagung @ mangga ), biskut2 raya, nasi himpit, kuah kacang, pau pelbagai rasa & air tembikai

**siap bawa balik pau yg dah masak tp sejuk. FREE utk sehari aje ye. rugi kalau tak ambik. lagipun tokei besar yg pelawa. rembat jgn tak rembat

rumah yg ketiga pulak, kawan papa lagi kat Bukit Kinrara. nak g rumah dia ni memang banyak halangan. kitorang sentiasa berjaya mencari rumah kawan2 @ sedara mara tanpa call cz guna GPS. malangnya masa dah nak dekat smp ke rumah kawan papa ni, bateri handphone papa habis pulak so stop kat JUSCO puchong untuk beli plug yg sesuai & tumpang caj. lama gaks kitorang tunggu dalam keta cz anak2 tdo then mama pun tertdo sekali cz ngantuk sangat & bosan tunggu papa. kalau anak2 tak tdo, dah lama mama turun shopping mata. dalam kul 6++ baru sampai rumahnya. makan sikit je cz dah over kenyang.

menu : nasi beriani, gulai ayam, dalca, acar, biskut raya, dadih, air kopi mentega & sirap

rumusan open house hari ni : berjenis2 makanan ada, rumah yg kitorang g semuanya corner lot, semuanya taman & teres 1 tingkat, agak senang juga dicari, layanan memuaskan.


bila dah setel apa yg patut, papa bawa g jalan2 kat TESCO Mutiara Damansara pulak. saje ronda2 cz belum pernah g kat situ. then dengan tidak sengajanya shoppinglah sikit2 tapi semua untuk anak2 aje. barang wajib setiap bulan ( pampers, susu & mainan ). untuk mama & papa, beli cadar lagi. kali ni warna coklat pulak. tengok rega offer RM 23.90 aje tp bila sampai rumah & tengok resit semula, RM33.90 rupanya. padan muka kitorang kan. padahal kat Care4 RM 30 je & corak lagi cun.

g ronda2 kejap je cz derang nak tutup dah, lagipun kitorang sampai lambat dah dalam 8.45pm pehtu lama sangat kt bhgn mainan & brg2 elektrik. tak dan nak g shopping mata beria kat The Curve cz lalu gitu2 aje. masih terbayang2 lagi tempat handbag yg tgh SALE 70% tp tak sempat g. huwaaaaaa.....

sebelum g tesco tu, alif sempatlah naik bear ( bear ke tu ? ) sementara mama g beli air mineral kat watson. yg kelakarnya bear ni asyik tergedik2 ( x tau nak letak perkataan apa lagi ) macam org tunggang kuda tu ha. RM3.00 untuk 5 minit ye.


( beri laluan, beri laluan)

( hensem tak? )

( control hensem & penuh senyuman )

Sabtu, September 25, 2010

Nasi Ayam

24.09.2010 : jumaat

pepagi kepala otak asyik terpikir nak buat mee kari je. sebelum g Econsave saje gatal tengok @ selak2 buku resepi. tetiba terjumpa resepi nasi ayam so terasa macam rajin pulak nak buat. bila tgk bahan2 nya semua dah ada dalam peti. tinggal timun je yg xde. so bersemangat lah nak buat untuk PERTAMA kali tau.


yang ni gambar nasinya. tengok pun tak berapa menarikkan??? untuk pendapat aku, nasi ni kurang air. papa pun cakap cenggitu. maybe sukatan tak betul kut cz mama ikut sukatan sendiri je. bukannya ikut buku resepi. ha3

lepas potong2 & nak hidang, rupa-rupanya mama tak beli salad. tapi takpe, kira halal lah tu kan. takde salad pun takpe. cukuplah timun & tomato je tp timun je yg laku cz mama tak berapa pandai sangat makan tomato mentah.


ayamnya pulak memang best sesangat. kalau ikut kiraan, cukup untuk 2 kali makan @ sama habis dengan nasi tapi ayamnya tinggal sikit je cz best sangat. perasan je kan. ni pun modified sikit resepi & ikut bahan2 yg ada dlm rumah je.
( ayam, kicap manis, sos tiram & madu )



gambar ni pulak....sudah semestinya sup nya. tapi tak cun pulak nampak cz nampak macam over berminyak pulak. apa2 pun daun sup nya tanam sendiri tau then bawang goreng juga buatan sendiri.

kes sambal pulak...xde dalam buku resepi. dah hampir 90% siap masak, tetiba baru teringat..apa resepi sambalnya. mula2 rasa nak sms kakak ipar tapi takut dia tak jwb cz xde kredit. nak call pulak, sayang kredit (kedekutkan). pehtu dengan tak malunya tanya je kat Facebook.

Terima kasih pada Ika Zulaikha, Junai Jalil, Fatimah Md Isa, Nor Farizan Zakaria, Hanisah Ahmad & Jamie Razali cz sudi sembang2 & bagi resepi Set Nasi Ayam

yang penting sekali.....kitorang makan dengan berselera sekali & papa puji best. dah boleh dijual katanya :-)

( bekas hidangan cun @ ok tak ? )
( akan dipakai hari2 cz siap tutup so no tudung saji )

berita terkini

23.09.2010 : khamis

hari ni pepagi tu just bersantai2 bersama anak2. byk keja terbengkalai cz takde bekalan air. sedar masa kul 5 am. tambahan pulak mama + papa puasa so mama banyak bersantai je lah.......


( si abang yg suka "peace" & pejam mata )
( adik pulak nak menyengih aje )

tengah lepak2 @ bersantai tu...tiba2 nu'man menunjukkan perkembangan terkini. nu'man dah boleh duduk dengan stabil & dah pandai nak mula duduk sendiri. apa2 pun mama masih kurang yakin @ takkan tinggalkan nu'man dalam keadaan duduk tu. tahniah nu'man cz dah maju sikit ke hadapan. lega mama.

petang tu dalam kul 6++ papa balik keja then papa kata " jom alif kita gunting rambut" tetiba alif setuju terus. tak pasal2 last minit nak gunting rambut. padahal nak buaka puasa tu. last2 gunting je lah. just guna mesin je so no shape. jadilah botak anak2 ku. he2 apa2 pun derang suka.........

( abangnya rambut nampak ketara digunting @ dipotongkan )
( adik bermuka poyo tu x brp nampak sgt )

Rabu, September 22, 2010

apa cerita?

21.09.2010 : selasa

hari ni masa bangun pagi tetiba nu'man demam pulak. agak panas juga badannya. bukan setakat demam, kena cirit birit pulak. cian je cz merengek manjang cz x selesa. mama dah letak ubat demam by punggung 2 kali tp tak ok juga. dah minumkan air badak + letak kool fever tu tp x lut gaks. mama x bawa g klinik cz hari hujan so susah nak bawa 2 anak. leceh sikitlah.

sampai petang pun x brp ok lagi. then mama + papa bawalah g klinik mlm tu slps maghrib. yg peliknya, bila ond'way g klinik, terus je tak berapa panas dah. sabor je lah kan......


hari ni mama + papa baru nak mula puasa 6 di bulan syawal. walaupun x sahur tp kitorang teruskan jua. seb baik tgh mlm nya layan nasi goreng sikit so xde lah lapar sangat.


seb baik last minit nak buka puasa tu mama sempatlah masak tom yam campur. konon2 nak makan mee tp nk tunggu papa dlu baru celur mee nya. pehtu sepatutnya jiran jemput g rumah dia tp dlm kul 6.45 tu dia bgtau x jd cz ada hal.

tetiba pulak masa papa balik keja, dia bawa balik nasi lemak ayam rendang. papa kata kawannya belanja. so buka puasa dgn nsi lemak tu lah. rasa boleh tahan cuma rendang ayam tu mcm nak basi je so kitorang mkn sikit je. sudahnya tom yam ku x berusik le. tp xpe, hari ni x yah lah mama susah2 nak masak. dah le tetiba xde air.



Selasa, September 21, 2010

Cocoa Crunch



yummmmmmmmmmmmmmyyyyyyyyyyyyyyy......sedapnya cocoa crunch ni mama.


hari ni kali pertama Nu'man makan cocoa crunch tanpa cicah dalam air. banyak gak nu'man makan sampai comot dibuatnya. habis baju penuh dengan cairan coklat. mama biarkan aje janji nu'man kenyang. masa ni nu'man makan dengan tenang cz abang alif tgh tidur.masa tu nu'man bangun tidur then disebabkan mama x nak nu'man ganggu mama masak so mama bg lah nu'man mkn coco tu. bukan apa, nu'man dah x nak makan biskut yg biasa2 tu. dah pandai nak rasa yg lain pulak.

raya & ronda

19.09.2010 : ahad : 10.45am - 5.00pm

hari ni kitorang semangat nak g beraya so bangun awal sikit dr biasa lah. bukan apa, dah berhari2 xde aktiviti yg dirancang awal2. tema hari ini ialah merah so semua berbaju merah. yg x bestnya...lupa nk snap gbr.

tempat pertama yg dituju ialah damansara damai. rumah kawan lama ( Mr. Rahimi Bin Mahad ) yg dah 16 thn x jumpa. kawan masa sekolah rendah. seb baik jmp kat FB so bolehlah contact2 semula. memasing pun dah berkeluarga. perjalanan ke rumah dia bolehlah dikatakan mudah cz kitorang dah pernah sampai area situ masa cari rumah sewa dulu.

pot pet pot pet dalam kul 12++ baru gerak ke rumah sepupu sebelah papa pulak kat sri gombak. Taman Bukit Permata gitu. derang terkejut cz kitorang bleh sampai situ tanpa bertanya sesiapa @ calling2 dia. rahsianya.....guna GPS lah. rasanya klu x guna gps tu cnfrm sesat cz tmn nya tersorok sikit.

ting tong ting tong kul 2++ gerak utk pulang ke rumah cz derang nak g open house pulak. then kitorang pun singgah kat Giant Batu Caves. sampai2 je kat situ terus solat zohor dlu then ronda gitu2 je. Nu'man mula macam nak demam pulak so sedikit meragam. yg Alif pulak sibuk nak main kat taman + nak makan mee pulak. bila Alif dah makan, Nu'man pun dah tidur...kitorang sambung shopping sikit kt giant tu. beli brg dapur aje.

then dalam kul 4.30++ baru gerak balik ke rumah di kuang dalam suasana sedikit hujan. Singgah sungai buloh jap untuk mencari lemang. mahal gaks....plg murah RM 9.00 tu. seb baik sedap.


Selipar RM 10.00 yg sempat dibeli di Giant
19.09.2010 : ahad : 10.45am - 5.00pm




Sabtu, September 18, 2010

rendang ayam




18.09.2010 : sabtu

hari ni pepagi buat srpn simple2 je....roti mentega bergula & roti telur & teh o je. x dan sarapan pun terus bersemangat waja memasak rendang ayam. hari tu dh masak kat rumah mertua tp mcm x brp menjadi je & x puas hati + x puas makan so hr ni buat semula. memang sedap. opsss.... terpuji diri sendiri lak.

niat di hati nak beli lemang tp x terjumpa gerai lemang cz just raya rumah kwn husband tp x jauh sgt dr rumh so x teringat psl lemang. bila nak panaskan rendang br teringat kat lemang. hurmmmmm......

1Utama

17.09.2010 : jumaat : 6.30pm - 9.30pm

hr ni pertama kali jejakkan kaki ke 1Utama. papa dah byk kali gaks pergi. mula2 plan nak g midvaley tp papa suh g yg dekat2 dulu. smp2 situ dh kul 7++ so g sewa keta alif then terus cr surau utk solat maghrib.

then sambung ronda2 gtu2 je. kebanyakannya butik branded so intai2 je cz x tau nak beli apa. just jln2. apa2 pun sangkut gak kat F.O.S tp beli bju nu'man je. ingat nak belikan bj alif tp xde size.

then balik rumh terus cz teringat2 kat laksa yg menanti kat rumah. saje kuar g jln2 cz tetiba letrik xde dlm kul 5 ptg. rupa2 nya ada lori xciden & langgar tiang letrik. balik2 tu letrik still belum ada. frust je. seb baik x brp panas so anak2 + papa dapatla tdo. mama bosan so layan game je lah. tup tup kul 12.12am barulah letrik back to the normal

Jumaat, September 17, 2010

aidilfitri 2010

7 - 11/9/2010 = kuang, kuala rompin
11 - 12/9/2010 = kuala rompin, kuang
12 - 14/9/2010 = kuang, sabak bernam, sungai besar

07.09.2010 : selasa
hari ni selepas sahur mama terus buat biskut raya. buat sejenis aje. mula2 buat tu mcm x brp menjadi. kecewa lah sikit tp teruskan gaks. dlm kul 8 pg br setel then terus kemas2 apa yg patut. dlm kul 11++ gerak balik kg papa.

kali ni balik kg lalu temerloh cz mama ada hal sikit nak buat kt situ. papa pun sempat baiki alarm keta. then ronda2 kat bazar ramadhan temerloh cz nak beli apa yg patut. bukan apa, cnfrm kena buka posa dlm keta.

then sambung perjalanan ke kampung papa dalam kul 4.30 ptg. alhamdulillah dalam kul 7.45 selamat sampai ke destinasi yg dituju.


10.09.2010 : jumaat
hari ni hari raya. tahun ni pertama kali kitorang raya berempat so seronok sikitlah masa shopping raya haritu. tema untuk hr pertama ialah warna kuning. plan mama yg asal ialah warna merah menyala cz baju mama dah siap tp malangnya takde jumpa langsung baju melayu untuk papa & anak2 warna merah gitu. then macam2 hallah berlaku masa shopping raya tu. final dapatlah warna kuning ni.

aktiviti raya pertama, g beraya ke rumah sedara mara sebelah abah papa selepas solat raya. beraya dari pagi sampailah maghrib. malam lepak kat rumah aje.



11.09.2010 : sabtu
tema untuk hari raya kedua ialah warna merah. hari ni pagi tu g beraya ke rumah sedara papa kat keratong. ting tong ting tong dalam kul 3++ baru gerak balik rumah kitorang kat kuang. plan asal nak balik kampung atuk nenek sebelah mama tp mcm lambat je br smp so kitorang balik rumah sendiri dlu. lg selesa nak tdo. sampai dlm kul 7++ gtu.



12.09.2010 : ahad
pagi tu dlm kul 10++ baru gerak balik kg atuk nenek sebelah mama. puas cari kedai mkn ms ond'way tu utk sarapan tp mcm x jumpa. klu jmp pun sure terlajak. lastly singgah kat Tesco Kuala Selangor. lepak2 dulu kat situ + ronda sekejap kt dlm cz ia agak br dibuka juga.

then singgah beraya rumah pak long papa dlu. pehtu terus g rumah atuk sebelah abah cz mlm tu ada kenduri arwah + cukur jambul anak sedara sepupu. petang tu sempat meronda2 cuci2 mata kat bandar kecik tu. he2


14.09.2010 : selasa
hari ni dah balik semula ke rumah kat kuang cz abang deen nak balik kuantan dah but nak singgah tengok rumah sewa kitorang. mak + abah + adik tak terus balik. tdo dlu kat rumah. abg deen gerak ke kuantan dalm kul 4 gtu. then dalam kul 6++ kitorang g ronda2 kat Giant Kota Damansara.

15.09.2010 : rabu

hari ni bawa family mama g Econsave je. tercapailah hajat emak nak cari bekas kuih raya yg special sikit (nak kecik je). mula2 mama beli gaks tp bila sampai rumah nenek nak dua so bg je lah. mama bleh beli lain. pas shopping tu lunch kat tepi jln je. ada gerai menarik. sedap gaks le. ting tong ting tong dah kul 12 lebih so derang x jadi balik selancar. tdo lg rumah kitorang.lps zohor tu mama sempat lah buat kek batik utk nenek bawa balik selancar. bahagia dua dgn nenek.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...