Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Khamis, Julai 01, 2010

kesedihan

Yang Pertama :
Huwaaaaaa…… laptop comelku separa hancur. Kenapa? Bagaimana?
Hurmmm…. Lepas je kuar dari giant & di parking kereta. Cuaca agak panas. Sampai2 je di kereta papa terus ambil laptop yg disorokkannya & letak di atas bumbung kereta. Masukkan alif dalam kereta, kemas barang, start enjin, mama + nu’man masuk dalam kreta, papa tutup bonet & terus masuk dalam kereta.

Agak kelam kabut juga cz nak cepat2 ditambah pula ada orang nak masuk parking. Then cool je kuar dari giant menuju ke sungai buloh. Masa belok di simpang pertama & potong sebuah lori……lori tu hon dengan kuatnya + bagi lampu 2-3 kali. Puas mama pikir cz apa salah kitorang tp mama xde jwpn. Tetiba papa kata “mama, laptoplah!”.

Then papa dah tak keruan drive & terus belok dengan lajunya di simpang dpn sblh kiri. Sepatutnya kitorang ke kanan. Papa cepat2 keluar kereta & berlari. Terus mama dapat jwpn, laptopku sudah jatuh & cnfirm dilanggar orang. Seb baik orang tu tak langgar papa. Orang tu hanya angkat tangan tanda maaf.

Cerita pendek papa “papa kona laju2 cz ternampak ada sebiji motor yg mengekori & bergaya seperti ingin mencuri laptop itu. (memg senang nak ambik cz kt tepi aje) papa cepat2 belok & brek.”

Maybe masa membelok dgn laju tu lah laptop ku itu tercampak ke tgh jalan. Orang naik motor tu pun hamper melanggar keta kitorang.

Papa kecewa sgt & rasa ralat sangat. Laptop comel ku itu baru aje dibeli & blm habis bayar. Papa asyik membelek2 laptop bila berhenti di lampu isyarat.

Keadaannya : separa sihat. Masih boleh digunakan tapi sambung kat monitor lain. Screen hancur. Body masih mantop.


yang kedua :
oleh kerana papa dah kena bertugas di KD bermula 1 julai so mama kena bagi notis untuk berhenti kerja. Sedih gak nak berenti cz dah lebih 4 thn keja kat syarikat ni. Bermula dari gaji RM 500.00 je tau walaupun ada Ijazah. He2 keja kat sini memang best sangat cz banyak goyang kaki daripada wat kerja. Kiranya tempat ku berehat gakle. gaji pun bleh tahanle. dapat gak ribu2.

Yang ketiga :
Kena berjauhan dengan papa + jaga anak sorang2 dalam tempoh yang agak lama dari biasa. 5 hari 4 malam tu. Semoga mama berjaya mengharunginya. Ya Allah kau kuatkanlah semangatku ini.

Yang keempat :
Sedihnya nak tinggalkan rumah yg selesa sangat ni. Dahle sewa tersangatlah murah. Parking lot yg luas dan lain2 lah.

Yang kelima :

Sedih nak tinggalkan kawan2 cz hilang dah pelanggan offline ku. Hik…. Harap2 biz makin maju bila pindah sana. Insyaallah

4 ulasan:

  1. adeh!!!.. tang laptop mmg x tahan nye.. bule plak trlupa nk masukkan blk dlm kete... adeh... tumpang simpati la atas sume tu...

    BalasPadam
  2. TULAH PASAL..... NAK WAT CAMNE SU, TU LAH NAMANYA XDE REZEKI.

    DUK KALUT SANGAT, TU JD LUPA.... SEMUANYA KEHENDAK ALLAH

    BalasPadam
  3. Hadoiii...pengajaran buatku juga ida...aku pun kalo dah kalut2 tu pun selalu leka...last time, tertinggal botol susu anak kat bumbung kereta...sib bek masa koner, terjatuh & entah camne ntah termasuk blk dlm kete...LOL

    ade warranty x?

    BalasPadam
  4. aisyah : seb baik botol susu aje....

    warrabty memang ada tp rasanya bab2 mcm ni derg x cover le. dah tanya kedai tu, klu baiki maybe rm800 dan ke atas. hurmmmm.... mcm lg best klu beli baru je.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...