Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Khamis, Januari 31, 2013

Dalam Kereta

28 januari 2013 :: Isnin :: Kuala Rompin - Selangor

hari ni masih lagi cuti THAIPUSAM so kitorang still berada kat rumah family PAPA.
dalam kul 2++ pm baru gerak balik ke Kota Puteri. perjalanan macam biasalah akan JEM kat negeri sembilan tu je.

disebabkan dah bosan dalam kereta & perut agak lapar so kitorang DINNER + maghrib kat bandar senawang je. cari je mana2 kedai yg mengancam kan. masa nak turun g makan ni lah baru papa perasan yg KASUT nu'man tertinggal kat kampung ( nu'man tidur masa nak balik tu so terus angkat je orangnya ).

sampai rumah dalam kul 10++ pm gak. memang PENAT semacam je.



** aksi2 dalam kereta semasa menunggu papa solat maghrib **




:: mama yg sangat2 colourfull gara2 sehelai sepinggang kan -----> tudung merah / baju hijau / seluar hitam / sandal oren ::

hari Ahad

27 januari 2013 :: Ahad :: Kuantan - Kuala Rompin

hari ni buat sarapan cekodok pisang + bubur gunting berdurian + nasi goreng ayam. pagi still lepak rumah abg deen / pak ngah lagi. dalam kul 12.30 pm baru gerak g kenduri KAWIN kat Indera Mahkota 2.

pergi kenduri ni sebab PAPA nak jumpa ayah pengantin so memang tak terlintas nak ambil gambar pengantin ( anak sulung ). pehtu terlupa juga nak ambil gambar kawan papa tu. almaklumlah mama kan selalu pegang / dukung NA'IM so macam kurang berminat sesi nak ambik2 gambar.

yang BESTNYA kenduri ni, makanan yg terhidang memang banyak. air pun ada 4 pilihan tu. goody begnya diisi dalam beg yg COMEL sngat designnya. isinya biskut yg SEDAP.

:: air asam masin, jagung, bandung & cincau ::
dah puas lepak kat rumah pengantin kitorang beredar dalam kul 3++ cz nak BALIK rumah family papa pulak ( tak tersenarai dalam aktiviti so balik sehelai sepinggang tau ). sebelum balik sempat singgah kat  masjid Indera Mahkota 8 kut. tup2 PAPA terjumpa pulak kawan lamanya ( baru perasan x snap gambar gak). sembang2 jugalah.

perjalanan diteruskan dengan melalui PEKAN. dengan tak sengaja nya PAPA belikan murtabak mengkasar yg dekat2 dengan SHAH Pekan tu. siap beli yg special punya 3 pcs = RM 24.00 ( kiranya sebagai buah tangan le cz ada adik beradik papa yg balik juga ). papa tunggu dalam 40 minit utk dapatkan murtabak ni cz RAMAI pelanggan tapi ALHAMDULILLAH memang berbaloi cz sedap juga ( 1st time kitorang makan kecuali papa )

:: Alif Na'im & Nur Alia Zulaikha ::

mengimbau kenangan

26 januari 2013 :: sabtu :: Selangor - Pahang

perjalanan tanpa sengaja mengimbau kenangan lama + JJCM telah bermula pada pukul 9++ am

destinasi PERTAMA ialah pekan sari TEMERLOH. nak juga singgah cz dapat INFO dari FB yg pasar pagi tu buat hari ni. biasanya hari AHAD. tujuan utama mama nak sangat pergi situ ialah nak makan CHAR KUEY TEOW.

sampai situ dalam kul 11.45 am setelah meredah perjalanan yg tak berapa lancar ( jem sebab thaipusam ). masa tu dah banyak peniaga yg TUTUP @ balik. yg sadisnya takde org jual char kuey teow tu. KECEWA betul. so hajat tak tercapai tapi PAPA sempat shopping PISAU kat sini..

then kitorang g LUNCH kat kedai burger kesukaan kitorang tu je. kat sini terjumpa STAFF papa masa kat HOSHAS dulu. sembang2 gtu je lah kan. then teruskan perjalanan ke KUANTAN

disebabkan masih LAPAR so kitorang singgah pulak kat simpang gambang utk makan MEE KARI CENDAWAN CLAYPOT dalam kul 4++ pm. yummmy........ masa ni anak2 sempat main kat taman so xdelah boring sangat kan. yg si Na'im pulak tidur lena masa berenti kat sini




bila perut dah kenyang so teruskan perjalanan lah. dalam berfikir2 nak ke mana dulu tup2 PAPA dah termasuk ke jalan lain so tak pasal2 terus je menyinggah kat Teluk Cempedak. sempat gak lah bebudak main pasir + kutip kulit kerang. yang PAPA sibuk sangat nak main layang2. agak tak sesuai main layang2 cz ANGIN kat situ on / off.

yg MAMA pulak sempat le cuci2 mata kat gerai2 / khemah ala2 kt UPTOWN tu. sebenarnya terbekenan gak dengan blouse PEPLUM kat situ tapi bila pikir punya pikir kesudahannya TAK BELI pun ( sampai sekarang terbayang2 blouse tu = nyesal tak beli ). bila dah puas lepak kat situ, kitorang teruskan STAY kat rumah abang deen / pak ngah kat Bukit Pelindung.


brains

25 januari 2013 :: Jumaat :: Tesco Kuala Selangor

hari ni mama + anak3 melawat ke TESCO Kuala Selangor dalam kul 10++ am.
hari ni SEKOLAH anak2 cuti so merayap sekejap. TUJUAN utama g k.selangor tu sebab nak carikan TUPPERWARE yg kakak ipar suruh belikan utk hadiah BIRTHDAY anak sedara. kena juga g beli hari ni cz ESOK dah nak dibawa ke KUANTAN
seb baik lah ada STOK

disebabkan MAMA dah shopping barang2 rumah mgu lepas so hari ni saje JALAN2 je sambil cuci mata. dalam cuci2 mata tu ternampaklah PERMAINAN yg tengah offer ni so beli je lah cz murah je RM 7.48 sahaja

bebudak ni suka sesangat. bukan setakat BABY, abang2 baby pun semua semangat nak BERMAIN


Popia inti pisang


25 januari 2013 :: jumaat :: dapur 3 alif

macam dah lama sangat2 x update masak2 / makanan kan so update yg simple ni je lah

POPIA PISANG
bahan : kulit popia, pisang emas
gam : tepung gandum, air ( bancuh agak pekat )
cara : gulung sebiji pisang emas ke dalam sekeping kulit popia then goreng macam biasa

Port Dickson

21 - 23 januari 2013 :: Isnin - Rabu :: Port Dickson

kiranya ni percutian yg PERTAMA utk kitorang utk tahun ni. nak CUTI2 yg free aje. he2
sebenarnya ni TETIBA je cz papa kena pergi outstation / workshop kt Corus Paradise Resort.
so kami2 ni JOIN lah sekali walaupun tau yg papa akan BUSY dari siang - malam.
dan tak pasal2 Naufal & Nu'man PONTENG sekolah lagi.
yang BESTnya Na'im pun boleh TIDUR walaupun tanpa buaian. Good Boy
TAK PERGI mana sangat2 pun cuma banyak BEREHAT je cz mama pun sekali sekala nak gak PONTENG kerja kan.

kitorang bertolak pagi ISNIN dalam kul 6.30 am
then kul 8.45 am dah sampai dah walaupun ada laluan yg JEM
lega lah PAPA cz program start kul 9.00 am
hari RABU tu bertolak balik dlm kul 2++ pm

 :: dalam bilik hotel bernombor 815 ::

:: ni masa lepak2 kat Giant Lukut sementara tunggu waktu check in ::

 :: suka suki ::

 :: jom lumba ::

 :: tunggu jawapan papa nak habis prog kul brp ::

 :: bermandi manda pada petang selasa ::


:: Corus Paradise Resort ::
** pemandangan yg cantik **

Jumaat, Januari 18, 2013

Naufal Demam

18 jan 2013 :: Jumaat :: Yellow House
 
Alif Naufal dah mula demam malam semalam cuma sikit2 je. Bangun pagi je dah semacam cz MENANGIS beria2 tpi dia still pergi SEKOLAH. mama dah bagi UBAT demam sebelum pergi sekolah so naufal OK je.
 
balik sekolah tu macam nak demam semula so MAMA bagi makan ubat yg ada2 tu je. tup2 dalam kul 2++ pm dia macam MAKIN demam so suruh dia tidur2kan diri sementara tunggu Nu'man & na'im bangun tidur.
 
kul 4++ baru dapat g KLINIK. doktor kata naufal DEMAM biasa je cuma agak panas le. so dapat le 4 jenis UBAT. seb baik naufal agak MUDAH juga makan ubat.
 
 

mak sakit

14 jan 2013 :: isnin :: felda selancar 2

  • kul 10++ am ABAH call bgtau mak sesak nafas & dah ada kat Klinik Selancar 1 ( tetiba sesak nafas masa belajar mengaji )
  • kul 11++ mak dah dibawa ke hospital segamat naik AMBULAN
  • kul 12.30pm still menunggu kehadiran DOKTOR
  • kul 3++ pm mak dimasukkan ke WAD
** masatu mak DISYAKI kena serangan jantung

Abang DEEN yg duk kat kuantan smp dalam kul 3++ pm & terus ke segamat. yg kitorang + Maksu bertolak dari kota puteri dalam kul 5.40pm. sampai rumah dalam kul 10++ pm cz berenti singgah makan.

15 Jan 2013 :: Selasa :: Hospital Segamat

  • kul 7.30 am ABAH dah g hospital cz katanya boleh melawat sekejap waktu pagi tapi rupa2nya TAK BOLEH pun. cian abah tunggu lama2 kat bandar. apa2 pun sempat gak lah hantar SARAPAN kat mak
  • kul 12.30 pm kitorang semua2 datang MELAWAT mak. masa ni mak kata DOKTOR bagitau kena keluar wad dah. MUSYKIL je cz mak tak nampak SIHAT pun. apa2 pun kena lah KELUAR kan.
  • kitorang tak g mana2 pun sementara menunggu msa melawat sesi PETANG. just PICNIN area taman permainan kanak2 sambil LUNCH.
  • kul 4.30 pm baru kitorang dapat uruskan proses KELUAR WAD. seb baik sekejap je dah OK. kenalah bayar RM 110.00 untuk perubatan & perkhidmatan selama 2 hari 1 malam tu.
*** Doktor kata MAK cuma sakit sendi di bahagian paru2, sedikit darah tinggi & buah pinggang hasil dari salah makan UBAT ( ubat darah tinggi )
 

18 jan 2013 :: Jumaat :: Kota Puteri

perkembangan terkini..... MAK still SAKIT lagi. mak kata rasa sakit bila setiap kali nak BERNAFAS. malam2 bila kul 1.30 ke atas mak dah tak boleh TIDUR. mak kata semuanya serba tak kena. hurmmmm.........

yang paling TAK BEST ialah mak asyik cakap pasal MATI je. huwaaaaaaaaaaaaaaa

Sabtu, Januari 12, 2013

kurang sihat

12.01.2013 :: Sabtu :: Yellow house
 
cian Na'im cz dari semalam tak berapa sihat. macam DEMAM tapi xdelah panas sangat. pehtu mulalah asyik nak MERAGAM aje kan. tidur pulak sekejap2. makan pun x berapa nak selera sangat. semoga na'im cepat sembuh ye sayang
 
 

1st shoes

07 jan 2013 :: isnin :: ijok
 
hari kasut/sandal/selipar utk mama + anak2. ni kiranya kasut / sandal PERTAMA untuk tahun 2013. he3 beli yang MURAH2 je pun.
selipar abang Alif Naufal yg warna hijau, RM 9.90, beli sebab selipar ben10 nya nampak dah koyak2.
selipar abang Alif Nu'man yang warna biru, RM 9.90, beli sebab abg beli yg baru.
kasut adik na'im yg warna oren, RM 14.90, beli sebab kasutnya dah hlg sebelah masa g Jusco Rawang. ni kasut KEDUA untuk na'im. ada lagi 2 kasutnya tapi dah burukle cz kasut abang2 nya. he3 jimat.....
 
 
yg bawah ni pulak sandal MAMAnya lah. RM 25.00 sahaja kat pasar malam IJOK. dah puas gak survey tapi rega yg org jual RM 35 - 50. kalau kat intenet lagi dahsyat reganya. beli yg tak ori pun jadi le..... dah sebulan memendam perasaan & akhirnya BERJAYA gak beli. ha3
 
yg sikit sedih masa nak beli tu..... warna yg berkenan sesangat (merah @ biru ) dah takde SAIZ lah pulak. yg ada semua saiz BESAR2 je. last2 pilih oren je lah. motif utama beli sandal ni cz nak yg tinggi sikit tapaknya tapi tak nak yg over berinci2. nak pakai hari2 cz takdelah terus terkena lecak di kala hari hujan.
 
 
 

memanjat


na'im sangat2 suka memanjat. kalau suruh belajar berjalan sekejap je dia nak layan. klu memanjat kemain lagi. turun naik sofa, kerusi kecik, tangga, walker, alat mainan utk bantu belajar berjalan dan apa2 yg boleh dipanjat. ni nasib baik dah beli pagar utk tangga tu so x dptle dia nak naik. tapi pantang nampak pagar tu terbuka, laju je nak "bekerja".

Khamis, Januari 03, 2013

1 tahun


03.01.2013 :: Yellow House :: Ijok, Selangor

ALHAMDULILLAH hari ni genaplah 1 tahun umur ALIF NA'IM.
perkembangan : still belum berjalan, sangat suka memanjat, gigi dah tumbuh 3 batang ( 2 atas, 1 bawah ), sangat suka makan, still BF lagi, sangat aktif, berat 7.4 kg

** see my eyes

** hurk, emm, haaa, aaaa, hik

** hi semua


hari ni MAMA sangat2 penat tapi OK je. mula hari ni MAMA kena bangun awal drpd biasa cz macam2 nak dibuat. utk hari ni sangat2 BZ tambah agak memenatkan cz pepagi HANTAR jeli ke semua kedai yang berkenaan, bergegas ke tadika PASTI cz hari ni 1st day school lagipun nak kena tunggu NU'MAN cz baru masuk sekolahkan, bawa baby NA'IM g cucuk & check-up kat Klinik Kesihatan Ijok, ambik abang2 balik sekolah, layan abang2 main kat taman permainan, pergi cari barang2 NIAGA. dah kul 12++ pm baru sampai ke rumah.

then kenalah KEMAS rumah, kira STOK jeli, masak JELI baru, tidurkan anak2, masak utk DINNER, merajinkan diri buat MUFFIN then barulah boleh bersantai sekejap. petang2 jiran datang rumah cz MAMA tak suka keluar rumah. he3



Sekolah

03.01.2013 :: Tadika PASTI Darul Ilmi :: Ijok, Selangor

sekejap je anak2 mama dah BESAR. rasa macam tak percaya pulak dah DUA orang anak mama yg ke sekolah. hari ni hari PERTAMA mereka ke sekolah bersama2. excited sungguh. yang abang ( NAUFAL ) tahun ni 6 tahun. yang adik ( NU'MAN ) 4 tahun walaupun dia lahir di bln disember.



** Adik pinjam @ pakai baju abang cz adik tetiba je nak g school gak

8 tahun dah



Alhamdulillah hari ni ( 01.01.2013 ) kitorang sambut ulangtahun perkahwinan yg ke 8.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...