Followers

:: Happy Family ::

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Isnin, Februari 28, 2011

Steamboat & BBQ

26.02.2011 : Sabtu : Restoran BBQ & Steamboat

lagi sekali SERONOK hari ni cz kitorg berjaya gaks makan kat restoran ni setelah 7 BULAN asyik lalu je kedai tu. restoran ni 3-5 minit je perjalanan dari RUMAH kitorg. selalu tengok RAMAI org datang so nak gak CUBA kan.

seronok cz macam MAIN masak2 pulak. Steamboat & BBQ sekaligus. Pn. Ie memang SUKA sangat BBQ kat tmpt tu & rasa macam TAK PUAS je.

seb baik kitorg datang awal, tu pun tinggal 3 meja je yg KOSONG, yg lain2 sudah ditempah. padahal kitorg smp kt ctu kul 6++ ptg. ramai gak yg tunggu TURN meja kosong cz main TERJAH je mcm kitorang ni.

harga : RM 18.00 seorg utk org DEWASA ; RM 8.00 utk kanak2 ( ingat2 lupalah )

pendapat kitorg :
= suasana agak santai
= memg best cz masak2 sendiri
= tak banyak pilihan makanan so x brp puas makan
= air 2 pilihan tp sedap
= ada surau so tenang sikit klu terkena masa maghrib



:: alif - bila boleh makan ni ? ::

:: sponsor mlm ni ::


:: sempat lagi main BLOCKS sementara tunggu makanan masak ::

Shopping Time

26.02.2011 : Sabtu : Giant Kota Damansara

lepas makan kat Restoran Asam Pedas Muar tu kitorg g BELI BARANG-barang rumah pulak. destinasi bulan ni ialah GIANT Kota Damansara cz Pn. Ie dah bandingkan harga dengan pasaraya besar yg lain. Pn. Ie TENGOK kat dalam METRO dulu setiap hari jumaat then baru g TERJAH mana yg patut.

tp hr ni agak TIDAK SERONOK cz susu alif yg OFFER tu dah habis stok. tulah...sape suh lambat datang. hik... redha je lah. ni PERTAMA KALI pn. ie penuhkan TROLI dengan jayanya sampai ALIF x muat nak duk dlm tu. tapi yg BESTNYA walaupun penuh & padat tapi HARGA masih berpatutan gtu & yg penting X OVER budget langsung.


:: Hurmmm.... Lambatnya abang Alif ni pergi tandas ::
:: mama, nak makan ni dulu boleh ? ::

dah settle g beli apa yg patut, misi seterusnya ialah MAIN kat TAMAN dalam tu. puas jugalah main cz duk tunggu En. Han sembang-sembang dgn kengkawan dia ( tetiba jmp kat situ ). pehtu sempat jugalah Alif main PIJAK KERETA ( dia panggil le ). dah puas main kat situ, g terjah tempat permainan berbayar pulak tapi TENGOK-tengok sambil lepak aje.

tempat berbayar ni selalu singgah cz berdekatan dengan SURAU so nak tak nak masuk je lah sambil sesi MENUNGGU selesai.


:: Kecik - kecik dah semangat nak DRIVE kereta lumba ::

Restoran Asam Pedas Muar

26.02.2011 : Sabtu : Restoran Asam Pedas Muar

hari ni kitorg BERJAYA gak g restoran ni walaupun main suka-suka je tanpa MENCARI alamat sebenar kedai tu. nasib baik GOOGLE + PAPAGO tolong so akhirnya BERJAYA juga sampai.

MOTIF utama nak g restoran tu ialah kerana tergoda ms tgk JJCM 2 minggu lepas. saje je nak PERGI cz kira macam dah dekat le kan. nak gak MERASA.

Restoran ni agak TERSOROK jugalah cz kwsn tu mcm x ramai org datang je tapi x taulah kut-kut hari lain agak BZ kan. sebenarnya SENANG je nk cr klu betul2 ada alamat, ni kitorg main TERJAH aje. hik....

masa yg kitorg g tu ASAM PEDAS ada 3 pilihan je - Ayam , Ikan Pari & Kepala Ikan
sayur byk gak pilihan. lauk2 lain ada juga. minuman memang banyak pilihan. kuih muih pn ada. layanan pun ok juga & cepat. ambik makanan, layan diri. order air je.
yg tak BERAPA best baby seat SIKIT sgt so berebut lah ye.

pada pendapat kitorg :
Pn. Ie = agak pedas bg tekak pn. ie
En. Han = dia kata sedap je
Anak - anak = x byk plhn lauk lain so derg mkn nasi kuah kicap je

Alamat yg pn. ie ingat2 lupa ye.......

no 26-1 , jln pju 7/16A, mutiara damansara

( berdekatan medan selera mutiara damansara, simpang sebelum g ikea the curve tesco dll )






:: pilihan kali ni - 2 pcs ikan pari ::
:: harga RM 10.00 ::

:: Lambatnya MAMA ni ambik makanan.... Dah LAPAR ni ::


:: Sedapnya JUS EPAL ni...... ::

Jumaat, Februari 25, 2011

Agar-agar Pandan Bersantan


24.02.2011 : Khamis : Dapur Rumah Hijau
Pn. Ie puas pikir nak masak apa le petang ni cz STOK tepung gandum dah licin tanpa disedari. ha3 pehtu tetiba ternampak daun pandan yg beli haritu & dah hampir nak kering dah so terus keluar idea nak buat kuih kegemaran En. Han. seb baik SEMUA bahan yg berkenaan ada dalam simpanan.
disebabkan banyak KOMEN masa upload kat FACEBOOK so pn. ie pun nak masukkan resepi kat sini supaya boleh share sesama yg minat makan tapi x tau masak. kalu g beli kat pasar malam, 3 potong = RM 1.00 pehtu nasib le klu dpt SEDAP alhamdulillah, klu x..... pepaham aje le.
sebenarnya senang je nak buat agar-agar ni. RESEPI asal pn. ie dapat dari Kak Shidah masa kerja sebagai kerani ( taraf kontrak ) kat Hospital Temerloh (HOSHAS). tapi pn. ie ada resepi utk yg GULA MERAH punya so pn. ie adjust utk dptkn yg PANDAN ni.
AGAR-AGAR PANDAN BERSANTAN
bahagian bawah :
1 bungkus agar-agar = 20gm ( pn ie guna jenama GIANT je )
5 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir ( klu suka manis, tambah lg ye )
1 sudu teh pewarna hijau
cara :
1 : rebus agar-agar hingga tak nampak rupa agar2 nya ( cair semuanya )
2 : tambahkan gula & pewarna
3 : biar sampai menggelegak
bahagian atas :
beberapa helai daun pandan
1 biji telur ayam
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
sedikit garam
cara :
1 : blender semua bahan di atas & tapiskan
2 : bila bhgn bawah dah menggelegak , masukkan bhgn atas ni
3 : biarkan sampai sedikit menggelegak
4 : tuang dalam loyang & sejukkan

Selasa, Februari 22, 2011

Kulit Popia Manis

22.02.2011 : Selasa

hari ni kerja-kerja RUMAH agak kurang so kepala otak duk pikir, nak buat apa lah. kerja-kerja penting dah SIAP awal cz awal sampai rumah LEPAS hantar alif ke sekolah.

dah banyak kali TERTENGOK kulit popia yg tersimpan kat dalam peti ais tu. dah lama nak buat KUDAPAN ni tapi MOOD lebih rajin belum sampai so tersadai je le. hari ni baru buat @ masak.

konon-konon nak buat yg SIRA PEDAS jugak tapi macam x cukup je so MANIS je lah. dapatlah 1 tupperware sederhana tinggi. kalau NGADAP je sure cepat habis.




KULIT POPIA SIRA MANIS
bahan gam : tepung gandum + sedikit air
bahan :
kulit popia sebanyak mana anda suka
gula icing pun sesuka hati anda juga
cara :
1 : gulungkan kulit popia & letak gam ( pn. ie gulung longgar2 je )
2 : guntingkan kecik2
3 : goreng hingga masak
4 : gaul dgn gula icing
5 : siap dah............. jemput makan

Ikan Asam Rebus


22.02.2011 : Selasa
hari ni kita makan yg REBUS-REBUS lagi ye. jimat MINYAK sikit. hik....
seperti yg DIRANCANG, hari ni Pn. Ie masak IKAN ASAM REBUS + NASI PUTIH.
malam karang maybe nak tambah ACAR TIMUN sikit. tadi LUNCH dgn anak-anak je so SIMPLE-SIMPLE sudah.
ni PERTAMA KALI gak cuba resepi ni, ALHAMDULILLAH sesuai dengan tekak Pn. Ie ni so ada makan LEBIH sikit daripada biasa. ha3 pasni bulehlah masak lagi kalau bahan-bahannya cukup lengkap.
Kali ni Pn. Ie guna IKAN SELAR & BUAH NANAS
IKAN ASAM REBUS
bahan kisar :
cili kering
bawang merah
sedikit belacan
sedikit buah nanas
serbuk kunyit
bahan lain :
garam
gula
daun kesum
ikan selar kuning
buah nanas
air secukupnya
cara :
1 : rebus bahan kisar hingga menggelegak
2 : masukkan bahan lain
3 : rebus hingga masak

Kisah Nangka Madu

21.02.2011 : Isnin

hr ni Pn. Ie g singgah kedai utk beli brg basah sikit so ternampak NANGKA MADU ni utk kali kedua so tanpa pikir panjang, terus beli sikit je. sekadar nak MERASA. derang jual secara timbang so kena byr dlm rm 4.50 gtu. berbaloi lah juga cz dapat banyak gak daripada beli yg org jual dah siap kopek tu.

motif utama beli NANGKA MADU ni ialah utk makan begitu saje cz dah LAMA SANGAT tak makan nangka. kekadang TAKUT-TAKUT nak makan cz ANGIN. buleh menyebabkan Pn. Ie sakit kepala tapi TERINGIN punya pasal so beli aje.





disebabkan NANGKA nya agak banyak juga so Pn. Ie pun buatlah CUCUR NANGKA pulak. kiranya mempelbagaikan RESEPI gtu. so ANAK-ANAK pun dapat makan nangka TANPA derang sedari. hik....


CUCUR NANGKA
bahan :
tepung gandum
tepung jagung
sebiji telur ayam
sedikit buah nangka yg dipotong halus
sedikit soda bikarbonat
sedikit gula pasir
air secukupnya
cara :
1 : gaulkan semua bahan hingga sebati
2 : goreng macam jemput-jemput pisang tu
3 : sedia dimakan

jangan TAK CAYA......
BIJI buah nangka tu Pn. Ie x buang tau.
pn. ie REBUS sampai agak lembut ( campurkan sedikit garam semasa merebus ).
gambar kat atas ni DAH SIAP direbus tapi belum DIBUANG kulitnya. kalau dah buang kulitnya, dah boleh makan. rasanya macam kacang kuda gtu. sedap weh...... dulu masa KECIK-KECIK mak Pn. Ie memang selalu buat cz kat rumah ada tanam pokok nangka & cempedak.

Isnin, Februari 21, 2011

Taman Rimba Riang

20.02.2011 : Ahad : 5.00 pm - 7.00 pm

petang tu tetiba je plan nak g minum CENDOL cz dah BOSAN sesangat duk rumah aje kan. sambil-sambil tu terasa nak cari TAMAN permainan macam kitorang selalu lepak kat TEMERLOH dulu-dulu tu.

Kedai CENDOL yg kitorg tau tu TUTUP pulak so sesi mencari berlanjutan ke tempat yg lebih JAUH dari rumah. tup tup singgah Taman dulu then baru mencari CENDOL. sempat le bebudak ni main kejap pehtu KITORANG pusing 1 pusingan TASIK yg ada kat situ. BERPELUH gaks le. pehtu g meronda dekat2 ctu mencari TAMAN yg lebih best & kurg org datang.

kesudahannya dapat gak makan CENDOL kat tepi jalan menuju ke Care4 KD. termakan dengan LAKSA sekali. ha3 rega boleh tahan jugakle walaupun KEDAI BERGERAK je.

Cendol Biasa = RM 1.50 semangkuk
Laksa = RM 3.50

Ngam ngam nak habis makan, HUJAN pun turun dengan AGAK lebat jugakle so terus BALIK rumah cz misi dah SELESAI. sambung makan NASI AYAM pulak utk sesi makan malam cz makan LAKSA tu just utk MERASA je sorang sikit.





I like Mickey

:: I LIKE MICKEY MOUSE ::

Sejak dua menjak ni Nu'man SUKA sangat tengok cerita Mickey Mouse , Pocoyo , Upin Ipin & Pororo. bila dengar je muzik @ lagu tema, terus g ngadap kat depan TV.

Cedera Pulak

20.02.2011 : Ahad : Dalam Khemah Huggies

Cian NU'MAN cz tetiba je cedera sikit kat bhgian BIBIR ATAS cz abang alif terketuk mainan masa tengah bergumbira main dalam khemah bersama-sama. gtulah bebudak kan... seb baik TAK NANGIS beria si nu'man ni. abang dah CUAK-CUAK dah cz byk gak keluar darah.

Anak - Anak

20.02.2011 : Ahad : Ruang Tamu Rumah Hijau

hr ni anak-anak main kat rumah je cz belum ada plan nak ke mana2. so derg main kt ruang tamu je. siap buka khemah hadiah HUGGIES hari tu.

yg ALIF duk melayan telefon En. Han cz ada GAME baru yg sesuai dgn bebudak.


:: Alif Nu'man yg bz main dlm khemah ::
:: Alif Naufal yg bz dgn game baru ::

Sabtu, Februari 19, 2011

Bestnya Buku Ni Mama



Nama saya ALIF NU'MAN.


Saya berumur 1 tahun 2 bulan.


Saya SANGAT SUKA dengan buku.


Kali ni saya BACA buku berkenaan PENGANGKUTAN



Bolehlah.......

19.02.2011 : Sabtu

hr ni Pn. Ie bersemangat nak mencuba CHICKEN CHOP pulak. sosnya sos lada hitam. walaupun POYO tapi cubaan menjadi jugalah. RUPAnya memang x brp nak cun tp RASAnya tu yg PENTINGkan. ni pun PERTAMA kali Pn. Ie buat @ masak. kalau tak asyik g makan kat kedai aje. tapi apa-apa pun, Pn. Ie memang SUKA SANGAT dengan chicken chop mushroom souce yg ABANG KEDUA jual kat kedai @ restoran dia. memang POWER.


resepi ni Pn. Ie cuba-cuba je ikut apa yg ada kat dapur.
CHICKEN CHOP WITH BLACK PAPER SOUCE

bahan ayam :
paha ayam yg dibuang tulang ( sy guna 4 pcs )
tepung kentucky
tepung jagung
1 biji telur ayam
sedikit lada sulah

cara :
1 : perap ayam dengan serbuk lada sulah
2 : gaulkan dengan telur, tepung jagung & tepung kentucky
3 : goreng hingga masak


bahan sos ( agak2 je sukatannya ) :
lada hitam yg ditumbuk
sos lada hitam
sos cili
kicap manis
bancuhan tepung jagung
bawang merah
bawang putih

cara :
1 : tumbuk bawang merah & putih. tumiskan hingga kekuningan
2 : masukkan segala sos, lada hitam & kicap
3 : masukkan bancuhan tepung jagung
4 : masak hingga kuah pekat ikut kesukaan anda

* pn. ie x masukkan garam @ gula cz dah cukup rasa






18.02.2011 : Jumaat
hari ni Pn. Ie buat nasi himpit + rendang ayam. macam raya pulakkan. saje je suka-suka.
tapi pn. ie sikit KECEWA cz pn. ie sebenarnya nak buat RENDANG DAGING tapi kedai jual daging segar tu TUTUP pulak hari ni. nak tak nak, buat je lah rendang AYAM.

Kuih Muih ( Pertama Kali )

minggu ni minggu Pn. Ie bersemangat waja ingin mencuba membuat kuih yg Pn. Ie suka makan. pehtu ni le PERTAMA KALI Pn. Ie beli pulut sepanjang kawin dgn En. Han ( 6 thn ). beli semata-mata nk buat kuih seri muka. hik.....

ni kali PERTAMA pn. ie cuba buat kuih2 ni. alhamdulillah BERJAYA dan sedap. tukang kritik pun berpuas hati dengan hasilnya. pasni bolehlah buat lagi.




KUIH SERI MUKA

bahagian bawah :
2 cawan beras pulut
2 1/2 cwn santan cair ( sy guna santan pekat )
1/2 s.teh garam

cara :
1 : basuh & rendam beras pulut beberapa jam sblm masak ( sy rendam 1 jam je )
2 : gaulkan semua bhn & letak dlm loyang
3 : kukus hingga masak ( sy kukus 30 minit je )
4 : bila dah masak, tekankan pulut supaya padat

bahagian atas :
2 cwn santan pekat
1/2 cwn air tapisan pandan
1 s.teh pewarna hijau
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn tepung gandum
2 s.mkn tepung kastad ( sy gn tpg jagung cz xde stok tpg kastad )
1 biji telur ayam
1 s.teh garam ( sy letak sikit je )

cara :
1 : campurkan semua bahan di dalam kuali
2 : panaskan sedikit hingga suam2 je
3 : masukkan ke dalam loyang yg berisi pulut tadi
4 : kukus hingga masak ( sy kukus stgh jam je )
5 : sejukkan dulu baru boleh potong2




kuih ni Pn. Ie panggil KUIH GEGATAS. setahu Pn. Ie ni nama yg glemer di kalangan orang2 BANJAR. tak pasti apa org lain panggil kuih ni. Yang pasti kitorg 1 family memg suka kuih ni. cuma baru2 ni Pn. Ie bersemangat nak cuba buat cz bahan2 nya dah cukup.


resepi intai2 je dari org lain & kumpul2 & modified sendiri pulak. pasni senang nak buat selalu cz sama je mcm org len jual. kuih ni liat2 sikit then disira macam kuih keria tu.

KUIH GEGATAS
bahan :
1 cawan kelapa parut
1 1/2 cawan tepung pulut
1/3 cawan air

cara :
1 : campurkan kelapa & tepung pulut
2 : uli dengan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan
3 : buat bentuk yg anda suka & goreng hingga kekuningan @ masak
4 : sira dengan air gula macam kuih keria ye

Khamis, Februari 17, 2011

Isi Masa Lapang - Manik

JOM ISI MASA LAPANG ANDA............................

sebenarnya dah siap jahit dalam 2 minggu lps tp blm sempat nak SHARE so ni baru nk upload. saje suka2. motif utama jahit MANIK kat baju ni sebab nak HABISkan stok yg ada dlm simpanan tu. tp dh jahit ni pun, masih byk stok lg. yg jd MASALAH, dah x tau nk jahit kt baju yg mana 1. still tercari2 lagi ni.

yg ni BAJU KURUNG KEDAH yg belum pernah dipakai lg. sepatutnya nk pakai raya haritu tp MAK x sempat jahitkan so smp skrg blm pernah dipakai lg. jahit kat bhgian tangan & depan baju je. sikit2 sudahlah. try yg SIMPLE je.

yg bhgian LENGAN tu saje je buat lain2 susunan warna. hik.....
sebenarnya tak pernah g mana2 kelas menjahit manik pun, just TRY je dgn pikir secara logik. pehtu ada gak beli buku rujukan sikit.






LONTONG

17.02.2011 : Khamis

hr ni Pn. Ie masak LONTONG aje utk lunch + dinner sekali. masak sekali je sehari cz bknnya ramai yg nak makan. pehtu semua jenis makan cikit-cikit aje so berbaloi-baloi masak sekali je sehari.


KUAH LONTONG

bahan kisar :
bawang besar , bawang merah , bawang putih
serai , udang kering , kunyit hidup

bahan lain :
fucuk , suun , udang , santan
garam , gula

sayur kali ni :
kobis , bunga kobis , lobak merah
kacang buncis , cili merah

cara :
1 : masak bahan kisar bersama santan sehingga sedikit mendidih
2 : masukkan bahan lain & sayur-sayuran
3 : masak hingga sayur sedikit lembut
4 : sedia dihidang

Kuah Lontong dimakan bersama Nasi Himpit & Sambal Ikan Bilis

Sepotong Kek

14.02.2011 : Isnin

Ni le sepotong kek besday utk Pn. Ie yg dibeli sehari selepas sambutan hari lahir. saje je beli sepotong cz sure habis punya. ni pun share dgn En. Han + Alif. kek TIRAMISU je yg berharga RM 4.50

sebenarnya Pn. Ie teringin nak makan kek pandan layer tp kedai tu x buat cz dia kata x brp dpt sambutan. klu nk, kena tempah. sungguh kecewa Pn. Ie mendengarnya. tu yg beli kek lain utk sedapkn tekak.

Rabu, Februari 16, 2011

BBM & Prepaid

kat sini Pn. Ie just nak share sedikit maklumat berkaitan BlackBerry Messenger.
sape2 yg guna PREPAID pn boleh join gaks. bukannya HP canggih tu utk org KAYA2 je. he3
maklumat yg Pn. Ie share ni utk pengguna CELCOM ye.

kita just daftar melalui SMS je.
tak yah g CENTRE seperti yg disarankan oleh PENJUAL di kedai hp tu. klu tak yakin, uols boleh call service centre 1111 (free je).

utk daftar @ aktifkan
Taip BB ON dan hantar ke 28882

then kita akan dapat mesej promosinya.
"Enjoy BlackBerry Advance for a daily fee of RM 2.50, BlackBerry Social for RM 1.00 or BlackBerry Messenger for rm 0.50 . Auto renewal shall commence daily at 12am"

"To subscribe to BlackBerry Advance, type BB 250; BlackBerry Social, type BB 100; BlackBerry Messenger, type BB 50 and send to 28882 within 10 minutes"


then buatlah pilihan anda ye..... bila dah reply,
kita akan dpt mesej

"TQ for yr BlackBerry ........ subscription. Daily Fee : RM x.xx Yr request is in process & U will enjoy the svc within 24hrs. To unsubscribe, send BB OFF to 28882"

GOOD LUCK

Telur Bistik

15.02.2011 : Selasa : Lunch Time

hr ni dengan tidak sengaja Pn. Ie masak TELUR BISTIK + NASI PUTIH + ORANGE TWISTER aje cz tu je idea yg keluar mengikut bhn2 yg ada dlm peti. bukan pe, dh lama tak MEMBORONG bahan2 basah.

FIRST TIME makan telur bistik ni masa belajar kat UTM Skudai. makan kat Kolej Tun Fatimah. makanan kat CAFE kolej tu memang BEST2 so sebab dah byk kali rasa, Pn. Ie dapat agak le bahan2 yg derang gunakan. bulehlah nak masak utk family pulak.



TELUR BISTIK

bahan telur : 3 biji telur ayam ; ayam dipotong kecil2
sayur : kubis , cendawan , lobak ( tu je yg ada utk hr ni )
bahan lain : bwg putih , bancuhan tepung jagung , serbuk pati ayam , cili hijau , serbuk lada sulah

cara :
1 : gorengkan ayam hingga masak, masukkan telur yg dipukul sedikit. kira macam buat telur dadar le. ketepikan bila dah masak.
2 : utk kuah, tumis bwg putih hingga kekuningan
3 : masukkan sayur-sayuran & cili. tambahkan sedikit air
4 : masukkan sedikit garam, serbuk pati ayam & lada sulah
5 : bila dah menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung.
6 : bila dah masak, tuangkan ke atas telur dadar tadi

Popia Sardin

15.02.2011 : Selasa

hari ni cuti sempena MAULIDUR RASUL. pehtu takde plan nak g memana pun, dlm kata lain kitorg MELEPAK kat rumah aje so kena lah Pn. Ie main masak2 kat dapur walaupun ada BANYAK bahan mentah x cukup. sungguh KECEWA bl apa yg dirancang tapi x menjadi.

petang2 tu Pn. Ie masak POPIA SARDIN aje + Teh Tarik yg menjadi feveret kitorg.



POPIA SARDIN PN. IE

bahan :
kulit popia

bahan dicincang halus @ blend kasar :
1 tin sardin yg plg kecik
2 biji telur ( ambik sikit utk buat gam )
1 biji bwg besar
2 biji kentang sederhana
sedikit jus limau nipis @ limau kasturi
sedikit garam

Isnin, Februari 14, 2011

My Birthday

13.02.2011 : Ahad : Ice Room , Kota Damansara

ALHAMDULILLAH hari ni dah 30 tahun Pn. Ie dibenarkan hidup di dunia ni. BERSYUKUR pada ALLAH cz masih dapat bernafas seperti sediakala. walaupun umur dah masuk 3 series tapi tak rasa apa pun. yang PASTI Pn. Ie nak buat SESUATU bermula dari hari ini.
:-)

BESDAY kali ni takde kek langsung cz rasa RUGI je beli, takut x habis. pehtu tak terasa nak makan kek pun. so dengan secara tidak sengaja kitorg g celebrate kat ICE ROOM, KD. dah lama teringin nak cuba makanan kat situ so berjaya juga akhirnya.

lepas makan2 kat ctu, g melepak kat Giant, KD je sambil mencari2 hadiah yg sesuai.



:: Pn. Ie yg sangat menikmati ais krim ::
:: Alif yg hepi cz makan kat tmpt baru ::
:: Nu'man ????? baring kat kerusi cz tidur ::
:: Eh. Han yg order Famous Rice , sedap gaks ::
:: Sponsor Terbesar ni ::
:: TQVM my lovely husband ::

:: Laici utk Pn. Ie ; Mangga utk En. Han ::


:: Ais Krim yg sedap sangat ::
:: ambik yg mahal sekali - RM 9.90 ::
:: lupa namanya ::


:: Mee Udang Special utk Pn. Ie ( lupa nama sbnr mknan ni) ::
:: Udangnya sebelah aje, he2 ::
:: agak muak tapi memang sedap ::







dari rumah sampaile habis makan, En. Han duk bertanya2 Pn. Ie nak hadiah apa cz dia blm sempat beli hadiah. dulu pernah minta RANTAI LEHER emasnya tp dia saje je tnya2 lagi. mula2 Pn. Ie sure malu2 kucing tapi lepas asyik tanya byk2 kali, pehtu SENGAJA je lah cakap nak BlackBerry Torch 9800. TUP TUP dapat pulak masa g kat Giant tu. SURVEY ala kadar je then terus REMBAT. hik..... TQVM laling.
tak pasal2 Pn. Ie dapat TEPON baru. sebenarnya Pn. Ie terpengaruh dgn IKLAN CELCOM kat tv ms mlm sebelum besday tu. try gak SEARCH kt internet tp x sempat habis buat survey. SEKARANG masih BELAJAR lg cz terlampau canggih.

:: Pn. Ie dapat yg warna HITAM punya cz kebanyakannya TAKDE stok ::
:: pehtu x tau pun ada warna lain, huhuhu ::

Jumaat, Februari 11, 2011

Nasi Goreng Paprik


11.02.2011 : Jumaat : Dapur Rumah Hijau

hari ni lagi DAHSYAT cz kul 9.20 am dah siap masak utk LUNCH. bukan pe, hr ni smp rumah awal sikit so kerja2 dimulakan lebih awal le. hr ni memang plan nak masak NASI GORENG PAPRIK cz nasi lebih agak byk semalam. pehtu dah lama rasanya x mkn nsi paprik.

lagipun kejap je masak cz banyak PEMBANTU.



NASI GORENG PAPRIK


Nasi Goreng
bahan : nasi putih , bwg putih , bwg merah , telur ayam , 2 peket perencah nasi goreng ayam ( SERI AJI )
Cara :
1 : tumis bawang merah & putih
2 : pecahkan telur & hancurkan
3 : bila telur setengah masak , masukkan nasi putih & perencah nasi goreng
4 : gaul rata, siap dihidang
Ayam Paprik
Bahan : bwg putih , ayam , serai , daun limau purut , sos cili , sos tomato , sos tiram , kicap manis , air limau nipis , air
Sayur : kubis , lobak merah , bunga kubis , cendawan , kacang buncis
Cara :
1 : tumis serai & bwg putih hingga kekuningan
2 : masukkan ayam & masak hingga separuh masak
3 : masukkan semua jenis sos, kicap & jus limau
4 : tambahkan sedikit air
5 : bila dah menggelegak , masukkan sayur & daun limau purut
6 : sedia dihidang

Khamis, Februari 10, 2011

Simplenya

10.02.2011 : Khamis : Dapur Rumah Hijau

hari ni PECAH REKOD cz kul 10.00 pagi dah SIAP sesi memasak. tetiba je awal sangat mood memasak tu datang. selalunya kul 10 ke atas baru nak mula memasak. pehtu hari ni masak yg sempoi2 sesangat + dah lama sangat tak makan lauk ni.

Bayam : hari ni masak bayam tumis biasa2 je. dah lama sangat Pn. Ie tak makan bayam. bertahun2 gak le. bukan pe, memang TAK MINAT. tetiba je hr ni rasa nak ubah selera sikit so belile kat kedai tadi. dah le pakai timbang. apa-apa pun insyaallah cukup utk sekeluarga

Sotong : tak tau nk bg nm apa msakan ni. yg pastinya mak abah Pn. Ie suka masak sotong cenggini. simple tp sedap le bg Pn. Ie. jarang masak cenggini cz En. Han x brp suka.




SOTONG KUNYIT BERSERAI
Bahan :
sotong , serbuk kunyit , garam , gula , asam jawa , serai , bawang besar , cili hijau
Cara :
= gaul sotong dengan serbuk , asam jawa & garam
= tumis bwg besar hingga kekuningan
= masukkan sotong , cili hijau , serai , air & gula
= masak hingga sotong masak

BAYAM TUMIS
Bahan :
bayam , bawang putih , bawang merah , lada hijau , garam , gula , air
Cara :
= tumis bwg merah & bwg putih
= masukkan bayam & cili hijau
= tambahkan sedikit air, garam & gula
= masak hingga bayam agak lembut

Rabu, Februari 09, 2011

Februari 2011

:: Image From Google ::

February 2011

  • MY BIRTHDAY
  • new age = new series
  • anniversarry couple = 11 years
  • new HAIR
  • new business
  • new hobby
  • more relax

Selasa, Februari 08, 2011

Make Over

ALHAMDULILLAH akhirnya berjaya gak Pn. Ie make over tudung ni. dah lama plan & bahan pun dah dibeli cuma masa je x brp sesuai. seb baik AHAD lepas ada masa terluang sikit so pelagi, mulakanlah operasi. kejap je buatnya.....

tujuan make over ialah, dah bosan tgk tudung tu PLAIN je pehtu En. Han pun selalu kata, tak cunlah pakai PLAIN je so semangat le nak MENGBLING2 kan tudung tu.

modal dalam rm25.00 kut cz bahan mentahnya masih berbaki lagi. maybe nak letak kat tdg lain plak @ baju. he3



:: Sebelum Diubahsuai ::


:: Selepas Di Bling2 kan ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...